Tips Bayar Hutang Kad Kredit Cara Orang Tak Ada Duit


Apa yang anda bakal baca menerusi entri ini ialah cara, tips dan teknik yang saya sendiri gunakan untuk bayar hutang kad kredit. Saya namakan teknik ini sebagai “Teknik selesaikan hutang kad kredit cara orang sengkek”.
 
In Shaa Allah, saya akan cuba dengan sedaya upaya saya untuk konsisten dan terus menerus amalkan teknik ni sampailah hutang kad kredit saya selesai seratus peratus.
 
Kalau anda sememangnya berduit, teknik ni tak sesuai untuk anda. Jika anda jenis yang suka ikut jadual pembayaran yang ditetapkan oleh bank, teknik ni juga kurang sesuai untuk anda.
 
Jika anda dah pun mempunyai rutin pembayaran yang anda dah selesa, itu lebih baik untuk anda kerana tips yang bakal saya kongsikan disini mungkin kurang sesuai untuk anda.

Tahukah anda, jika anda berhutang sebanyak RM3,000 dari bank anda menerusi kad kredit, anda memerlukan sekurang-kurangnya 4 tahun 8 bulan untuk anda langsaikan hutang-hutang tersebut!
 
Kenapa lama sangat?

 
Jangan tanya saya. Saya pun tak ada jawapannya. Maklumat ni pun sebenarnya saya perolehi daripada surat penyata kad kredit yang dihantar kepada saya setiap bulan. Dalam penyata tersebut turut dinyatakan, ianya mengambil masa yang begitu panjang sekiranya
1. Anda cuma membayar minimum payment sebanyak RM150 sahaja setiap bulan
2. Kadar interest rate adalah sebanyak 18% setahun
3. Anda tidak pernah lewat membuat bayaran balik
4. Anda tidak membuat sebarang pembelian ataupun transaksi tambahan menggunakan kad kredit yang sama
 
Apabila cukup 4 syarat kat atas ni, maka paling cepat untuk anda selesaikan hutang-hutang anda ialah dianggarkan selama 4 tahun 8 bulan. Seram bukan? Itu kalau anda hanya ada satu kad kredit.
 
Bayangkan jika anda mempunyai lebih daripada satu kad kredit. Ada dua, tiga dan mungkin lebih dari tu. Bagaimana dan berapa lamakah masa yang bakal anda perlukan untuk selesaikan kesemua hutang-hutang anda tu nanti?
Selepas anda bayar hutang anda setiap bulan, anda pasti anda tak akan guna semula kad tersebut untuk buat hutang baru?
Nampak gayanya, anda mungkin perlukan lebih dari 4 tahun 8 bulan untuk betul-betul bebas dari masalah hutang ni.

Kalau anda sudah mempunyai teknik atau strategi untuk bebaskan diri anda dari hutang kad kredit, tahniah saya ucapkan. Saya percaya anda memang seorang yang celik dan cerdik dalam bab pengurusan kewangan. Maka tak hairanlah, anda mampu untuk handle hutang kad kredit ini dengan lancar.
 
Walaubagaimanapun, bagi mereka yang masih dibelenggu hutang, yang merasakan seolah-olah tak ada jalan keluar, perkongsian ini saya hasilkan untuk anda. Percayalah, anda tak keseorangan.
 
Kalau anda merasakan, hutang kad kredit sebanyak RM5,000 atau RM10,000 itu sudah cukup perit bagi anda, ketahuilah diluar sana ada orang yang hutang kad kreditnya lebih besar dari itu. Namun persoalannya, adakah ada sinar dan ada cara untuk keluar dari bebanan hutang ini?
 
Tahukah anda apakah formula untuk bebas dari masalah hutang? Adakah terdapat suatu RAHSIA untuk bebas dari belenggu hutang? Itu soalan yang pernah bermain dalam fikiran saya. Lalu saya mula membuat pembacaan dan kajian.
 
Bermula dari persoalan yang ringkas seperti itu, saya mula mencari jawapan dengan membaca seberapa banyak buku-buku berkenaan dengan pengurusan kewangan dan pelaburan yang saya dapat temui. Rata-rata mereka yang pakar berkongsi tips yang sama atau hampir sama.
 
Seolah-olah mereka bersetuju terhadap satu realiti yang sama, hinggakan akhirnya tips yang diberikan juga nadanya lebih kurang sama.
 
Kalau anda adalah seorang yang sangat sibuk, dan tak ada masa untuk membuat pembacaan seperti mana yang saya lakukan, apa kata saya bantu anda dengan meringkaskan penemuan dan nasihat-nasihat yang saya temui dari pelbagai sumber bacaan.
 
Sekiranya anda masih tak puas hati dengan perkongsian yang saya muatkan disini, anda bebas untuk membuat kajian dan pembacaan anda sendiri. Apa yang penting selepas itu, adalah anda melakukan suatu tindakan. Bukannya setakat berhenti disini.
 
Mengaku yang anda ada masalah! Perkara pertama yang anda perlu lakukan, adalah anda perlu akui dengan sebenar-benar ikhlas, bahawa anda sebenarnya ada masalah.
 
Saya bercakap dari pengalaman saya sendiri, sebagai seorang yang turut pernah dibebani dengan hutang kad kredit, kita kena akui yang kita ada masalah.

Biasanya, selagi kita tak akui yang kita memang ada masalah, ada beberapa keadaan yang akan berlaku pada diri kita.
1. Kita akan terus menjadi seorang yang tak ambil peduli
Makin lama hutang makin bertambah. Anda pula masih lagi tetap menggunakan kad kredit seperti biasa. Anda tak perasan ke, hutang anda makin besar dan bayaran yang anda lakukan langsung tak menurunkan baki hutang anda?
 
Macam mana nak turun… kalau bayar RM1,000 pakai semula RM1,200 (atau lebih) setiap bulan.
 
2. Kita akan terus ulangi kesilapan hingga ia menjadi besar
Asalkan bulan-bulan boleh bayar, bank tak call, maknanya semuanya dalam keadaan baik. Kita pun hidup macam biasa dan berbelanja seperti biasa. Tapi, adakah itu tindakan yang betul?
 
Tengok balik pada penyata kad kredit anda, kalau betul tak ada masalah, maka teruskan. Tapi kalau hutang tak berkurang, maknanya ada sesuatu yang perlu dilakukan untuk anda perbetulkan balik kedudukan kewangan anda.
 
