13 Cara Halau Tikus Dari Rumah Dengan Berkesan



Rumah anda banyak tikus berkeliaran? Cuba praktikkan cara halau tikus dan perangkap tikus yang kami kongsikan di bawah supaya haiwan perosak ini tidak lagi datang ke rumah anda buat selama-lamanya!Bayangkan jika anda bangun pagi dalam keadaan rumah dengan makanan yang berselerak, dengan najis tikus di merata tempat, arghh stressnya!
Sebut sahaja masalah mana-mana rumah tentang haiwan perosak, masalah tikus sudah semestinya antara yang paling popular dan paling menjengkelkan. Jangan bimbang, dalam artikel ini kami kongsikan tentang cara halau tikus agar rumah anda bukan sahaja bersih, tetapi selamat daripada sebarang penyakit.
Tanda tikus ada di rumahSebelum meneruskan lebih lanjut, anda perlu tahu tanda-tanda kehadiran tikus di rumah anda. Bagaimana caranya? Terdapat beberapa tanda dan kesan yang boleh diperhatikan di sekeliling kawasan dalam rumah iaitu:

Najis tikus seperti bentuk beras berwarna coklat gelapKesan gigitan pada plastik makanan, perabot kayu, wayar elektrikKesan kotoran pada dinding di sepanjang laluan haiwan perosak ini, disebabkan kotoran pada badan tikus yang bergesel dengan permukaan dindingBunyi cakaran dari atas siling pada waktu malam. Disebabkan tikus aktif pada waktu malam, bunyi cakaran akan didengari pada waktu iniKesan tapak kaki kecil. Bagi mengetahui laluan aktif yang dilalui tikus, taburkan tepung di sekeliling laluan yang disyaki menjadi laluan tikus. Kesan tapak kaki yang baru akan dapat dilihat pada keesokan paginyaLubang dalam tanah. Tikus boleh membina lubang dalam tanah sebagai sarang, tempat simpanan mereka atau menjadi laluan tikus ke dalam rumah.Sarang tikus. Tikus kebiasaannya akan membuat sarang di kawasan yang tersembunyi dengan menggunakan cebisan kertas atau kain. Dalam sarang tikus ini, biasanya anda akan menjumpai anak-anak tikus yang masih kecil dan sarang ini akan terletak berdekatan dengan sumber makanan seperti peti sejuk.Tempat yang sering menjadi laluan tikus di rumah andaApabila anda sudah tahu tentang tanda kehadiran tikus di rumah, terdapat beberapa tempat yang perlu diperiksa kerana sering menjadi laluan tikus. Tidak kira luar atau dalam rumah, kesemua tempat ini perlu melalui pemeriksaan yang teliti agar tidak ada seekor tikus pun yang terlepas.
Kawasan di luar rumah:Longkang- Pastikan longkang anda bertutup atau periksa sekiranya terdapat lubang tikus di kawasan longkangKawasan kebun- Perhatikan tanah di sekitar tanaman kebun, periksa sama ada terdapat lubang tikus atau tidak di dalam tanahGaraj kereta- Pasti anda biasa dengar kereta yang rosak disebabkan wayar kereta digigit haiwan perosak ini kan? Perhatikan di sekitar kawasan garaj, atau kawasan berkayu kerana ia boleh menjadi laluan tikus.Kawasan di dalam rumah:
Siling atau bumbung rumah- Tinjau keadaan siling rumah anda, jika ada kehadiran tikus, kawasan bumbung dan siling akan dipenuhi najis tikus dan sarangnya.Dapur- Sumber makanan merupakan salah satu punca kenapa tikus masuk ke dalam rumah kita. Periksa di kawasan belakang peti sejuk yang tersembunyi.Ruang membasuh pakaian- Ruang membasuh pakaian perlu dipastikan sentiasa kering. Paip yang bocor dan titisan air boleh menjadi sumber bekalan air buat haiwan perosak ini.Jenis-jenis tikusTikus yang paling sering dijumpai di dalam rumah adalah Tikus Norway (Rattus norvegicus), Tikus Rumah (Rattus rattus), dan Mencit (Mus Musculus). Tetapi menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat beberapa jenis tikus yang terdapat di Malaysia seperti  Antaranya ialah:
Tikus rumah (Rattus rattus diardii)Tikus Norway (Rattus norvergicus)Tikus rumah kecil (Mus musculus)Tikus sawah (Rattus argentiventer)Tikus kayu (Rattus tiomanicus)Tikus Burma (Rattus exculans).Cara halau tikus dari rumahSeterusnya, apabila kita sudah tahu di mana kawasan laluan tikus dan tanda-tandanya, makin mudah untuk kita aplikasikan cara yang berkesan untuk menghalau dan menghapuskan tikus ini. Berikut adalah cara-cara menghalau tikus yang boleh dipraktikkan di sekitar rumah anda.
1. Sekat sumber makanan, minuman, dan sarang tikusPerkara pertama yang paling penting untuk menghalau tikus ialah menyekat tiga faktor utama tikus boleh hidup di dalam rumah anda iaitu makanan, minuman, dan sarangnya. Tidak ada gunanya jika anda mencuba pelbagai cara menghalau tikus, tanpa menitikberatkan perkara ini.
Sumber makanan boleh disekat dengan memastikan kawasan dapur, peti sejuk anda sentiasa diselenggara dan dibersihkan untuk memastikan tiada makanan yang terdedah, atau lubang tikus. Pastikan tong sampah yang berisi sisa makanan tertutup dan tidak dibiarkan terdedahSumber minuman pula boleh disekat dengan memastikan tiada saluran paip yang bocor yang menyebabkan air bertakung. Lopak kecil ini mungkin nampak remeh bagi anda, tetapi bagi tikus, ia sumber minuman mereka.Sarang atau tempat berlindung. Rumah yang berselerak merupakan syurga bagi tikus untuk membiak kerana mereka mempunyai tempat untuk bersembunyi. Pastikan setiap rekahan, lubang serta celah-celah ruang di rumah anda dibaiki dan ditutup.2. Perangkap tikusBagi cara ini, anda boleh menggunakan perangkap tikus yang boleh dibeli di kedai atau menggunakan kreativiti untuk membuat perangkap sendiri. Kebiasaannya, setiap perangkap akan diletakkan sedikit cebisan makanan sebagai umpan untuk menarik perhatian tikus.
Selain itu, gam tikus juga boleh digunakan sebagai cara halau tikus atas siling rumah anda. Jangan lupa untuk taburkan sedikit cebisan makanan sebagai umpan. Tikus akan melekat pada permukaan gam yang kuat dan tidak boleh melepaskan diri. Walaupun begitu, jangan biarkan perangkap tikus ini terlalu lama, kerana tikus akan mati dan bangkai tikus akan mengeluarkan bau yang sangat busuk.

3. Bela kucingBagi mereka yang sukakan kucing, ini mungkin masa yang baik untuk membela kucing. Si comel ini bukan sahaja boleh menjadi peneman anda di dalam rumah, tetapi boleh mengurangkan populasi tikus di rumah, kerana naluri semulajadinya untuk memburu mangsa.
Namun begitu, jangan biarkan si comel anda menjadikan tikus ini sebagai makanan mereka pula. Ini kerana, tikus boleh menyebabkan jangkitan cacing kepada usus atau toxoplasmosis  dan juga keracunan makanan sekiranya tikus itu memakan umpan yang mengandungi racun tikus. Oleh itu, kami sediakan alternatif semulajadi pula bagi cara seterusnya untuk menghalau tikus. Teruskan membaca!
4. Kulit durianBila musim durian setiap tahun, selain menikmati isi durian yang sangat lazat, kulit durian jangan dibuang tau! Anda boleh gunakan kulit durian sebagai salah satu cara halau tikus di rumah anda. Letakkan sahaja kulit durian di tempat yang sering menjadi laluan tikus. Insya-Allah, tikus tidak akan suka dengan bau durian dan kulit durian yang berduri.
5. Daun durian belandaAmbil beberapa helai daun durian belanda dan gantung atau letakkan di tempat yang sering menjadi sarang atau laluan tikus. Biarkan selama beberapa hari dan ganti dengan daun yang baru jika sudah kering.
6. Daun pandanJika anda inginkan rumah yang berbau wangi dan pada masa yang sama dapat menghalau tikus, boleh sahaja gunakan daun pandan. Bau daun pandan yang wangi boleh digunakan untuk menghalau tikus.
Gantung serta letakkan beberapa helai daun pandan di lubang atau kawasan yang disyaki menjadi laluan tikus. Disebabkan daun pandan ini sangat mudah didapati di kawasan rumah di Malaysia, anda boleh berjimat, rumah berbau wangi, serta boleh menghalau tikus pada waktu yang sama!
7. Semburan serai wangiSeterusnya, semburan serai wangi juga boleh digunakan untuk menghalau tikus. Apa yang menarik, pada zaman moden ini, semburan serai wangi ini mudah didapati dan dijual di kedai runcit atau pasar raya berdekatan dengan rumah anda. Caranya juga cukup mudah, hanya semburkan semburan ini di kawasan sarang tikus atau laluannya.
8. Serbuk lada hitamSelain daripada alternatif bahan semulajadi, bahan dapur turut boleh digunakan sebagai salah satu ikhtiar atau cara untuk menghalau tikus. Gunakan sahaja serbuk lada hitam di dapur, dan taburkan di kawasan yang anda sering lihat menjadi laluan tikus.
Serbuk lada hitam ini boleh berfungsi dalam dua cara untuk menghalau tikus iaitu sebagai racun tikus semulajadi atau menghalau tikus. Lada hitam mengandungi sejenis bahan, iaitu piperine yang mampu membunuh tikus, jika diambil dalam kuantiti yang banyak. Walaupun cara ini kurang berkesan berbanding racun kimia, ia merupakan satu alternatif yang berbaloi untuk dicuba.
Bau serbuk lada hitam juga boleh mendatangkan iritasi kepada tikus yang boleh membuatkan mereka menjauhi kawasan yang ditaburkan serbuk ini.
9. Limau purutTahukah anda, limau purut yang biasanya digunakan sebagai mandian untuk menghilangkan bau badan, ia juga boleh digunakan untuk menghalau tikus. Caranya, potong limau purut kepada dua bahagian dan letakkan sahaja di kawasan laluan tikus. Selain daripada buah limau purut, daun limau purut turut boleh digunakan dengan cara yang sama.
Cara ini merupakan salah satu petua menghalau tikus yang sering dikongsikan oleh atuk nenek kita.
10. CukaCuka yang paling sesuai digunakan untuk menghalau tikus ialah cukai putih. Bagi menggunakan kaedah ini, anda memerlukan kapas dan juga cuka. Caranya adalah seperti berikut:
Mop dan bersihkan kawasan yang sering menjadi laluan tikusCelup bebola kapas ke dalam cuka. Bagi mengelakkan iritasi pada tangan anda, gunakan sarung tanganLetakkan bebola kapas yang dicelup cuka tadi di kawasan laluan atau sarang tikusSekiranya bebola kapas yang dicelup cuka telah kering, anda hanya perlu celupkan bebola kapas yang sama ke dalam cuka dan letakkan kembali di tempat asalnya.11. Minyak pudinaDaun pudina atau minyak pudina bukan sahaja boleh digunakan sebagai wangian terapi di dalam rumah, tetapi juga sebagai penghalau tikus di kediaman anda. Selain bebas kimia, ia juga merupakan salah satu alternatif yang bagus jika anda mempunyai anak kecil di rumah.
Cara untuk menggunakan minyak pudina ini juga sangat mudah. Campurkan minyak pudina bersama dengan air dan semburkan di sekitar kawasan yang menjadi laluan tikus. Apa yang menarik, selain menghalau tikus, minyak pudina ini juga boleh digunakan untuk menghalau lipas.

12. Ubat gegatJika cara semulajadi masih tidak mendatangkan kesan, anda boleh beralih dengan menggunakan bahan kimia iaitu ubat gegat. Ubat gegat atau naphtalene hanya perlu diletakkan di tempat yang sering menjadi kawasan laluan atau sarang tikus.
Walaupun tikus tidak suka dengan bau yang dikeluarkan oleh ubat gegat ini, namun awas, ubat gegat ini turut mengandungi racun yang bukan sahaja berbahaya kepada tikus, tetapi juga anak kecil. Oleh kerana ubat gegat ini biasanya berwarna-warni, bentuknya sering disalahertikan sebagai gula-gula oleh kanak-kanak.
13. Servis kawalan serangga perosakJika semua cara di atas tidak mendatangkan sebarang hasil, mungkin ini masanya anda mendapatkan bantuan dengan khidmat profesional. Walaupun cara ini memerlukan sejumlah kos, tetapi ia sangat berbaloi untuk digunakan bagi mengelakkan masalah tikus ini menjadi lebih teruk dan menyebabkan kerugian harta benda yang lebih banyak.
Sebelum membuat keputusan memilih syarikat kawalan serangga yang sesuai, buat perbandingan harga dan ulasan dari beberapa syarikat dahulu sebelum memilih yang terbaik untuk bajet anda.
Masalah tikus di dalam rumah ini bukan sahaja menjengkelkan, malah boleh mendatangkan penyakit jika tidak dikendalikan dari awal. Semoga dengan perkongsian kali ini, anda dapat mengurangkan masalah tikus di rumah anda. Semoga berjaya!
Kredit : propertyguru
Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lamanqaseh.com/2022/04/13-cara-halau-tikus-dari-rumah-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Teduh Permohonan Rumah Mampu Milik Untuk B40 L Cara Mohon Rumah Mampu Milik

Teduh Permohonan Rumah Mampu Milik Untuk B40 L Cara Mohon Rumah Mampu Milik

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 154 hits
Program TEDUH Permohonan Rumah Mampu Milik Untuk B40 Jabatan Perumahan Negara Malaysia telah menyediakan laman web khusus untuk memudahkan rakyat Malaysia khususnya golongan B40 untuk mencari atau menyemak rumah yang mereka bakal miliki sec...
Cara Daftar Rumah Residensi Wilayah Keluarga Malaysia

Cara Daftar Rumah Residensi Wilayah Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 209 hits
CARA DAFTAR RUMAH RESIDENSI WILAYAH KELUARGA MALAYSIA Kementerian Wilayah Persekutuan ada menyediakan bantuan perumahan di bawah program Rumah Residensi Wilayah SASARAN PROGRAM RUMAH RESIDEN WILAYAH Projek perumahan ini menyasarkan golongan...
Cara Membuat Pagar Gaib Rumah Dengan Media Bambu Kuning

Cara Membuat Pagar Gaib Rumah Dengan Media Bambu Kuning

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 219 hits
Salam dari Saya Ki Sabrang Alam Apa kabar Semoga Anda sehat selalu dan apa yang menjadi hajad atau keinginan Anda segera dikabulkan oleh Gusti Alloh Aamiin Pada kesempatan kali ini Saya sharing mengenai Membuat Pagar Gaib Rumah dengan Media...
Cara Paling Berkesan Kempiskan Perut

Cara Paling Berkesan Kempiskan Perut

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 187 hits
Cara Paling Berkesan Kempiskan PerutNak perut kempis Iye memang inilah impian ramai wanita lepas bersalin Nak perut kembali kempis seperti zaman anak dara Mengah sungguh bila perut buncit ni kan Nak bergerak pun tak selesa Bila duduk je nam...
Cara Membuat Cairan Pembersih Alami Untuk Perabotan Rumah

Cara Membuat Cairan Pembersih Alami Untuk Perabotan Rumah

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 203 hits
Kamu bisa membuat cairan pembersih sendiri di rumah dengan mempraktikkan cara cara di atas Kalau rumah bersih pastinya penghuninya akan senang dan sehat Selamat mencoba SoHip
6 Potret Krisdayanti Di Acara Syukuran Rumah Thariq Penampilannya Mencuri Perhatian

6 Potret Krisdayanti Di Acara Syukuran Rumah Thariq Penampilannya Mencuri Perhatian

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 137 hits
Thariq Halilintar menggelar acara syukuran untuk rumah barunya Dalam acara tersebut Thariq mengundang keluarga besar dan orang orang terdekatnya Salah satu yang diundang yakni Krisdayanti yang merupakan mertua dari kakak Thariq yakni Atta H...
Tular Kisah Rumah Adik Akid Serba Daif Ustaz Ebit Lew Terus Datang Membantu Video

Tular Kisah Rumah Adik Akid Serba Daif Ustaz Ebit Lew Terus Datang Membantu Video

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 239 hits
Tular Kisah Rumah Adik Akid Serba Daif Ustaz Ebit Lew Terus Datang Membantu VIDEO SEMALAM video seorang kanak kanak yang dikenali sebagai Adik Akid yang menangis akibat rumah yang daif dan tiada sumber pendapatan tetap menyebabkan ramai yan...
Telefilem Robohnya Rumah Kecil Di Tv Okey

Telefilem Robohnya Rumah Kecil Di Tv Okey

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 275 hits
Saksikan telefilem Robohnya Rumah Kecil yang akan menemui penonton pada 10 April 2022 hari Ahad pada jam 2 30 petang menerusi slot Layar Okey di TV Okey atau secara online di portal Telefilem ini merupakan terbitan Switch On Entertaiment Sd...
The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Lirik Lagu Doremon Atmosfera


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025