Tips Maintain Kurus Cara Saya



Assalamualaikum Malaysia.





Di pagi yang hening dan mendamaikan jiwa ni rasa terpanggil untuk berkongsi tips maintain kurus cara Azyyatiliah sendiri. Hiks. Bila Allah sudi pinjamkan usia lebih lama perlu untuk saya lebih teliti bab penjagaan makanan dan apa yang saya makan sebab makin berusia metabolisma saya makin rendah. Zaman remaja saya seorang yang sangat kuat makan. Tapi masih kurus dengan berat 45kg sahaja. Biasalah student kejap-kejap lapor. Makan sikit tak cukup. Makan setimbun nasi putih, dihiasi ayam goreng berempah letak kicap sikit sayur kacang sikit, kentang sambal sikit aduhhh rindu zaman uni. 

Bila usia mencecah awal 30-an masih kuat makan. Sibuk lagi jalan-jalan cari makan dengan suami kehulu-kehilir. Tanpa sedar berat pun makin lama makin naik sampai cecah 55 - 58kg. Orang rendah macam saya ni, dengan berat 58kg terus nampak lebar. Paha dah mula berlaga-laga antara satu sama lain. Bergegor-gegor paha bila berjalan👻Mula rasa rendah diri. Wujud perasaan tak selesa pada diri sendiri. Seluar pun dah ketat kat pinggang, kat paha dan dah rasa susah nak pilih baju. Badan makin melebar. OMG! OMG! Sebelum makin mudarat sampai cecah 60kg baik mulakan langkah mencegah dengan segera!! Sebabnya sekali berat sudah naik susah beb nak turunkan berat badan. Saya tidak mahu digelar 'kenderaan berat'! Tak tunggu lama terus bertindak....

Cara 1: Detox dengan air lemonTukar plain water kepada plain water + hirisan lemon. Tupperware 1 liter letak 2 -3 hirisan lemon. Cuba habiskan sebotol. Refill lagi. Letak lagi 2-3 hirisan lemon. Refill kali ke-3 dengan plain water sahaja. Maka cukuplah tubuh saya dapat 3 liter air setiap hari.



Cara 2: Stop terus air gas /air bikarbornatSaya memang TAK SUKA air gas dari zaman remaja sebab ada kesedaran yang air gas mengandungi kandungan gula yang SUPER DUPER TINGGI. Arwah pakcik ada kena kencing manis, potong kaki dan akhirnya meninggal dunia. Jadi saya takut! Ingat kawan-kawan, gula BESTFRIEND kanser. Saya memang avoid terus. Sekarang ni jadi food police dalam rumah. Awas! Nampak je sesiapa yang beli air bikarbornat dalam rumah Bonda memang kena ceramah kesihatan dengan kak long kawasan. LOLS. Saya bersyukur sebab suami pun jenis yang avoid terus air bikarbonat. 

Cara 3: Kurangkan air manisSaya tak stop terus. Nanti kempunan pulak. Cuma kurangkan dan tukar. Jika dulu setiap pagi mesti bancuh nescafe + susu pekat manis. Tapi sekarang sebelum sarapan, amalkan ambil 1 sudu madu untuk rasa manis dalam mulut. Khasiat madu pun banyak. Kat rumah tiada lagi nescafe & kopi (masaklahhh kalau tetamu datang, haha). Saya tukar kepada green tea organic + stevia + hirisan lemon. Jika makan di restoren saya hanya order plain water. Suami pulak biasanya order limau suam tanpa gula. Sekarang ni minuman kalau dia bancuh sendiri kat office dia tak nak gula. Alahai.  Breakfast kadang-kadang order teh tarik kurang manis. Tapi segelas kongsi berdua. Jadi taklah banyak portion masuk dalam perut :D Untuk masakan saya memang tak gunakan langsung gula putih. Saya tukar kepada brown sugar organik. Kalau suami ada sebelah masa masak, dia akan bebel jika saya letak brown sugar dengan banyak! LOLS. Jadi kalau dia masak memang tawar! Haha. 