3. Kita tak pernah cuba untuk fikir jalan penyelesaiannya
Bila kita tak pernah akui yang kita ini sebenarnya tengah ada masalah, secara automatik minda kita tak akan cuba berfikir untuk cari jalan keluar bagi permasalahan ini. Kita tak akan rasa tekanan ataupun stress daripada masalah ini. Setiap hari kita buat macam tak ada apa-apa berlaku.
 
Walhal, kita sedang ada masalah hutang ni.
Orang yang susah nak mengaku, yang dia ada masalah hutang, atau sebarang masalah lain secara umum, memang agak sukar untuk orang lain bantu dia.
 
Dia akan teruskan dengan ego dia, dan hidup dengan kepura-puraan. Kita bagi tips, nasihat dan sebagainya, memang tak akan diterima.
Melainkan kalau dia sanggup turunkan ego, sanggup akui yang dia ada masalah, barulah mudah untuk orang lain bantu.
 
Senaraikan ALASAN untuk tak bertindak Kita dah akui yang kita mempunyai masalah. Bila kita sedar yang kita sedang berada dalam masalah, sepatutnya kita akan cuba cari jalan penyelesaian untuk masalah tersebut.
 
Tapi akan ada satu perkara yang akan menjadi penghalang.
Perkara tersebut adalah alasan.
Ala… macam tak biasa pulak bagi macam-macam alasan, kan?
 
Sepatutnya, anda lebih kenal diri anda.
Apabila anda berdepan dengan sesuatu cabaran, halangan atau konflik, dan anda tak bersungguh untuk berdepan dengan perkara tersebut, apakah alasan yang selalu anda akan gunakan bagi tujuan mengelak dari perlu menyelesaikan konflik tersebut?
 
Saya rasa mungkin ada salah satu daripada senarai dibawah, yang selalu anda gunakan sebagai alasan, betul tak?
i. “Saya tak ada masa”
Anda sibuk dengan kerja. Maklumlah, kerja anda tak sama macam orang lain. Agaknya orang lain dalam dunia ini, selain anda, semua buat kerja yang sama kot.
 
Saya kenal ramai orang yang suka bagi alasan “kerja aku tak sama macam orang lain…”.
Bila saya dengar kata-kata macam tu, saya senyum je. Iyelah kan… kerja dia je yang penting. Tak apalah, mungkin satu hari nanti dia akan sedar, tak ada seorang pun yang kerjanya sama macam orang lain.
 
Bagi saya, semua kerja itu penting. Walaupun anda mungkin tak berapa gembira dengan pekerjaan anda sekarang, anda patut bersyukur sebab dengan adanya kerja itulah, anda boleh cari duit, dan boleh hidup seperti mana anda sekarang.
 
Masa tu, kalau kita sendiri tak atur, tak cuba peruntukkan untuk sesuatu tujuan, sampai bila-bila pun memang tak akan cukup.
 
ii. Saya penatlah..
Bila penat mestilah nak berehat. Sambil berehat, nak tengok movie. Lama-kelamaan mata terasa berat, dan mulalah rasa nak tidur. Akhirnya, banyak masa dihabiskan untuk tidur.
 
Sayangnya bila masa tersebut dibiarkan berlalu begitu sahaja. Kalau boleh sesuatu aktiviti yang boleh mendatangkan wang, kan itu lagi baik.
 
iii. Kurang sihat
Biasa kita penat bekerja, biasalah kita akan rasa sakit-sakit badan, sakit belakang, rasa nak demam dan sebagainya. Itu tandanya kita memang seorang yang memang komited dengan kerja.
 
Cuba pergi bercuti. Tiba-tiba yang rasa sakit-sakit tu hilang. Tapi peliknya, bila dah habis cuti, dah sampai masa nak masuk kerja semula, datang balik pula sakit-sakit badan tu.
 
Jadi, kalau anda nak bertangguh daripada melakukan sesuatu atas sebab kurang sihat, saya bimbang sampai bila-bila anda tak akan mula baut apa-apa. Lebih baik, buat sahaja setakat yang termampu.
 
iv. Ada hal keluarga
Hal keluarga pun biasa dijadikan alasan. Ada kenduri, ada famili nak datang, dan sebagainya. Sebenarnya semua itu kita boleh atur, takkanlah sehari suntuk dihabiskan untuk urusan keluarga? Tak kan tak ada sedikit pun masa untuk diri sendiri?
 
v. “Saya kena bincang dulu dengan…”
Berbincang itu tak salah. Malahan, tu merupakan sesuatu yang bagus. Cuma dia jadi kurang bagus, bila ia cuma satu alasan untuk tak bertindak.
 
Oleh yang demikian, saya syorkan anda siap sedia dengan senarai alasan, yang mungkin anda akan gunakan. Tujuannya supaya bila anda “tersebut” sahaja ayat tersebut, automatik anda tersedar… oh itu cuma alasan aku semata-mata.
 
Cara sebenar untuk bebas hutang? Satu-satunya cara untuk bebas dari masalah hutang, adalah dengan membayar hutang tersebut. Selagi mana anda masih berhutang, selagi mana anda masih belum bayar sehingga langsai, selagi itu hutang tersebut akan terus menghantui hidup anda.
 
Sama ada anda bayar sendiri hutang tersebut dengan duit anda sendiri, atau anda bayar menggunakan duit orang lain. Apa yang penting, hutang mesti dibayar.
 
Manalah tahu, dalam keluarga anda, ada seseorang yang sangat kaya dan bermurah hati sanggup untuk bantu anda bayar hutang.
 
Untuk anda yang sememangnya mempunyai pendapatan tetap, anda mungkin tak ada sebarang isu untuk buat pembayaran secara berkala setiap bulan dalam amaun yang tetap. Ini berbeza dengan mereka yang tak ada pendapatan tetap. Ada masa duit yang masuk banyak, ada kala duit yang masuk hanya sedikit, dan kadang-kadang alami kerugian.
 
Maka atas sebab itu saya berpendapat, kaedah biasa mungkin kurang sesuai. Khas untuk anda, jika anda juga sengkek macam saya tetapi masih lagi bersemangat nak langsaikan hutang kad kredit anda. Ini cara yang saya buat.
 
(1) Pindahkan hutang kad kredit ke akaun hutang tanpa interest Pernah dengar akaun hutang tanpa interest? Boleh teka tak, apa yang saya maksudkan dengan akaun hutang tanpa interest ni?
Ya, jawapannya ialah kita pindahkan hutang kad kredit kita, ke akaun hutang tanpa interest seperti akaun ahli keluarga, kawan rapat, saudara mara dan sebagainya.
 
Dalam situasi ini, kita buat pinjaman satu jumlah yang tak terlalu besar, dan tak juga terlalu kecil dengan mereka. Kalau dah berjaya buat pinjaman, jangan buat-buat hilang ingatan untuk buat bayaran pula.
 
Cara ini memang agak memalukan, tapi ia memang berkesan untuk terus keluar dari masalah hutang dengan pengeluar kad kredit. Setidak-tidaknya, selepas anda berjaya pindahkan keseluruhan hutang tersebut, anda sudah tak akan dikenakan sebarang interest lagi.
 
Selepas ini, anda boleh potong sahaja kad kredit tersebut, dan mula membayar hutang seperti biasa kepada individu yang anda telah berhutang. Cuma anda perlulah jujur dalam hal ini. Jangan lari dari membayar hutang.
 
(2) Mulakan fasa penjimatan Setiap sen yang anda berjaya jimatkan, ianya sangat berharga dan sangat berguna untuk membantu anda menyelesaikan hutang kad kredit.
 
Usaha melakukan penjimatan ini memang nampak tak begitu penting, dab seperti tak memberi sebarang impak, tapi pujuklah hati dan yakinkan diri anda, bahawa usaha ini bukanlah sesuatu yang sia-sia.
 
Katakanlah, apabila anda berbelanja, anda dapat jimatkan RM0.40 sahaja. Jumlah ini memang nampak kecil, tapi cuba bayangkan kalau setiap hari selama 30 hari, anda berjaya berjimat sebanyak RM0.40, berapa lebihan duit yang anda akan perolehi?
RM0.40 X 30 hari = RM12
 
Itu kalau anda cuma berjimat 40 sen sehari, tapi saya percaya bila anda mulakan fasa penjimatan, akan ada hari yang anda berjaya jimatkan RM0.50, RM1, RM2 dan seterusnya. Diakhir bulan anda boleh lihat berapa jumlah keseluruhan yang anda berjaya jimatkan.
 
Apa nak buat dengan duit lebihan hasil penjimatan ini?
Saya syorkan duit itu digunakan untuk bayaran balik hutang kad kredit.
Kalau sebelum ini anda hanya bayar minimum, kali ini anda bayar jumlah minimum tambah dengan duit lebihan penjimatan tersebut.
In Shaa Allah hutang anda akan berkurang dengan lebih cepat, berbanding hanya ikut jadual pembayaran minimum.
 
Bagi mengelakkan anda rasa terbeban atau rasa hilang semangat dengan usaha penjimatan ini, apa kata pada peringkat permulaan, anda lakukan penjimatan ini secara berselang-seli. Sebulan buat penjimatan, bulan satu lagi berbelanja seperti biasa, kemudian ulang semula penjimatan.
 
Nanti kalau dah boleh disiplinkan diri, dah rasa boleh bertahan, barulah buat setiap bulan dan jadikan ia sebagai disiplin yang baru.
 
(3) Tukar tempat anda berbelanja Kat mana anda selalu berbelanja?
Tahukah anda, lain tempat lain harga yang ditawarkan? Cuba anda buat perbandingan harga, antara barangan yang dijual di Mydin, Aeon, Lotus, Econsave, NSK dan sebagainya.
 
Tak kan tak perasan, setiap pasaraya yang berbeza, menawarkan harga yang berbeza. Ada barangan yang agak mahal di pasaraya A, tapi barang yang sama, lebih murah di pasaraya B.
 
Point yang saya cuba nak sampaikan ialah, jadilah pengguna yang bijak. Sebelum anda nak berbelanja tu, cubalah cari dan kenalpasti penjual yang boleh berikan anda lebih penjimatan atau setidak-tidaknya dapat berikan anda manfaat yang lebih baik.
 
Andai kata tempat tersebut tak dapat berikan penjimatan sekalipun, apa kata anda berbelanja di tempat yang boleh berikan anda cash back. Mungkin masih ada yang belum tahu, nak berbelanja dekat mana yang boleh dapatkan cash back, betul tak?
 
Saya ada satu tempat yang saya boleh cadangkan kepada anda, boleh beli barang-barang keperluan dan pada masa yang sama, anda akan dapat cash back dari pembelian tersebut. Apa kata anda berbelanja di PG Mall.
 
Ini laman web rasmi PG Mall.
PG Mall ini merupakan platform ecommerce sama seperti Lazada dan juga Shopee.

Baca juga: Pengenalan kepada Bisnes PG Mall
 
Apabila anda berbelanja di PG Mall, anda akan dapat cash back sama ada sebanyak 0.5%, 1.0%, 1.5% atau 2.0% bagi pembelian yang anda lakukan.
 
Biasanya setiap orang yang baru nak mula berbelanja di PG Mall, akan dapat cash back sebanyak 0.5%
Tetapi, jika dia merupakan pelanggan tetap dan dah banyak kali berbelanja di PG Mall, pihak PG Mall akan naikkan cash back kepada 1.0% dan seterusnya.
 
Bukan itu sahaja kelebihan berbelanja di PG Mall. Ada banyak lagi.
Untuk pengetahuan anda, PG Mall ada menawarkan program bernama consumerchant, yang mana melalui program ini pelanggan boleh menikmati cash back bagi setiap pembelian yang dilakukan dan pada masa yang sama, kita boleh ajak orang lain untuk jadi pelanggan di PG Mall dan menerima insentif dari pembelian yang dilakukan oleh pelanggan tadi.
 
Konsep consumerchant ini lebih kurang sama seperti program referral atau program affiliate. Ini merupakan sebahagian insentif yang pernah saya terima dari program ini.

Insentif ini datangnya dari pembelian yang dilakukan oleh individu yang saya pernah ajak untuk menjadi pelanggan di PG Mall. Oleh sebab pelanggan yang saya perkenalkan tak berapa ramai buat masa ini, maka insentif yang saya perolehi juga tak begitu tinggi.
 
Tapi saya pernah jumpa, orang yang dah agak lama memperkenalkan peluang buat duit dan dapatkan cash back di PG Mall ini, ada yang berjaya hasilkan insentif yang lumayan.

Kalau dalam masa 5 atau 6 tahun aktif mengajak orang menjadi pelanggan di PG Mall, dan selepas itu boleh dapat income sebanyak ini, saya rasa apa salahnya kan?
 
Lagipun, ini cuma pendapatan tambahan, bukannya pendapatan utama.
Kalau anda masih belum ada akaun dengan PG Mall, boleh daftar disini ya.
 
Dengan menukar tempat anda berbelanja, anda boleh menikmati cash back.
Dengan mengajak orang lain untuk turut berbelanja ditempat sama seperti mana anda berbelanja, anda berupaya mewujudkan pendapatan tambahan dalam bentuk insentif pula.
 
