Tips Cara Bertudung Sesuai Bentuk Muka


Bertudung atau memakai tudung adalah syariat dalam Islam. Buat seorang Muslimah, dengan memakai tudung, dia menunaikan tanggungjawab menjaga auratnya iaitu rambut. Rambut adalah mahkota seorang wanita dan ia adalah aurat seorang Muslimah.
Bila disebut ia adalah mahkota seorang wanita, logiknya adalah wajar untuk menjaga sebaiknya. Hanya layak ditatapi oleh mereka yang istimewa sahaja dalam hubungan halal seorang wanita Islam
Bertudung Menjadi Elemen Dalam FesyenPhoto by malbus pak on Unsplash
Bertudung adalah cara untuk menjaga aurat rambut dari menjadi dosa serta mengelakkan fitnah. Kini, bertudung sudah menjadi satu elemen dalam fesyen masakini, khusus untuk wanita Muslimah

Apabila ia menjadi sebahagian daripada fesyen, tentu sekali tudung itu muncul dalam pelbagai corak, dan cara pemakaian

Tiada salah bercorak, warna mahupun cara memakainya, asalkan ia menepati syarak - iaitu menutupi rambut  sebaiknya

Alhamdulillah, semakin ramai gadis dan wanita bersedia memakai tudung untuk menutup mahkota mereka. Walaupun ada yang memakainya sekadar memenuhi kehendak fesyen, tetapi ia satu permulaan yang baik untuk menjadi seorang Muslimah yang baik.
Seperti kata hikmah, hidayah itu perlu dicari untuk diberi. Pun begiitu, hidayah itu kekal tetap milik Allah

Aurat itu wajib dijaga, ditutup! Fesyen pula adalah perkara harus dalam Islam.
Tips Memilih Tudung Ikut Raut dan Bentuk Wajah Photo by Muhammad Ruqi Yaddin on Unsplash
Bagi anda yang ingin berfesyen dalam bertudung, saya kongsikan beberapa tips dan panduan untuk diikuti dalam memastikan bertudung itu elok molek mengikut bentuk dan raut wajah. Yang pasti ia tidak tersasar daripada sebab sebenar untuk bertudung - menutupi rambut, mahkota seorang wanita
Muka BujurWanita yang memiliki bentuk wajah bujur bebas memilih sebarang gaya tudung. Jika anda penggemar selendang, bebas memakai apa juga jenis selendang sama ada daripada fabrik kapas, sifon atau net. Begitu juga dengan tudung siap bersengkuap atau jenis Syria.
Muka Berpetak Ciri-ciri bentuk muka berpetak adalah lebih lebar di antara pelipis manakala tulang rahang dapat dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar. Dalam mengenakan tudung, pastikan tulang rahang dapat disembunyikan di sebalik tudung.

Gunakan anak tudung supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang. Jika ingin memakai selendang, perlu bijak menggayakannya. Elakkan gaya ikatan Bienda atau ikatan di belakang tengkuk kerana gaya ini tidak mampu menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar. 
Pilih gaya selendang yang menjurus kepada lilitan dan menutupi rahang. Tudung siap bersengkuap juga sesuai dengan bentuk muka berpetak

Photo by Irham Setyaki on UnsplashMuka PanjangMereka yang mempunyai bentuk muka panjang ini dicirikan dengan dagu yang panjang. Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang

Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening.

Penggunaan anak tudung Syria bersama selendang adalah disarankan kerana ia dapat membantu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi. Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka bujur, semua jenis selendang sesuai digayakan.
Muka Segi Tiga Dagu panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga, ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan pangkal rahang

Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu di tengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka. Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung seperti net.

Bagi membolehkan bahagian kening terangkat, gunakan cekak lembut sebelum menggunakan anak tudung. Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang bukan satu masalah kerana mereka menghampiri bentuk muka bujur
 Photo by Agung Setiawan on Unsplash
Bagaimanapun, pastikan cara pemakaian selendang dapat menutupi kekurangan wajah. Paling sesuai adalah gaya pintalan atau gaya sanggul kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka.
Muka Bulat Mereka yang mempunyai bentuk wajah bulat disarankan menggunakan cekak lembut terlebih dulu sebelum memakai anak tudung. Pilih anak tudung diperbuat daripada bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah. Pilih selendang daripada fabrik nipis agar ukuran kepala tidak terlalu kelihatan.

Selendang nipis atau mini sangat sesuai digayakan. Bagaimanapun, disarankan menggunakan anak tudung bawal sebelum mengenakannya agar bentuk muka kelihatan bujur
Simpan Tudung Pelbagai Sebagai HobiPhoto by Steffen Rehfuß on Unsplash
Disebabkan fesyen, ada di kalangan wanita yang menjadikan memiliki pelbagai jenis tudung, corak tudung mahupun warna sebagai salah satu hobi. Dengan kata lain, hobi mengumpul tudung.
Mengapa saya katakan hobi? Sebab ada tudung yang dibeli atau dimiliki hanya dipakai sekali sekala malah ada yang dijadikan koleksi kerana jenama yang ada pada tudung tersebut

Mungkin terapi psikologi bagi mereka. Rasa tenang bila tiba saat untuk mengayakan sesuatu fesyen, sudah tersedia tudung yang bersesuaian dari segi warna dan corak. Tidak mampu menyalahkan kerana hobi ini milik individu

Cumanya, janganlah sampai ke tahap pembaziran kerana wajibnya tudung itu hanya bila dipakai bukan membeli .....

Sumber: Remaja


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hasrulhassan.com/2025/11/tips-pilih-tudung-sesuai-wajah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Ditegur Lagi Tapi Masih Buat Netizen Kecam Dolla Tak Ambil Iktibar Selepas Ustazah Tegur Cara Berpakaian

Hiburan Ditegur Lagi Tapi Masih Buat Netizen Kecam Dolla Tak Ambil Iktibar Selepas Ustazah Tegur Cara Berpakaian

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 206 hits
Sebuah hantaran di Instagram kembali mencetuskan perbalahan netizen apabila kumpulan muzik terkenal didakwa tidak berubah meskipun sudah beberapa kali ditegur ustazah mengenai cara pemakaiannya yang terlalu seksi View this post on Instagram...
Apa Itu Skim Lindung 24 7 Cara Tuntutan

Apa Itu Skim Lindung 24 7 Cara Tuntutan

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 218 hits
Skim Lindung 24 7 adalah skim perlindungan sosial terbaru di Malaysia yang menyediakan perlindungan 24 jam sehari kepada pekerja formal termasuk pekerja asing ketika berada di luar waktu kerja pada hari cuti atau ketika dalam perjalanan har...
Perumahan Kasih Johor Syarat Kelayakan Cara Memohon

Perumahan Kasih Johor Syarat Kelayakan Cara Memohon

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 182 hits
Perumahan Kasih Johor sekali lagi diperkenalkan dengan pelbagai bentuk bantuan perumahan untuk rakyat Johor Artikel ini menghimpunkan syarat kelayakan dokumen diperlukan dan cara memohon bagi setiap skim yang diumumkan di bawah inisiatif ta...
Halus Sangat Cara Awak Ni Uqasha Senrose Terkilan Dengan Kamal Adli Hantaran Ig Story Undang Perhatian

Halus Sangat Cara Awak Ni Uqasha Senrose Terkilan Dengan Kamal Adli Hantaran Ig Story Undang Perhatian

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 118 hits
Pelakon Uqasha Senrose sekali lagi menjadi perhatian selepas memuat naik beberapa hantaran di Instagram Stories Pelakon ini turut menyertakan perbualan dengan peguam menyatakan mengenai hasratnya untuk mengambil barang barang peribadi di ru...
Diskaun Ihsan Cara Mohon Potongan Khas Pinjaman Kereta

Diskaun Ihsan Cara Mohon Potongan Khas Pinjaman Kereta

papar berkaitan - pada 6/12/2025 - jumlah : 171 hits
Diskaun Ihsan ialah potongan harga khas yang diberikan oleh bank atau institusi kewangan kepada pelanggan yang ingin menyelesaikan lebih awal perjanjian sewa beli kenderaan khususnya bagi kontrak yang ditandatangani sebelum pindaan Akta Sew...
Price Catcher Kpdn Cara Semak Harga Barang Terkini Di Seluruh Malaysia

Price Catcher Kpdn Cara Semak Harga Barang Terkini Di Seluruh Malaysia

papar berkaitan - pada 5/12/2025 - jumlah : 243 hits
Price Catcher KPDN memudahkan pengguna menyemak harga barang terkini di seluruh Malaysia dengan cepat dan tepat Melalui carian lokasi dan perbandingan harga antara premis pengguna boleh membuat keputusan membeli dengan lebih bijak dan menji...
Cara Semulajadi Rawat Rabun Mata Dengan Selamat

Cara Semulajadi Rawat Rabun Mata Dengan Selamat

papar berkaitan - pada 6/12/2025 - jumlah : 194 hits
Bila usia meningkat mesti ramai antara kita yang mula rasa mata tak seterang dulu Tulisan jauh nampak blur kena kecikkan mata kalau nak baca papan tanda atau asyik nak tambah brightness bila tengok Sebenarnya ada beberapa cara semulajadi ya...
Cara Bersihkan Kain Lap Dapur Dengan Mudah Berkesan Tip Power Untuk Hilangkan Bau

Cara Bersihkan Kain Lap Dapur Dengan Mudah Berkesan Tip Power Untuk Hilangkan Bau

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 159 hits
Kain lap dapur memang menjadi item yang sangat penting di dapur kerana ia membantu membersihkan pelbagai kotoran seperti sisa minyak tumpahan bahan masakan dan kotoran yang melekat pada permukaan meja Bila digunakan setiap hari kain ini mud...
Cara Memadam Api Keluar Dari Tong Gas

Cara Memadam Api Keluar Dari Tong Gas

papar berkaitan - pada 10/12/2025 - jumlah : 115 hits
Cara memadam api yang keluar dari tong gas Visit Wansite Kredit
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Rafizi Anwar Abai Sentimen Rakyat Hantar Isyarat Salah

Pulut Kuning Dan Bab Rezeki Tidak Disangka Sangka

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kelebihan Gxbank Berdasarkan Pengalaman Saya

Ikan Patin Masak Tempoyak

Thank You John Cena Bersara Selepas 24 Tahun

Bandit9 Monaco How An Accomplished Bike Builder Sees The Future Of Evs

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Turis China Bisa Kunjungi 6 Negara Ini Selain Jepang