10 Cara Mudah Halau Lipas Dari Rumah
10 Cara Mudah Halau Lipas Dari Rumah | Awal-awal masa Fadzi pindah masuk ke rumah yang sekarang Fadzi duduk, semua rasa cantik bersih dan tak ada masalah lipas, tikus, cicak mahupun semut. Rumah baru saja siap developed kan. Hatta nyamuk pun tak ada. Tapi lepas dalam 3 tahun duduk sini, tiba-tiba banyak gila lipas.
Salah satu sebab kenapa tiba-tiba banyak lipas adalah orang ramai mula masuk dan buang sampah dekat bilik sampah sesuka hati. Lepas tu bila semakin banyak kedai makan yang dibuka di bawah rumah tu, semakin lah teruk lipas datang.
10 Cara Mudah Halau Lipas Dari RumahJadi untuk menghapuskan lipas-lipas yang datang ke rumah, macam-macam petua yang Fadzi guna. Waktu tu kalau boleh Fadzi memang tak nak guna bahan-bahan kimia macam spray lipas sebab Aneeq dan Anas kecil lagi kan. Antara petua yang Fadzi guna untuk halau lipas dari rumah adalah:
1. Hirisan LemonCaranya mudah saja. Korang hiriskan lemon nipis-nipis. Picit sikit bagi keluar bau wangi lemon tu. Lepas tu letakkan di kawasan-kawasan yang selalu korang nampak lipas bersuka ria. Fadzi suka letak dekat setiap penjuru dalam kabinet rumah Fadzi.
2. Daun PandanDaun pandan pula Fadzi dapatkan dari rumah Mak dan rumah Mak Mentua Fadzi. Ha, diaorang siap bagi satu pokok tau. Fadzi carik carik kan daun pandan sampai keluar bau dan letak dalam almari dapur.
3. Serai WangiYang ni Fadzi guna cecair serai wangi yang dalam botol tu. Fadzi letak cecair serai wangi dan campur dengan air paip letak dalam botol spray. Fadzi spray dalam almari dapur.
4. Kulit TelurKulit telur ni pulak. Setiap kali Fadzi masak guna telur, Fadzi basuh dan simpan kulit dia. Bila dah kering, Fadzi tumbuk dalam lesung batu bagi hancur halus. Letak sekeliling belah dalam almari dapur.
Botol tu DIY lebih kurang macam ni. Potong dua. Muncung botol terbalik kan dan lekatkan guna selotip. Isi minyak yang dah digunakan dalma botol tu. Nak lagi power letak belacan sekali bagi naik bau.
5. Perangkap Botol MinyakYang ini trick dekat mana entah Fadzi baca. Cara dia potong botol air bikarbonat besar jadi dua. Isi minyak yang dah digunakan dekat dalam botol. Letak bahagian muncung ke bawah. Nanti lipas masuk diaorang dah tak boleh keluar.
6. Perangkap LipasYAng ni beli je dekat market mana-mana. InsyAllah ada kot. Cara nak pakai ni senang saja. Keluarkan dari packaging, letak dekat tempat lipas selalu datang. Letak dalam sebulan, nanti banyakah lipas duduk dalam tu kena perangkap.
Malangnya kesemua petua yang Fadzi buat dekat atas ni kurang berkesan. Pada awal penggunaan mungkin ada berkurangan sikit lipas tapi lama-lama diaorang pun macam heh, ingat aku takut sangat ke setakat guna benda-benda macam ni. Aku lipas hybrid lah. Power kot.
Ha lebih kurang macam tu lah kot dieorang cakap.
7. Non Chemical SprayNasib baik juga masa tu kakak ipar Fadzi ada bagi spray semula jadi. Kira tak ada bahan kimia yang merbahaya kan lah. So kiteorang cuba guna spray tu. Tiap kali sebelum tidur, kiteorang akan buat kerja pembersihan dekat dapur. Nampak je lipas terus spray sampai mati.
Bangun pagi, sebelum pergi kerja Zul pulak buat pembersihan. Masa dia nak ambil plastik sampah untuk buang dekat bilik sampah, asal nampak je ada lipas, dia spray. Jadi bila Fadzi keluar dari bilik tidur, memang terbau spray tu.
So far, bila spray dengan spray tu lipas memang sangat-sangat berkurang. Sampai sekarang. Ada lah seekor dua kadang-kadang tu nampak lagi terkedek-kedek. Cuma baunya walaupun ok saja tapi terlalu kuat bagi Fadzi. Fadzi tak berapa suka lah bau dia.
8. Tutup Salur Air Pada LantaiLangkah yang kedua kiteorang buat yang menyebabkan lipas berkurangan adalah dengan meletakkan penutup pada saluran air (floor trap) dekat bahagian dapur. Jadi lipas dari luar tak boleh masuk ke dalam rumah.
9. Bersihkan Makanan Tumpah SegeraYang paling penting, korang kena pastikan rumah korang bersih. Kalau ada makanan tumpah, cepat-cepat kemaskan. Faham-faham je lah kan Fadzi ada dua anak lelaki yang sedang membesar. Kalau makan sendiri, kalau tak bersepah mesti tak sah.
10. Tutup Tong Sampah Dan Ikat Plastik SampahLepas tu pastikan juga korang selalu tutup tong sampah. Fadzi cadangkan sangat korang beli dan guna tong sampah yang jenis bertutup dan berpedal. Senang nak buka dan tutup tong sampah guna kaki saja tanpa perlu pegang tong sampah tu. Kalau yang jenis buang sampah dalam plastik sampah saja, malam-malam sebelum tidur, ikatlah dulu plastik sampah tu.
Kalau korang ada masalah lipas di rumah pun, Fadzi cadangakan korang boleh guna spray (tak kisah brand apa asalkan bahan yang digunakan adalah semulajadi. Kalau guna air kosong saja pun boleh) dan tutup saluran air (floor trap) dekat dapur korang.
Atau kalau tak menjadi juga, Fadzi senaraikan lagi petua-petua lain yang orang lain kongsikan cara untuk menghalau lipas dari rumah tanpa menggunakan bahan kimia di bawah.
Spray air paip sampai lipas lemasSpray minyak pati dalam almari Tabur serbuk penaik dalam almari Letak gel silika dalam almariLetak sabun mandi yang berbau kuat dalam almariTabur buah pelaga di kawasan lipas suka lepakLetak glue trap dekat kawasan selalu lipas jalan
Untuk 7 senarai cara halau lipas dari rumah yang Fadzi tulis dekat atas ini Fadzi tak tahu keberkesanannya sebab Fadzi tak pernah cuba. Kalau korang dah cuba dan berkesan, cara yang mana satu korang buat yang menjadi.
Cara yang sama ini jugak korang boleh gunakan untuk menghalau lipas yang berkeliaran dalam kereta. Korang ada petua lain yang menjadi? Kalau ada, komen sikit dekat bawah. Thank you very much!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fadzirazak.com/2020/01/10-cara-mudah-halau-lipas-dari-rumah.html