(4) Pilih aktiviti masa lapang yang boleh menambah pendapatan Rasa tak seronoklah asyik cerita mengenai strategi atau teknik yang bersifat defensif, bila berhadapan dengan hutang kad kredit. Strategi berjimat-cermat, berbelanja di tempat yang memberikan cash back, itu semua saya sifatkan sebagai strategi defensif.
 
Kali ini, kita cuba intai-intai, teknik yang lebih aggresif dalam menyelesaikan masalah kad kredit ini.
 
Apa aktiviti yang anda suka buat pada masa lapang?
Saya tak rasa, anda akan sibuk sepanjang masa. Kalau anda kata anda sibuk dengan kerja, tak kan anda tak ada cuti langsung, betul tak?
 
Jadi, boleh saya tahu, apa agaknya aktiviti yang anda lakukan pada waktu cuti atau pada waktu terluang?
Kalau anda kata, pada waktu lapang anda suka shopping, tengok wayang, tengok movie dan sebagainya, mungkin slow-slow anda dah boleh tukar aktiviti tersebut kepada satu aktiviti yang boleh mendatangkan pendapatan untuk anda.
 
Mungkin anda tertanya-tanya, apa aktiviti masa lapang yang anda boleh lakukan, yang dapat menambahkan pendapatan anda.
Betul tak?
 
Baiklah, saya akan berikan kepada anda beberapa contoh aktiviti masa lapang yang boleh membantu anda menjana pendapatan tambahan.
 
(1) Mula menjadikan membaca sebagai satu budaya Anda mesti biasa dengar peribahasa yang berbunyi, “membaca jambatan ilmu”. Betul tak? Tapi apa makna peribahasa tersebut?
Maksudnya ialah dengan membaca, kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan.
 
Tapi kena tahu juga, apa bahan bacaan yang anda pilih untuk baca? Adakah anda akan baca buku? Blog? Media sosial? Dan sebagainya.
Apa yang lebih penting dari itu ialah, apakah yang bakal anda lakukan apabila anda mendapat ilmu baru? 
 
Sesetengah orang, dia membaca sekadar untuk isi masa lapang.
Ada juga yang membaca, hanya sebab untuk kepuasan peribadi.
 
Kalau dalam konteks perbincangan disini, saya galakkan anda untuk membaca bahan bacaan yang boleh memberikan anda satu ilmu yang anda boleh praktikkan. Membaca untuk dapatkan satu ilmu yang kita boleh praktikkan.
 
Saya bagi contoh, anda belajar ilmu untuk buat trading (berdagang), sama ada stock trading, forex trading ataupun cryptocurrency trading. Ilmu dalam bidang trading ini sangat berguna, dan ia akan sangat membantu untuk kita melakukan aktiviti trading dengan selamat dan pada masa yang sama boleh menghasilkan keuntungan.
 
Bila bercakap tentang ilmu trading, apa perkara yang kita perlu pelajari dan kuasai? Saya bagi contoh, antaranya
i. Ilmu membaca graph candlestick dan jenis-jenisnya
ii. Ilmu technical analysis & fundamental analysis
iii. Cara menentukan support & resistance
iv. Cara menggunakan indicator
v. Cara mengawal emosi dan psikologi
vi. Cara mengurus kewangan
 
Tahukah anda, jika anda mempunyai modal serendah RM100, anda sudah boleh mula melakukan aktiviti trading matawang kripto?
Di negara kita, kita ada platform yang boleh kita gunakan bagi tujuan aktiviti trading dan investment matawang kripto. Anda boleh pilih salah satu daripada platform yang sudahpun mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commision) Malaysia iaitu
i. Luno Malaysia Sdn. Bhd
ii. MX Global Sdn Bhd
iii. SINEGY DAX Sdn Bhd
iv. Tokenize Technology (M) Sdn. Bhd
 
Dari senarai diatas, saya hanya biasa menggunakan perkhidmatan dari Luno.
Anda boleh buka akaun dengan Luno menerusi pautan ini.

Saya ingin kongsikan perkara asas dalam perdagangan dan pelaburan matawang kripto. Antaranya
i. Beli ketika harga murah dan jual ketika harga sudah naik
Konsepnya sama dalam pelaburan saham, dimana kita amalkan konsep “buy low, sell high”. Bagaimana kita nak tahu, sama ada kita membeli ketika harga sedang murah atau sebaliknya?
 
Jawapannya ada pada kajian technical analysis. Sebelum buat sebarang pembelian, kita tandakan dulu mana satu area support dan mana satu area resistance.
 
Dibawah ini adalah graf yang anda perlu tahu baca sebelum memulakan sebarang aktiviti trading.

Andai kata harga matawang kripto yang anda ingin beli, contohnya XRP (ripple) kini berada di area resistance, elakkan untuk buat sebarang pembelian. Kita tunggu harganya jatuh dulu baru beli.
 
Kesilapan yang sering dilakukan oleh pelabur baru yang agak gelojoh dan kurang ilmu ni ialah, dia beli tanpa mengambil kira paras harga semasa, dan bila market menjunam (market crash) dia pun tersangkut di pucuk.
 
Bagi pelabur yang berpengalaman, boleh dapat profit sekitar 1% – 30% dalam masa yang singkat. Boleh jadi dalam masa kurang 30 hari melabur atau melakukan aktiviti beli dan jual matawang kripto.
 
Kalau modal anda ialah RM100, dan profit anda ialah 5%, maka anda boleh dapat duit tambahan sebanyak RM5.
Kalau lagi besar modal yang anda peruntukkan, maka lebih tinggilah potential income yang bakal anda perolehi apabila kripto yang anda beli menunjukkan kenaikkan harga.
 
Walaubagaimanapun, pasaran kripto ini berisiko tinggi dan sangat tak sesuai untuk orang yang tak suka untuk menggali ilmu. Jika silap langkah, potensi untuk hilang semua duit adalah lebih besar berbanding mengaut keuntungan. Inilah perkara yang biasa berlaku dalam bidang pelaburan berisiko tinggi.
 
ii. Melabur dengan sejumlah wang yang anda sanggup hilang
Maksud sanggup hilang disini merujuk kepada sejumlah wang yang kalau ia hilang sepenuhnya, kehidupan anda masih boleh diteruskan dan anda tak terjejas teruk.
 
Bila anda dapat profit dari pelaburan ini, bolehlah gunakan duit tersebut bagi tujuan membayar hutang kad kredit.
 
(2) Menjadi seorang content creator Zaman sekarang, sangat mudah untuk jadi content creator. Boleh dikatakan sesiapa sahaja boleh jadi seorang content creator.
 
Maka disini terpulang kepada anda, sama ada ingin menjadi content creator di blog, Youtube, Tiktok, atau social media. Kesemua ini ada peluang untuk membantu anda menjana pendapatan tambahan.
 
Andai kata anda memilih untuk menjadi content creator melalui medium seperti blog atau Youtube, anda berpeluang untuk menjana pendapatan melalui program pengiklanan Google Adsense.

Dalam program ini, anda boleh jana pendapatan melalui konten yang anda hasilkan.
 
Pada peringkat awal, pendapatan yang bakal anda perolehi mungkin tak begitu tinggi, tetapi dengan bertambahnya konten yang anda hasilkan beserta dengan pelawat yang menjadi pengguna bagi konten tersebut, pendapatan anda juga akan turut bertambah.
 
Sampai satu tahap, kalau anda berjaya hasilkan sekitar USD2.00 ++ ke USD6.00 ++ setiap hari, ia pasti sangat membantu dalam meringankan bebanan anda untuk mencari pendapatan bagi tujuan membayar kad kredit.

Income dalam program adsense ini dibayar dalam matawang USD. Nilainya adalah lebih kurang 4 kali ganda lebih besar berbanding matawang kita.
 
(6) Buat bisnes sampingan yang boleh menjana pendapatan sampingan Kenapa nak kena buat bisnes? Orang yang ada bisnes sendiri ada peluang untuk buat duit dan dapat bayaran setiap hari. Kalau setiap hari ada pelanggan, berlaku jualan, sudah tentu setiap hari boleh ada keuntungan.
 
Fahamkan betul-betul, saya kata ada peluang untuk buat duit setiap hari, bukannya saya kata confirm setiap hari boleh buat duit. Risau pula saya kalau ada pembaca yang kategori lurus bendul, bila baca ayat saya terus kata yang saya kata kalau buat bisnes confirm setiap hari ada duit masuk.
 
Bukan mustahil kalau orang buat bisnes hari-hari ada duit masuk dan hari-hari ada untung. Itu kalau bisnes dah cukup matang dan orang dah mula kenal dengan bisnes tersebut. Tapi kalau bisnes yang baru setahun jagung, dan orang pun belum kenal, memang agak jarang untuk ada jualan setiap hari.
 
Baik kita teruskan kepada perbincangan tentang buat bisnes untuk dapatkan sumber kewangan bagi tujuan membayar hutang kad kredit.
 
Bagi individu yang memang ada masalah hutang, sebaik-baiknya kalau nak buat bisnes tu, buatlah bisnes yang rendah risiko dan boleh dimulakan dengan modal yang rendah.
 
Cadangan saya, bisnes yang sesuai dimulakan adalah seperti
i. Bisnes berkonsepkan affiliate marketing
ii. Bisnes berkonsepkan dropship
iii. Bisnes berkonsepkan network marketing
iv. Bisnes dalam bidang perkhidmatan
 
Andai kata anda mulakan bisnes anda sendiri, dan berjaya hasilkan keuntungan dalam RM200 – RM500 setiap bulan, itupun dah memadai.
 
Jangan hanya bergantung pada sumber pendapatan sedia ada untuk anda bayar hutang kad kredit. Sebabnya? Ia tak akan cukup… Mudah sahaja sebenarnya, kalau pendapatan anda mencukupi, anda pasti tak akan bergantung kepada kad kredit selama ini.
 
Perasan tak, sebelum ada kad kredit, hidup anda just nice. Tak terlalu mewah dan tapi tak juga terlalu susah. Anda boleh beli apa yang anda mahukan.
 
Kemudian satu hari, anda apply kad kredit dan permohonan tersebut diluluskan. Anda mula berbelanja mengikut kemahuan anda. Akhirnya tak lama selepas itu, anda mula rasa sedikit terbeban. Anda perlu maintain kehidupan seperti biasa, dan pada masa yang sama, anda kini ada komitmen hutang kad kredit.
 
Saya tak pasti sama ada anda bersetuju dengan saya ataupun tidak, tetapi sebenarnya bila anda sudah mula ada komitmen hutang kad kredit, anda patut mula mencari sumber pendapatan baru untuk tujuan membayar hutang tersebut. Kalau gaji anda tak meningkat, lambat laun, anda akan terbeban dengan hutang tersebut.
 
Hutang makin lama makin meningkat, tapi pendapatan anda masih tetap sama. Satu masa nanti, pasti anda akan rasa terbeban untuk teruskan membayar hutang tersebut, kalau tak ada pendapatan tambahan.
 
Masalahnya sekarang ni ialah, bila anda dah apply kad kredit, pendapatan anda mungkin tak bertambah, tetapi kini anda dah pun mempunyai bebanan tambahan. Iaitu hutang kad kredit. Hidup anda akan jadi makin susah kalau anda bergantung semata-mata pada pendapatan sekarang untuk bayar hutang kad kredit.
You can not solve financial problem with the same income you create the problem
 
Oh jangan buat hutang lain, seperti hutang personal loan untuk bayar hutang kad kredit. Sebaik-baiknya anda cuba kaedah ni dulu, iaitu wujudkan sumber pendapatan baru khusus untuk bayar hutang kad kredit.
 
Secara peribadi, saya menggunakan komisyen-komisyen yang saya terima daripada program affiliate untuk bayar hutang kad kredit. Jika anda tak pernah dengar apa itu program affiliate, anda boleh  baca artikel yang saya pernah tulis mengenai program affiliate.
Baca disini: Apa itu program Affiliate
 
Ringkasnya, cukuplah saya katakan, menerusi program affiliate anda memang boleh buat duit tambahan dan boleh dijadikan sumber kewangan untuk bayar hutang kad kredit.
 
(7) Bayar hutang sedikit demi sedikit setiap hari secara konsisten Selain ikut jadual pembayaran yang bank tetapkan, anda juga boleh buat bayaran sedikit demi sedikit secara berkala. Jangan risau, sebab tak ada siapa yang akan marah anda, disebabkan anda membayar hutang kad kredit sedikit demi sedikit seperti ini.
 
Anda boleh cuba buat bayaran walaupun cuma RM4 sahaja. Bunyi macam kelakar, kan?
 
Namun itulah yang saya sendiri buat. Anda tak semestinya perlu bayar RM4 sahaja, kalau anda nak bayar lebih pun tak ada masalah. Silakan buat bayaran ikut jumlah yang anda selesa dengannya.
 
RM4 yang saya buat ni sekadar demo sahaja. Sebabnya baki hutang saya ada amaun RM4.51 dibelakangnya. Jadi saya nak clearkan yang tu dulu.

Katakanlah, anda nak ikut cara yang saya gunakan iaitu nak gunakan income dari program affiliate untuk bayar hutang kad kredit.
 
Satu perkara yang saya kira anda patut tahu ialah, jadual pembayaran komisyen affiliate ni adakalanya ia tak sama antara setiap syarikat yang mengendalikan program ini.
 
Kalau anda join 5 program affiliate berbeza, bermakna anda juga akan dapat bayaran 5 kali pada tarikh yang berbeza, dengan syarat anda berjaya buat jualan.
 
Memandangkan jadual pembayaran komisyen pun sama, jadi saya pun tidaklah meletakkan satu amaun yang besar untuk dibayar kepada pihak bank. Apa yang saya cuba buat sekarang ni ialah untuk memastikan setiap hari ada transaksi.
 
Kalau tak boleh bayar setiap hari sekalipun, saya akan cuba bayar dengan kerap. Bila dapat je payment dari program affiliate, saya terus gunakan sebahagian dari duit tersebut untuk bayar hutang.
 
Setiap bulan, saya akan bayar sekurang-kurangnya mengikut jumlah minima yang ditetapkan oleh pihak bank. Ada ketikanya saya akan bayar lebih. Disamping bayaran minima bulanan, saya akan bayar lagi menggunakan duit komisen yang saya terima.
 
Tujuannya? Dah tentulah sebab saya nak bagi hutang ni cepat habis. Bila duit masuk banyak, saya bayar banyak. Kalau duit masuk sikit, atau tak masuk langsung, saya akan bayar mengikut jumlah yang saya rasa agak munasabah.
 
Apa nak buat kalau tiada sumber pendapatan lain? Mudah sahaja.
 
Jika anda degil dan tak mau berusaha lebih sikit untuk wujudkan sumber pendapatan baru, maka nak tak nak terpaksalah anda jimatkan dan potong bajet untuk perbelanjaan anda. Sebagai contoh, kalau sebelum ni, perbelanjaan harian anda ialah RM30 sehari, maka anda potong la jadi RM20 sahaja.
 
Gunakan yang RM10 atau nilai lain yang lagi kecik dari itu untuk tujuan menyelesaikan hutang kad kredit. Saya tahu, tak ramai yang sanggup gunakan kaedah potong perbelanjaan ni. Saya pun sama. Maka atas sebab inilah, saya pilih untuk wujudkan sumber pendapatan yang baru. Anda dah nampak rasionalnya?
 
(8) Cuba sedaya upaya untuk tidak bergantung kepada kad kredit Usaha anda akan jadi tak bermakna, kalau anda masih lagi terus menerus menggunakan kad kredit anda. Saya bukanlah kata, menggunakan kad kredit dalam berbelanja ini merupakan satu kesalahan, bukan.
 
Apa yang perlu anda lakukan adalah gunakanlah kad kredit dengan lebih bertanggungjawab. Duit yang bakal anda belanjakan itu adalah duit bank, dan ia bukannya percuma. Jadi, beringatlah sebelum hutang tersebut jadi terlalu besar hingga anda tak mampu nak bayarnya.
 
Anda sebenarnya tak mempunyai masalah kewangan Saya tertarik nak kongsikan, satu nasihat yang saya pernah terima dalam bab pengurusan kewangan. Kata penulis, kebanyakkan dari kita sebenarnya tak mempunyai masalah kewangan.
 
Masalah kewangan, sebenarnya ada dua sahaja.
Pertama, masalah terlalu banyak wang.
Kedua, masalah terlalu sedikit atau tiada wang langsung.
Mari kita lihat satu per satu, apa beza antara kedua-dua masalah ini.

Masalah terlalu banyak wang
Masalah seperti ini biasanya dihadapi oleh syarikat ataupun institusi kewangan yang menerima deposit daripada orang ramai. Apabila orang ramai menyimpan atau meletakkan duit yang mereka miliki kepada syarikat seumpama ini, mereka mengharapkan duit tersebut akan berkembang dan memberi keuntungan kepada para pendeposit.
 
Sebagai pengurus dana, mereka perlu fikir, kemana duit-duit tersebut perlu disalurkan atau dilaburkan, agar ada keuntungan dan boleh diberikan semula kepada para pendeposit.
 
Masalah terlalu sedikit wang
Mungkin tak salah kalau saya katakan kebanyakkan masalah yang dihadapi oleh kita adalah masalah kekurangan wang. Ironinya, masalah ini bukan hanya dialami oleh mereka yang berpendapatan rendah, malahan individu yang mempunyai pendapatan yang sangat tinggi juga ada yang mempunyai masalah ini.
 
Lebih besar pendapatan lebih besar pula komitmen hutang.
Dalam keadaan ini, nampaknya pertambahan pendapatan tidak akan langsung menyelesaikan masalah hutang yang dialami.
Kalau satu hari nanti, pendapatan yang dihasilkan berkurangan, atau dengan tiba-tiba kehilangan pendapatan, pasti ini akan memburukkan lagi keadaan.
 
Subjek pengurusan kewangan ini sebenarnya sangat dekat dengan bab pengurusan diri. Bagaimana kalau saya katakan, kita ni sebenarnya bukannya ada masalah kewangan, sebaliknya masalah kita adalah dalam bab pengurusan diri.
 
Kalau kita berjaya dalam aspek pengurusan diri, In Shaa Allah masalah kewangan ini juga mampu kita atasi. Masalah kewangan ini juga sebenarnya berpunca dari masalah pengurusan diri.
 
Apa bukti yang anda sebenarnya ada masalah pengurusan diri dan bukannya masalah kewangan? Saya akan berikan beberapa bukti beserta contoh. Jika ia tak kena dengan situasi anda, maka tak menjadi masalah. Namun, jika ia kena dengan situasi dan keadaan anda, saya doakan moga-moga anda diberi kekuatan untuk lakukan perubahan.
 
i. Nafsu makan Biasanya kita akan makan sarapan pagi, makan tengahari, dan makan malam.
Ada sesetengah orang pula dia menambahkan rutin makan menjadi, sarapan pagi, minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam dan  akhir sekali minum malam (supper).
 
Jangan salah faham, saya tak kata makan itu salah. Cuma terlalu banyak makan, boleh mendatangkan masalah seperti masalah kesihatan. Kalau anda memang berkemampuan, makanlah.
 
Kemudian kita lihat pula pada menu makanan. Setiap orang menu makanan tak sama. Bukan itu sahaja, malahan tempat kita pergi untuk makan juga berlainan.
 
Cuba kita tanya pada diri kita, adakah kita makan sebab keperluan atau sebab ingin memenuhi kemahuan nafsu makan?
Kalaulah kita boleh amalkan gaya pemakanan sekadar yang badan kita perlukan, nescaya perbelanjaan kita untuk makanan juga tak begitu tinggi.

Ye la… kadang benda ni bukan salah kita seratus peratus.
Dekat sekeliling kita tu, terlalu banyak iklan makanan yang nampaknya sangat sedap, viral dan sebagainya. Kita pun terpengaruh. Dari sekadar nak mencuba, tanpa kita sedar, ia jadi satu rutin pula.
 
Memang betul, anda membeli guna duit anda. Terpulang pada andalah nak belanjakan duit anda tu bagaimana. Tapi, kena ingat, kalau anda membeli guna kad kredit, itu bukan duit anda. Itu duit bank. Pembelian guna kad kredit, ada kos yang perlu dibayar dalam bentuk interest dan ianya bukan sedikit.
 
ii. Suka shopping Sama ada anda suka pergi shopping di Shopping Mall ataupun buat shopping online. Shopping kalau pakai duit sendiri, tak ada masalah. Yang jadi isu, kalau setiap kali shopping, mesti akan guna kad kredit.
 
Kalau memang beli barang yang betul-betul perlu, itu tak ada masalah. Tapi kalau beli sebab boleh beli, atau senang nak beli, itu yang akan jadi masalah di kemudian hari.
 
iii. Hobi yang mahal Sekali lagi saya nak tegaskan, saya tak ada masalah atau cemburu dengan orang yang ada hobi yang mahal. Itu minat anda, dan anda mempunyai hak sepenuhnya untuk membelanjakan duit yang anda cari untuk tujuan tersebut. Lagipun anda yang penat bekerja, bersusah payah untuk cari duit, jadi terserah pada anda untuk buat apa pun.
 
Tapi sekali lagi saya nak ingatkan, kalau hobi anda mahal hingga anda terpaksa bergantung kepada kad kredit untuk perbelanjaan yang lebih penting, maka anda perlu fikirkan semula, sama ada patut atau tidak meneruskan hobi tersebut.
 
iv. Beli barang dan perkhidmatan yang tak perlu Perkara ini pun antara yang selalu dan biasa berlaku. Kita melanggan perkhidmatan yang akhirnya kita jarang gunakan. Mentang-mentanglah nak buat bayaran sangat mudah, guna saja kad kredit, akhirnya sama ada sedar ataupun tidak kita telah melanggan banyak perkhidmatan yang kita tak perlu pun tak apa.
 
v. Suka belanja orang Apa masalah dengan belanja orang? Tak boleh ke kalau kita belanja orang sebab kita nak menggembirakan orang tersebut?
 
Saya tahu, niat anda memang mulia. Anda nak menggembirakan insan yang tersayang. Tapi tolonglah, kalau nak buat baik sekalipun, janganlah sampai memudaratkan diri anda sendiri.
 
Sebelum nak terus belanja orang, buat bayaran dengan kad kredit pula tu, tanya pada diri, adakah ini satu-satunya cara untuk menggembirakan dan membahagiakan insan yang tersayang tu?
Anda pasti, tindakan tersebut bukannya sekadar alasan, untuk justify tindakan anda menggunakan kad kredit, walaupun sebenarnya anda tak mampu untuk berbelanja?
 
Jawapannya, hanya ada pada anda.
 
vi. Tiada usaha untuk jana pendapatan Ok la… mungkin saya patut kata, kurang usaha untuk tambahkan pendapatan.
Eh nanti ada pula yang bantah, kata macam mana nak usaha lagi, balik kerja dah penat, hari cuti nak kena bawa famili ke sana ke mari… ha… sebab tu saya dari awal-awal lagi dah masukkan, siap sedia dengan senarai alasan.
 
Kebiasaannya, kita ni memang agak susah nak berubah dan nak bergerak. Ibarat macam sebuah kereta. Kalau kereta yang dah lama parking, kalau nak gerakkan ia, kena panaskan enjin dulu kemudian baru dia boleh bergerak dengan lancar.
 
Kalau start enjin terus nak tekan minyak, biasanya dia akan meragam sikit. Kalau bergerak pun macam tersengguk-sengguk sikit.
Tapi kalau kereta dah bergerak, dah boleh maintain kelajuan 80KM/J, biasanya tak ada masalah untuk kereta tersebut memecut sehingga kelajuan 120KM/J atau lebih.
 
Kita ini pun lebih kurang macam tu. Selagi kita belum “panas” memang jangan haraplah kita nak bergerak. Akan ada banyak alasan yang kita akan berikan.
 
vii. Selalu gunakan sebab tak tau atau tak pandai Saya tak tahu… Saya tak pandai… Saya tak reti…
 
Ini pun termasuk dalam aspek masalah pengurusan diri. Ada orang yang memang macam ni. Dia kata dia ada masalah sekian sekian. Bila kita bagi cadangan untuk buat sesuatu, laju je dia bagi alasan tak tau.. tak pandai.
 
Agaknya dia fikir, orang yang pada hari ni pandai, dia memang lahir-lahir terus pandai ke?
Ironinya, orang yang sama yang bagi alasan tak tahu tu, bila kita jumpa dia balik selepas 5 tahun, masih tetap bagi alasan yang sama… tak tahu… tak pandai. Tapi kalau boleh, dia nak rasa macam apa yang kita rasa dari segi berjaya buat duit sampingan, buat bisnes dan sebagainya.
 
Boleh jadi, dia cuma nak rasa hasil atau memiliki duit macam yang kita dapat, tapi dia tak nak lalui betapa susahnya belajar dan jatuh bangun dalam membangunkan sesebuah perniagaan hingga berjaya.
 
Diri dia sendiri? Masih tetap berpaut dan berpegang erat pada kalimah “saya tak tau…”  
 
Bagi saya, itu sebenarnya masalah sikap.
Sesetengah orang, bila dia tahu yang dia tak tahu sesuatu perkara, tapi perkara tersebut baik untuk dia, dia akan cuba cari ilmu untuk dia belajar perkara tersebut.
 
Kaedah belajar ini pun ada macam-macam cara, sama ada belajar melalui
i. Pembacaan buku atau ebook
ii. Tonton video di Youtube
iii. Baca blog
iv. Follow public figure dalam bidang yang dia minat
v. Pergi kelas, seminar, bengkel dan sebagainya
 
Tapi ada juga kategori individu yang pilih untuk tak buat apa-apa.
Tahukah anda, kalau dalam masa 5 tahun tersebut, anda pilih untuk belajar sedikit demi sedikit, berapa banyak progres yang anda dapat capai?
Jawapannya sangat banyak.
Ia lebih baik berbanding anda tak buat apa-apa.
 
Kesimpulan Saya harap perkongsian saya disini tidaklah disalahertikan, sebagai satu perkongsian yang tujuannya untuk mengajar atau jauh sekali nak menyuruh anda melakukan perkara yang anda sendiri tak suka untuk lakukan.
 
Apa yang saya cuba buat ialah, saya nak berkongsi pengetahuan. Saya tahu sesuatu yang mungkin boleh bantu meringankan beban anda, atau setidak-tidaknya memberikan anda idea, apa yang perlu dibuat seterusnya, tapi kalau saya pilih untuk diam dan tak sampaikan, saya rasa macam kurang seronok.
 
Seperti yang saya sebutkan diawal-awal, kaedah ini adalah kaedah untuk mereka yang sengkek, dan mereka yang sedar diri, yang sebenarnya dia sengkek.
 
Itulah sebabnya saya turut masukkan perbincangan mengenai
i. Kaedah untuk dapatkan cashback apabila berbelanja 
Berbelanja di platform PG Mall boleh memberikan anda cashback sehingga 3.5%

 
ii Cari ilmu yang boleh digunakan untuk tambahkan pendapatan
Ilmu trading dan juga ilmu untuk jadi content marketer
 
iii. Buat bisnes yang rendah risiko untuk tambahkan income
Seperti bisnes Affiliate Marketing, dropship, Network Marketing ataupun menawarkan servis.
 
Akhir sekali, saya nak berpesan kepada pembaca dan kepada diri saya juga, kunci untuk bebas dari masalah kewangan ada pada bagaimana cara kita menguruskan diri. Selagi mana kita masih lemah dalam aspek pengurusan diri, selagi itu berbagai masalah akan timbul, sama ada masalah dalam kewangan, perhubungan dan masalah dalam kehidupan secara amnya.
 
Saya tahu, apa yang saya kongsikan disini tak semuanya kena dengan situasi dan hidup anda.
Namun kalau ada mana-mana satu yang saya kongsikan ini berguna untuk anda, saya harap ianya memberikan manfaat.
 
 
The post Tips bayar hutang kad kredit cara orang tak ada duit appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/tips-bayar-hutang-kad-kredit-cara-orang-tak-ada-duit/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Cek Fisik Kendaraan Bisa Grartis Saat Bayar Pajak 5 Tahunan

Cara Cek Fisik Kendaraan Bisa Grartis Saat Bayar Pajak 5 Tahunan

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 122 hits
Kendaraan beroda 2 hingga lebih yang dimiliki masing masing masyarakat Indonesia tentu harus melakukan pembayaran pajak setiap tahun dan pajak 5 tahunan Sebagai warga negara Indonesia yang baik membayar pajak harus dilakukan sehingga tidak ...
Cara Matikan Fungsi Paywave Kad Debit Maybank

Cara Matikan Fungsi Paywave Kad Debit Maybank

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 223 hits
Cara Matikan Fungsi Paywave Kad Debit MaybankKorang mesti dah biasa bila berbelanja menggunakan Kad Debit kan KakYa pon kadang kadang tak selalu tau tapi kadang kadang ada la jugak berbelanja guna Kad Debit ni Biasa kalau kita guna Kad debi...
Nah 7 Cara Kembangkan Status Di Facebook Kepada Artikel Di Website

Nah 7 Cara Kembangkan Status Di Facebook Kepada Artikel Di Website

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 230 hits
Boleh dikatakan setiap hari menulis di blog personal dengan menggunakan kaedah SEO Menulis artikel dalam niche perniagaan di blog Ada setengah penulis yang mengeluarkan hujahnya bahawa menulis setiap hari tidak bagus menjadikan artikel ters...
Pengguna Android Tak Sengaja Temui Cara Melepasi Ciri Amp 039 Lock Screen Amp 039

Pengguna Android Tak Sengaja Temui Cara Melepasi Ciri Amp 039 Lock Screen Amp 039

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 132 hits
Seorang pengguna Android bernama David Sch tz melaporkan bahawa beliau secara tidak sengaja menemui cara melepasi ciri keselamatan telefon pintar Android iaitu Lock screen Beliau yang juga seorang penyelidik keselamatan siber berkata pepija...
Cara Kempiskan Perut Buncit Dalam Masa Seminggu

Cara Kempiskan Perut Buncit Dalam Masa Seminggu

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 316 hits
AssalamualaikumBismillahHari ini aku mahu kongsikan pengalaman kempiskan perut buncit dalam masa seminggu Dah banyak kaedah yang aku guna untuk kempiskan perut buncit ini tetapi tidak berkesan Alhamdulillah setelah mencuba pelbagai cara akh...
Ibu Ini Kongsi Cara Bermain Dengan Bayi Boleh Rangsang Perkembangan Otak Anak

Ibu Ini Kongsi Cara Bermain Dengan Bayi Boleh Rangsang Perkembangan Otak Anak

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 209 hits
Setiap ibu bapa pastinya mahukan anak bijak kan Ada cara yang boleh dilakukan untuk merangsang perkembangan otak bayi confirm si kecil banyak akal selepas ini Paling penting penglibatan ibu ayah dalam merangsang perkembangan otak anak anak ...
Cara Daftar Perlindungan Perkeso Suri Rumah

Cara Daftar Perlindungan Perkeso Suri Rumah

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 172 hits
CARA DAFTAR PERLINDUNGAN PERKESO SURI RUMAH Berita terbaik kepada wanita yang tidak bekerja terkini PEKESO akan melaksanakan satu Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah kepada suri rumah dalam menguruskan rumah tangga Disini kami kongsikan cara...
Cara Masak Ikan Lais Pais Mudah Dan Semestinya Sedap

Cara Masak Ikan Lais Pais Mudah Dan Semestinya Sedap

papar berkaitan - pada 15/11/2022 - jumlah : 283 hits
Balik kampung tak sah kalau tak jamu selera dengan masakan lauk pauk kampung yang sedap Walaupun bukan dari hasil tangan mak tapi masak sendiri gunakan bahan dan cara tradisional memang luar biasa sedapnya Sejak abah sakit mak dah bercuti m...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator