Tingkatkan Kesedaran Anda Mengenai Orang Asal Malaysia Menerusi Google Earth Voyager


Tarikh 9 Ogos merupakan Hari Antarabangsa Orang Asal Sedunia yang meraikan orang-orang pribumi di seluruh negara. Bagi meraikan tarikh ini, Google Malaysia menerusi program Google Earth Outreach for Good untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai Orang Asal di Malaysia.
Program Google Earth Outreach bukanlah sesuatu yang baharu, dimana ia bermula sejak tahun 2005 apabila salah seorang pengguna Google Earth yang sangat minat dengan perkara berkaitan pemetaan, menyedari terdapat aktiviti pembalakan haram dan menggesa pihak Google untuk melakukan sesuatu. Sejak pada itu tercetusnya inisiatif ini yang juga telah membantu pelbagai pihak.

Orang Asal merupakan terma yang digunapakai yang merangkumi Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Anak Negeri dari Sabah, dan Orang Ulu atau Dayak dari Sarawak. Untuk ketiga-tiga kumpulan besar ini, terdapat lagi kumpulan etnik yang berbeza dan setiap satu antara mereka mempunyai ciri-ciri yang berbeza dan juga cabaran yang berlainan.

Menerusi fungsi yang terdapat pada Google Earth Voyager, pengguna boleh melihat sendiri mengenai kawasan petempatan Orang Asal dalam gambaran 360-darjah, imej mukabumi, dan juga perkongsian video daripada suku kaum Temiar dan Semaq Beri. Ia merupakan kombinasi Google Street View, dan juga penceritaan interaktif yang disampaikan oleh komuniti Orang Asal Malaysia.

Turut serta dalam acara ini adalah Dr Colin Nicholas, iaitu penyelaras Pusat Keprihatinan Orang Asli (COAC) yang menerangkan pentingnya pemeliharaan alam sekitar kepada komuniti Orang Asal. Ini kerana Orang Asal banyak bergantung kepada sumber flora dan fauna dan tanpa sumber tersebut, komuniti mereka hilang tempat bergantung dan mungkin perlu bermigrasi ke kawasan lain. Namun migrasi bukanlah pilihan utama berikutan kewujudan tanah-tanah yang suci untuk mereka, atau tanah pusaka yang diancam kemajuan oleh pemaju yang ingin melakukan projek mega.

Dua orang Asal iaitu Pam bin Yeek dan Lili turut berkongsi pengalaman mereka sendiri dalam sebagai seorang yang berada dalam komuniti minoriti ini. Pam bin Yeek yang merupakan ahli suku kaum Temiar dari kampung CUnex menceritakan bagaimana menggunakan Google Maps, beliau telah mengetahui persempadanan tanah dan akan mempertahankan kawasan tersebut dari ancaman pembalakan haram.

Lili dari suku kaum Semaq Beri di Kampung Mengkapur mempunyai videonya tersendiri dalam Google Voyager yang berkongsi mengenai bahasa asal Semaq Beri dalam bentuk penceritaan, amalan kebudayaan dan lagu-lagu. Bahasa asal Semaq Beri ini juga merupakan antara bahasa yang tertua di Malaysia, dan tanpa penekanan khusus dalam menjaganya, bahasa ini diambang kepupusan.

Satu lagi perkongsian dari Jef Yangman dari Jaringan Orang Asal SeMalaysia adalah berkenaan inisiatif pemetaan orang asal tajaan Google. Google memberikan sedikit geran dan komuniti orang asal dapat memetakan sendiri tanah pusaka, tanah adat, tapak geo-sejarah dan sebagainya. Sehingga kini sekitar 50 buah kampung telah dipetakan.
Banyak lagi maklumat yang boleh diketahui berkenaan Orang Asal Malaysia menerusi Google Earth Voyager, dan juga maklumat-maklumat lain dari seluruh dunia. Dengan inisiatif Google Outreach For Good ini, pastinya sedikit sebanyak dapat memberikan impak kepada Orang Asal Malaysia.
Layari: Google Earth Voyager untuk Orang Asal Malaysia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penlawak.blogspot.com/2019/08/tingkatkan-kesedaran-anda-mengenai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiga Nelayan Asal Aceh Timur Terdampar Ke Malaysia

Tiga Nelayan Asal Aceh Timur Terdampar Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 186 hits
Tiga nelayan Aceh hanyut karena rusak mesin dan diselamatkan oleh nelayan Kedah Malaysia kata Miftah Cut Adek Minggu di Banda Aceh
Tki Asal Kepulauan Meranti Tewas Jatuh Dari Lantai 33 Apartemen Di Malaysia

Tki Asal Kepulauan Meranti Tewas Jatuh Dari Lantai 33 Apartemen Di Malaysia

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 182 hits
Kabid Humas Polda Riau Kombes Sunarto mengatakan korban merupakan warga asal Jalan Dorak RT 002 001 Desa Banglas Kecamatan Tebing Tinggi Kepulauan Meranti Dengan nomor paspor C 2121536
Tkw Asal Aceh Di Malaysia Disiksa Majikan Badan Penuh Luka

Tkw Asal Aceh Di Malaysia Disiksa Majikan Badan Penuh Luka

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 264 hits
Anisa berasal dari Dusun Krueng Tuan Desa Alue Dua Kecamatan Nisam Antara Kabupaten Aceh Utara Pada November 2017 lalu dara ini merantau sebagai Tenaga Kerja Wanita dan menjadi pembantu rumah tangga di negeri jiran
Penjelasan Kementerian Pendidikan Malaysia Mengenai Pengenalan Tulisan Khat Dalam Bahasa Melayu

Penjelasan Kementerian Pendidikan Malaysia Mengenai Pengenalan Tulisan Khat Dalam Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 918 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraBaru baru ini hangat di segala pelusuk media sosial tentang satu isu iaitu berkaitan tulisah khat di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Jadi aku rasa sebelum kita keluarkan pendapat mengenai sesuatu perkar...
Info Mengenai Kucing Hutan Malaysia

Info Mengenai Kucing Hutan Malaysia

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 3460 hits
Kucing Hutan Malaysia Apa yang Perlu Kita Tahu Kucing Hutan juga dikenali sebagai Asian Leopord Cat Ia merupakan salah satu jenis kucing liar yang terdapat di Malaysia Saiz kucing ini hampir sama dengan kucing biasa Bezanya cuma badan kucin...
Google Earth Bantu Dokumentasi Budaya Masyarakat Orang Asli

Google Earth Bantu Dokumentasi Budaya Masyarakat Orang Asli

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 227 hits
Aplikasi Google Earth tampil membantu masyarakat orang asli mendokumentasikan dan memelihara identiti serta cara kehidupan mereka terutamanya untuk proses pemetaan kawasan Gabungan kebijaksanaan bersama teknologi ini membolehkan mereka mema...
Bnnp Jatim Gagalkan Penyelundupan 25 Kg Sabu Asal Malaysia

Bnnp Jatim Gagalkan Penyelundupan 25 Kg Sabu Asal Malaysia

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 168 hits
Badan Narkotika Nasional Provinsi Jawa Timur menggagalkan upaya penyelundupan sabu seberat 25 kilogram Sabu tersebut merupakan milik jaringan narkotika asal Malaysia
Warga Emas Belajar Membuat Senapang Menerusi Google Dicekup Polis

Warga Emas Belajar Membuat Senapang Menerusi Google Dicekup Polis

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 283 hits
KUCHING Kesungguhan seorang warga emas belajar membuat senapang menerusi enjin carian Google akhirnya memakan diri sendiri selepas dia ditahan polis selasa lalu Memetik Harian Metro warga emas yang berusia 60 tahun dikatakan bersungguh sung...
Tingkatkan Pelayanan Mrt Jakarta Gandeng Operator Asal Korea Selatan

Tingkatkan Pelayanan Mrt Jakarta Gandeng Operator Asal Korea Selatan

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 245 hits
William mengatakan kerja sama ini merupakan upaya pihaknya untuk meningkatkan kapasitas pelayanan MRT Jakarta Sebagaimana diketahui Seoul Metro memiliki pengalaman cukup lama dalam mengoperasikan MRT
Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

Raya Aidilfitri 2025

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Anak Buah Terpaling Kecil

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights

Family Staycation Indonesia Aktiviti Menarik Yang Korang Boleh Have Fun Kat Kawah Rengganis Ciwidey