Bila Anak Buat Hal Mak Ayah Wajib Tarik Nafas 3 Kali Untuk Cepat Tenang Dan Sabar


Anak pada fasa individuating sememangnya sangat mencabar kesabaran ibu bapa, terutamanya buat ibu bapa muda. Umur anak fasa individuating adalah sekitar 1 tahun 6 bulan hingga 3 tahun 6 bulan.
Antara situasi yang mencabar ibu bapa adalah apabila anak tantrum. Ada banyak sebab kenapa anak ini tantrum, antaranya bila apa yang dia mahu tak dapat, bila dia cuba lakukan sesuatu tapi tak berjaya dilakukan dengan baik dan sebagainya.
Ramai, ibu bapa yang mudah hilang sabar bila anak tantrum. Jadi, sebenarnya apa yang sepatutnya ibu bapa lakukan?.
Berikut perkongsian dari Yasmin Sari (Team Ibu Rose) apakah yang seharusnya ibu bapa lakukan:

Tarik nafas 3 kali
InsyaAllah, proses tarik dan hembus nafas yang panjang akan meningkatkan tahap ketenangn kita. Lakukannya sekurang-kurangnya 3 kali. Sebab nak berurusan dengan anak yang sedang tantrum ini sememangnya memerlukan tahap kesabaran yang agak tinggi.

Tukar Frekuensi
Pada kebiasaannya, anak akan menjerit, menangis dengan kuat bila dia mula tantrum. Itu bermakna frekuensinya sedang tinggi. Maka, ibubapa yang bijak seharusnya menurunkan tone suaranya. Anak menjerit, “ Saya nak mainan tu!!”.
Kita jawab dengan suara yang rendah dan tenang. Suara kita biarlah jelas dan tenang. Kondisi kita sangat penting ketika itu. Sekiranya parents juga tantrum sama, maka agar sukarlah isu itu diselesaikan. Api lawan dengan air, InsyaAllah akan lebih mudah ia diselesaikan.

Melutut, eye level dan eye contact
Bila berbicara dengan anak boleh melutut supaya aras ketinggian kita sama dengan anak, rasionalnya adalah supaya tahap ego ibubapa dapat diturunkan. Eye level dan eye contact juga penting, supaya anak dapat merasai betapa sayangnya ibubapa anak ini padanya.

Raikan suara anak
Setelah kita berjaya kawal tone suara, seterusnya kita meraikan suaranya pula.
“Oh, mainan tu ye. Mainan yang satu?. Mesti best kan mainan tu kan.” Kita benarkan anak meluahkan apa yang dia mahu dan perasaannya. Kita pula berperanan mendengar dan meraikan suaranya.
Anak akan lebih cepat release stressnya bila kita bantu anak mengeluarkan apa yang dirasanya dan bila kita berusaha untuk memahami anak itu. Dengan cara ini, anak akan lebih mudah untuk menurunkan energy marahnya atau frustnya.
Peluk anak
Pelukan adalah kuasa yang besar. Anak biasanya bila dipeluk ia akan mudah untuk menurunkan rasa tantrum itu. Tapi, peluklah dari belakang. Kenapa peluk dari belakang, supaya bila anak meronta-ronta, kita yang memeluk ni tak rasa sakit di pukul.

Bacakan doa atau ucapkan kata-kata positif
Ketika memeluk anak tu, bolehlah dibacakan apa-apa surah yang sesuai, atau doa-doa yang InsyaAllah boleh menenangkan anak. Boleh juga ucapkan kata-kata yang positif seperti “Adik orang yang baik, Ibu sayang sangat adik. Adik selalu dengar kata Ibu sebab adik sayangkan Allah. Allah sayang sangat adik. Adik sangat penting dan berharga dalam hidup ibu.”

Bagi anak-anak yang tak suka dipeluk
Ada juga jenis anak yang sangat tak mahu dipeluk. Maka apa yang perlu ibubapa lakukan adalah, katakan padanya, “Adik, ibu tau adik sangat marah. Ibu ada je dekat tepi ni. Kalau adik dah okay dan nak ibu peluk adik, adik cakap je kat ibu ye.”
Biarkan saja dia lepaskan rasa marah dan geram disatu sudut.
Pastikan kedudukan kita dari dirinya tak jauh, maka kita boleh memantau keadaannya lebih baik. Dalam masa yang sama, walaupun kita tak dapat memeluknya, kita hantarkan energy kasih sayang padanya. InsyaAllah, lambat laun anak akan tenang akhirnya.

Betulkan kesalahan ketika sama-sama sudah bersedia.
Kebiasannya, ibubapa cenderung untuk memberi pesan atau menasihati anak apabila atau ketika anak buat salah.
Sebenarnya ini bukanlah waktu yang tepat untuk menyampaikan nasihat, kerana ketika itu emosi keduanya tidak stabil. Mungkin ketika itu anak sedang marah dan begitu juga ibubapanya. Maka perkataan yang keluar dari mulut ibubapa cenderung kepada bebelan, ugutan dan yang seumpamanya.
Sebagai contoh :
“Ha, tulah kan mama dah kata, jangan main kat tangga tu. Kan dah jatuh. Ha, mainlah lagi.”
“Adik kalau main lagi kat tangga ni, jatuh lagi sekali, ubatlah sendiri. Mama tak nak tolong dah.”
“Siapa suruh main kat tangga, kan dah jatuh. Ingat badan tu kuat sangat ke?.”
Kata-kata seumpama ini perlu dielakkan kerana ia tak membantu pun sebenarnya, malahan menambahkan kecederaan emosi pula. Sangat dianjurkan untuk memilih perkataan dan kata-kata yang lebih baik dan pilih juga pada waktu lain yang lebih tenang.
Alhamdulillah, ini adalah beberapa perkara yang ibubapa boleh lakukan bila anak-anak di fasa individuating tantrum.
Semoga ini dapat membantu ibubapa yang berhadapan dengan situasi begini.
Ingat Loving & Firm Parenting bukan dengan cara marah-marah atau ugut-ugut. Namun, parents adalah leader pada anak-anak. Besarkan kasih sayang dan terus tambahkan ilmu ya.
Semoga perkongsian ini membantu anda yang membacanya.
Sumber:  Olahan ilmu Ibu Rose
Yasmin Sari – Team Ibu Rose
 
