25 Tips Dan Panduan Berguna Sebelum Membeli Kereta Terpakai


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Membeli kereta terpakai? Pastinya ramai yang memikirkan untuk membeli kereta terpakai berbanding membeli kereta baru kerana pelbagai faktor contohnya seperti harga yang lebih murah dan pelbagai lagi. Tapi tahukah anda, sebelum membeli kereta terpakai, ada pelbagai  perkara yang perlu anda utamakan terlebih dahulu

Berikut adalah beberapa tips dan panduan yang diberikan oleh mereka yang bijak pandai dan mempunyai ilmu dalam urusan membeli kereta terpakai. Semoga dengan panduan dan tips ini anda dapat membeli kereta terpakai  dengan mudah dan lancar

{tocify} $title={ISI KANDUNGAN}
PANDUAN SEBELUM MEMBELI KERETA TERPAKAI1. TETAPKAN BAJET & BELI IKUT KEMAMPUAN
Pertama sekali, anda perlu tetapkan bajet kewangan supaya tidak tersasar atau menerawang jauh tanpa arah tujuan. Kalau bajet anda cuma Proton Saga, tidak perlulah membuang masa melihat senarai harga Porsche 911. 
Seterusnya, beli kereta dengan nilai 15% dari gaji, dan tambah lagi 15% dari gaji untuk kos pembayaran ansuran bulanan. Ini tak termasuk lagi kos kos tersembunyi semasa pemilikan kenderaan

Kalau bayaran melebihi 15%, nanti tercekik cashflow. Semasa pilihan kereta dibuat, pastikan ini merupakan perkara yang diutamakan

2. BUKA KALKULATOR PINJAMAN KERETA
Anda boleh gunakan kalkulator online di SINI. Isi maklumat harga kereta (RM20K), bayaran muka (RM5K), kadar faedah (4%) dan tempoh pinjaman (48 bulan @ 4 tahun). Sekarang, total ansuran bulanan anda ialah RM338.68/bulan

Di sini anda dapat membuat pengiraan tentang pembayaran yang anda bakal lakukan. Adakah sesuai dengan bajet anda

3. TINJAUAN ONLINE ATAU BUKA MAJALAH, JANGAN KE KEDAIBuat tinjauan di laman web seperti Mudah atau Carlist, atau beli majalah seperti MotorTrader. Menerusi tetapan had bajet RM20K, anda secara automatik akan dipaparkan pelbagai pilihan model kereta di bawah bajet tersebut

Ingat, jangan terus pergi ke premis kereta terpakai untuk mengelak 'dipukau' jurujual. Hati-hati, jurujual yang bagus mampu membuatkan anda melanggar had bajet. Sedar tidak sedar bajet RM20K sudah bertambah jadi RM30K. Layari saja Internet. Lebih selamat dan selesa

4. BELI TERUS DENGAN PEMILIK SEBENAR
Bila beli dengan pemilik asal, segala rekod berkaitan kenderaan dapat diperoleh. Tambahan pula biasa rekod perbatuan jarang diusik oleh pemilik asal. Kemahiran berunding amat diperlukan kerana kalau kena gaya, pemilik asal boleh memberi diskaun atas harga jualan

Inilah untungnya jika membuat tinjauan online. Anda dapat mencari kereta yang dijual pemilik terus (direct owner). Kenapa perlu pemilik terus? Ini kerana mereka tidak pandai menipu. Anda boleh cuba mengorek rahsia keretanya atau menyoal apa saja. Mana tahu pernah kemalangan? Bersembanglah dengan mesra mengenai kos senggara dan bengkel pilihannya selain bertanya mengenai alat ganti yang pernah atau baru ditukar

5. SEMAK PERBATUAN (MILEAGE)Sentiasa pilih kenderaan dengan mileage rendah kerana kereta ini jarang digunakan dan masih mempunyai jangka hayat yang panjang. Sebagai contoh kalau mileage 200,000km pasti lambat laun komponen enjin dan kotak gear akan rosak akibat kehausan

Kereta yang jauh atau kerap berjalan, secara normal akan cepat haus dan lusuh. Lagi tinggi nilai perbatuan (jauh berjalan), lagi rendah nilai jual semula kereta itu. Cari kereta pada perbatuan rendah atau sederhana

Baca Juga : Doa Supaya Dipermudahkan Mendapat Kerja
6. MINTA JADUAL SERVISPemilik yang menyimpan buku jadual servis, termasuk resit alat ganti atau baik pulih ialah mereka yang peduli tentang kereta. Ada pemilik yang menjadikan pusat servis sah sebagai bengkel rasmi dan ada yang sekadar menyenggara kereta di bengkel biasa. Terpulang kepada anda asalkan dia dapat berikan jadual rutin servis yang lengkap

Maklumat servis sangat penting untuk mengenal pasti ragam kereta. Anda dapat tahu jenis masalah yang kerap berulang. Apakah alat ganti yang sering ditukar? Apakah ada kerosakan major membabitkan kotak gear atau enjin

Sekiranya membeli dari penjual kenderaan terpakai pula, buat carian kenderaan di pusat servis jenama kenderaan. Cuba selidik bila kereta tersebut melakukan service di pusat service bertauliah, bila kali terkahir service dan pada kilometer ke berapa

7. PERIKSA ENJIN
Periksa ruangan enjin untuk marking. Semasa proses pemasangan di kilang, komponen kenderaan akan ditanda dengan menggunakan pen marker atau paint marker

Tandaan ini dibuat sebagai proses (pemberitahuan) bahawa komponen ini telah dipasang dengan betul oleh juruteknik bertauliah. Kenderaan yang dibaikpulih selepas kemalangan jarang mempunyai tanda ini. Jadi, kalau tiada tanda ini kemungkinan besar kenderaan telah mengalami kemalangan

Jangan terus hidupkan enjin. Ada 2 peringkat perlu diperiksa

Peringkat 1, buka bonet dan pastikan:Tiada kesan minyak bocorTiada kabel sambungan elektrik reput atau terputusTiada komponen material getah yang tertanggal, melecur, melepuh, haus dan rosakTiada bahanasing dalam radiator. Buka penutup dan lihat air radiator sama ada keruh atau jernih.Tiada bahanasing dalam minyak enjin. Tarik indikator minyak enjin dan lihat rupa minyak (cair, pekat, ada serbuk besi, dan lain-lain).Peringkat 2, hidupkan enjin dan pastikan:Semua indikator pada panel meter menyala dan terpadam (seperti beg udara, suhu, enjin, ABS, dan lain-lain).Lihat asap yang keluar daripada ekzos. Jika keluar sedikit percikan air dan asap tidak berwarna atau biru sedikit itu bermakna enjin kereta dalam keadaan sihat.Tekan minyak pada 3,000rpm, 4,000rpm dan 5,000rpm. Setiap tahap dibuat secara ligatan (rev) enjin, iaitu tekan hingga mencapai tahap rpm diperlukan dan terus lepaskan pedal minyak. Meter rpm untuk enjin yang baik akan turun sekata bersama deruman lancar (tidak tersekat atau terbatuk).8. SPOT WELDINGKepingan besi chassis dan body part biasanya dicantumkan melalui proses spot welding. Kepingan body part ini akan disusun di atas jig dan dicantum melalui proses spot welding. Spot welding ni mencairkan besi dan apabila sejuk, bahagian spot akan bercantum dalam bentuk bulatan seperti gambar

Spot welding ni biasanya akan di buat di assembly line. Kalau kereta mengalami kemalangan, bengkel luar akan menggunakan sambungan dengan kaedah MIG welding

Semasa mengintai2 kereta terpakai, lihat bahagian bonet hadapan di sekitar absorber tower, bahagian radiator di pasang dan sekitar fender. Kalau tiada tanda spot welding, kemungkinan kereta telah mengalami kemalangan

9. PERIKSA RUPA LUARAN & DALAMAN
Ketuk body kenderaan untuk bunyi yang sekata. Bagi kemalangan yang melibatkan panel body serta tidak serius, pemilik asal biasanya akan membaik pulih panel asal dengan kaedah ketuk, melapiskan permukaan panel dengan simen khas dan akhir sekali, diakhiri dengan cat

Permukaan yang dilapisi dengan simen akan memberikan bunyi yang tidak sama dengan panel asal. Kalau pembaikan dibuat di pusat servis, bahagian berkenaan akan diganti baru

Anda perlu cerewet sedikit walaupun bukan kereta baharu. Lihat luaran dan dalaman kereta. Warna kereta mungkin pudar sedikit, tetapi janganlah teruk sangat dan ada kemek di sana sini. Kerusi biarlah bersih dan tiada kesan tompokan air tumpah merata-rata

Jika ada, minta diskaun. Cucian dan gilap menelan belanja hingga RM200. Cat penuh seluruh badan kereta memerlukan RM1K - RM2K, manakala upah mengetuk badan kereta bermula serendah RM150 ke atas (ikut tahap kemek). Minta kurang harga jika pemilik tidak mahu betulkan

10. TAHAP KESELAMATANBagi yang menaik taraf kenderaan dari kompak ke kereta sedan atau mpv, selain ruang bagasi luas, faktor keselamatan harus diutamakan

Cara paling mudah untuk memilih kenderaan dengan ciri keselamatan tinggi ialah memiliki pengiktirafan 5 bintang dan mencapai markah penuh 16 point dari AseanNCAP

Bagi mencapai markah penuh biasanya kenderaan ini dilengkapi dengan Electronic stability control, beg udara, brek anti kunci ABS, ISOFIX untuk kerusi bayi dan menjalani ujian di Makmal Asean Ncap (New Car Assesment Programme)
11. JIMAT BAHAN APITeknologi terkini seperti VVT, VVTi, Dual VVTi dan iVTEC dicipta bagi mengurangkan penggunaan bahanapi dan mengekalkan kuasa enjin. Walaupun saiz enjin sederhana seperti 1500cc, dengan bantuan teknologi ini, penggunaan bahanapi adalah lebih jimat dan berkuasa
Baca Juga : Cara Daftar SSM Online (Pendaftaran Perniagaan)
12. HADKAN TAHUN PENGELUARAN 5 TAHUN KE BAWAHMemang banyak pilihan kereta dengan bajet RM20K. Anda mungkin rambang mata. Tetapi jika anda mencari kereta yang kurang ragam, mungkin anda perlu kecilkan pilihan kereta mengikut tahun pengeluaran setakat 5 tahun (2013). Ini cuma opsyen. Sebenarnya ada saja kereta berusia lebih 5 tahun dalam kondisi baik. Tetapi, anda sekarang sedang cuba mengurangkan risiko

13. BUAT PERBANDINGAN Membeli kenderaan terpakai tidak semudah membeli kenderaan baru. Bermula dari membuat senarai pendek kereta yang ingin dibeli, pandu uji, membandingkan harga akan mengambil masa yang lama

Penulis sendiri mengambil masa lebih kurang 3 bulan sebelum berjaya membeli kereta yang dihajati
14. PILIH KENDERAAN SENANG DIJAGAAda beberapa pertanyaan melalui FB meminta pendapat penulis mengenai jenama Continental (Peugeot, BMW, Meredes, Ford), tapi maaf penulis tiada pengalaman membeli kereta jenama ini

Jenama ini memerlukan minat yang mendalam, sedikit pengetahuan teknikal dan semestinya poket yang tebal untuk membela kereta continental

Seorang peminat BMW dan juga seorang usahawan pernah berpesan pada penulis, “ Kalau masih lagi makan gaji, usah dicuba BMW”. Dan pada hari kami berbual, beliau baru sahaja membeli penyerap hentak jenama Koni untuk BMW beliau yang berharga RM 2,500 sepasang

15. PERIKSA KELENGKAPAN & PERALATAN
Sila pastikan segala kelengkapan dan peralatan berfungsi dengan baik seperti:Lampu tinggi dan rendah, signal, kabus, lampu kabin (di siling) dan amaran (hazard light)Penyaman udaraHonRadio dan pemain cakera padat (CD)Hendal pintu dan glove-box (laci dashboard)Tuil atau penetap cermin sisiSuis tingkap kuasaSoket 2.4V / palam pencucuh rokokTuil tangki minyak, bonet dan butPelaras kerusi dan tali pinggang keledarTayar simpanan dan kotak alatan (tools box)16. PANDU UJI KERETA
Tidak kira sama ada anda berunding dengan pemilik terus atau penjual kereta terpakai, anda sebenarnya ada hak untuk meminta dibenarkan memandu uji kereta yang mahu dibeli. Memandu uji di sini bukanlah setakat menghidupkan enjin dan menekan pedal minyak. Kereta pilihan anda itu mesti bergerak. Pada tahap ini telinga anda memain peranan penting, termasuk deria lain. Apa yang anda perlu lakukan ialah:
Cuba membrek secara perlahan dan kecemasan. Dengar jika ada sebarang bunyi aneh keluar.Cari selekoh dan belok. Dengar jika ada keluar bunyi ketika memusing stereng.Redah kawasan tidak rata. Sama juga, dengar jika ada sebarang bunyi aneh di bahagian tayar atau dalam kabin.Pandu dalam pelbagai halaju (60-110kmj). Pasang telinga dan rasai jika ada bunyi angin, gegaran enjin atau stereng, dan sistem suspensi.Gerakkan setiap takah gear. Jika manual, pastikan setiap takah gear (1-5/6) dapat ditukar lancar. Jika Auto, pandu kereta dalam tetapan D4, D3 atau D2, termasuk R. Pastikan setiap takah gear dapat ditolak atau ditarik masuk dengan lancar dan tidak tersekat atau tersentap.
17. TEKNOLOGI TERKINIMemang tidak dapat dinafikankan, semakin hari kereta menjadi semakin canggih, selamat dan menjimatkan bahanapi. Keadaan ini menyebabkan kereta lama yang outdated menjadi semakin murah

