Tips Dan Cara Masak Ikan Patin Tempoyak Asli Supaya Lebih Sedap


As Salam,Tips dan Cara Masak Ikan Patin Tempoyak Asli Yang Sedap- Kali ini saya nak kongsikan cara saya masak ikan patin tempoyak yang macam orang Temerloh suka makan tu.heheh.Bukanlah resepi saya sendiri.Saya ambil resepi ni dari Blog Kak Azie.Memandangkan inilah kali pertama cubaan saya untuk masak ikan patin tempoyak, jadi besarlah harapan saya agar Encik Suami menyukai air tangan saya ni.cehwah.:)-

Alhamdulillah, done masak ikan patin tempoyak asli Temerloh.Syukur juga sebab anak-anak pun menyukai ikan patin masak tempoyak ni.Lepas ni boleh ulang masak dan jadi salah satu masakan kegemaran keluarga

Patutlah ikan patin tempoyak ni menjadi kegemaran ramai orang, bukan sahaja orang Pahang, den yang orang Muo ni pun dah jatuh cinta dengan keenakan ikan patin tempoyak.Sampaikan anak-anak saya kata lebih sedap dari asam pedas.Sabo jelah

Pertama Kali Cuba Masak Ikan Patin TempoyakKalau ikutkan yang sebenarnya, saya tak pernah lagi masak ikan patin.Masa Encik Suami bagitahu dia beli ikan patin, saya terus excited nak masak ikan patin tempoyak.Favourite kami kot.Tapi sayangnya, takde tempoyak pulak kat dapur saya.Jadi, saya masak asam pedas ikan patin terlebih dahulu.Esoknya, balik kerja, Encik Suami belikan tempoyak, sekali dengan kunyit hidup dan daun kesum.Yay!! saya dah boleh cuba masak ikan patin tempoyak:)
Resepi Masak Ikan Patin Tempoyak Asli Yang SedapSumber Resepi : Blog Azie KitchenResepi di cuba oleh : Blogger Cik Matahariku
Resepi ini juga saya olah sukatan mengikut saiz hidangan saya.Bahan bahan:1 ekor patin saiz sederhana ( saya masak 8 potongan ikan patin saiz sederhana)2 senduk tempoyak4 - 5 cawan air - agak agak pekat kuah disukaisegengam cili padi hijau dan merah ( kalau suka pedas lebih, boleh tambah)1 inci kunyit hidupSecekak daun kesum
3 keping asam keping ( kalau suka masam boleh letak)Sedikit garam
Cara cara Menyediakan Ikan Patin Tempoyak Asli Yang SedapTumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Jangan sampai terlalu hancur pulak. Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk supaya bergaul rata.Masukkan air sekitar 4 -5 cawan, ke dalam kuali atau periuk.Masukkan pula bahan yang ditumbuk tadi ke dalam kuali diikuti dengan asam keping.Masaklah dengan api perlahan sehingga ianya merenih dan menggelegak.Setelah menggelegak, masukkan daun kesum dan ikan.Masak dalam 4-5 minit sahaja dan bolehlah tutup api. Bahan utama yang digunakan untuk masak ikan patin tempoyak.Pertama kali saya masak tanpa guna bawang merah dan putih, tapi hasilnya sedap yang teramat:)
Ikan patin dan bahan yang akan saya gunakan untuk masak ikan patin tempoyak. Ada resepi yang guna bunga kantan atau serai, tapi saya hanya guna ikut resepi asal iaitu daun kesum sahaja.

Ikan patin dan pes tempoyak yang dah ditumbuk dengan kunyit hidup dan cili hidup.Jap lagi kita mula operasi masak ikan patin tempoyak ya

Langkah pertama lepas ko tumbuk bagai cili hidup dan kunyit dengan tempoyak, masukkan terus dalam kuali yang sedia dah dimasukkan air dalam 4-5 cawan.Ikut kesesuaian masing-masing.Api biar perlahan je masak ni.Nak bagi cili masak betul, kalau tidak, ada orang sakit perut pulak karang.hehe

 Bila kuah tempoyak dah mendidih atau mengelegak, ko bolehlah masukkan daun makcik kesum dalam tu.Kacau perlahan.Den dah excited time ni.Debor pun ada sebab jap lagi nak masukkan si Patin tu pulak.Nervous sebab tengok orang masak kat youtube macam senang, bila sendiri buat, ehh..rupanya memang senanglah!haha.kerek pulaks

Yayy!! ikan patin dah selamat  mendarat dalam kuali den. Kita tunggu dalam lima minit dan nanti ko boleh tengok hasilnya ya.Lumayan ke idak.kihkih

AlHamdulillah.Berjaya akhirnya masak ikan patin tempoyak.Time masak ni Encik Suami belum balik dari Office lagi, harapnya memenuhi taste Encik Suamiku nanti. 
Part paling heaven dengan ikan patin tempoyak ni ialah bila ko dapat hirup kuah tempoyak patin ni.MasyaAllah.Sedapnya weii.Siapa yang tak suka tempoyak atau tak makan ikan patin, korang patut cuba sekali untuk seumur hidup tau.Thanks kepada mereka yang kongsi petua dan resepi untuk masak ikan patin tempoyak ni.Allah jua yang dapat membalas kebaikan ini dengan sesuatu yang lebih baik kepada kalian.aamin

Tips dan Cara Masak Ikan Patin Tempoyak Asli Yang SedapKalau ikut tips orang jati  Temerloh, masakan ikan patin tempoyak yang sebenar tidak menggunakan bawang merah atau putih, hanya guna cili hidup, kunyit dan daun kesum.Jika suka akan kuah ikan patin tempoyak yang pekat, masak kuahnya dahulu, kemudian barulah dimasukkan ikan.Ikan patin ni jenis ikan sungai.Jadi dah sah-sah bau hanyir ikan ni agak kuat.Jadi, semasa kita cuci ikan patin ni, boleh gunakan tepung gandum.Atau boleh juga guna perahan limau atau perahan air asam jawa. atau rendam dengan asam keping.Dalam ikan patin ada satu urat sebesar benang berwarna putih,orang kampung panggil urat hanyir.Apabila urat tu ditarik keluar hanyir akan hilang isi ikan patin bertambah lemak.Urat ni terletak di tengah-tengah isi ikan.Pastikan kuah tempoyak sudah mendidih barulah dimasukkan ikan patin ke dalamnya supaya ikan tak hancurKalau hendak masukkan timun lebih baik dimasukkan terlebih dahulu dan dibiarkan ianya agak lembut sebelum dimasukkan ikan. Elakkan mengacau selepas ikan dimasukan. ini bagi memastikan isi ikan tidak hancur.Lebih sedap jika menggunakan tempoyak yang fresh.Tempoyak yang menyebabkan kuah ikan patin menjadi terlebih masam atau kurang sedap.Berdasarkan pengalaman sendiri, bahan masakan seperti cili hidup, kunyit hidup dan tempoyak hendaklah ditumbuk supaya lebih enak dan sebati berbanding diblend.Kalau dah dapat makan ikan patin tempoyak ni, ko dah tak payah cari sayur atau menu lain.Cukup nasi panas dengan patin tempoyak ni, memang dah feel.Dah complete:)-
Sumber tips masakan ikan patin diperolehi dari komen pembaca di Blog Azie Kitchen dan saya rumuskan di sini. Semoga dapat beri lebih banyak kemudahan kepada pembaca yang baru pertama kali mahu mencuba masak Ikan Patin Tempoyak.Saya sudah mencubanya, anda bila lagi:)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cikmatahariku.blogspot.com/2018/12/tips-dan-cara-masak-ikan-patin-tempoyak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masak Lemak Cili Api Ikan Tenggiri Campur Pegaga Sedap Hingga Menjilat Siku

Masak Lemak Cili Api Ikan Tenggiri Campur Pegaga Sedap Hingga Menjilat Siku

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 1189 hits
Tak jemu jemu en suami aku dengan masak lemak cili api ini Kali ini gandingan masak lemak cili api ikan tenggiri campur pegaga pula Semenjak dua menjak ini suka pula dia membeli anak ikan tenggiri untuk di masak Harganya tak semahal potonga...
Cara Masak Sambal Totok Tumis Jawa Yang Sedap Mudah

Cara Masak Sambal Totok Tumis Jawa Yang Sedap Mudah

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 1319 hits
Sedapnya Sambal Totok Tumis Jawa perkongsian saudari Nor Haidah Md Said ni Kalau makan dengan nasi panas panas memang tak perlu lauk lain dah Selain itu sambal ini juga sesuai dicicah bersama lempeng jemput jemput ubi kayu rebus dan macam m...
Ikan Masak Lemak Tempoyak

Ikan Masak Lemak Tempoyak

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 729 hits
Ikan Masak Lemak TempoyakBy Kak Wan ResipicitarasawanBahan bahan 3 keping ikan jenahak tenggiri kembong2 cawan santan cair1 cawan santan pekat4 5 sudu besar tempoyak1 helai daun kunyit dihiris halus2 tangkai kacang panjang jika sukaGaram da...
Patin Tesco Masak Tempoyak

Patin Tesco Masak Tempoyak

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 701 hits
Assalamualaikum Kejayaan membuat tempoyak tidak berakhir disitu Aku nak cuba pulak masak menu menggunakan tempoyak Teringin nak makan ikan patin masak tempoyak Umum tahu patin tempoyak ni sinonim dengan Negeri Pahang dan Perak Kat Kedah ni ...
Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api Pedas Dan Sedap

Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api Pedas Dan Sedap

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 4223 hits
Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api Pedas Dan Sedap Ikan tenggiri merupakan sejenis dengan ikan tuna tongkol makerel dan kembung Tenggiri banyak disukai orang dijual dalam bentuk segar ikan kering atau diolah menjadi keropok Bila bab masak l...
Cara Cara Mengurangkan Sakit Badan Dengan Lebih Cepat Selepas Bersenam

Cara Cara Mengurangkan Sakit Badan Dengan Lebih Cepat Selepas Bersenam

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 763 hits
Trend sekarang memang ramai mula sedar akan kepentingan untuk bersenam Tapi yang tak berapa best bila bersenam ni ialah rasa sakit badan selepas bersenam Jadi bila dah rasa sakit badan maka ramailah yang menghentikan rutin bersenam ni Takna...
Tips Cara Mudah Untuk Cuci Rambut Gaya Salun

Tips Cara Mudah Untuk Cuci Rambut Gaya Salun

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 501 hits
AssalamualaikumMesti ramai yang rajin ke salun untuk cuci rambut kan Sebab bila cuci di salun rasa best bila dia dok garu garu kepala kita tu kan Bagi Zati memang layan juga lah kalau cuci rambut kat salun tu kadang kadang rasa nak tidur Ta...
Ini Cara Betul Panaskan Pasta Lepas Ni Kalau Ada Lebih Jangan Buang

Ini Cara Betul Panaskan Pasta Lepas Ni Kalau Ada Lebih Jangan Buang

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 367 hits
Sayangnya pasta yang anda masak sebagai hidangan makan malam tak habis Eh jangan buangkannya ia membazir baik simpan untuk sarapan esok Tapi boleh ke Jawapannya boleh Memang ada sesetengah makanan akan berubah rasanya dan tidak lagi fresh s...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities