Tips Berbelanja Persiapan Raya Agar Dapat Kekal Berjimat
Tinggal beberapa hari lagi seluruh umat islam akan meyambut hari kemenangan iaitu Hari Raya. Hurey Selamat Hari Raya !
Bagaimana persiapan raya ? Baju dah beli raya dah beli
Kalau tanya acik, acik belum ada apa-apa persiapan lagi. Tahun ini lebih bersederhana tetapi disambut dengan meriah Bersama keluarga. Tahun ini beranikan diri untuk membeli secara dalam talian. Jadi acik nak kongsikan tips persiapan untuk raya untuk kekal jimat
1. Membuat senarai barangan
Sebelum keluar rumah, senarainya barang yang kita beli. Sama ada barang basah mahupun barang keperluan raya. Pastikan membeli yang barang yang ada di dalam senarai tersebut. Fokus pada barang apa yang kita mahukan. Setkan masa untuk membeli untuk pastikan tidak membeli barang yang tidak perlu dan tiada dalam senarai kita.
2. Bajetkan untuk perbelanjaan
Sebelum keluar berbelanja,setkan bajet yang akan digunakan. Asingkan mengikut nama
Contoh : Baju Raya Along : RM 200 Baju Raya Angah : RM 150 Baju Raya Acik : RM 150
Jadi apabila sudah dibajetkan maka akan membeli ikut pada bajet yang telah ditentukan.Asingkan juga duit raya, duit kuih, duit barang basah ,agar keperluan semua mencukupi .Kita kena fikir kehidupan selepas Hari Raya nanti. Sakit tuh di sini, beraya sakan, papa kedana nanti selepas raya.Kadang tak perlu sofa baru, tak perlu barang kemas baru, kereta baru. Pakai apa yang kita ada pun dah cukup andai ianya masih elok digunakan
3. Membuat perbandingan harga
Pertama sekali kita buat survey harga barang yang kita mahu beli, contohnya kita nak beli Baju Melayu kita buat pergi jalan-jalan dulu ke kedai-kedai dan selepas itu kita nilai dan buat keputusan kedai mana yang harga berpatutan.Kadang kita ini malas nak keluar bersesak sana sini di pusat membeli belah. Serius kalau acik sendiri tak sanggup.Jadi kita ada pilihan membeli secara online, lagilah sekarang sedang lakukan promosi secara besar-besaran dan Mega maka bolehlah membeli di sana dengan diskaun harga yang berpatutuan juga. Nak jimat dapatkan Zalora Promo Code untuk mendapatkan diskaun bagi baju tertentu
Pilihan acik baju di atas, setidaknya dapatlah kurang sedikit harganya lebih murah dari beli di kedai.Dengan pilihan design yang cantik-cantik dan terkini. Acik pilih untuk baju yang berwarna merah di atas
Di Zalora pun terdapat juga baju kurang yang angun dan cantik untuk para gadis di luar sana
4. Tinggalkan kad ATM dan credit card
Bawa duit yang telah dibajetkan sahaja. Noktah .Jangan terpengaruh dengan jualan-jualan yang ada. Otak ini ligat sebenarnya memikirkan , aah dalam wallet ada berapa duit cepat sahaja fikir untuk beli barang apa. Credit card sangat bahaya sebenarnya, ianya mengalakan kita untuk berhutang. Swipe dan terus menerus memang asyik, tapi nanti untuk bayar sakitnya. Demi berlawan dengan jiran sebelah dan adik beradik sanggup berhutang beli perabot baru, emas mahal-mahal. Untuk tunjukkan siapa lebih gah di hari raya, tapi malangnya hutang melambak. Ukur baju di badan sendiri
Rayakan sebulan,persiapan baju raya untuk berkunjungi ke rumah sanak saudara diperlukan juga. Biasa raya kedua dan ketiga acik akan membeli kurta kerana mudah dan ringkas. Sekarang juga banyak keluaran jenis yang cantik-cantik. Acik sangat menyukai design Kurta Lima Waktu yang simple dan kain yang lembut serta selesa. Boleh dapatkan Shopee promo code untuk diskaun bagi semua jenis barangan yang kita beli.Acik pakai code ini dapat bantu kurangkan harganya. Untung!
Untuk yang kurta acik memilih untuk warna yang tengah, memang cantic dan sangat selesa. Nah acik sediakan sekali tips persiapan untuk perjalanan balik kampung
Tips persiapan untuk perjalanan jauh (balik kampung)
1. Service kereta atau motor kami sebelum memulakan perjalanan yang jauh
2. Pastikan rumah berkunci dan jangan lupa tengok gas di rumah terpasang atau tidak. Tanggalkan kepala gas dari gangangnya. 3.Pastikan cabut semua kepala plug dari rumahnya, kalau peti sejuk tu takpe. Yang tak guna tu elok di cabut takut berlaku litar pintas
4. Jangan tinggalkan kunci pendua di rak kasut, dalam pasu, dalam peti surat dan sebagainya
5. Pastikan barang berharga di simpan tempat yang selamat
Peringatan semasa hari raya
1.Jangan makan berlebihan dan luar dari kebiasaan
2.Jangan minum air berkabornat berlebihan dan jangan banyak minuman yang manis
3. Jangan terlebih selfie nanti orang menyampah hehe4. Jangan lupa nanti update blog untuk raya
Selamat Hari Raya !
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.akupenghibur.com/2019/05/tips-berbelanja-persiapan-raya-agar-dapat-kekal-berjimat.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+JomSenyumBersamaAkuPenghibur+%28Jom+Senyum+