Tips Beli Rumah Cara Betul Beli Rumah Second Hand
Tips beli rumah | Cara betul beli rumah second hand (rumah subsale) | Aiik Sayidah..? Haritu update pasal 'Tips, Cara, Panduan Beli Rumah: khusus buat pembeli Rumah Pertama' .. kemudian entri tentang 'Apa Perlu Buat Bila Pindah ke Rumah Baru atau Rumah Sewa'. And then pasal cara beli rumah second-hand (rumah subsale). Woww.. tengah intai intai nak beli rumah baru atau survey rumah secondhand/ subsale untuk tahun baru 2020 ke tuuu? Banyak betul share pasal tips beli rumah.. ada maksud pape ke tuuu?
Takde maksud apa pungg. hahahaha.
Takde niat pun nak beli rumah baru dalam waktu terdekat 2020 2021 atau 2022 ni because ehem.. yeahh obviously because of.. duit dalam bank tidak mengizinkan. Sobsobsss. Tapi in the futureee.... teringin le.
Siapa yang tak nak rumah sendiri kan? Tempat berteduh dari hujan dan panas. Tempat tidur, makan, kuak lentang. Ehh. Tibe.
Thats whyy i put the notes and all of the useful tips rumah at my own blog first. Senang.. pape nanti, just cari je panduan kat blog sendiri kahkahh. I think I am genius lah. kan?
Tips beli rumah | Cara betul beli rumah second hand (rumah subsale)Ditulis oleh: Urban Hartanah (@twthartanah)
Ramai yang tengah survey rumah subsale kan?
Nah baca thread ini untuk lebih info.
Rumah Secondhand ok ke tak?
Meh kami kongsi tips macam mana nak beli rumah secondhand.
Kalau depan mata kita ada peluang memiliki rumah, apa salahnya kita beli sebuah walaupun ianya rumah subsale (rumah second hand).
tips beli rumah | cara betul beli rumah second hand (subsale) | credit image: Urban HartanahRata-rata mengatakan rumah second hand sebagai rumah ‘barai,’ ‘busuk,’ ‘takde kelas,’ dan macam-macam lagi.
Maafkan mereka. Yang biasa cakap macam ni sebenarnya tak tahu tentang kelebihan membeli rumah second hand.
1. Kaji
Pertama sekali, survey dan pilih dulu hartanah yang kita nak beli.
Banyak sebenarnya laman web yang kita boleh tengok-tengok seperti:
MudahProperty GuruiPropertyPropwallHartabumi Speedhome
Ada banyak sangat rumah second hand tersenarai dekat sana.
2. Tandatangan Letter of Acceptance (LOA)
Kalau dah research rumah dan lokasi kawasan itu, hubungi ejen bagi unit itu dan cepat-cepatlah tandatangan Letter of Acceptance atau Letter of Offer yang disediakan oleh ejen hartanah.
Paling penting, pastikan dulu ejen yang kita pilih tu berdaftar secara sah dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia (LPPEH atau BOVAEA).
Jangan sekali-kali guna ejen haram atau yang tidak berdaftar. Sebab ramai dah terkena, jadi lebih baik kita berhati-hati.
3. Bayar Booking Fee dan Minta Lanjutkan Tempoh Siapkan SPA
Kalau hati dah berkenan dan nak beli hartanah tersebut, bayar 3% daripada harga rumah sebagai bayaran booking atau deposit.
Kebiasaanya, ejen akan beri kita masa 14 hari, tapi kita boleh cuba minta 21 hari sebab kadang-kadang loan lambat lulus.
Selagi loan tak lulus, kita tak boleh nak sign Sales & Purchase Agreement (SPA).
Dicadangkan supaya kita mohon pembiayaan sekurang-kurangnya dengan 4 bank untuk memudahkan kita buat pilihan.
Upah peguam yang ada kepakaran dalam bidang pengurusan hartanah untuk siapkan SPA.
4. Dapatkan Bukti Pemilikan Pemilik Asal
Pastikan pemilik rumah asal (penjual) tandatangan pada Letter of Acceptance dan pastikan kita dapat salinan Sales & Purchase Agreement pembelian untuk buktikan bahawa mereka adalah pemilik rumah yang sah.
5. Settlekan Baki 7%
Bayar baki 7% deposit pembelian rumah. Dalam step #3 tadi, kita dah bayar 3%.
Jumlah ni kita perlu cukupkan sampai 10% sebelum tandatangan SPA.
Kemudian kita kena tunggu pula 3 hingga 6 bulan untuk pihak bank membayar kepada penjual jumlah yang tertunggak (baki 90%, lepas kita dah bayar duit down payment 10%).
Seterusnya pastikan kita follow-up dengan peguam tiap-tiap minggu untuk pastikan dia buat kerja dan ada kemajuan.
Bukan apa… mesti dah tak sabar nak ada rumah sendiri… Jadi, jika bank dah jelaskan semua jumlah tertunggak kepada penjual, peguam boleh uruskan proses pengambilan kunci rumah.
Pemilik rumah atau penjual akan kosongkan rumah untuk selesaikan proses pemindahan sehingga berjaya.
Ok setakat ini sahaja perkongsian. Kalau ada apa - apa yang tak faham boleh terus DM kami ya. Untuk anda yang ada rumah subsale yang nak dijual pun boleh DM kami.
Sekian..
Q&A & more info on tips beli rumah second hand / rumah subsale
Afiq: "bukan orang tak nak beli rumah second hand.. malah ia lebih murah dari rumah baru sometimes but kekangan yang dihadapi ialah 10% deposit dan lawyer fee yang dimana kalau new development, ia akan diberikan percuma atau dalam package beli rumah.. ramai orang muda tak dapat sediakan 10% tu"
Zraaj: "Ramai orang ada masalah dekat bab 10% dengan lawyer fee tu. Tapi sebenarnya ada macam macam cara untuk kita meminimakan kos, pembayaran lawyer fee boleh keluarkan epf account kedua. Boleh markup loan dan macam macam cara lagi. Ada yang beli rumah subsales keluar 1K je. Pentingnya ilmu".
Afiq: "ye bro tapi kena still bayar 3% booking fee dulu.. then overloan tu now susah juga.. sebab bank pun ada orang yang valuate the house.. but if ada ilmu share lah bro bagus juga untuk orang yang berminat nak beli".
Shazmie RajaProperty: "Hi bro. I cover subsale selangor.
1. Most of my client deposit 3-5% only.
2. Lawyer fee can deduct from cashback. No upfront charge.
3. Markup loan can be arranged. My client get 30-100k cb. Depends on location.
4. If don't have 3%, also can. Special arrangement can be made."
Zraaj: "tq bro..is there anyway they get the 3 to 5% depo or it's from their saving?"
Shazmie RajaProperty: "Usually from the saving. Or maybe they fork out anywhere. The 3% is paid as earnest deposit. Remaining balance can arrange from Epf 2 acc."
Zraaj: "so average the depo gonna be 3k if 100k property or 6k if 200k property right.. ok ok.. so subsale sales going strong?"
Shazmie RajaProperty: "Yes correct bro around that figure. I disclosed exact figure in appt only.
Yeah already closed 5 subsale house this month. Got lots of appointments incoming.. Hope everything going smooth for all."
Schasya: "Kindly can you dm me your number for subsale house purposes? Tq"
Shazmie RajaProperty: "Check ur dm tq"
-------------------------------------------------
"Rumah subsale ni best sebab tempat matang. Kalau mencari untuk investment, sesuai sangat. Location paling penting kalau investment.
Then boleh adjust depo 1-3% je instead 10%. Markup loan pun boleh untuk gain capital as long mampu bayar installment and guna duit tu untuk investment ya."
"Investment apa yang berbaloi kalau kita ada lebihan loan tu. Boleh bagitau tak encik?"
"Dah ada takaful and emergency fund, boss? Kalau dah, boleh go next level. Kalau gaji okay, setting rumah sewa positive cashflow boleh, parking unit trust pun boleh, invest dalam bisnes orang."
-----------------------------------------------
Moga bermanfaat! (walaupun saya tak faham langsung apa dorang 'cakap' dan term term yang digunakan di atas ni kahkahkahhhhh!)
Okay.. till next time, daa~ wassalam! :)
search keywords: tips beli rumah, cara beli rumah second hand, cara beli rumah subsale, cara betul beli rumah secondhand, beli rumah second hand direct owner, beli rumah second hand secara tunai, cara beli rumah second hand dengan loan kerajaan, cara beli rumah second hand full loan, beli rumah baru atau second hand, beli rumah second hand guna kwsp, beli rumah second hand guna epf.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sayidahnapisah.com/2019/12/tips-beli-rumah-cara-betul-beli-rumah-second-hand-subsale.html