Tips Kurus Selepas Bersalin Ikut Cara Ibu Ini Untuk Turun 40kg Dalam Pantang


Tips Kurus Selepas Bersalin : Ikut Cara Ibu Ini Untuk Turun 40Kg Dalam Pantang | Setiap ibu mahukan body yang solid. Nak perut yang kempis dan langsing. Hajat untuk kurus selepas bersalin makin membuak-buak bila lihat mama lain boleh gojes dengan tubuh yang kurus langsing lepas bersalin. Kalau nak tahu, memang ada cara yang berkesan bagi anda yang mahu kembali kurus selepas bersalin ni.

Lepas bersalin ibu boleh turunkan berat terutama ketika dalam tempoh berpantang. Kalau nak tahu, boeh turun berkilo-kilo selama 44 hari berpantang tu. Tips nak turunkan berat badan lepas bersalin bagi kaum ibu sudah banyak dikongsikan di sana sini, atas diri sendiri saja sama ada nak buat ataupun tidak.



Kisah & Tips Kurus Lepas Bersalin : Betul Betul Nak Kurus? Jom Follow Pengalaman Ibu Ini

Ini adalah sebahagian daripada pengalaman turunkan berat badan selepas bersalin yang telah dikongsikan oleh seorang individu yang ingin dirinya dikenali dengan nama Mama Syaurah melalui akaun FB Shahira Lim. Tidak kisahlah bersalin normal ataupun czer, memang boleh turunkan berat badan lepas melahirkan anak jika benar bersungguh.

Turun 40kg Selepas Bersalin Sepanjang 44 Hari BerpantangHaa meh mama syaurah pulak nak share cara mama syaurah berpantang dari berat 83 kg - 43 kg dalam tempoh berpantang dan memang terbaik untuk wanita yang bersalin secara ceaser amalkan.
Untuk anda kembali ramping, perut kemas, pinggang ramping, dalaman cun melecun, anak bebas kuning, mama tidak sembelit. Luka baik cun punya dalam tempoh 44 hari berpantang!!
1 - sepanjang tempoh anda berpantang. Sila lakukan perkara penting yang akan beri kesan jangka panjang dan untuk seumur hidup anda!

- ikat rambut dan sanggul tinggi-tinggi ketat biar naik atas kepala.- berpilis dan berparam pada dahi dan badan untuk buang segala kekotoran dalaman dan mengelakkan anda pening, migrain, dan paling teruk meroyan.- sila jauhkan diri anda dari kipas dan aircond selama 44 hari (minimumkan).- memakai baju panas dan stoking tebal sampai ke betis itu wajib!!!!!- sila minum air kopi sekali sehari.- air kosong 1 gelas sehari (yang ni memang amalan Ira yang lain tak perlu kecam nak ikut, tak nak tak perlu, ikut keperluan badan masing-masing)- balance minum air akar tradisional ini untuk memastikan segala darah kotor, apa-apa yang tertinggal terutama darah bantal keluar dengan mudah, dan memastikan dalaman kembali grip dan sihat semula.- dengan pengamalan air akar tradisional ni seminggu je boleh keluar habis kekotoran dalam tu. Ira amalkan (teh herba) yang memang hilangkan dahaga, sejukkan badan, susu badan memang banyak, dan tiada masalah sembelit, yang penting perut cepat je kempis dan Ira dulu 4 darah bantal besar penumbuk keluar dari bawah.- sila makan makanan rebus dan bakar sahaja!!! minyak-minyak ni tak elok untuk rahim, miss v, dan badan kita yang sedang kembang disebabkan urat-urat yang putus selepas bersalin.- lebihkan air oren sunquick / buah sunkist dan elakkan makan semua buahan lain. Sunquick sahaja ya untuk mempercepatkan proses penyembuhan (ini doktor yang pesan ya tapi memang berkesan).- (bagi yang sembelit) sila dapatkan ubat cair najis di hospital swasta yang kesan dia lebih baik dari hospital kerajaan sediakan ini kita bagi pendapat bedasarkan pengalaman ya tapi dapatkan nasihat dari yang pakar dulu.- jauhkan diri anda dari suami dan elakkan perasaan "horny" kerana itu akan menyebabkan sistem badan jadi tidak terkawal dan potensi untuk meroyan dan bentan itu tinggi.- amalkan ikan haruan hidup dan pegaga untuk memperkemaskan lagi kedudukan rahim anda dan luka yang dipotong sewaktu anda di dalam "ot".- elakkan makan makanan sejuk dan lauk pauk yang berat. Untuk mengelakkan badan naik secara mendadak dan akan susah kurus.- makan nasi 2 kali sahaja jangan tambah!!! Lauk banyak takpe janji nasi sikit.- balance makan biskut cracker kosong! Jangan ada tambahan gula okay! Nak gula minum dalam air sunquick korang tu je (ini pantang Ira, pantang korang, buat cara korang ye).- jauhkan diri anda dari terkena angin luar (berjalan di dalam rumah sahaja) hal ini untuk memastikan badan anda tidak dimasuki oleh angin (bahasa kampungnya) disebabkan bulu roma yang sedang terbuka luas selepas bersalin.- elakkan melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan tenaga perut supaya perut anda tidak akan menggeleber dan tidak tegang sampai bila-bila.- urusan anak serahkan pada family. Banyakkan rehat dan bertungku pada bahagian badan yang lain kecuali di bahagian jahitan sahaja.



2 - perbuatan yang mengundang anda bentan / badan masuk angin / badan kembang / badan sentiasa sakit.

- jangan menyapu / vacuum.- jangan basuh pinggan.- jangan sidai baju.- jangan angkat bath tub anak.- jangan kemas rumah.- jangan langgar pantang makan minum.- jauhkan diri anda dari suami selama tempoh 44 hari yang wajib ni.- jangan dukung anak kecil atau kucing.- jangan tidur dalam keadaan leher dan rambut terdedah dengan angin atau aircond dengan sengaja.- berbengkung selepas setahun bersalin.- amalkan jamu selepas kuning anak turun sahaja.- amalkan herba kayu untuk mendapatkan perut yang tegang kemas dan badan yang lebih menarik selepas bersalin.- berpuasa pun boleh 30 hari tak dehydration. 44 hari tempoh berpantang bukan tak minum air langsung. Nak ikut, ikut. Kalau rasa tak boleh ambik mana yang elok.Ini tips berpantang keturunan Ira. Keturunan Ira umur 60 muka nampak muda remaja, semua sihat bebas penyakit, kulit tegang, badan ramping, dan sihat walaupun dah tua.- Alhamdulillah anak dah berusia 2 tahun 1 bulan Ira masih mampu fully breastfeed tanpa miss sehari pun.Nah ini tips berpantang Ira! Boleh amalkan. Nak share pun boleh!
Bagi yang dah terlepas pantang ni anak baru nanti mulakan semula inshaAllah badan luaran dan dalaman boleh kembali muda remaja semula!
Goodluck!





Selain daripada kisah ibu tadi, memang ada kisah pengalaman kurus lepas bersalin daripada ibu yang lain. Jika diu Google ada ibu yang berjaya turunkan berat badan dari 86 Kg turun hingga 50 kg dengan tips kurus yang hampir sama. Malah sudah boleh nampak perbezaan bermula dari 3 hari selepas bersalin, 2 minggu selepas bersalin dan 3 hari selepas habis pantang (penutup pantang).


Kisah dan tips kurus selepas bersalin dari Datin Seri Zizie Ezzete yang juga pernah berkongsi cara dia menurunkan berat badan juga agak menarik. Beliau berjaya turunkan berat badan hampir 20 kilogram dalam masa 44 hari selepas bersalin. Petua utama yang beliau kongsikan untuk kuruskan badan selain rawatan adalah dengan banyak bagi susu pada bayi.



Ada Banyak Tips Kurus Selepas Bersalin Yang Boleh Diikuti 
Tips turunkan berat badan lepas bersalin memang banyak dan bergantung pada si ibu itu sendiri untuk menjayakannya. Jika benar nak kurus lepas bersalin ni, si ibu kena betul-betul nekad untuk kuruskan badan, Tak boleh culas! Tak boleh main-main!

Semasa mengandung memang bentuk tubuh badan wanita akan berubah dan berat badan juga ikut meningkat selepas mereka bersalin jika tidak dijaga pemakanan dengan baik. Mungkin selera makan meningkat seiring dengan tabiat suka makan itu ini semasa mengandung. 

Yang parti, selepas bersalin, ramai para ibu yang runsing dengan bentuk badan masing-masing. Cik Neslo sendiri risau dengan berat badan sendiri lepas melahirkan baby. Sebab itulah Cik Neslo nak usaha untuk ikuti tips kurus selepas bersalin untuk kembali nampak ramping macam anak dara dulu. Bukan niat nak mengoda (goda suami tak salah....) tapi untuk kesihatan di masa depan juga. 


Berat Tak Turun Selepas Bersalin? Maintain Beri Susu Badan, Jaga Pemakanan Dan Bersenam!
Tak dinafikan ada juga ibu yang berat badannya tak juga turun-turun selepas bersalin. Itu sebenarnya normal pada saat baru melahirkan. Kerana itu kena banyak beri bayi susu badan, amalkan diet sihat semasa berpantang dan bersenam.

Dalam tempoh berpantang ini juga sebolehnya jangan terlalu ghairah dengan minuman kurus dalam pantang dan juga jamu kuruskan badan selepas bersalin. Bukannya apa takut nanti minuman kurus dan jamu kuruskan badan itu tidak sesuai dengan bayi. Apa yang ibu amil sebagai pemakanan dan minuman akan ikut terhasil pada susu dan di situ takut akan beri effect pada bayi. 

Kita sama-sama usaha kurus selepas bersalin dengan cara yang selamat. InshaAllah berat badan akan turun dengan tips kurus selepas bersalin sebagaimana yang telah dikongsikan tadi, cuma kena usaha dan istiqamah. 

Tak kisahlah anda bersalin normal ataupun anda ingin kurus selepas bersalin czer, amalkan petua orang lama dan diet seimbang masa berpantang untuk bantu berat badan turun mendadak selepas bersalin. 
Page navigation


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://neslopanas.blogspot.com/2020/01/tips-kurus-selepas-bersalin-ikut-cara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pantang Selepas Bersalin

Pantang Selepas Bersalin

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 183 hits
Alhamdulillah hari ni dah 34 hari berpantang Lagi 10 hari dah nak habis pantang 44 hari Cerita pasal pantang selepas bersalin ada 4 jenis pantang tau Ramai yang tau pantang 44 hari je kan Meh i listkan jenis jenis pantang Pantang memang ban...
Rumah Terbakar Selepas Ibu Keluar Bayi Ditinggalkan Sendirian Dalam Buai Meninggal

Rumah Terbakar Selepas Ibu Keluar Bayi Ditinggalkan Sendirian Dalam Buai Meninggal

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 600 hits
Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan disahkan meninggal dunia dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Bangkahulu Gemas di sini kira kira jam 11 30 pagi semalam Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin Deputi Superintendan Ahmad Pilus Zainal...
Ibu Kongsi Video Anak Lelakinya Berusia 9 Tahun Mahu Bunuh Diri Selepas Kerap Dibuli Di Sekolah

Ibu Kongsi Video Anak Lelakinya Berusia 9 Tahun Mahu Bunuh Diri Selepas Kerap Dibuli Di Sekolah

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 508 hits
Ibu kongsi video anak lelakinya berusia 9 tahun mahu bunuh diri selepas kerap dibuli di sekolahPerbuatan membuli di sekolah harus ditangani dengan tegas dan pihak sekolah tidak sepatutnya memberikan pelbagai alasan kononnya pembuli berasal ...
Berdoa Ketika Sikat Rambut Anak Cium Pipi Dan Dahi Cara Lembutkan Hati Anak Dengar Kata Ibu Bapa

Berdoa Ketika Sikat Rambut Anak Cium Pipi Dan Dahi Cara Lembutkan Hati Anak Dengar Kata Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 519 hits
Setiap ibu bapa pastinya mahukan anak anak yang berakhlak mulia dan menghormati ibu bapa Selain daripada mengajar tentang adab ibu bapa juga perlu menjadikan diri sendiri sebagai teladan untuk menjadi contoh ikutan kepada anak anak Anda jug...
Ikut Ayahnya Narik Angkot Bayi Bilqis Dimandikan Di Toilet Terminal Baim Wong Ikut Turun Tangan

Ikut Ayahnya Narik Angkot Bayi Bilqis Dimandikan Di Toilet Terminal Baim Wong Ikut Turun Tangan

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 301 hits
Kisah bayi Bilqis yang setiap harus ikut ayahnya bekerja jadi sopir angkot viral Bilqis baru berusia 3 5 bulan ayahnya yang bernama Nurul Mukminin bekerja sebagai sopir angkot di Semarang Cerita berawal Jumat pagi Nurul selepas menurunkan t...
Dr Fadzilah Kamsah Bagi 7 Tip Didik Anak Cemerlang Dan Berjaya Penting Sekali Ikut Skill Ibu Ayah

Dr Fadzilah Kamsah Bagi 7 Tip Didik Anak Cemerlang Dan Berjaya Penting Sekali Ikut Skill Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 513 hits
Mendidik anak anak berbagai cara dan kaedah yang digunakan oleh ibu bapa untuk mendapat zuriat yang cemerlang Ini kerana setiap seorang anak itu adalah unik dan berbeza beza sifat dan perangainya Oleh yang demikian apa yang dipraktikkan unt...
Maszlee Kecewa Sedih Isu Viral Ustazah Merangkak Minta Ibu Bapa Jangan Ikut Emosi

Maszlee Kecewa Sedih Isu Viral Ustazah Merangkak Minta Ibu Bapa Jangan Ikut Emosi

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 456 hits
Sokongan daripada ibubapa juga memainkan peranan penting dalam mengajar erti kehidupan tetapi tanggungjawab seorang guru yang adalah berat terutama dari segi pembentukan akhlak Terbaru bekas Menteri Pelajaran Malaysia iaitu Maszlee Malik te...
Minum Air Masak Sejuk Selepas Bangun Tidur Cara Mudah Untuk Sentiasa Awet Muda

Minum Air Masak Sejuk Selepas Bangun Tidur Cara Mudah Untuk Sentiasa Awet Muda

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 442 hits
Nak dapat kesan awet muda memang macam macam petua boleh kita ikuti Namun ada satu petua yang paling mudah untuk kita buat setiap hari selepas bangun daripada tidur Doktor Perubatan Blogger Penceramah Kesihatan dan Penasihat Pemakanan Dr Zu...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game