Cara 4: Tidak minum minuman beraisSaya sejenis manusia yang sukakan air panas. Jarang sangat minum air sejuk. Jadi memang takda masalah bab ni. Mula-mula kahwin dengan suami dia pelik kenapa takda air sejuk dalam peti ais. Hahah. Memang tak pernah wujud pun air sejuk dalam peti ais sejak kecil. Jadinya bila dah kahwin memang tak buatlah. So lepas 10 tahun berkahwin suami pun kurang minum air sejuk. LOLS. Pergi restoren pun order air panas. Tabiat manusia boleh berubah 😄

Cara 5: Jaga pemakananSaya bukan pakar nutrisi, bukan kevin zahari dan tak reti nak kira kalori pun. Hahaha. Apa yang saya buat saya tukar diet pemakanan.
+Beras bertukar kepada brown rice (almost setahun dah kot makan brown rice). Mula-mula pelik rasanya tapi alhamdulillah lama-lama boleh terima. Orang kata alah bisa tegal biasa.
+Breakfast weekdays saya prepare overnight oat (oat organic +avocado/delima+dried cranberries+seeds. Untuk sedapkan oat saya letak madu+date concentrate+serbuk cinnamon

Seeds letak dalam oat
+Saya dan suami memang elakkan roti putih terus. Makan roti putih terus rasa gemuk. Kalau teringin nak makan roti pilih G.I paling rendah.  Lebih rendah nilai GI bermakna lebih lambat makanan tersebut diproses dalam badan (lambat rasa lapar) dan tahap gula rendah. Contohnya Sommerset Cottage keluaran Gardenia di bawah G.I : 52. Paling rendah warna purple Canadian Purple Wheat (100% multigrain) dengan G.I: 46. Glycemic Indeks ada dari skala 1 hingga 100. Ada 3 kumpulan:
GI Tinggi : 70-100GI Sederhana : 56 – 69

GI Rendah : 0 - 55


+Menu harian dalam masakan saya tukar kepada banyakkan menu sayur terutama sayur berdaun dan ikan cencaru, kembung, selar dll. Lebih banyakkan membeli buah daripada membeli ayam daging.
+Jika nak masak menu ayam saya prefer beli ayam kampung. Ayam biasanya disuntik dengan hormon dan antibiotik untuk menggemukkan dan menyihatkan cukuplah saya makan bila makan kat luar :p Kat rumah makan ayam kampung. Telur pun bertukar kepada telur ayam kampung. Sekarang ni mudah nak dapat ayam kampung. Sekor dalam RM13. Telur ayam kampung ada di Mydin Mart. Saya paling benci bahagian dada / isi ayam. Tapi sekarang fav bahagian dada / isi ayam (sis terpaksa!)
+Kena kurangkan makanan laut sebab suami dah kena batu karang! Doktor nasihat untuk avoid terus. Paling risau if kena gout. Lagi susah tak boleh makan langsung. Better mencegah daripada mengubati kan.
+Hari daging sedunia pulak biasanya waktu Aidiladha hari Qurban. Hari tulah baru masak daging dalam setahun :D 
+Susah beb nak stop terus fast food. Kadang-kadang nak jugak cheat day! So makan juga tapi buat konsep sharing is caring. Jadi tak banyak portion masuk dalam tubuh. Haha. Contohnya order 1 set dinner plate (ayam 3 ketul) share 2 orang. 
OPPPPPSS!!
+Dessert & kek memang suka. Tapi tak reti nak makan banyak-banyak. Sekadar cukup rasa. Bonda cakap dulu masa muda-muda dia siap masuk kelas baking untuk buat kek kat kami semua. Tapi kami tak makan sangat pun. Hahah. Last2 sesekali terasa teringin beli je. Jiran sebelah rumah Bonda memang suka hantar kek, brownies, carrot cake, cake buah, red velvet dan macam2. Bila tanya katanya dia beli untuk anaknya alang-alang beli extra bagi kat kami (sweet sangat kan!) Tapi punyalah kami tak makan sangat lepas seminggu pun tak habis-habis lagi dalam peti. Bonda selalu runsing siapa yang nak abiskan. Kena tapau pi tempat kerja budak-budak nih baru habis. Pavlova dikecualikan kerana pavlova mampu bertahan 5 minit. Kemudian licin! Hahahah.
+Kudap-kudap dulu selalu ada dalam rumah. Ada cookies, biskut, kerepek, maruku, kacang2 bergaram bermsg, potato chips, jajan dll. Sekarang pergi mall tak beli semua tu dah. Tukar dengan kudap-kudap betik, nenas, anggur. Masa raya baru cheat day. Hehe.
+Kesimpulannya saya tak pantang pun. Makan semua. Still makan nasi kerabu, nasi minyak, nasi tomato, nasi lemak, nasi dagang, roti canai telur, satay, kek, egg tart, fatty crab, sotong celup tepung, udang tempura, mcD, nandos, dominos pizza....phew sedap-sedap makanan di Malaysia ni, hard to resit tapi saya kurangkan kuantiti kebanyakkannya dengan share dengan tuan suami! Haha. Jihad beb melawan hawa nafsu :D

Cara 6: Jogging hujung mingguAlhamdulillah sekarang ni kami berdua konsisten jogging Sabtu, Ahad. Kalau malas jogging pun just morning walk sampai berpeluh-peluh. Sambil ambil udara segar pagi dan tengok pokok-pokok hijau bagus untuk mata :D

Cara 7: Amalkan puasa sunat Isnin & KhamisJika boleh sedaya upaya amalkan puasa sunat Isnin & Khamis. Selain dapatkan extra pahala, puasa sunat juga bagus untuk rehatkan perut sebentar dari aktiviti berat memproses makanan. Almaklumlah Sabtu, Ahad memang makan macam-macam. Lagi-lagi kalau ada aktiviti makan-makan dengan family, balik kampung, pergi kenduri, hari cheat day sedunia dll. Bedal semua tanpa limit. "Berpuasalah nescaya kamu akan sihat" (Hadis riwayat Ibnu Sunni dan Abu Naim dari Abu Hurairah)
Bila berpuasa, imunisasi tubuh kita kuat melawan penyakit. Penyakit datang daripada perut iaitu makanan yang dimakan. Ada hadith sahih bab ni. Nabi s.a.w sendiri menyebut "Perut itu adalah rumah penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit" ( Hadis riwayat muslim) . Jadi ustajah pulak iols hari ni.



Jadi alhamdulillah dari 58kg turun ke 52kg. Slowly but surely. Nak turun sampai ke 50kg tu memang susah betul. Pernah dapat 50kg tapi dengan cara makan di atas naik balik jadi 52kg. LOLS. So maintain kan jerlah berat 52kg di hujung-hujung usia 30-an ni. Badan selesa dengan berat 52kg. BMI masih dalam kategori NORMAL walaupun lemak-lemak degil masih banyak dalam tubuh. LOLS. Yang penting boleh makan semua benda dengan kuantiti sederhana tanpa perlu pantang-pantang. Tubuh badan kita ni dipinjamkan Allah SWT buat sementara. Amanah yang perlu dijaga dengan baik. Maka jagalah ia sebaiknya. Kita ikhtiarkan dulu. Jika terkena penyakit juga redha dengan ujian Allah. Allah uji tanda sayang. Insya-Allah :D
"Makan dan minumlah kamu dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlebih-lebihan" ( Surah al-A'raf:31)

Kawan-kawan semua, selamat berjihad melawan hawa nafsu makan! 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azyyatiliah.com/2018/03/tips-maintain-kurus-cara-azyyatiliah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Kurus 20 Cara Berkesan Turunkan Berat Badan Dalam Masa Seminggu

Tips Kurus 20 Cara Berkesan Turunkan Berat Badan Dalam Masa Seminggu

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 948 hits
tips kurus Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua One of the azam saya pada awal tahun 2018 dulu dan tahun tahun yang sebelumnya adalah nak kurus Tapi sampai sekarang tak capai capai lagi Hahahahhaa Ni dah makin menghampiri 2019 I will...
Tips Wajib Tahu Cara Atasi Ilmu Pukau

Tips Wajib Tahu Cara Atasi Ilmu Pukau

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 854 hits
Pukau boleh berlaku melalui kaedah seperti hembusan asap rokok renungan mata senyuman minuman telefon bersalaman melalui angin menepuk belakang serta membuang najis atau pakaian buruk di hadapan rumah mangsa Banyak juga kes pukau terjadi me...
Cara Dan Tips Menabung Atau Simpan Duit 2019 Bagi Yang Susah Nak Menabung

Cara Dan Tips Menabung Atau Simpan Duit 2019 Bagi Yang Susah Nak Menabung

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 668 hits
Perlukah cara menabung 2019 tu Haha Ok aku nak buat short and sharp entry pasal menabung Semua sedia maklum bertapa pentingnya menabung ini akan tetapi masih juga tak percaya penting nya ada wang simpanan ini Eh apa beza simpanan dan tabung...
Tips Cara Aman Membersihkan Jok Mobil

Tips Cara Aman Membersihkan Jok Mobil

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 330 hits
Sebaiknya sobat jangan anggap sepele apabila membersihkan jok mobil karena jika keliru sedikit dapat merusak kontur jok mobil sobat Jok mobil merupakan salah satu elemen yang wajib dijaga kebersihannya karena jok yang rapih dan bersih dapat...
Tips Dan Cara Orang Dekan Belajar Berkesan

Tips Dan Cara Orang Dekan Belajar Berkesan

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 900 hits
Assalamualaikum pembaca blog aku Harap sihat selalu Hari ini aku nak share dengan anda sekalian cara atau rahsia orang dekan belajar dan cara mudah nak dapat dekan Eh Aku pernah dekan ke Yes Pernah lah Kalau tak pernah aku tak berani nak up...
Tips Berkesan Cara Halau Lipas

Tips Berkesan Cara Halau Lipas

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 931 hits
Petua tangani halau matikan elak kejadian lipas Malam ini malam jumaat Benda yang selalu bermain di fikiran ialah Mestilah lipas Lipas Anda kenal binatang ini Yang cute2 menjadi dambaan wanita wanita diluar sana Haiwan ini amat bagus untuk ...
Tips Cara Buat Duit Online Tanpa Modal

Tips Cara Buat Duit Online Tanpa Modal

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 435 hits
Untuk kali ini aku nak buat posting tentang Cara Mudah Buat Duit Online Tanpa Modal atau Wang Sendiri Mesti ramai antara kita sudah pun mendengar ramai orang atau blogger mahupun trader dapat side income dari dunia internet ini Ramai yang s...
Intermittant Fasting Cara Kurus Seperti Lisa Surihani

Intermittant Fasting Cara Kurus Seperti Lisa Surihani

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 1151 hits
Intermittent Fasting atau IF merupakan kaedah yang makin menjadi pilihan dalam cubaan untuk mengurangkan berat badan Lebih lebih lagi jika selebriti ternama juga mengamalkan IF ini Selebriti Lisa Surihani membuat kemunculan kembali selepas ...
Cara Mengatasi Pleci Nyilet Dan Kurus

Cara Mengatasi Pleci Nyilet Dan Kurus

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 477 hits
Pleci adalah jenis burung kicau yang banyak disukai oleh Kicaumania Pasalnya selain memiliki suara yang khas Ia juga memiliki penampilan yang unik Dan salah satu hal unik yang dimiliki Pleci adalah kacamata yang Ia pakai Kendati corak kulit...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025