Tips Ke Maha 2022 Maeps Serdang
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2022 (MAHA 2022) anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bermula hari ini 4 Ogos 2022 sehingga 14 Ogos 2022 selepas empat tahun tiada penganjuran MAHA.
MAHA 2022, Pameran Pertanian Terulung Malaysia pada tahun ni dianjurkan secara hibrid iaitu kombinasi pameran secara fizikal dan maya. Penganjuran MAHA mepamerkan pelbagai produk baharu berkaitan pertanian bersandarkan kepada teknologi terkini, inovasi tempatan dan luar negara, strategi pemasaran serta pengeluaran yang efektif.Peta MAHA 2022 MAEPS Serdang
Tema MAHA 2022Tema penganjuran MAHA 2022 tahun ni adalah 'Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan' selari dengan cabaran yang sedang dihadapi negara dan global pada masa kini.
Dengan adanya penganjuran MAHA 2022 mampu merangsang industri agromakanan negara, seterusnya memenuhi setiap keperluan dan rantaian makanan negara selaras dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0)
Penganjuran MAHA 2022 akan terus memperkukuhkan lagi agenda sekuriti makanan negara apabila sektor agromakanan berdepan pelbagai risiko dan cabaran pada peringkat domestik mahupun global, malah kesannya semakin dirasai sekarang.
Termasuklah cabaran produktiviti dan inovasi pertanian, kos input pertanian, perubahan iklim dan ancaman bencana alam, serangan penyakit serta dan perosak, tahap adaptasi teknologi dan mekanisasi yang rendah.
Perkembangan geopolitik seperti konflik Ukraine-Russia yang masih berlarutan dan dasar perlindungan yang terpaksa dilaksanakan beberapa negara pasti memberi kesan berganda ke atas sistem bekalan makanan dunia termasuk di Malaysia.
Tips ke MAHA expo 2022 MAEPS SerdangPakai kasut yang selesa untuk berjalan dalam tempoh yang lama seperti flat shoes/sport shoes/sandal. Bawa payung.Bbawa carrier/stroller jika ada anak kecil.Bersedia mental dan fizikal untuk berjalan jarak jauh.Jika bawa mak ayah yang dah tua bertongkat berjalan, sakit lutut dan tak boleh berjalan lama sila bawa kerusi roda.Bawa baby wipes untuk kegunaan kecemasan sebab air di toilet perlahan. Tambah lagi ramai orang.Bagi muslimah, bawa telekung sendiri senang sebab telekung sangat limited dan orang ramai.Pastikan hari yang dirancang untuk ke MAHA tiada rancangan lain selepas tu. Boleh habiskan sehari suntuk di sana tanpa rushing. Kira puas hati dapat jelajah MAHA 2022.Kalau rasa nak shopping banyak atau nak beli pokok, sila bawa troli atau bakul atau beg besar.Jangan segan makan makanan tester dari usahawan. Inilah peluang untuk merasa makanan yang ada.Harga parkir untuk pengunjung RM5. Bayaran perlu dibuat di pintu masuk dengan menggunakan TOUCH N GO.Kalau nak beli makanan-makanan dulu, boleh parkir dan masuk dari pintu berdekatan di hospital Serdang. Tapi kalau nk beli pokok-pokok dan jalan-jalan ke Laman Florikultur, Laman Perikanan, Laman Ternakan, parking di pintu besar highway dari Puchong menghala ke bangi. Trem selalu penuh. Kalau rasa tak larat jalan, boleh parkir yang hujung-hujung parking lot. Jadi, di trem nanti bila nak naik ada la tempat duduk. Kalau parkir depan-depan, trem penuh. Sambil tu jalan kaki jauh sikit boleh sihatkan badan.Datang awal pagi.Pastikan anak-anak dalam pengawasan.Anak-anak yang masih kecil elok lah dipakaikan pampers. Takut terkucil pula.kalau ambil gambar, upload dalam media sosial jangan lupa hashtag #MAHA2022 #myDOA #LamanFlorikultur dan #MiracleGardenDOABoleh Follow Tiktok Jabatan Pertanian untuk live MAHA2022 setiap hari. Untuk maklumat lanjut : https://mahaexpo.my
sumber : Kementerian Pertanian dan Industri Makanan | Expo MAHA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2022/08/tips-ke-maha-2022-maeps-serdang.html