Tip Penjagaan Kesihatan Mata


Rasanya semua tahu yang mata adalah organ terpenting yang Allah bagi kat kita. Jadi, kita mestilah berusaha menjaga anugerah yang berharga ni. 
Tip penjagaan kesihatan mata. Kredit Google. 
Ada beberapa tip menjaga kesihatan mata yang mudah yang korang boleh praktik dan amalkan. Apa yang penting tip ni mudah dan ringkas. 
A) Ketika membaca
1. Bila membaca, pastikan korang membaca pada jarak antara 30 hingga 40 cm dari buku ke mata. Bukan apa, jarak yang terlalu dekat akan menyebabkan otot-otot mata korang menegang untuk memfokus. So, situasi ni boleh bagi kesan  sakit kepala

2. Bila korang membaca, pastikan posisi badan korang sentiasa tegak. Jangan membaca sambil baring, sebab otot-otot mata terpaksa bekerja lebih untuk menfokus pada bahan bacaan. So, mata akan menjadi cepat letih dan tak dapat bertahan lama untuk membaca

3. Membaca ketika berada di dalam kenderaan bergerak serta keadaan jalan yang bengkang-bengkok dan berbonggol boleh menyebabkan sakit kepala dan mabuk. Hal ini kerana keupayaan mata untuk memfokus menjadi tak stabil ketika membaca

B) Pencahayaan.
- Cahaya yang mencukupi amat penting ketika membaca. Pastikan pencahayaan yang digunakan tidak terlalu malap atau terlalu terang ketika membaca kerana akan mengganggu keselesaan dan kesihatan mata

C) Makanan untuk mata.
- Pastikan makanan seharian yang korang ambil sedikit sebanyak dapat memberi nutrisi penting bagi mengekalkan kesihatan mata. Amalkan makan makanan yang kaya dengan vitamin A & C – susu, sayur (terutama lobak dan brokoli) dan buah-buahan (terutama aprikot dan anggur) dan sebagainya. Lobak dan tomato telah lama diiktiraf sebagai makanan yang baik untuk mata kerana sumber Vitamin A adalah sangat tinggi

D) Amalan senaman untuk mata.
1. Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan korang, kemudian beransur-ansur melihat pula objek yang lebih jauh, sejauh yang mungkin. Selepas itu lihat semula objek yang berdekatan korang. Ulangi proses ini beberapa kali

2. Gerakkan mata korangy ke kanan semaksimum mungkin, berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah. Ulangi proses ini beberapa kali

3. Setelah 1 hingga 2 jam berada di hadapan komputer, berhenti sekejap, lihat objek berwarna hijau di luar rumah atau pejabat anda, seperti pokok dan sebagainya. Warna hijau akan dapat menenangkan dan merehatkan mata anda

E) Pengguna komputer.
1. Penggunaan komputer dengan cara betul dapat menjamin kesihatan mata yang baik. Beberapa panduan disediakan bagi pengguna komputer iaitu :
- Kedudukan skrin komputer - Pastikan kedudukan komputer sama paras dengan mata dalam keadaan horizontal dan 30 cm dari mata

- Pencahayaan yang bersesuaian - Keletihan pada mata akibat penggunaan komputer berlaku apabila terdapat cahaya yang berlebihan dari sumber luar (matahari) dan lampu di dalam rumah atau pejabat. Pastikan pencahayaan di sekeliling komputer separuh lebih malap daripada cahaya lampu yang digunakan di rumah dan pejabat. Gunakan lampu pejabat atau bilik yang mempunyai intensiti yang bersesuaian

- Kurangkan silau - Keletihan mata akibat silau dari sumber cahaya boleh terjadi akibat pembalikan cahaya dari permukaan dinding, skrin komputer dan sebagainya

- Elakkan penggunaan dinding bilik yang berwarna terang, seperti putih dan gunakan skrin komputer yang mempunyai penapis cahaya

- Bagi pemakai cermin mata, pastikan kanta korang mempunyai ‘Anti-Reflection Coating’ (Multicoating) untuk meminimakan kesan silau pada mata sekaligus mengurangkan stres pada mata

- Kelipkan mata dengan kerap

- Kekurangan kelipan mata akan menyebabkan air mata menyejat dan mengakibatkan mata tak mempunyai lapisan perlindungan. Fenomena ini disebut mata kering (Dry Eye)

- Jika perlu, gunakan ‘artificial tears’ untuk membasahkan mata apabila terasa kering dan berpasir. Keadaan mata kering ini boleh menjadi semakin teruk apabila berada dalam bilik atau pejabat yang berhawa dingin

- Rehatkan pandangan - Setelah otot-otot penglihatan memfokus lama pada skrin komputer, rehatkan otot-otot terbabit dengan cuba memandang objek jauh seketika setiap 20 minit. Ini dapat mengurangkan kesan stres pada bebola mata korang

F) Gunakan cermin mata keselamatan (safety eyewear).
- Sekiranya pekerjaan korang terdedah kepada bahaya dan kecederaan pada mata seperti menggerudi, memesin rumput dan sebagainya, pastikan korang memakai cermin mata keselamatan (safety glasses atau protective goggles) bagi melindungi mata daripada bahaya dan kecederaan

- Memakai cermin mata keselamatan ketika memotong rumput menggunakan mesin pemotong rumput
G) Memakai cermin mata hitam (sunglasses).
- Cermin mata hitam (sunglasses) ialah cermin mata yang memberikan perlindungan sinaran Ultra Violet (UV) daripada cahaya matahari. Pastikan korang mendapatkan nasihat daripada optometris ketika memilih cermin mata hitam yang sesuai dengan korang. 
- Cermin mata hitam yang baik adalah yang dapat menapis dan memberi perlindungan sebanyak 99-100% UVA dan UVB daripada cahaya matahari. Sinaran UV boleh sebabkan katarak

- Cermin mata hitam dipakai bagi mengelakkan sinaran matahari memasuki mata

H) Pemeriksaan mata berkala.
- Dapatkan pemeriksaan mata sekurang-kurangnya sekali setahun untuk pastikan tahap penglihatan dan kesihatan mata korang sentiasa berada dalam keadaan baik

- Dapatkan nasihat doktor dengan segera jika korang mempunyai masalah berikut :
Mata merah.Kesakitan yang teruk pada mata.Penglihatan kabur.Benda asing di dalam mata.Kecederaan pada mata.
Moga bermanfaat. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2024/01/tip-penjagaan-kesihatan-mata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mata Kanan Berkedip Atau Otot Mata Kiri Bergerak Mungkin Ini Puncanya

Mata Kanan Berkedip Atau Otot Mata Kiri Bergerak Mungkin Ini Puncanya

papar berkaitan - pada 8/1/2024 - jumlah : 107 hits
Orang tua tua ada berkata kalau mata kanan berkedip atau bergerak dengan sendiri itu bermakna kita akan dapat berita baik atau orang jauh akan datang bertemu kita Kalau mata kanan pula yang bergerak itu maksudnya akan mendapat berita buruk ...
Vissel Kobe Lepaskan Juan Mata

Vissel Kobe Lepaskan Juan Mata

papar berkaitan - pada 7/1/2024 - jumlah : 215 hits
Juara J1 League musim 2023 Vissel Kobe membuat keputusan mengejut dengan melepaskan bekas pemain Manchester United Juan Mata Keputusan ini disampaikan kelab berkenaan menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi mereka hari ini Seb
Pelaburan Rm56 Juta Usain Bolt Lesap Sekelip Mata

Pelaburan Rm56 Juta Usain Bolt Lesap Sekelip Mata

papar berkaitan - pada 7/1/2024 - jumlah : 219 hits
Nama Usain Bolt terus diingati oleh peminat olahraga meskipun pelari legenda itu sudah bersara pada tahun 2017 Bagaimanapun peminat sukan dunia dikejutkan dengan berita bahawa legenda Jamaica berusia 37 tahun itu mengalami kerugian AS 12 7 ...
Aku Sedar Diri Menumpang Jadi Aku Buat Kerja Rumah Tapi Ada Saja Salah Di Mata Mak Mentua

Aku Sedar Diri Menumpang Jadi Aku Buat Kerja Rumah Tapi Ada Saja Salah Di Mata Mak Mentua

papar berkaitan - pada 9/1/2024 - jumlah : 177 hits
Pastinya setiap pasangan yang sudah berkahwin mahu tinggal di rumah sendiri tanpa ada campur tangan orang luar Tapi masalah kewangan pula menyebabkan seseorang itu terpaksa menetap semula bersama ibu bapa walaupun sudah mempunyai keluarga s...
Semak Mata Ganjaran Kad Mesra Petronas Menggunakan Aplikasi Petronas Pitstop

Semak Mata Ganjaran Kad Mesra Petronas Menggunakan Aplikasi Petronas Pitstop

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 213 hits
Setiap kali berkunjung ke stesen minyak Petronas untuk mengisi minyak motor perkara wajib yang perlu diserahkan di kaunter juruwang selain duit adalah kad Mesra Petronas Setiap hari aku memperuntukkan RM14 untuk mengisi minyak motor untuk p...
Lima Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata Ibu Bapa Maut Dalam Kemalangan Elak Babi Hutan

Lima Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata Ibu Bapa Maut Dalam Kemalangan Elak Babi Hutan

papar berkaitan - pada 13/1/2024 - jumlah : 180 hits
Lima beradik menjadi yatim piatu sekelip mata selepas kedua ibu bapa mereka maut dalam sebuah kemalangan Pasangan suami isteri itu maut selepas motosikal jenis Duke KTM dinaiki mereka terbabas merempuh tiang elektrik apabila cuba mengelak d...
Resipi Telur Mata Sapi Dengan Sambal Hijau Merona Simple Dan Sedap

Resipi Telur Mata Sapi Dengan Sambal Hijau Merona Simple Dan Sedap

papar berkaitan - pada 12/1/2024 - jumlah : 151 hits
Resipi Telur Mata Sambal Hijau Hidangan Simple Lazat Bahan Bahan 15 20 biji cili padi hijau Ada cili besar boleh campur nak pedas boleh tambah 4 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 2 biji telur secubit garam gula sedikit sahaja jika sukaJ...
Syihan Hazmi Kita Perlu Raih Mata Berdepan Jordan

Syihan Hazmi Kita Perlu Raih Mata Berdepan Jordan

papar berkaitan - pada 12/1/2024 - jumlah : 228 hits
Syihan Hazmi berpendapat skuad Harimau Malaya perlu meraih mata berdepan Jordan dalam perlawanan pertama kumpulan E Piala Asia 2023 8220 Alhamdulillah dari hari pertama kami tiba mental pemain sangat baik dan fokus untuk aksi pertama Saya h...
Anak Yatim Menjadi Jutawan Sekelip Mata Selepas Kematian Ibu Bapa Yang Dilanggar Pemandu Lori Mabuk

Anak Yatim Menjadi Jutawan Sekelip Mata Selepas Kematian Ibu Bapa Yang Dilanggar Pemandu Lori Mabuk

papar berkaitan - pada 6/1/2024 - jumlah : 317 hits
hidup dalam kemiskinan setelah kematian ibu bapa mereka dalam kemalangan jalan raya Mereka tinggal di rumah usang bersama nenek mereka yang uzur Mereka tidak tahu bahawa ibu bapa mereka telah mengambil insuran hayat dan meninggalkan hibah u...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul