Tips Masak Kari Kambing Dengan Kuah Yang Pekat Dan Rasa Yang Mantap
Dengan Bismillah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tips Masak Kari Kambing Dengan Kuah Yang Pekat dan Rasa Yang Mantap- Beberapa hari ini, dalam tempoh sebulan, dua tiga kali juga saya masak Kari Kambing.Alhamdulillah, Allah bagi rezeki, saya berjaya masak Kari Kambing mengikut selera Encik Suami dan keluarga sebelah mertua di Muar
Tempohari masa Cuti sekolah sempena Deepavali, Encik Suami request saya masak Nasi Minyak dan Kari Kambing semasa balik Muo sebab salah seorang adiknya yang menetap di Bagan Serai, perak akan pulang ke kampung setelah agak sekian lama tidak pulang kerana faktor kesibukan bekerja.Masa ni, memang tak sempat nak ambik gambar masakan bagai sebab kita pun sibuk kat dapur

Resepi kari kambing yang dapat hasilkan kuah yang pekat dan rasa yang mantap hanya di Blog Cik Matahariku.Cehh..gitu:)Ini resepi kari kambing yang saya buat tanpa letak kicap dan santan.Boleh tengok kat pautan ini :Kari kambing mamak style
Bila cuti sekolah berbaki dua hari, Suami bawa pulang daging kambing yang dibeli di Econsave PD.Sekali lagi saya masak di rumah sebab kebetulan tak ada idea nak masak apa di rumah. Kali ini, sempatlah juga saya ambik gambar sebab teringat nak share kat Blog
Tips Masak Kari Kambing Dengan Kuah Yang Pekat dan Rasa Yang MantapOk, saya kongsikan dahulu resepi Kari Kambing mengikut cara saya.Kemudian saya kongsikan pula tips yang saya gunakan tiap kali masak daging kambing supaya dapat kuah yang pekat dan Insha Allah rasanya mantap.hehe
Kari kambing edisi yang ini kita letak santan dan juga kicap lemak manis, daun pandan untuk menguatkan lagi keharuman bau masakan kari kambing
RESEPI KARI KAMBING DENGAN KUAH PEKAT DAN RASA MANTAPOleh : Blogger Cik Matahariku
Bahan-bahan2 kilo daging kambing sudah potong saiz kiub/ bebas1 labu bawang besar dihiris2 biji kentang belah empat5 tangkai daun kari1 batang serai diketuk1 keping asam kepingsatu set rempah 4 sekawan ( kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih )3 ulas bawang putih dihiris2 helai daun pandan diikat Minyak masak secukupnyaGula, garam dan serbuk perasa secukupnya5 sudu makan kicap Jalen (lemak manis)setengah kotak santan Kara
Bahan-bahan kisar8 ulas bawang merah4 ulas bawang putih1 inci halia1 inci kunyit hidup1 inci lengkuas3 sudu makan ketumbar10 tangkai cili kering1 batang serai6 sudu makan kari daging2 sudu makan kari ikan
TIPS DAN CARA MENYEDIAKAN KARI KAMBING SEDAP DENGAN KUAH YANG PEKAT1. Cuci bersih daging kambing.Boleh cuci guna tepung gandum jika nak kurangkan bau kambing yang kuat
2. Panaskan minyak dalam periuk/ kuali. Pastikan minyak lebih bagi tujuan mendapatkan rasa kari yang enak.Kalau lebih air, rasa kari kambing akan kurang mantap
3. Bila minyak dah panas, masukkan bahan yang dihiris dan juga rempah empat sekawan, daun pandan, daun kari, serai yang dititik, asam keping.Tumis sehingga naik bau
4. Kemudian masukkan pula bahan yang dikisar.kacau hingga sebati dan biarkan air blend bahan kisar tadi kering dan sedia untuk kita masukkan kari daging dan kari ikan. Masukkan satu cawan air untuk sebatikan rempah kari yang baru dimasukkan
5. Kacau sekali lagi, sehingga sebati semua bahan. Bila semua bahan dan sebati, biarkan sehingga terbit minyak kali pertama.Kemudian, tambah air dalam 1 cawan, biarkan sekali lagi sehingga terbit minyak
6. Pada masa ini, kita boleh perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa
7. Setelah terbit minyak kali kedua, masukkan daging kambing yang dah dibersihkan tadi. Biarkan daging direbus dahulu tanpa tambah sebarang air.Bila kuah semakin pekat, boleh tambah air satu cawan dan juga santan setengah cawan.Masukkan juga kentang yang dibelah empat. Pada masa ini biarkan periuk dalam keadaan bertutup dengan api yang kecil.Anggaran masa memasak kari kambing sehingga daging empuk ialah sekitar 1 jam 45 minit.Kalau guna Pressure Cooker, biasa 30 hingga 40 minit sahaja
8. Tips kalau nak daging cepat empuk, boleh masukkan sudu besi atau biji kurma dalam periuk
9. Sesekali kacau daging dalam periuk, supaya bahan sebati.Kalau nak warna kari daging yang cantik, boleh masukkan kicap lemak manis
10. Tutup api bila kita tengok kuah kari sudah benar-benar pekat dan terbit minyak. InshaAllah, kari kambing kita pasti menjadi dan disukai ramai:)
Encik Suami saya kalau request saya masak Nasi Minyak atau Beryani Kari Kambing, dia akan sebut nak kari kambing yang pekat dan sedap, kari yang pekat tu maksud dia bila kita gaul dengan nasi, kari tu melekat kat nasi, bukan jenis kari yang cair. kemain anak omak mertua den demand.
RAHSIA KARI KAMBING KUAH PEKAT DAN RASA MANTAPSebenarnya bukanlah rahsia sangat, tapi setelah saya perhatikan banyak video memasak kari Kambing sama ada dalam Youtube, video di Tiktok, dalam FB oleh kalangan chef tersohor di media sosial, syarat utama masak kari yang pekat ialah :
1. Gunakan bahan yang banyak sesuai dengan kuantiti daging yang dimasak. Bahan ini termasuklah bawang merah, bawang besar dan serbuk kari yang kita gunakan. Lagi satu saya masukkan juga ketumbar dalam resepi ini sebab ia akan menambahkan lagi kekuatan rasa kari dalam masakan tersebut
2. Warna kari kambing yang cantik juga dapat meningkatkan selera orang yang kita nak jamu makan. Jadi, saya letakkan kicap lemak manis sekitar 3-5 sudu makan dalam masakan kari kambing ini untuk dapatkan warna kari yang mantap dan kuah yang lebih pekat
3. Pastikan masak kari dengan minyak yang banyak.Tambah sukatan air sesuai dengan tempoh memasak. Kalau serbuk kari tak masak betul, kita akan dapat rasa serbuk kari mentah. Yang ini memang buat spoil mood nak makan
4. Tips utama ialah masak kari sehingga terbit minyak.Selagi belum terbit minyak, kita biarkan je dahulu. Pastikan api sederhana sahaja

Faktor pencahayaan pada gambar.Tapi kepekatan kari kambing dengan resepi yang saya kongsikan ini memang menjadi dan mudah disediakan kerana bahan yang kita gunakan sentiasa ada di dapur semua mak-mak se-Malaya :)
sesiapa nak mencuba resepi ini, silalah mencubanya. Setiap orang ada cara masak yang tersendiri kan. Rasa sedap juga subjektif bagi orang yang berbeza.Manalah tahu resepi yang saya kongsikan ini sepadan dengan selera pembaca semua.Jangan lupa try okey :)
Kalau nak buat jualan kari kambing special ini sebagai perniagaan yang diusahakan dari rumah, boleh ikut panduan dalam ebook yang saya kongsikan ini : Tips dan Panduan Buat Bisnes Masakan Dari Rumah.
Kadang-kadang kita tak terfikir pun yang hasil masakan kita boleh jadi bisness kepada keluarga kita. Tambah lagi kalau ramai yang puji hasil masakan kita. Good signal la kalau macam tu sebab dah dapat cop SIRIM.haha. Tak cuba tak tahu kan
Cik Matahariku,My personal love language ialah memasak menu makanan atas permintaan orang tersayang :)- Membahagiakan dengan makanan.hehe.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://cikmatahariku.blogspot.com/2025/10/tips-masak-kari-kambing-dengan-kuah.html