Walaupun murah, pastikan kenderaan tersebut memenuhi objektif pembelian. Sebagai contoh, seorang bapa pasti tidak mahu membeli MPV tanpa beg udara dan brek ABS untuk membawa keluarga balik kampong sekiranya mampu

18. CURIGA HARGA MURAHJangan cepat teruja jika ada kereta dijual sangat murah. Sesiapa pun mahu menjual kereta mereka pada harga tinggi atau harga pasaran. Jika terlampau murah, mesti ada udang di sebalik batu

Banyak kes menunjukkan kereta dijual murah disebabkan perkara berikut:Pernah kemalangan terukPerbatuan terlalu tinggiBanyak kali bertukar pemilik (3-4 orang).Kereta mungkin nampak cantik, tetapi ragam sebenar mula kelihatan selepas beberapa bulan memandu.
Harga pemilik sebenar mungkin sedikit mahal, tetapi masih ada ruang rundingan. Tambahan lagi jika anda datang dengan kuasa tunai. Ingat, cash is king

19. ELAK KENDERAAN OVER MODIFIEDSecara peribadi, penulis tidak suka membeli kereta yang telah diubahsuai keterlaluan ala ala Fast n Furious

Objektif pembelian penulis ialah untuk membawa keluarga dari point A ke B dengan selamat dan jimat, bukan mahu menyertai drag race

Apa yang dirisaukan ialah kereta tersebut telah diubahsuai sistem gantungan sport yang keras, ekzos bising ala lori balak, rim 19 inci dan sistem elektronik ECU canggih manggih. Pilih yang standard sahaja


20. AWAS KERETA TOTAL LOST!
Terdapat beberapa kes dimana kereta telah terlibat dengan kemalangan yang serius dan kos pembaikan melebihi 50% dari harga kenderaan

Sebagai contoh sebuah Perodua Myvi dengan nilai yang dilindungi oleh insurance bernilai 40 ribu telah terlibat dengan kemalangan dan kos pembaikan ialah 22 ribu, melebihi separuh kos sum insured

Biasanya pihak insurance akan mengisytiharkan kereta tadi total lost dan membayar ganti rugi kepada pemilik asal. Myvi tadi biasa akan dibeli oleh pemilik bengkel, dibaik pulih dan dijual kembali ke pasaran. Kalau saya memang tidak akan beli Myvi tadi walaupun murah

21. OBJEKTIF PEMBELIANTetapkan objektif pembelian apabila memilih kereta dan jangan terikut dengan kawan-kawan

Sekiranya kita membeli kereta dan merancang untuk berkahwin, salah satu pilihan yang sesuai ialah Bezza berbanding Myvi. Walaupun bentuk bezza tidak seksi, ruang bagasi yang luas itu akan berguna bagi memuatkan kelengkapan bayi, satu almari baju bini, periuk belanga dan pelbagai aksesori isteri bila pulang ke kampung isteri.. percayalah…

22. AWAS KOS TERSEMBUNYIKos kos tersembunyi apabila naik taraf kenderaan ialah kos yang jarang difikir apabila memilih kereta baru

Sebagai contoh apabila memandu myvi, saiz tayar yang biasa digunakan ialah saiz 14 inci dan saiz bateri juga kecil. Apabila melihat jiran membeli MPV, maka kita pun membuat keputusan membeli MPV tanpa membuat kaji selidik

Saiz tayar yang besar, saiz bateri, kos selenggara, penggunaan bahan api dan cukai jalan akan jadi jauh berbeza dari Myvi tadi

23. REALITI KERETA TERPAKAITerima kekurangan dan kelebihan kereta yang kita pilih kerana tiada kereta di dunia ini yang 100% sempurna waima dari jenama Ferrari sekali pun

Pastikan kereta yang dipilih tadi mempunyai point kebaikan melebihi keburukan semasa membuat keputusan

Baca Juga :  20 Filem Korea Selatan Terbaik di Netflix
24. BAWA MEKANIKJangan lupa bawa bersama formen atau mekanik yang biasa dengan kita semasa membuat review

Semasa bawa mereka, jangan lupa bagi duit belanja untuk mekanik. Biar keluar kos RM 50 daripada menanggung kerugian beribu ringgit
25. NEGO SAMPAI JADIKalau sudah puas hati, apa lagi. Rundinglah sampai jadi


Bagaimana dengan 25 panduan ini? Semoga artikel ini dapat memberikan sedikit panduan dan juga input untuk anda sebelum melakukan pembelian kereta terpakai. 
SEMOGA BERMANFAAT
RUJUKAN
MEKANIKA | PANDU LAJU | GOOGLE IMAGE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2021/11/tips-sebelum-membeli-kereta-terpakai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Asas Sebelum Menyediakan Aquarium Air Masin

Panduan Asas Sebelum Menyediakan Aquarium Air Masin

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 206 hits
peace be upon youAlhamdulillah Seperti yang dijanjikan Tapi perlu diingat asas kepada kesemua perkara dibawah memerlukan sifat sabar jika kamu tak mampu bersabar dengan dukacita saya ingin beritahu Pilihlah hobi lain Ok tanpa melengahkan ma...
Tips Sebelum Pulang Berhari Raya

Tips Sebelum Pulang Berhari Raya

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 220 hits
Tak berapa lama lagi Syawal akan menerjah Tetapi bagaimanakah dengan Ramadhan Seperti yang kita bincangkan sbeelumnya Ramadhan adalah bulan untuk ditangisi apabila ia pergi meninggalkan kita Maka Syawal adalah bulan untuk merai kemenangan k...
Tips Last Minit Sebelum Exam Esok

Tips Last Minit Sebelum Exam Esok

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 309 hits
Ketika kita sudah tidak cukup masa untuk membuat persediaan untuk peperiksaan apakah persediaan yang penting untuk memastikan kita memasuki dewan peperiksaan dengan tenang dan membawa keyakinan yang tinggi Berikut adalah persediaan persedia...
Merancang Sebelum Membeli

Merancang Sebelum Membeli

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 130 hits
Apabila membeli belah terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi seseorang pembeli membuat keputusan sebelum membeli Antara faktor tersebut ialah iklan sama ada melalui media massa atau yang terpapar dengan banyaknya di pusat pusat membeli ...
Pemandu Pitam Sebelum Kereta Rempuh Kedai Perabot

Pemandu Pitam Sebelum Kereta Rempuh Kedai Perabot

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 213 hits
Oleh NURAINA HANIS ABD HALIM PETALING JAYA Kejadian kereta yang merempuh kedai perabot di Jalan Lingkaran Tengah 2 Kampung Pasir Ampang dekat sini semalam sehingga mengakibatkan seorang pekerja maut ekoran pemandu tersebut hilang kawalan di...
Tips Membeli Kasut

Tips Membeli Kasut

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 149 hits
1 Belilah kasut pada waktu siang hari atau petang agar dapat ukuran yang tepat dan selesa ketika dipakai 2 Berdiri tegak dan pastikan kasut yang dipilih itu selesa Buat ujian dengan cuba berjalan jalan di dalam kedai Jika lantai kedai penuh...
Tips Photography Fireworks

Tips Photography Fireworks

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 348 hits
Visualization of a spectacular fireworks in the sky is very interesting to do Although he must somehow different compared to traditional methods it is not too hard to do One good thing about shooting fireworks in the background is always bl...
Panduan Membeli Belah Makanan Sumber Karbohidrat Berpandukan Piramid Makanan

Panduan Membeli Belah Makanan Sumber Karbohidrat Berpandukan Piramid Makanan

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 307 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembacaku sekalian hari ni nita nak kongsikan beberapa tips untuk membeli belah keperluan makanan di pasar ataupun pasaraya Tapi kali ni nita nak kongsikan sumber makanan dari aras satu pyram...
Panduan Cara Tips Khatam Al Quran Dalam Masa 30 Hari Dalam Bulan Ramadhan

Panduan Cara Tips Khatam Al Quran Dalam Masa 30 Hari Dalam Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 363 hits
Sapa sapa hok berasa nak khatam Al Quran dalam 30 hari dalam bulan ramadhan Ning kalu nok senang Panduan nok katam 30 juzuk quran bulan ramadan Ambe tepek sekaliguh ah sining Kang kalu tepek se se takut ade hok terlepah kang Mudoh jer Dalan...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Netflix Peroleh Hak Penyiaran Piala Dunia Fifa Wanita 2027 Dan 2031 Di As

Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It