Tips Menghadapi Temuduga
Repost : 8 Apr 2020 8:00 AM
Posting asal : 18 Jan 2016 5:00 PM
Saja nak berkongsi tips menarik yang diperolehi dari blog Tips Temuduga.
Malangnya kali terakhir tuan tanah update blog tu pada September 2007
Kepada yang pernah menghadiri temuduga tetapi belum berjaya lagi. Jangan sedih² yer,
belum ada rezeki lagi la tu.
Tips menghadapi temuduga
1. Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
2. Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.
3. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.
4. Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
5. Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.
6. Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.
7. Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.
8. Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.
9. Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.
10. Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.
11. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
12. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.
Semoga berjaya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.simiey.info/2010/05/tips-menghadapi-temuduga-tingkahlaku.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+simiey/nQtu+(simiey%5Bdot%5Dcom)