Tips Last Minit Sebelum Exam Esok



Ketika kita sudah tidak cukup masa untuk membuat persediaan untuk peperiksaan ???
apakah persediaan yang penting untuk memastikan kita memasuki dewan peperiksaan dengan tenang dan membawa keyakinan yang tinggi.
Berikut adalah persediaan -persediaan yang penting berdasarkan pengalaman Jat sendiri yang melalui berpuluh-puluh peperiksaan dari sekolah rendah hinggalah ke menara gading.Jat fikir, persediaan ini sesuai bagi semua peringkat peperiksaan.


Antaranya ialah:

1. Mengutamakan nota pendek
Telah kita belajar sekian lama maka tidak punya masa lagi untuk mengulangkaji dengan membaca seluruh buku teks tetapi nota-nota ringkas adalah bantuan terakhir bagi mengingat kembali segala apa yang kita pelajari. Peta minda mudah membantu dalam mengulangkaji ini. Ingat !!! nota tu jangan buat lupa pulak terbawa masuk dalam dewan peperiksaan nanti.hehe

2. Masa untuk meluahkan apa dipelajari.
Ada kalanya kita memahami apa kita pelajari tetapi sukar untuk menyampaikannya kembali dalam bentuk jawapan. Maka dsyorkan bahawa di saat akhir ini adalah penting untuk kita berlatih bercerita dan menulis kembali apa yang kita fahami dan pelari. Cara lain adalah dengan menjawap soalan-soalan tahun-tahun lepas dan soalan contoh agar kita terbiasa dengan mengeluarkan segala ingatan dan fahaman kita. Ingatlah peperiksaan adalah medan untuk meluahkan segala apa kita pelajari.


3. Rehat yang Mencukupi
Ada para pelajar yang sangat berusaha hingga ke saat-saat terakhir tanpa menghiraukan kesihatannya. Otak memerlukan tenaga yang cukup untuk berfikir dan mengingati segala memori. Maka, wajar untuk tidak terlalu membebankan badan di hari-hari menghampiri peperiksaan. Dapatkah tidur dan rehat yang cukup. Jika bersedia, hanya ambil satu atau dua jam sahaja pada malam peperiksaan untuk menelaah kembali dan terus rehat. Berehat tidak bermaksud berhibur. Rehat yang cukup juga tidak bererti mengambil pil-pil untuk berjaga dan memberi tenaga. Ini sangat tidak digalakan kerana pil-pil seumpama ini boleh melemahkan keupayaan minda.

4. Mengelak Kecelakaan dan Menjaga Kesihatan
Elak mengambil masa di luar rumah atau di jalanan terlalu lama. Ini dapat mengurangkan risiko mendapat kecelakaan. Berdoa agar Allah memberi kebaikan pada kamu. Makanlah dengan makanan yang seimbang dan sihat. Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah amat penting bagi memberi vitamin yang cukup ke otak. Kismis dan madu adalah amalan kesihatan yang baik. Jika kesihatan terganggu, jangan membuang masa dan terus berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.


5. Restu Ayah dan Ibu
Perkara terpenting adalah mendapatkan restu ayah dan ibu. Jangan melangkah ke dewan peperiksaan tanpa restu ayah dan ibu. Salam dan ciumlah tangan mereka setiap hari ke dewan peperiksaan. Bagi mereka yang berjauhan, telefonlah kepada ayah dan ibu sebelum hari peperiksaan. Ucapkanlah pada ayah dan ibu “doakan saya, restukan saya.”


6. Memohon Guru Halalkan Ilmu
Melangkahlah ke dewan peperiksaan dengan ilmu yang dihalalkan oleh para guru. Jangan lupa kita juga punya guru iaitu kawan-kawan yang mengajar kita. Mohonlah mereka halalkan ilmu yang mereka ajari kita. Semoga dengan cara ini, kita peroleh doa dari mereka dan keyakinan kita bertambah.

7. Memilih kawan yang sesuai
Di saat ini sangatlah kritikal untuk memiliki kawan yang sesuai dengan persediaan kita menduduki peperiksaan. Kawan yang sesuai adalah kawan yang memahami bahawa kita dalam persediaan menghadapi peperiksaan, maka dia tidak membawa kita kepada kelalaian, membuang masa dan tidak juga mengusik hati kita. Kawan yang baik juga akan membantu kita memberikan keadaan yang selesa dalam pembelajaran dan membantu bila perlu.Dan jangan lah juga kita menjadi kawan yang hilang diwaktu kawan kita memerlukan. Jangan pentingkan diri sendiri.  Mungkin ada kawan kawan yang memerlukan pertolongan kita, maka bantulah mereka yang memerlukan.

8. Menjaga Hubungan Dengan Manusia dan Alam
Menjauhkan diri dari melalukan kezaliman terhadap orang lain, haiwan dan alam. Jadilah manusia yang baik mulai dari hari ini. Semoga dengan kebaikan kita lakukan, maka kebaikan juga kita perolehi. Termasuklah kita tidak mencela orang lain terutamanya para guru kita. Hubungan dengan ibu bapa teramat penting untuk dijaga. Perbaikilah hubungan kita sesama manusia dan alam agar kita memperoleh keyakinan yang terbaik kerana manusia yang memiliki rasa salah pada orang lain dan manusia yang tidak disukai oleh orang lain adalah manusia yang sering memiliki keyakinan yang lemah dan low-esteem.

9. Sedekah
Keluarkanlah sekadar termampu sedekah. Jadikanlah ini amalan dan rancanglah kewangan kamu. Meskipun kamu masih bergantung pada wang pemberian ayah dan ibu, tidak bermaksud kamu tidak boleh bersedekah. Mungkin hanya sebiji gula-gula atau seteguk air, itu sudah mencukupi sekadar sedekah yang termampu terutamanya pada hari peperiksaan. Ini kerana Allah memberi kebaikan kepada mereka yang bersedekah. Semoga salah satu kebaikan itu adalah kemudahan dalam menjawap soalan dan memperoleh kejayaan.

10. Doa & Qiamulail
Jangan tunggu orang lain untuk menganjurkan malam qiamulail  untuk mula berdoa. Malah seharusnya kita sebagai pelajar harus selalu bijak untuk mengatur jadual dan pilihlah malam yang sesuai untuk qiamulail dan berdoa hajat pada Allah. Jangan jemu berdoa kerana Allah sangat gemar hambanya yang berdoa padaNya. Bertaubatlah dengan segala kesalahan yang kita lakukan. InsyaAllah dengan pembersihan jiwa sebegini, kita menjadi seorang yang lebih berkeyakinan.

11. Tawakkal 
Dan yang terakhir adalah bertawakkal lah di atas segala usaha yang telah kita lakukan selama ini. Kita perlulah berserah kepada Allah kerana kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan, tapi jangan kita lupa "Man Jadda Wa Jada " = siapa yang berusaha dia akan dapat.


p/s : Insya-Allah, sama-sama kita doakan kita berjaya dalam peperiksaan dan menjadi umat yang berilmu serta beramal dengan ilmu yang bermanfaat. Semoga pesanan ini bermanfaat.
Di kesempatan ini, saya ingin memohon beribu kemaafan diatas salah silap saya jika sedikit sebanyak penulisan saya ini ada yang menguris perasaan mana- mana pihak secara lansung ataupon tidak. Segala kekurangan ini saya mohon diperbetulkan dan menjadi iktibar kepada kita untuk masa akan datang.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://jatbend.blogspot.com/2012/06/tips-last-minit-sebelum-exam-esok.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Sebelum Pulang Berhari Raya

Tips Sebelum Pulang Berhari Raya

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 220 hits
Tak berapa lama lagi Syawal akan menerjah Tetapi bagaimanakah dengan Ramadhan Seperti yang kita bincangkan sbeelumnya Ramadhan adalah bulan untuk ditangisi apabila ia pergi meninggalkan kita Maka Syawal adalah bulan untuk merai kemenangan k...
Berat 45kg Lagi Ringan Dari Sebelum Hamil Ayda Jebat Tak Sabar Nak Merdeka Bakal Habis Pantang 44 Hari Esok

Berat 45kg Lagi Ringan Dari Sebelum Hamil Ayda Jebat Tak Sabar Nak Merdeka Bakal Habis Pantang 44 Hari Esok

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 398 hits
Wah nampak gayanya pelakon dan penyanyi kecil molek Aida Jebat bakal habis pantang 44 hari esok setelah melahirkan puteri sulungnya pada bulan September lalu Dia yang teruja dan tidak sabar untuk menghabiskan sisa sisa waktu berpantang sela...
Esok Puasa Jom Kongsi Tips Ramadhan

Esok Puasa Jom Kongsi Tips Ramadhan

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 163 hits
Esok Puasa Jom Kongsi Tips Ramadhan Diam tak diam esok dah sampai bulan Ramadhan bulan di mana kita diseru mengumpul sebanyak mana pahala dan amal kebajikan Korang dah bersedia tak nak mengejar pahala Korang kena pastikan seboleh mungkin ba...
Tips Menempuh Final Exam

Tips Menempuh Final Exam

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 179 hits
Memandangkan saya pun belajar seperti anda jadi semua tips ni adalah sekadar untuk menambahkan mana yang terkurang di dalam persediaan mengambil peperiksaan DEMAM EXAM Adakah anda rasa anda akan demam apabila hari exam menjelma adakah batin...
Tips Photography Fireworks

Tips Photography Fireworks

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 348 hits
Visualization of a spectacular fireworks in the sky is very interesting to do Although he must somehow different compared to traditional methods it is not too hard to do One good thing about shooting fireworks in the background is always bl...
Exam Ptd Tips Hadapi Ujian Psikometrik Program Pascasiswazah Pengurusan Awam

Exam Ptd Tips Hadapi Ujian Psikometrik Program Pascasiswazah Pengurusan Awam

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 250 hits
Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah mengumumkan satu peperiksaan online khusus untuk calon Pegawai Tadbir Diplomatik M41 iaitu Ujian Psikometrik Ujian ini dijalankan untuk membuat penilaian lanjutan calon yang telah lulus Pep...
25 Tips Dan Panduan Berguna Sebelum Membeli Kereta Terpakai

25 Tips Dan Panduan Berguna Sebelum Membeli Kereta Terpakai

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 341 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraMembeli kereta terpakai Pastinya ramai yang memikirkan untuk membeli kereta terpakai berbanding membeli kereta baru kerana pelbagai faktor contohnya seperti harga yang lebih murah dan pelbagai lagi Tapi ta...
Jangan Bercerai 7 Langkah Sebelum Anda Membuat Keputusan Untuk Bercerai

Jangan Bercerai 7 Langkah Sebelum Anda Membuat Keputusan Untuk Bercerai

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 142 hits
JANGAN TERBURU BURU BERCERAI Kajian menunjukkan mereka yang bertahan dengan rumah tangga yang belum bahagia akhirnya akan mendapat kebahagiaan berbanding mereka yang bertindakmembubarkan perkahwinan kerana merasa tidak akan bahagia Sebesar ...
Ruu Anti Gangguan Seksual Dijangka Dibentang Sebelum 16 Disember Ini

Ruu Anti Gangguan Seksual Dijangka Dibentang Sebelum 16 Disember Ini

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 159 hits
MALAYSIA POST RANG Undang undang Anti Gangguan Seksual dijangka akan dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Mesyuarat Dewan Rakyat sebelum 16 Disember ini Timbalan Menteri Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berka...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner