Jalan Jalan Ke Expo Maha 2022


 Assalamualaikum wbt
APABILA kolej mendapat jemputan dari Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) untuk menghadiri Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) Tahun 2022, pegawai yang terlibat mencadangkan untuk membawa pelajar dengan kapasiti tiga buah bas bagi menghadiri acara dwi tahunan tersebut. Dalam hati teringin nak pergi juga jika dibuka kepada staf tapi belum cakap betul-betul, cuma usik-usik beritahu nak ikut.


Tup-tup, Sk dipelawa oleh sahabat yang Sk namakan HD untuk mengikuti lawatan yang julung-julung kali diadakan sepanjang penganjuran MAHA. Pucuk dicita ulam mendatang, lah gitu, bila permintaan Sk untuk membawa Iman ditunaikan. Sebabnya, jika tak dibawa, Iman akan keseoranganlah pulak sebab Pak Inchenya tak ada. Bila Iman boleh ikut, kita onz aje. Yang kelakar, dari cadangan tiga buah bas, akhirnya pada hari bertolak, dah jadi lima buah bas


Bertolak jam lebih kurang 6.25 pagi dari kolej, selepas berhenti 30 minit di R&R Machap untuk membeli laluan pemandu bas bersarapan, kami tiba di Tol Kajang tepat jam 11 pagi. Sk memilih untuk makan bekalan roti sahaja sebab dah aim nak makan di MAHA.  Jalan sesak di sepanjang persimpangan Hospital Serdang namun kecekapan polis trafik membuatkan pemanduan lancar. Dari jauh dah nampak bumbung biru bangunan Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dan terkejutnya bila melihat puluhan bas dalam kawasan medan letak bas


Antara rakan-rakan staf yang sukarela jadi pengiring pelajar untuk lawatan ini. Kedua-dua mereka ni kalau diikutkan dan level chef tau. Ni bukan kebetulan ya pakai baju sama warna biru tapi HD yang pesan supaya staf pakai baju biru tak kisahlah tema apapun. Mujurlah seluar jeans dibenarkan, hahaha. Nazalia tak ikut sebab ada anak sekolah. Ramai komplen kan sebab penganjuran MAHA tahun ini dibuat pada sesi persekolahan. Haiii.. macam ni pun jeng lagilah kalau tengah cuti sekolah, huhu


Walaupun datang bersama pelajar, namun di sini pelajar diberi kebebasan untuk meneroka sendiri ekspo yang bertema 'Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan'. Dari medan letak bas, kami ke perhentian bas dan tram yang disediakan untuk pengunjung. Kemudahan sehala ini bertujuan untuk mengurangkan pergerakan kenderaan dalam kawasan ekspo dan juga memudahkan pengunjung untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Tapi, dah Sk beritahu, bas dari kolej kami aje dah lima buah ditambah berpuluh-puluh rombongan Cik Kiah dari seluruh Malaysia, mampukah tram yang hanya beberapa biji tu menampung pengunjung


Teruja nampak bumbung ni. Disebabkan cuma diperuntukkan empat jam sahaja di sini, Sk dan Iman sudah ada target sendiri. Pokok dan buah-buahan memang tak masuk dalam senarai. Kalau lalu tu, lalu la tapi tak bajet nak beli. Siapa yang kenal Sk tentu tahu, Sk bukan orangnya yang suka berangkut-angkut tambah nak naik dan turun bas pulak. Yang penting kena isi perut dulu tapi silapnya Sk di sini, Sk hanya tahu nama tempat yang perlu dituju ialah 'Dewan A', hahahha.. nak kena babab Mak Cella ni tau. Kita denda dia belanja makan, aci tak


Dewan A menempatkan pameran utama MAHA 2022.  Terrrrrrlalu ramai manusia ya, sampai jalan berlanggar-langgar. Ni kalau En Covid ada, memang tak ada ampunlaaaa. Walaupun banyak komen mengatakan MAHA kali ini tak semeriah dulu tapi bagi Sk yang pertama kali datang ni, rasa dah meriah sangatlaaa.


Padi pun dah layu. Dalam usia macam ni dah tak minat tengok cara nak tanam padi cuma nak tahu beras jenis apa yang bagus dan tidak mudah berkutu serta hancur. Tengok sikit-sikit ajelah sambil tertanya-tanya di mana tempat makan-makannya sebab dalam Dewan A ni semua booth pameran. Orang kata, nak alas perut memang bagus sebab boleh jamah macam-macam tester hingga kenyang, hahaha


Tanjat Sk tengok belangkas ni. Punyalah berkilat macam baru keluar spa. Peloles sungguh kulitnya macam periuk besi tembaga Terengganu yang Datuk Rizalman selalu tayang dalam rancangan masak-masak kendaliannya


Udang jeghenihhh sungguhhh. Aksinya seekor-seekor macam dalam kartun animasi yang hidup. Kagum la hampa nak masuk pameran MAHA gaya mengancam sungguh


Masa kecik-kecik dulu selalu baca pasal anak ayam warna-warni. Dekat sini pun ada. Warna ni bukan semulajadi, menetas terus jadi purple tapi disuntik dan akan kembali ke asal bila ayam mula meningkat usia. Nak minta Wak Warisan Petani buat kat anak ayam dia laaaa. 

Ada beberapa bahagian pameran dalam dewan ni. Selain pameran ilmu pertanian ada juga pameran produk makanan keluaran IKS antaranya gerai Sotong Bakar ni yang dibawa dari Morib. Lepas puas jenguk booth gitu-gitu, Sk bertanya salah seorang staf booth di mana nak cari makanan negeri-negeri, dia kata, kena keluar balik dari dewan tu


Setelah puas bertanya ke sana ke sinun, akhirnya sampailah jugak ke Medan Selera yang dicari-cari yang rupanya terletak di Dewan D. Terpampang sebesar tidak banner Empayar Makanan MAHA 2022 tapi kedudukam dewan D ni agak tersorok di sebelah kiri laluan yang berhadapan dengan bangunan Dewan A. Maksudnya, ia bangunan yang lain. Mood dah lari sampai terlupa nak ambil gambar banner tu. Untuk pengetahuan, terdapat empat dewan di sini iaitu A, B, C dan D dan Empayar Makanan ni terletak di aras bawah sekali Dewan D. Papan tunjuk arahnya, lamgsung tak ada ya, pandai-pandailah nak baca peta laman tu. Macamlah semua orang pandai baca, kan. MAHA masih berlangsung sehingga Ahad ini, jadi siapa yang nak makan makanan berat, bolehlah cari Dewan D. Masuk jer pintu dewan, turun menggunakan eskalator yang berada di sebelah kanan pintu masuk


Kalau naik bas atau tram pun boleh juga turun di perhentian berhadapan Dewan D ni. Tapi kebanyakan pengunjung manalah nak tahu, kan.. semua akan turun depan dewan utama berbumbung biru tu. Ni gambar masa Sk nak balik ke tempat letak bas. Bas penuh pun dia suruh masuk lagi.. masuk lagi.. hahahaha


Yang ni laluan masuk terus ke Medan Selera atau Empayar Makanan. Kalau ikut sini, memang tak lalu pintu utama Dewan D. Maknanya ada tiga cara ke Empayar Makanan ni. Kalau orang dah biasa mungkin tahu kot celah bedah lain nak masuk, hahahaha


Selain gerai-gerai, ada juga Trak Makanan atau Food Truck. Boleh bungkus makan sini macam Yah Kuchai, hahaha. Food truck ni kebanyakan menjual makanan viral. Makanan viral kat Johor pun boleh jumpa. Kita nak cari makanan asli negeri-negeri selain Johor


Nasi Kerabu Moksu Kelate. Tertarik tengok daging, urat dan perut lembu bergantungan di dalam petak lutsinar. Selain nasi kerabu ada menu celup dengan air asam


Mee Rebus Johor untuk dicuba oleh pengunjung bukan Johorens. Eh, boleh je kalau orang Joho nak beli mee rebus ni


Gerai Mee Kolok yang menjual masakan dari negeri Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang. Eh, jelas sangat pulak sign tandas kat belakang tu, hahaha


Nampaknya Gerai Gulai Lemak Cili Api Nogori 9 ni, terus terbuka selera. Iman pun dah lama sebut-sebut nak makan Daging Salai MLCA. Ni dah ada depan mata, kan.. nanti-nantilah kita pergi Anjung Selatan


Memang pantang nampaklah Keli Salai MLCA tapi Gulai Lemak Telo Itik tu sama menggoda. Biar menyesal makan dari menyesal tak makan, katanya. Walaupun Johoreans, tapi jika diberi pilihan antara Asam Pedas dengan MLCA, Sk pilih MLCA. Cuma terdapat satu pilihan sayur iaitu Taugeh Goreng Campur Kuchai. Eh, baru tadi sebut Yah Kuchai, hahaha. Ulam timun dan ikan bulu ayam masin percuma


Daging Salai MLCA pilihan Iman. Iman komen, ada rasa pelik dan dia lebih menggemari masakan daging salai di Anjung Selatan. Masakannya daging salainya berbeza sikit sebab dimasukkan terung pipit. Iman ni manalah nak makan makanan pelik-pelik dan eksotik. Cerewet macam bapaknya juga. Tambah dengan penat, cuaca berbahang, lambat dapat meja untuk duduk dan kerusi yang disediakan agak lembut kakinya untuk plus size macam kami membuat agak kurang selesa. Tapi, bagi Sk tak mengapa, kerana bukan selalu kan macam ni lagipun tak ada siapa paksa pun kau pergi MAHA, hahaha


Iman cadangkan beli Ketupat Palas dengan Rendang Tok untuk babahnya. Sebelum membeli, Sk bertanya tempoh ketahanan makanan di luar. Menurut kakak penjual tu, sampai lusa pun tahan walaupun diletak dalam suhu bilik. Tapi, kami tetap masukkan dalam peti sejuk selepas sampai ke rumah


 Iman beli minuman sirap saiz pasar malam, dua cawan, RM5. Makan di gerai nogori tu kena RM31. Satu set Ketupat Palas dengan Rendang Tok, RM12. Jumlah hangus untuk makan, RM48. Ketupat palas dengan rendang, nak beli lebih tapi tak berani takut basi, nanti rugi banyak. Sk paling risau makanan basi nanti datang rasa berdosa sebab terpaksa buang makanan. Sk ni, penyanyang orangnya tau.. dengan makananlah tapi. Eh, teringat pulak kenapa tak beli rendangnya saja, ish.. dah nyesal. Oh, Sk beritahu harga tu bukan berkira pasal makan atau tunjuk banyak duit okeh. Kena catit dulu, lain kali ingat harga sebelum tukar pemerintah, hihi

Edit : Alamak, dah lebih 2K views ni.. nak beritahu kesilapan harga, minuman sirap ais tu RM2 dan nasi nogori RM34. 


Nampak puding raja dan pisang sira gula. Hurmmm.. kalau boleh semua rasa nak beli dan makan tapi meja yang disediakan tidak cukup untuk menampung ribuan pengunjung. Geram jugak tengok ada yang bersembang di meja tanpa mempedulikan manusia lain yang sedang menatang pinggan. Di kawasan-kawasan luar medan selera ni banyak jugaklah tempat makan tapi kebanyakan adalah food street ditambah tidak berbumbung




Iman nampak donut, terus nak beli. Hurmmm.. Johor melambak donut tapi dia kata, nak cuba pulak rasa yang lain. Penjual tanya nak berapa, Iman jawab dua, kemudian pilih flavor. Sebiji berapa ringgit eh, lupa.. sama ada RM4 atau RM6, nanti tanya balik dengan Iman. Iman pilih topping Caramel Machiatto dan Kastard

Edit : Donut RM4 seketoi

Seriuslah pakcik,  jual donut toping cantik-cantik, tapi masukkan dalam bungkus kertas goreng pisang ni. Kecewa betulllah, ini nama menyesal beli. Sampai hati betul, bukannya donut seringgit sekeping. Marah tapi kena sabarrrrr. Disebabkan masa terhad, kami tak bercadang berkunjung ke pameran lain selain Pavillion Negeri yang Iman kata viral di Tik Tok. Baiklah, dah tunaikan permintaan mak nak makan di Empayar Makanan, jom kita ke Pavillion Negeri pulak

Bersambung 🤭











Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/08/jalan-jalan-ke-expo-maha-2022.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Mesti Pergi Maha 2022 Tarikan Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan

Kenapa Mesti Pergi Maha 2022 Tarikan Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 254 hits
Ekspo Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2022 yang dianjurkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bermula pada 4 ogos sehingga 14 ogos 2022 selepas empat tahun tidak dianjurkan akibat pandemik Ekspo MAHA 2022 yang di...
Maha 2022 Annuar Musa Urges Traders Retailers Not To Hoard Cooking Oil

Maha 2022 Annuar Musa Urges Traders Retailers Not To Hoard Cooking Oil

papar berkaitan - pada 7/8/2022 - jumlah : 274 hits
Communications and Multimedia Minister Tan Sri Annuar Musa speaks to the media at the launch of the Agrex in Maeps Serdang August 7 2022 Malay Mail photo SERDANG Those directly involved in the ecosystem
Maha 2022 Persiapan Hadapi Banjir Antara Tumpuan Dewan Rakyat

Maha 2022 Persiapan Hadapi Banjir Antara Tumpuan Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 224 hits
Persidangan Dewan Rakyat kali ini yang bermula pada 18 Julai lepas berlangsung selama 12 hari hingga Khamis ini KUALA LUMPUR Persiapan penganjuran Pameran Pertanian Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia 2022 serta kesiapsiagaan kerajaan ...
Outdoor Expo 2022

Outdoor Expo 2022

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 541 hits
Pada awal bulan Ogos saya menemani encik suami ke Selangor kerana encik suami perlu bertugas sempena berlangsungnya pameran MAHA Tapi tidaklah saya ikut bersama ke MAEPS Serdang tu penat pula seharian di sana nanti Kenangan dari MAHA 2022 d...
Maha 2022 Maeps Will Be Kept Open Year Round As Agro Tourism Attraction

Maha 2022 Maeps Will Be Kept Open Year Round As Agro Tourism Attraction

papar berkaitan - pada 14/8/2022 - jumlah : 188 hits
Datuk Seri Ronald Kiandee said that the paddy field pavillion would be the adopted project of the Rice Industry Development Department together with Padi Beras Nasional Berhad Bernama photo SERDANG The Ministry of Agriculture and Foo
Tips Ke Maha 2022 Maeps Serdang

Tips Ke Maha 2022 Maeps Serdang

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 231 hits
Pameran Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2022 anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bermula hari ini 4 Ogos 2022 sehingga 14 Ogos 2022 selepas empat tahun tiada penganjuran MAHA MAHA 2022 Pameran Pertanian Te...
Expo Mom Baby Expo Midvalley Johor Bahru 2022

Expo Mom Baby Expo Midvalley Johor Bahru 2022

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 416 hits
EXPO MOM BABY EXPO MIDVALLEY JOHOR BAHRU 2022 Semalam umi berkesempatan untuk sama sama menyertai expo terbesar ni di Midvalley Exibition centre di tingkat 3 Walaupun umi ni takde dah anak kecil tapi umi masih lagi menggunakan beberapa prod...
Taiwan Expo 2022 Sunway Velocity Mall

Taiwan Expo 2022 Sunway Velocity Mall

papar berkaitan - pada 7/8/2022 - jumlah : 258 hits
Baru baru ini Cik iena berkesempatan menghadiri Majlis perasmian Taiwan Expo 2022 yang berlansung di Vanity Atrium Sunway Velocity Mall pada 3 Ogos 2022 Majlis ini berlansung cukup meriah dengan kehadiran para tetamu dan VVIP serta di saksi...
Baru Beli Dah Accident Netizen Simpati Dengan Owner Alza 2022 Plastik Seat Pun Belum Buka

Baru Beli Dah Accident Netizen Simpati Dengan Owner Alza 2022 Plastik Seat Pun Belum Buka

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 271 hits
Sejak minggu lalu hangat diperkatakan tentang Perodua Alza 2022 yang baru dilancarkan dan mendapat perhatian ramai di media sosial Ramai akui mereka mengimpikan MPV baru itu kerana design yang lebih menarik dengan harga yang berpatutan var ...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik