Bayi Kerap Merengek Check Jadual Tidurnya Jika Tak Mak Ayah Yang Susah


Sebahagian ibu bapa, agak pelik bila di saran perlu buat jadual rutin harian anak: jam berapa bangun tidur, jam berapa perlu tidur, jam berapa perlu mandi, main, belajar dan sebagainya..
“..baru baby kot..? nak kena jadual bagai?. Bukan jadual ini untuk anak-anak dah sekolah je ke? “..begitulah lebih kurang bidasan mereka.
Menurut Konsultan Tangisan Bayi Pertama Malaysia, Uswatun Hasanah jadual harian bayi sangat penting.
Apa yang membuatkan saya cukup kesal seolah yang menyaran itu ‘saja melebih’, ‘nak tiru mat salleh’ atau ‘ini semua poyo je’. Jujurnya, jadual harian bayi agak asing buat ibu bapa Asia. Redah aje!.
1. Faktanya, anak kecil suka dan perlu pada jadual.
Jadual atau rutin memberi anak perasaan mengetahui apa yang bakal terjadi. Ini memberi rasa selamat dan terkawal buat anak. Bila mereka rasa selamat dan ‘in control’, kuranglah mereka nak meradang dan buat perangai.
Contoh paling mudah: menghentikan anak yang sedang bermain serta merta tanpa amaran kerana anda perlu segera pulang paling berpotensi membuat anak menjerit marah dan mengamuk berbanding jika anda telah beri makluman awal seperti , ” Kita main 30 minit saja,ok janji? “. Paling-paling pun, anak akan merungut dan membebel namun tidaklah hingga mengamuk sakan. Dan ya, ia perlu pada sikit latihan kebiasaan.
Maka, bila rutin tiada dan anak hidup ‘ikut dan’ saja, ia ibarat menunggu masa bom jangka anak meletus tak pasti masa dan tempat. Sudahnya ibu mendakwa ‘ anak saya suka merengek sepanjang masa ‘.

Tanpa jadual, anak berpotensi berjaga melebihi masa. Apa masalahnya kalau anak berjaga melebihi masa? Masalahnya ialah , badan anak akan mengesan bahawa anak tidak mendapat rehat pada masa ia di perlukan lalu mula merembes hormon stress iaitu Kortisol. Bila Kortisol tinggi  hormon tidur akan di rencatkan : tak boleh beraksi. Maka, badan anak letih sangat tapi sistemnya halang anak dari tidur selagi Kortisol masih tinggi.
Ini saya telah terang banyak kali.
Tapi jadual tak perlu lah di buat untuk bayi di bawah 3 bulan. Ini kerana jam biologi anak masih caca marba lagi untuk 12 minggu pertama akibat sistem hormon badannya baru nak berjinak-jinak beraksi.
Dah tu, kenapa dalam jadual di bawah di senaraikan juga buat bayi 1 dan 2 bulan? Ini untuk rujukan ibu bapa tentang berapa lama anak mampu tahan mata sebelum kembali letih dan minta di tidurkan. Lucunya, ada sebahagian ibu bapa yang tak tahu fakta ini lantas ingat anak mereka ‘bermasalah’ kerana berjaga sekejap saja, kemudian merengek nak tidur semula. Tak sempat bermain dan ‘explore’ dunia katanya.
Saya balas, belum masanya mereka nak minat main dan jelajah dunia. Penglihatan mereka pun masih kabur melainkan objek 8-12 inci dari muka mereka. Malah, mereka nampak hitam-putih saja (high contrast).Nak main dengan anak? Tunggu anak 2.5 bulan -3 bulan dan anda akan lihat bayi usia ini sangat suka interaksi manusia. Kenapa? Kerana penglihatan anak menjadi 20/20 sekitar usia 3-5 bulan. Dianggarkan, sekitar usia anak 5 bulan barulah kedua belah matanya terkoordinasi dengan baik dan dengan itu, dunia kini lebih menarik untuk di terokai kerana mereka kini mampu melihat dunia dalam bentuk 3D dan bukan lagi tersekat dalam mode 2D seperti sebelum ini.
Fakta ini di sahkan dari sudut ‘neurological changes’ (perubahan kemampuan otak) dimana pada sekitar 5 bulan inilah anak faham konsep kejadian. Contohnya: bola yang jatuh boleh melantun semula.
2-3 bulan selepas itu pula, anda melihat anak mula pandai merangkak (sekitar 8 bulan). Tempoh berjaga sekitar maksimum 3 jam cukup untuk anak berlatih di samping menyelesaikan urusan diri sebelum kembali letih dan mengulang tidur.
Menarik kan? Hebatnya cara Allah menyusun jumlah jam keperluan tidur anak dengan perkembangan motor dan mentalnya. Teratur. Itu kata kuncinya: teratur dan tersusun.
Sumber: Baby Language
 
The post Bayi Kerap Merengek, Check Jadual Tidurnya. Jika Tak Mak Ayah Yang Susah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/bayi-kerap-merengek-check-jadual-tidurnya-jika-tak-mak-ayah-yang-susah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kepandaian Anak Yang Mak Ayah Terlepas Pandang Jangan Ingat Anak Tak Cemerlang Itu Tak Pandai

Kepandaian Anak Yang Mak Ayah Terlepas Pandang Jangan Ingat Anak Tak Cemerlang Itu Tak Pandai

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 472 hits
Kebanyakan ibu bapa hari ini lebih menilai kepandaian anak anak pada prestasi akademik semata mata Kadangkala tu bila anak kita tak skor dalam exam terus dianggap anak kita dah takde harapan untuk berjaya dalam hidup Jangan sesekali fikir s...
Ayah Tiri Pembunuh Bayi Di Depok Jalani Tes Kejiwaan

Ayah Tiri Pembunuh Bayi Di Depok Jalani Tes Kejiwaan

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 261 hits
Soal pernyataan Hari bahwa dia mendengar bisikan untuk membanting anaknya psikolog yang menguji tak percaya begitu saja Untuk mengetahui benar atau tidak harus dilakukan pemeriksaan intensif beberapa kali
Tak Payah Susah Susah Berlakon Dan Paksa Diri Layan Mak Mertua Baik Baik Saya Selamber Buat 3 Ni Je

Tak Payah Susah Susah Berlakon Dan Paksa Diri Layan Mak Mertua Baik Baik Saya Selamber Buat 3 Ni Je

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 1146 hits
Iye Kenapa nak susahkan diri Nak berlakon la Nak paksa diri untuk buat baik senyum la masa layan Mak Mertua Buat macam biasa sudahhh Nak tau macam mana saya buat Jom baca kat sini
Bayi Kerap Menangis Mungkin Kembung Perut Cara Ini Boleh Legakannya

Bayi Kerap Menangis Mungkin Kembung Perut Cara Ini Boleh Legakannya

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 279 hits
Bayi yang baru berusia tiga bulan memang kerap menangis Jika tangisan terlalu kerap dan berlanjutan bayi mungkin mengalami kembung perut Bagaimanakah cara yang betul untuk menghilangkan masalah kembung Masalah kembung perut sememangnya suat...
Bila Anak Buat Hal Mak Ayah Wajib Tarik Nafas 3 Kali Untuk Cepat Tenang Dan Sabar

Bila Anak Buat Hal Mak Ayah Wajib Tarik Nafas 3 Kali Untuk Cepat Tenang Dan Sabar

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 454 hits
Anak pada fasa individuating sememangnya sangat mencabar kesabaran ibu bapa terutamanya buat ibu bapa muda Umur anak fasa individuating adalah sekitar 1 tahun 6 bulan hingga 3 tahun 6 bulan Antara situasi yang mencabar ibu bapa adalah apabi...
Dapat Kawal Emosi Marah Dan Tengking Ketika Anak Buat Perangai Anda Mak Ayah Terbaik

Dapat Kawal Emosi Marah Dan Tengking Ketika Anak Buat Perangai Anda Mak Ayah Terbaik

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 341 hits
Kita mahu menjadi seorang ibu atau bapa yang terbaik untuk anak anak Namun bila terlalu marah dengan perangai anak anak kita pula yang menjerit dan menengkingkan anak anak Biasanya lepas tengking atau marah anak kita akan menyesal atas kete...
Urutan Lembut Pada Tubuh Bayi Bantu Atasi Masalah Kerap Sembelit Sangat Berkesan

Urutan Lembut Pada Tubuh Bayi Bantu Atasi Masalah Kerap Sembelit Sangat Berkesan

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 446 hits
Bagaimana nak ketahui bayi anda sembelit Biasanya ramai ibu yang selalu mengadu anak sembelit anak sembelit Tapi macam mana nak kenal betul ke anak sembelit Berikut antara yang dikongsikan oleh untuk panduan ibu bapa yang ada anak kecil dan...
Ibu Ayah Saya Mahu Hidup Bayi Maut Akibat Pendarahan Gara Gara Ibu Bapa Tolak Suntikan Vitamin K

Ibu Ayah Saya Mahu Hidup Bayi Maut Akibat Pendarahan Gara Gara Ibu Bapa Tolak Suntikan Vitamin K

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 491 hits
Ibu dan ayah memainkan peranan penting menyediakan kehidupan yang baik buat si kecil Namun lain jadinya pada kisah ini di mana bayi kecil ini meninggal dunia gara gara ibu bapanya menolak suntikan vitamin K semasa kelahirannya Kisah ini dis...
Pernah Rasa Penat Ketika Anak Umur 0 3 Tahun Maknanya Anda Mak Ayah Hebat

Pernah Rasa Penat Ketika Anak Umur 0 3 Tahun Maknanya Anda Mak Ayah Hebat

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 508 hits
Melayan anak yang tengah melasak satu cabaran buat ibu bapa Mana taknya baru selesai kemas rumah ada pula tugas lain menanti Jangan bimbang ya ibu ayah Waktu ini anda rasa penat maknanya anda ibu bapa yang terbaik Berikut perkongsian dari T...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Lirik Lagu Rahsia Tuhan Noh Salleh

Cara Mudah Tanam Daun Selom

Mulia Dengan Al Qur An

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Upiak Feat Beby Acha Lato Lato Chord

Worldcoin Dan Ai