The post Bila Anak Buat Hal, Mak Ayah Wajib Tarik Nafas 3 Kali Untuk Cepat Tenang Dan Sabar appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/bila-anak-buat-hal-mak-ayah-wajib-tarik-nafas-3-kali-untuk-cepat-tenang-dan-sabar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dapat Kawal Emosi Marah Dan Tengking Ketika Anak Buat Perangai Anda Mak Ayah Terbaik

Dapat Kawal Emosi Marah Dan Tengking Ketika Anak Buat Perangai Anda Mak Ayah Terbaik

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 345 hits
Kita mahu menjadi seorang ibu atau bapa yang terbaik untuk anak anak Namun bila terlalu marah dengan perangai anak anak kita pula yang menjerit dan menengkingkan anak anak Biasanya lepas tengking atau marah anak kita akan menyesal atas kete...
Kepandaian Anak Yang Mak Ayah Terlepas Pandang Jangan Ingat Anak Tak Cemerlang Itu Tak Pandai

Kepandaian Anak Yang Mak Ayah Terlepas Pandang Jangan Ingat Anak Tak Cemerlang Itu Tak Pandai

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 479 hits
Kebanyakan ibu bapa hari ini lebih menilai kepandaian anak anak pada prestasi akademik semata mata Kadangkala tu bila anak kita tak skor dalam exam terus dianggap anak kita dah takde harapan untuk berjaya dalam hidup Jangan sesekali fikir s...
Betul2 Mix Mak Ayah Ni Anak Adam Corrie Buat Hati Netizen Cair

Betul2 Mix Mak Ayah Ni Anak Adam Corrie Buat Hati Netizen Cair

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 336 hits
unable to retrieve full text content Kehadiran anak sulung lelaki melengkapkan lagi kehidupan pelakon Adam Corrie setelah menanti selama 10 tahun Selain anak anak selebriti lain anaknya Adam Fateh Lee juga mempunyai pengikut tersendiri di l...
Mak Cantik No Wonder Anak Bak Bidadari Netizen Puji Kecantikan Ibu Amyra Rosli

Mak Cantik No Wonder Anak Bak Bidadari Netizen Puji Kecantikan Ibu Amyra Rosli

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 515 hits
Terbaru pelakon Amyra Rosli atau dikenali sebagai Amyra telah memuat naik sekeping gambar ibu dan ayahnya bersama anaknya Anaqi di akaun Instagram miliknya Mereka yg membesarkanku dgn penuh kasih syg yang tidak pernah minta balasan Tanpa re...
Normal Kalau Anak Nampak Ayah Nak Pergi Kerja Mesti Nak Ikut Dato Fazley Kongsi Gelagat Anaknya Sebelum Ke Tempat Kerja

Normal Kalau Anak Nampak Ayah Nak Pergi Kerja Mesti Nak Ikut Dato Fazley Kongsi Gelagat Anaknya Sebelum Ke Tempat Kerja

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 490 hits
Dato Fazley Yaakob juara Master Chef Malaysia yang juga bekas penyanyi popular suatu masa dahulu memuatnaik sebuah video di instagramnya Beliau mendirikan rumah tangga bersama Azrene dan dikurniakan empat cahaya mata tiga lelaki dan satu pe...
Kena Lempang 3 Kali Anak Saudara Tampil Ceritakan Kejadian Sebenar

Kena Lempang 3 Kali Anak Saudara Tampil Ceritakan Kejadian Sebenar

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 274 hits
Kena lempang 3 kali Anak saudara tampil ceritakan kejadian sebenarViral di media sosial video seorang lelaki melempang muka remaja di perkarangan masjid mengundang pelbagai reaksi netizen Video berdurasi 28 saat yang dimuat naik oleh sepupu...
Wanita Bahagia Jatuh Cinta Dengan Gay Partner Bekas Bf Melahirkan Anak Mak Nyah Ini

Wanita Bahagia Jatuh Cinta Dengan Gay Partner Bekas Bf Melahirkan Anak Mak Nyah Ini

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 804 hits
Siapa sangka hikmah bila dapat tahu pasangan curang itu sebenarnya adalah pembina masjid hubungan Kisahnya apabila ada seorang wanita ini tak sangka jatuh cinta dengan partner baru bekas teman lelakinya dan kini mempunyai anak hasil hubunga...
Sejumlah Hal Yang Dibutuhkan Oleh Anak Agar Tak Mudah Sakit

Sejumlah Hal Yang Dibutuhkan Oleh Anak Agar Tak Mudah Sakit

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 235 hits
Sel darah merah kata ahli gizi Saptawati Bardosono dibutuhkan untuk membawa oksigen mengalirkan zat yang sangat dibutuhkan untuk tumbuh kembang anak Kekurangan sel darah merah juga akan menyebabkan anak menjadi pendek
Tips Kekal Cantik Di Usia 30 An Rahsia Kulit Cantik Mak Anak 3

Tips Kekal Cantik Di Usia 30 An Rahsia Kulit Cantik Mak Anak 3

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 1070 hits
Kali ni saya nak share rahsia untuk kulit cantik bebas jerawat yang saya selalu amalkan
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids