Tips Memilih Pakaian Untuk Lelaki
Memiliki berat badan yang ideal merupakan dambaan setiap insan, tidak kira perempuan mahupun lelaki. Namun begitu, bukan semua orang dikurniakan apa yang diinginkan.
Ketika ramai tidak berpuas hati kerana memiliki tubuh badan 'terlalu sihat', sesetengah pula bimbang akan berat badan mereka yang tiada menampakkan peningkatan. Bak kata orang, tubuh kurus macam 'tak cukup makan'. Masalah ini mungkin lebih merunsingkan jika anda seorang lelaki.Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada masalah tubuh yang terlalu kurus ini. Antaranya ialah faktor semula jadi seperti pembakaran kalori yang lebih pantas atau memiliki tubuh yang cenderung membakar lebih kalori.Individu seperti ini sering disifatkan orang 'makan berpinggan-pinggan pun, macam itulah juga tubuhnya'.Apa pun, kekurangan ini bukanlah alasan untuk anda tidak mampu berpenampilan menarik. Walaupun anda tidak memiliki sekujur tubuh yang tegap, sasa dan berotot, anda juga boleh tampil penuh berkeyakinan. Ilusi fesyen mungkin boleh membantu menyembunyikan kekurangan anda itu.Pemilihan pakaian yang tepat mungkin boleh membantu anda kelihatan lebih berisi.Elakkan baju yang terlalu ketat
Memakai baju kemeja atau baju T yang terlalu ketat akan menampakkan sosok tubuh anda yang amat kurus. Pilihlah pakaian yang muat-muat pada tubuh anda. Memakai baju yang terlalu besar saiznya pula mungkin akan membawa efek lebih buruk. Anda mungkin kelihatan seperti lalang ditiup angin atau seakan sedang berenang dalam pakaian!Beli blazer berpad leher yang kecil dan ringan
Mengenakan blazer boleh membuatkan anda kelihatan lebih berisi. Untuk membuatkan tubuh anda lebih sasa, belilah blazer yang berpad leher kecil atau ringan. Pad leher yang kecil akan membuatkan belakang dan dada anda memberi visual tegap. Sebaliknya, pad yang besar akan membuatkan anda kelihatan seperti seorang kanak-kanak lelaki yang terperangkap dalam baju orang dewasa.Pakai seluar potongan lurus
Seluar anda sewajarnya berpotongan klasik atau potongan lurus di hadapan. Poket pada seluar juga menambah ilusi lebih besar sedikit, begitu juga kelepet pada hujung seluar.Keseragaman
Bila anda berpakaian, pastikan baju dan seluar anda seragam saiznya. Ketidakseragaman dari segi saiz atau keketatannya akan membuatkan anda kelihatan lebih teruk lagi. Sebagai contoh, bayangkan jika anda memakai jaket atau baju panas yang besar dengan memakai seluar jean yang ketat melekap di kaki, bagaimana agaknya rupa anda?
Tempah pakaianMenempah pakaian membolehkan anda memakai pakaian yang tepat saiznya dengan tubuh anda. Elakkan sebarang kelonggaran pada bahagian bawah lengan dan kawasan leher.Pakai jaket yang tepatJika anda memakai jaket sebaik-baiknya pastikan panjangnya betul-betul jatuh di bawah punggung anda. Memakai jaket yang lebih pendek menampakkan kekurusan anda manakala jaket yang terlalu besar membuatkan anda seperti sedang berselimut.Elak baju berpotongan leher V
Baju berpotongan leher V menampakkan leher anda dan kekurusan. Oleh itu, pilihlah potongan leherturtle neck atau crewneck. Mengenakan butang sebanyak yang mana juga, boleh menampakkan anda lebih besar. Jika blazer perlu berpad leher yang kecil, kolar kemeja pula sebaiknya yang agak besar dan menyeluruh sedikit.Fabrik yang tebal
Selain daripada memakai blazer, memakai fabrik pakaian yang tebal juga akan menampakkan tubuh yang lebih besar. Pilih fabrik kapas atau bebenang bulu yang tebal.Elakkan corak jalur tegak
Memakai baju bercorak jalur yang menegak akan membuatkan anda lebih langsing. Jalur yang melintang mungkin lebih baik kerana ia membuatkan tubuh anda nampak lebih lebar. Corak-corak kotak atau motif-motif lain mungkin lebih sesuai untuk anda.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://worldjohorean.blogspot.com/2012/11/tips-memilih-pakaian-untuk-lelaki.html