Tips Beli Rumah Dan Cara Kiraan Mengikut Gaji


Memiliki rumah sendiri adalah impian setiap orang. Kalau dapat beli rumah pertama tu, dia punya happy tak dapat nak digambarkan. Harga rumah di Malaysia semakin hari semakin meningkat. Sebab itu lah kenapa harus beli rumah sekarang. 
Tapi tak semua orang mampu beli rumah, tambah lagi dengan pendapatan gaji yang rendah.

Proses jual beli rumah bukan proses yang mudah. Kena fikir masak-masak bila melibatkan pelaburan yang besar dan komitmen seumur hidup. Tersilap percaturan kiraan boleh merana nak membayar. Mana nak cekau duitnya


Beli rumah umur berapa?Ikutkan di Malaysia, untuk memiliki aset mestilah berumur 19 tahun dan keatas. Tiada had kategori umur untuk membeli rumah sebenarnya. Asal ada duit, boleh jadi.

Alangkah untungnya kalau mampu membeli rumah pada usia yang muda. Kelebihan beli rumah semasa waktu muda :Tempoh pinjaman maksimumAnsuran bulanan lebih rendahHarga hartanah kian meningkatPelaburan jangka panjangBanyak skim yang ditawarkanLoan Mudah LulusSemakin berusia pula, semakin kurang terma syarat pinjaman. 
Contohnya jika ingin membeli rumah pada umur 40 tahun, tempoh pinjaman maksimum akan jadi 25 tahun. Tempohnya lebih pendek tapi jumlah pinjaman bulanan lebih tinggi disebabkan tiada pilihan untuk buat pinjaman dalam tempoh yang lama yang sepatutnya maksimum 35 tahun.

Ada pros and cons beli rumah pada usia muda dan sebaliknya. 
Cara beli rumahbeli rumah cashbeli rumah guna kwspbeli rumah tanpa depositbeli rumah lelongbeli rumah lelong terus dari bank
Cara beli rumah bergantung pada kewangan masing-masing. Perlu ada simpanan dan sumber kewangan yang stabil. Beli rumah ketika ekonomi gawat tidak digalakkan. Begitu juga membeli rumah semasa COVID-19, perlu teliti cara kiraan gaji untuk beli rumah mengikut kemampuan kita

Sebenarnya yang bergaji rendah pun mampu beli rumah mengikut bajet, boleh beli rumah kos rendah. Kemudian sewa kan. Duit sewa tu dapat kita buat bayar bulanan atas angin je. Jika letak harga sewa tinggi sikit, dapat juga buat duit belanja sikit. 
Yang penting nya tak ada hutang dan komitmen bulanan yang tinggi. Itu sebabnya pengurusan duit tu penting

Tips beli rumah1. SimpananTerpaling penting, mempunyai duit simpanan yang cukup untuk hal-hal kecemasan atau urusan yang tak dijangkakan berlaku. Sebaiknya menabung pada peringkat awal untuk kegunaan masa depan, salah satunya untuk urusan beli rumah.
2. Pengurusan kewangan yang baikPengurusan wang sangat penting untuk membina kewangan yang kukuh dan stabil. Kurangkan hutang dan komitmen yang tidak perlu. Dah tentu pinjaman bank lulus dengan cepat

Cara kira kelayakan loan rumah mengikut gaji, boleh gunakan mortgagecalculator untuk dapatkan kiraan untuk beli rumah. Dapat juga membantu kita buat kiraan bajet kita. Mudah boleh buat kiraan online dengan menggunakan mortage calculator je

3. Pilih lokasi rumah yang sesuaiMembeli rumah untuk diduduki kita perlu ambil kira lokasi rumah yang sesuai dengan tempat kerja dan kemudahan lain seperti sekolah, hospital dan sebagainya. Kaji persekitaran juga samada lokasi selamat untuk diduduki atau pernah berlaku banjir dan lain-lain bencana. Keselamatan perlu diutamakan.

4. Bandingkan hargaJika bajet ketat, silalah survey dan bandingkan harga supaya kita dapat buat pilihan yang lebih bijak dan lebih menguntungkan kita. 
4. Beli rumah ikut kemampuanJadi seorang yang bijak membeli rumah mengikut kadar kemampuan sendiri. Bukan mengikut bajet orang lain. Rumah kos rendah atau rumah lelong pun boleh, asalkan selaras dengan bajet kita. Boleh buat aset disewakan dan duit sewa boleh buat bayar pinjaman bulanan. Tak ke untung macam tu

Mohon Rumah Mampu MilikDi Malaysia, banyak skim rumah mampu milik yang ditawarkan setiap negeri, antaranya :
1. Skim Rumah PR1MAPeringkat persekutuan, rumah PR1MA merupakan satu skim untuk membantu rakyat Malaysia memiliki rumah dalam pasaran rumah yang semakin mahal. Rumah PR1MA disediakan di setiap negeri, dengan harga bermula dari RM100,000 sehingga RM400,000. 
Syarat-syarat :
Warganegara MalaysiaBujang ataupun berkahwin berumur 21 tahun ke atasPendapatan isi rumah (sama ada bujang ataupun pasangan berkahwin) antara RM2,500 hingga RM15,000Kediaman PR1MA boleh dibeli sebagai kediaman pertama atau kedua sahaja.
2. JohorRumah Mampu Milik Johor (RMMJ) menawarkan rumah yang bernilai RM40,000 hingga RM150,000. Rumah dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air

Syarat-syarat :
Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atasTelah tinggal di Johor selama 10 tahunSatu permohonan bagi setiap pasangan berkahwinPermohonan isteri kedua dan seterusnya perlu menggunakan nama isteriGaji kasar bulanan tidak melebihi RM8,000 sebulanPemohon yang sudah ada rumah yang dikira sebagai rumah kos sederhana atau rumah mewah adalah tidak layak
3. MelakaLembaga Perumahan Melaka menawarkan rumah mampu milik dengan harga bermula dari RM150,000 hingga RM400,000 dengan keluasan sekitar 1,000 kaki persegi.

Syarat-syarat :
Warganegara MalaysiaGaji kasar tidak melebihi RM5 ribu sebulanSekiranya bujang, perlu berumur 20 tahun ke atas untuk memohon
4. Negeri SembilanKerajaan Negeri Sembilan juga menawarkan rumah mampu milik di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPP). Tetapi buat masa sekarang, laman sesawang rasmi bagi bahagian perumahan adalah masih belum berfungsi lagi. Untuk pertanyaan, boleh hubungi Pejabat Setiausaha Kerajaan

5. SelangorSelangor menawarkan Rumah SelangorKu yang berharga RM40,000 hingga RM250,000
 
Syarat-syarat :
Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atasTinggal di SelangorGaji kasar bulanan sebanyak RM3,000 hingga RM8,000Tidak boleh menjual rumah ini dalam tempoh 5 tahun pertama
6. PahangTerdapat beberapa skim yang ditawarkan oleh kerajaan Pahang, termasuklah Projek Rumah Makmur dan Rumah Kos Sederhana Rendah.

Syarat-syarat :
Warganegara Malaysia yang tinggal di Pahang selama 5 tahunPendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulanTidak boleh memiliki rumah sedia ada di bawah nama pemohon ataupun pasanganBukan di bawah Rancangan Pembangunan Tanah atau Rancangan Penempatan SemulaBoleh semak laman kerajaan negeri Pahang untuk maklumat lanjut

7. PerakRumahku Aman Jaya adalah skim rumah mampu milik yang disediakan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak. Buat masa ini, boleh dapatkan rumah sekitar RM130,000 hingga RM480,000

8. TerengganuRumah Mampu Milik (RMM) atau Rumah Pangsa Mampu Milik (RPPM) boleh didapati di sekitar Terengganu meliputi daerah Kuala Terengganu, Dungun, Kemaman, Hulu Terengganu, Setiu, Besut dan Marang.

Syarat-syarat :
Warganegara Malaysia yang menetap di TerengganuBerumur 21 tahun ke atasPemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumahPemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaanPendapatan kasar bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,500 sebulanBagi pemohon dan pasangan yang merupakan penjawat awam, hanya gred 1 hingga 22 sahaja layak memohonIsteri kedua/ketiga/keempat layak memohon sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM2,500Boleh semak laman perumahan Terengganu untuk melihat setiap jenis rumah yang ditawarkan

9. KelantanRumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) menyediakan rumah berharga sekitar RM80,000 hingga RM130,000.

Buat masa sekarang, tiada sebarang laman rasmi untuk skim ini,boleh hubungi kerajaan negeri untuk pertanyaan dan maklumat lanjut

10. KedahRumah Mesra Rakyat SPNB ditawarkan daripada harga bermula RM45,000 hingga RM65,000

Syarat-syarat : 
Warganegara Malaysia berumur 18 tahun hingga 65 tahunPendapatan isi rumah kasar bulanan sekitar RM750 hingga RM3,000Tanah yang mahu didirikan rumah jenis ini mestilah milik sendiri (yang tiada sebarang sekatan atau pun gadaian) ataupun tanah milik orang lain yang telah mendapat kebenaran dan persetujuan daripada tuan tanahLuas tanah tersebut mesti sekurang-kurangnya 2,800 kaki persegiMasih tiada rumah lagi, ataupun rumah yang sedia ada sudah usang dan rosak teruk.
11. Pulau PinangKerajaan negeri Pulau Pinang menyediakan rumah mampu milik daripada RM42,000 sehingga RM300,000.

Syarat-syarat kelayakan adalah berbeza-beza mengikut kawasan dan jenis rumah yang dipilih. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang

12. PerlisBuat masa ini, sebarang maklumat mengenai rumah mampu milik di Perlis adalah di bawah rumah PR1MA sahaja.

13. SabahKerajan negeri Sabah menawarkan Skim Pinjaman Perumahan (SPP) buat golongan pendapatan rendah, dengan nilai maksimum sebanyak RM50,000.

Syarat-syarat :
Warganegara Malaysia, dengan keutamaan diberikan kepada penduduk asal SabahBerumur 21 hingga 60 tahunBukan kakitangan kerajaanPendapatan isi rumah di antara RM750 hingga RM2,500Pemohon belum mempunyai rumah sendiriPeminjam mesti mempunyai tanah untuk tapak rumah yang akan digunakan sebagai cagaranPeminjam wajib mengambil skim perlindungan insurans (takaful)
14. SarawakRumah Mampu Milik (RMM) di Sarawak menawarkan rumah berharga RM50,000 hingga RM100,000.
Buat masa ini laman rasmi masih lagi dalam kemaskini, boleh hubungi Housing Development Corporation untuk maklumat lanjut

15. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan LabuanResidensi Wilayah adalah merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan. Hartanah dalam skim ni berharga RM300,000 ke bawah

Syarat-syarat :
Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atasTelah tinggal di Wilayah Persekutuan selama tiga tahunGaji bulanan tidak melebih RM10,000. Bagi pasangan berkahwin, pendapatan isi rumah tidak melebihi RM15,000Tidak boleh memiliki sebarang rumah di kawasan wilayah tersebutTidak boleh menjual rumah ini dalam tempoh 10 tahun pertamaRumah ini haruslah digunakan untuk kediaman sendiri dan tidak boleh disewa melainkan dengan kebenaran kerajaan persekutuanKeutamaan akan diberi kepada pemohon yang tinggal berdekatan kawasan projek tersebutsumber : propertyguru

Semoga bermanfaat. Apa apa pun, terpulang pada  kita samada nak beli atau sewa rumah. Beli rumah untungnya boleh dijadikan aset. Ataupun boleh jana pendapatan, rumah yang dibeli dijadikan rumah sewa.

Ikutkan dalam umur begini dah ada rumah pertama. Tapi rezeki belum berpihak pada kami. Tambah lagi terkesan dengan endemik COVID-19 ni, kena stabilkan kewangan dulu baru boleh cerita pasal beli rumah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2022/04/tips-beli-rumah-dan-cara-kiraan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Jual Beli Emas Di Miga I Maybank

Cara Jual Beli Emas Di Miga I Maybank

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 596 hits
Tahukah anda kini anda juga boleh mulakan pelaburan atau jual beli emas melalui Maybank apabila sebuah akaun pelaburan emas diperkenalkan iaitu Maybank Islamic Gold Account i Dengan adanya produk pelaburan emas ini anda boleh membeli dan me...
Tips Beli Laptop Untuk Student

Tips Beli Laptop Untuk Student

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 224 hits
Susah betul nak pilih laptop yang bersesuaian Dengan lambakan jenama dan spesifikasi dipasaran membuatkan kita lebih buntu nak pilih laptop Berikut adalah perkara yang perlu anda ambil kira sebelum membeli laptop PEMPROSESAN i3 i5 Cemerlang...
Teduh Permohonan Rumah Mampu Milik Untuk B40 L Cara Mohon Rumah Mampu Milik

Teduh Permohonan Rumah Mampu Milik Untuk B40 L Cara Mohon Rumah Mampu Milik

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 154 hits
Program TEDUH Permohonan Rumah Mampu Milik Untuk B40 Jabatan Perumahan Negara Malaysia telah menyediakan laman web khusus untuk memudahkan rakyat Malaysia khususnya golongan B40 untuk mencari atau menyemak rumah yang mereka bakal miliki sec...
Saya Dah Beli Rumah Di Eira Syazira Rancang Pindah Ke Indonesia

Saya Dah Beli Rumah Di Eira Syazira Rancang Pindah Ke Indonesia

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 327 hits
Pelakon Eira Syazira 37 bercadang mahu berpindah ke Indonesia bagi melancarkan lagi aktiviti untuk kerjaya nyanyiannya yang dibina di negara jiran itu Eira atau nama sebenarnya Syazira Shuhaimi berkata dia mahu menetap bersama keluarganya d...
Kongsi Berita Gembira Kim Kwanggyu Dapat Beli Rumah Sendiri Pada Usia 55 Tahun

Kongsi Berita Gembira Kim Kwanggyu Dapat Beli Rumah Sendiri Pada Usia 55 Tahun

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 248 hits
Seronok tak terhingga apabila kita dapat memiliki rumah di bawah nama sendiri kan Sama seperti pelakon veteran popular iaitu Kim Kwang gyu Menerusi sedutan I Live Alone terbaru lelaki itu telah berkongsi berita gembira berkenaan buat semua ...
Cara Membuat Cairan Pembersih Alami Untuk Perabotan Rumah

Cara Membuat Cairan Pembersih Alami Untuk Perabotan Rumah

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 202 hits
Kamu bisa membuat cairan pembersih sendiri di rumah dengan mempraktikkan cara cara di atas Kalau rumah bersih pastinya penghuninya akan senang dan sehat Selamat mencoba SoHip
13 Cara Halau Tikus Dari Rumah Dengan Berkesan

13 Cara Halau Tikus Dari Rumah Dengan Berkesan

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 249 hits
Rumah anda banyak tikus berkeliaran Cuba praktikkan cara halau tikus dan perangkap tikus yang kami kongsikan di bawah supaya haiwan perosak ini tidak lagi datang ke rumah anda buat selama lamanya Bayangkan jika anda bangun pagi dalam keadaa...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Skill Up Steam Curator

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Juicy Luicy Tanggung Jawab Chord

Amicorp Denies Alleged Fraud Over Us 7bil In 1mdb Scandal

Draining The Healthcare Swamp

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Semak Bantuan Barang Dapur 2025