Tips Dan Cara Aku Tinggikan Atau Meninggikan Badan
Tips dan cara untuk tinggikan badan dengan mudah. Assalamualaikum readers sekalian. Hari ini aku nak share sikit tips nak tinggikan badan. Banyak cara dan tips meninggikan badan yang kita tak tahu. Ingatkan meninggi dengan semula jadi kot. Tapi mungkin ada sesuatu tabiat atau cara seseorang yang membuatkan mereka menjadi tinggi. Ok aku nak perkenalkan diri. Aku amerjaya. Salah seorang hantu tinggi hantu galah di UiTM Kota Samarahan. Berapa tinggi aku ? 1.8m. Tapi timbang bayar dekat shopping mall cakap aku 1.82. Serious aku nak 1.8m sebab nak apply dan lulus interview steward airasia. Haha. Ok aku share jap tips yang aku amalkan untuk tinggi. Mungkin memang gens aku tinggi kot ?
Masa aku interview SPA. Boleh pula panel itu tanya aku soalan adakah anda bermain basketball? Sayangnya tak bermain basketball. Orang tinggi memang perlu main basketball lah? :D. Aku nak cakap awal-awal kalau kau serious nak meninggikan badan. Lebih baik focus dengan senaman meninggikan badan. Aku memang suka aktiviti melompat dari dulu lagi. Mungkin sebab terpengaruh dengan filem Cina yang handal berkungfu serta berterbangan itu. Lepas itu, kalau kau nak tinggikan badan dalam masa 1 minggu. Aku ada tips nya. Ya pakai heels. Takkan lah lelaki nak pakai heels pulak. Untuk lelaki? Teruskan membaca. Aku ada special tips untuk anda. Mungkin kau nak nampak tinggi waktu makan malam faculty? atau pun nak nampak tinggi waktu event-event penting. Jadi teruskan membaca kalau nak tahu tips meninggikan badan dalam masa 1 minggu.
Gambar sekadar hiasan. Spot Me.
Tinggi dengan permakanan.Makanlah calcium. Wei apa calcium. Tak tahu pun. Calcium tu susu ke ? Aku selalu tengok iklan giraffe dalam tv budak tu meninggi makan Calcium. Boleh percaya ke? Tapi aku nak cakap yang aku memang suka makan kentang. Apa-apa kentang lah. Mash potato , fried, pringles semua aku hentam. Lepas itu aku ada terbaca makan kentang boleh meninggikan badan. Betul ke atau kebetulan sahaja ? Ada banyak jenis makanan yang boleh meninggikan badan selain kentang. Kau boleh juga ambil makanan yang kaya dengan kandungan protein, vitamin mahupun kandungan mineral. Tapi aku main belasah sahaja. Susu juga bagus untuk meninggikan badan. Kenapa perlu minum susu? Kita perlu minum susu sebab susu merupakan minuman peninggi badan dan ianya juga ada sumber kalsium yang terbaik. Seperti aku cakap diatas kalsium. Kalsium sangat penting untuk memelihara tulang badan untuk menjadi lebih kuat dan ianya juga boleh membantu meninggikan badan. Susu juga mengandungi vitamin A untuk lebih mempertahakan kalsium dalam tubuh badan. Aku tak tahu nak cadangkan susu apa. Mungkin susu fernleaf ataupun susu dutchlady?. Ikut susu brand apa yang kamu gemari
Senaman Meninggi Badan Aku kan nak 1.80m sahaja tinggi. Tak nak lebih lebih. Nanti tinggi sangat. Apabila aku nak exercise. Aku cuba elak senaman yang boleh menyebabkan badan aku semakin tinggi. Apa senaman nya ? Apa-apa jenis senaman yang perlukan aku melompat. Aku suka melompat sebab lebih senang dibuat. Apa-apa aktiviti melompat aku cuba elak lakukan walaupun senaman itu memang membantu membakar lemak. Kau nak jumping star kah, burpee kah asal kau melompat, memang akan membantu badan kau meninggi. Selain daripada melompat, senaman bergantung macam monyet boleh meninggikan badan. Bergayut dekat taman permainan. Dekat palang besi. Senaman tu aku suka actually. Tapi itulah. Boleh meninggikan badan. Jadi aku elak untuk bergayut. Kau faham tak macam mana bergayut itu? Mungkin kau boleh search image goole. Aku malas nak plagiat gambar dari google. Itu satu jenayah. (Gelak). Sebagai bukti aktiviti melompat boleh meninggikan badan. Kau tengok permain bola keranjang atau basketball. Badan mereka kebanyakkan tinggi-tinggi.
Kita fokus dengan pemainan basket ball atau bola keranjang. Kenapa mereka lebih cendurung tinggi atau kebanyakkan mereka berbadan tinggi. Sebabnya ketika bermain bola keranjang, otot kita menjadi renggang. Sebahagian otot di bahagian kaki dan punggung akan merenggang ketika bermain dan apabila otot merenggang, tulang turut ikut merenggang atau memanjang. Selain itu, waktu bermain bola keranjang, pemain lebih kerap melakukan lompatan untuk menghantar bola ke dalam jaring, itu membuktikan aktiviti atau senaman melompat memang membantu meninggikan badan.
Sekadar Hiasan. Spot Me.
Makan supliment???Apa supplement yang popular yang kau tahu pasal meninggikan badan? Aku rasa kita fikir supliment yang sama ini. Yang warna hijau itu. Aku tak nak mention. Kawan aku ada cuba amalkan supliment warna hijau itu. Tapi aku tengok macam tiada perubahan. Mungkin dia tak buat exercise untuk meninggikan badan. Pasal supliment aku tak cadangkan dengan kau orang lah ya. Sebab aku tak amalkan makan supliment peninggi badan. Tapi jika kau orang nak cuba juga makan supliment peninggi badan. Supliment Peninggi badan yang aku tahu dan agak terkenal di media sosial sekarang ini ialah supliment height up. Aku tak nak bagi review bagus atau tidak. Tapi aku selalu cadangkan kepada kawan-kawan aku untuk cuba membeli supliment itu. Belum cuba belum tahu.
Tinggi Dalam Masa 1 HariGelak panjang jap. Nak tinggi dalam masa 1 minute pun boleh. Ikut logic lah ye. Dapat tinggi dengan masa sekejap. Tapi kali ini tips dia main tipu lah. Kalau masa sekolah dulu. Aku dengan member aku selalu bersaing siapa tinggi lagi. Ada satu hari itu . Aku letak newspaper dilipat dan diletak dalam kasut. Fulamak. Tinggi nya aku. Satu kelas menobatkan aku sebagai orang paling tinggi dalam kelas tersebut. Itulah tips paling cepat tinggi.
Aku tahu banyak akan elak tips last ini. Kalau perempuan senang lah kan nak pakai heel. Orang lelaki yang ketinggian sederhana. Tak kan nak pakai heel?
Pakailah Insoles (Letak Dalam Kasut)Ini tips macam letak newspaper dalam kasut tapi ini alat yang lebih selesa dan lembut dipijak macam pijak kasut airmax kot. Aku bagi idea. Kau buka laman web lelong dot com atau lazada. Lepas itu kau beli product bernama (shoes insoles). Insoles ini adalah alat meninggi diri yang diletakkan dalam kasut. Alat ini macam span diletak dalam kasut yang akan membuatkan kau tinggi lagi menawan. Insoles. Beli lah dalam rm20 macam itu. Murah je. Insoles ini kau boleh adjust. Berapa tinggi kau nak.
Selalunya insoles ini dijual dalam set. Kalau nak beli, beli yang jenis dapat di adjust ok. Search ini dekat lelong ( 1 PAIR 5 LAYER HEIGHT INCREASE 4CM HALF SHOES INSOLES ). Setiap layer boleh di cabut. Takut 4CM itu telalu tinggi untuk kau. Kau boleh cabut satu layer dan jadi 3CM macam itu. Tips ini aku belajar dari kawan aku. Aku tengok dia tiba-tiba jadi tinggi. Aku tanya apa rahsia kau wahai budak? Kau ambil supliment height up ke? Rupa-rupanya dia pakai insoles dalam kasut. Nice. Bukan nya orang tahu. Insoles itu kau letak bawah telapak kasut tu ok. Yang dalam kasut tu kan ada tapak kasut yang dapat dibuka itu. Jadi, letak bawah itu. Nanti kantoi kang waktu buka kasut depan orang.
Stretching. Tips terakhir. Kau tahu tak. Baby? Dia bangun sahaja dari tidur mesti dia mengeliat atau stretching*. Kalau dalam islam dilarang sebab amalan syaitan (correct me if I'm wrong). Tapi aku selalu juga terbuat stretching ini waktu bangun tidur, atau duduk terlalu lama. Sebab apa ? Baby buat stretching sebab dia nak mengembangkan atau merenggangkan tulang badan agar badan bayi semakin cepat membesar. Itu fahaman aku. Kau boleh google the benefit of stretching atau Stretching for height increase.
Itu sahaja dari saya.Harap perkongsian cara dan tips tinggikan badan ini berguna dan berkesan untuk anda-anda sekalian diluar sana. Amer Jaya. Ingat Amer ingat Kejayaan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.amerjaya.com/2018/08/tips-tinggikan-badan.html