Tip Bina Hubungan Baik Dengan Pengasuh Yang Ramai Mak Ayah Tak Ambil Peduli


Bagi mak ayah yang bekerja, menghantar anak kepada pengasuh atau nurseri merupakan salah satu keperluan, lebih-lebih lagi jika tiada pembantu rumah.
Adalah sangat penting bagi mak ayah untuk membina hubungan baik dengan pengasuh bagi anak-anak. Ini kerana ditempat ini lah, anak-anak lebih banyak meluangkan masa, serta salah satu ‘penghargaan’ terima kasih buat para pengasuh kerana sudi menjaga dan tengok-tengokkan anak kita sewaktu kita sedang bekerja.
Sebelum menghantar anak pada pengasuh, mohon fahamkan dulu 7 perkara asas ini yang ramai mak ayah terlepas pandang. Berikut antara tip-tip yang dikongsikan oleh Puan Nur Baizura Sulaiman, semoga menjadi panduan buat mak ayah semua.
Kita ni ibu bapa yang bekerja, hampir 10 jam atau lebih anak-anak kita tinggal dengan pengasuh atau di nurseri. Di sinilah tempat mereka dilindungi dan dikasihi. Mak saya sudah hampir 20 tahun mengasuh anak-anak sampai sekarang. Saya membesar dengan mereka, sampai saya tahu tukar lampin, bagi susu dan tidurkan bayi seawal usia saya 12 tahun.
Saya lihat, bagaimana mak saya disantuni oleh ibu ayah yang menghantar anak-anak mereka dan saya cuba praktikkan sekarang kepada pengasuh anak-anak saya.
Di sini saya kongsikan 7 tips bina hubungan dengan pengasuh. Kalau ada yang boleh anda praktikkan pada guru-guru di nurseri, bolehlah anda cuba.
1. KelengkapanSediakanlah kelengkapan sepenuhnya seperti pakaian, minyak angin, susu, botol susu dan lain-lain. Pakaian misalnya, asingkanlah untuk dipakai siang dan malam. Lipat pakaian berpasangan siap baju dan seluar supaya pengasuh tidak perlu ambil masa untuk suai padan. Suai padan ni sangat sakit kepala ya.
2. MakananJika anak sudah mula makan, buatlah puree atau bubur untuk dibekalkan pada pengasuh supaya pengasuh tak perlu masak asing untuk anak kita. Kalau anak kita ada alahan pun, tak timbul masalah. Sebab kita sudah maklum dan pengasuh hanya perlu berikan makanan pada anak kita. Kalau pengasuh sedia masak untuk anak kita, moleklah kiranya kita belikan makanan mentah seperti ayam, ikan, sayur dan beras. Moga-moga dia masak dengan gembira dan doa untuk anak kita, kita pun tenang bekerja.
3. Pengendalian Susu IbuNak bagi mudah, berikan susu ibu yang cair dan beku. Buat label supaya pengasuh boleh beri ikut turutan. Elok juga sediakan pemanas elektrik supaya pengasuh tak perlu panaskan guna air panas yang mungkin suhunya tak sesuai. Lebih baik jika bekalkan susu ibu dalam botol berbanding plastik. Ikut pengalaman saya, sudah banyak kali susu dalam plastik bocor, maka susu tak dapat diminum.
4. Rezeki Kita Kongsilah BersamaBagi saya, pengasuh sudah seperti ahli keluarga sendiri. Kadang-kadang saya pun tak perasan perkembangan anak-anak saya, sampailah pengasuh yang bercerita. Saya tahu, walau dengan apa pun tetap tak dapat balas jasa mereka. Jadi apa salahnya, pada hari lahir, hari raya, atau dapat bonus, kita kongsikan rezeki dengan mereka.
Terpulanglah apa yang kita mampu, sedikit dikongsi, banyak dirai. Masa saya kecil dulu, kalau ada hari pasar malam, mak saya kadang-kadang dapat roti john. Kalian tahukah, kami adik beradik gembira bukan kepalang. Asyik betul dapat roti john RM3 tu. Lihatlah, harga bukan ukuran, tapi nilai kasih yang dibina lebih bermakna.

5. Beritahu Pengasuh Tentang Situasi KitaSama ada kita nak hantar anak awal atau lambat, beritahu pengasuh. Sama juga kalau kita terpaksa pulang lewat, beritahu pengasuh keadaan kita supaya mereka tidak tertunggu-tunggu. Kita manalah tahu kalau-kalau mereka perlu ke kedai atau mahu berjemaah Maghrib di surau. Kalau dah diberitahu, bolehlah mereka rancang jadual mereka. Iya, seperti kita, mereka juga perlukan ‘me time’.
6. Kebersihan Dan KekemasanKalau kita hantar anak pukul 7 ke atas, lebih elok kita mandikan siap-siap. Kalau tak sempat, seeloknya tukarkan lampin. Aduh. Lampin yang bocor boleh mengganggu mood pengasuh ya. Sudah elok dia bersihkan diri nak sambut anak kita, kita pula tambah kotor pada dia.
Bab kekemasan ini lebih kepada rambut anak. Ada anak yang rambutnya sampai tutup mata. Kalau nak makan, kasihan betul saya lihat. Sekejap-sekejap ketepikan rambut. Nak menyisir rambutnya tu, asyik aja tersekat di skala 6. Alahai. Kalau jaga 6 orang dan kesemua 6 anak pun rambutnya tersekat di skala 6, entah bila boleh siap didandan ya.
7. DoaMohon pada Allah agar anak-anak kita sentiasa dalam peliharaanNya. Anak-anak saya dihantar kepada pengasuh sebaik sahaja cuti bersalin saya habis. Ya, mereka masih bayi tapi saya setiap hari pesan supaya elok-elok dan dengar cakap pengasuh. Saya beritahu, kalau kita baik, semua orang sayangkan kita. Saya juga bacakan surah al Insyirah pada mereka, bagi mereka dengar, dengan niat hati mereka lembut dan mudah untuk pengasuh jaga mereka. Selebihnya, kita berserah pada Allah sebab Dialah yang Maha Berkuasa atas tiap sesuatu.
Mama Aisyah dan Ahmad.
Yang masih banyak perlu dibaiki.
Semoga bermanfaat!

