Tips Lama Betul Nak Buat Comeback Blog
Blog
Lama betul nak buat comeback untuk kembali aktif berblog. Sekurang-kurangnya kemaskini (update) sekali sehari, kalau tak mampu nak update tiga kali sehari. Update 3 kali sehari itu adalah terbaik sepanjang zaman.
1. Update 3 kali sehari
Sejak aktif berblog tahun 2010, adalah jumpa tips berblog yang blogger famous buat. Dia akan update blog sehari sekurang-kurangnya 3 kali. Ala, korang kenal rasanya siapakah dia
Bebaru ini, Sha juga ada masuk kelas untuk Tiktok, pun sama. Dia suruh update 3 kali sehari. See, kepentingan update
2. Update isu semasa
Dia update isu semasa atau apa sahaja yang mahu diupdate new entry. Tapi biasanya nak rating tinggi, kena update apa yang orang cari. Contoh, bantuan kerajaan ke kemasukan ke sekolah ke.. Duit bloggingnya memang kaching-kachinglah. Cubalah, pasti berjaya, insya-ALLAH
3. Setiap perenggan ada 3 ayat
Tips untuk Google Adsense pula ialah setiap perenggan ada 3 ayat. Ayat di perenggan pertama mestilah sama dengan tajuk. Sekurang-kurangnya, tiga perenggan dalam satu entri. Kalau lebih banyak perenggan lagi bagus
Maksud Sha, ada banyak yang hendak diceritakan. Macam si A yang kita bicarakan di atas, dia buat ayat pendek-pendek dan perenggan pun tak banyak. Pendek sahaja penceritaannya.
Kadang tak puas membaca sebab pendek. Tak hurai panjang. We want more, we want more! Hehe
Sha lagi suka baca blog yang tak kejar Google Adsense sangat. Sebab mereka ikhlas menulis dan gambar pun banyak. Kalau entri biasa, letak 1 gambar sahaja.
Sha pun dah terbiasa letak satu gambar sahaja. Alasannya dah lupa, baca tips dari blogger mana ntah sama ada nak ringankan blog atau nak bagi mesra SEO. Katanya..
Back to topic, semoga Sha diberikan taufik dan hidayah untuk kemaskini blog ini. Aaminn
Semoga bermanfaat untuk semua. Marilah kita menulis demi masa depan negara. Eh
Terima kasih singgah sini
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sha-myheart.blogspot.com/2024/01/tips-lama-betul-nak-buat-comeback-blog.html