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
Jualan Baju Raya Dah Bermula!!!

Baju Kanak-Kanak Harga Murah

Jubah raya cantik dan murah !!

Green Hijab memang Ohsem memang cair.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2019/02/tip-bina-hubungan-baik-dengan-pengasuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Anak Buat Hal Mak Ayah Wajib Tarik Nafas 3 Kali Untuk Cepat Tenang Dan Sabar

Bila Anak Buat Hal Mak Ayah Wajib Tarik Nafas 3 Kali Untuk Cepat Tenang Dan Sabar

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 461 hits
Anak pada fasa individuating sememangnya sangat mencabar kesabaran ibu bapa terutamanya buat ibu bapa muda Umur anak fasa individuating adalah sekitar 1 tahun 6 bulan hingga 3 tahun 6 bulan Antara situasi yang mencabar ibu bapa adalah apabi...
Betul2 Mix Mak Ayah Ni Anak Adam Corrie Buat Hati Netizen Cair

Betul2 Mix Mak Ayah Ni Anak Adam Corrie Buat Hati Netizen Cair

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 337 hits
unable to retrieve full text content Kehadiran anak sulung lelaki melengkapkan lagi kehidupan pelakon Adam Corrie setelah menanti selama 10 tahun Selain anak anak selebriti lain anaknya Adam Fateh Lee juga mempunyai pengikut tersendiri di l...
Hubungan Baik Pas Umno Menyebabkan Lawan Iri Hati

Hubungan Baik Pas Umno Menyebabkan Lawan Iri Hati

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 382 hits
KENYATAAN MEDIA Merujuk berita yang disebar menggunakan nama Portal UMNO Online UMNO menafikan berita yang menyatakan pemimpin tertinggi UMNO mahu nilai semula kerjasama dengan PAS yang kononnya diputuskan dalam Mesyuarat Biro Politik UMNO ...
Bawa Mak Ayah Pergi Umrah Untuk Bayar Nazar

Bawa Mak Ayah Pergi Umrah Untuk Bayar Nazar

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 342 hits
Berpeluang membawa kedua ibu bapa ke tanah suci Mekah Nabila Razali bersyukur dapat melaksanakan nazarnya yang ingin membawa ibu dan ayah menjalani The post appeared first on
Emosi Anak Banyak Ikut Ibu Ayah Kena Jaga Hati Ibu Jika Mahu Anak Membesar Dengan Baik

Emosi Anak Banyak Ikut Ibu Ayah Kena Jaga Hati Ibu Jika Mahu Anak Membesar Dengan Baik

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 415 hits
Zaman sekarang zaman semua hendak CEPAT Kita ada perkhidmatan fast food Drive Thru Service Jimat masa makan dalam kereta sahaja Ada perkhidmatan grab car grab food Dari segi pengangkutan semua kalau boleh hendak naik LRT jika kerja di kota ...
Mix Muka Mak Dan Ayah Makin Besar Fateh Manis Ikut Mak Mata Ikut Ayahnya

Mix Muka Mak Dan Ayah Makin Besar Fateh Manis Ikut Mak Mata Ikut Ayahnya

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 293 hits
Sejak kehadiran Adam Fateh Lee dalam hidup Adam Corrie Lee dan Fazema Mohd Fuad tahun lalu kehidupan pasangan suami isteri ini makin lengkap Mana tidaknya setiap keletah Fateh pasti ditunggu tunggu kedua ibu bapanya Dah masuk 7 bulan usia F...
Anak Kreatif Pemalu Cerewet Dan Berhati Hati Semua Ada Kelebihan Hanya Mak Ayah Kena Gilap

Anak Kreatif Pemalu Cerewet Dan Berhati Hati Semua Ada Kelebihan Hanya Mak Ayah Kena Gilap

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 360 hits
Anak anak dilahirkan dengan sifat semulajadi yang membezakan setiap seorang daripada mereka Kadang kadang apabila kita membanding bandingkan mereka secara tidak sengaja kita menggunakan label yang negatif sebagai diskripsi diri mereka conto...
Ramai Tak Sedar Anak Sebenarnya Berubah Jadi Biadap Salah Satunya Kerana Ikut Sikap Mak Ayah

Ramai Tak Sedar Anak Sebenarnya Berubah Jadi Biadap Salah Satunya Kerana Ikut Sikap Mak Ayah

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 592 hits
Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa peka dengan perubahan tingkah laku anak anak Apa sahaja yang berubah terhadap anak anak kita perlu tahu dan awasi Jika sudah melarat nanti payah pula nak membentuknya kembali Kadang kadang tanpa kita sed...
Bayi Kerap Merengek Check Jadual Tidurnya Jika Tak Mak Ayah Yang Susah

Bayi Kerap Merengek Check Jadual Tidurnya Jika Tak Mak Ayah Yang Susah

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 1361 hits
Sebahagian ibu bapa agak pelik bila di saran perlu buat jadual rutin harian anak jam berapa bangun tidur jam berapa perlu tidur jam berapa perlu mandi main belajar dan sebagainya baru baby kot nak kena jadual bagai Bukan jadual ini untuk an...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya