Tingkatkan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif Murid Tidak Perlu Kbat Pensyarah



Kuala Lumpur: Murid sekolah rendah tidak memerlukan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam mata pelajaran, sebaliknya cukup sekadar guru menyediakan soalan untuk mereka berfikir secara kreatif

Pensyarah Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad, berkata sebelum adanya KBAT, kebanyakan pelajar ini sudah berfikir secara tidak sedar dan mereka tidak tahu apa yang dilakukan itu juga satu kemahiran

Katanya, murid di sekolah rendah masih dianggap kecil dan tidak perlu untuk 'mendesak' mereka berfikir secara sistematik

"Cukup kalau mereka mengetahui apa mereka belajar, faham proses itu berlaku dan jawab soalan guru. Kalau amalan KBAT ini dimasukkan dalam pendidikan, ini menambahkan satu komponen yang perlu dilakukan oleh guru dan murid dalam proses pembelajaran

"Bila kita terlalu menekankan KBAT ini, apa yang berlaku murid ini terpaksa berfikir dengan cara sistematik untuk menyelesaikan masalah dan tingkatkan beban serta sudah tidak ada keseronokan," katanya kepada BH, semalam

Dalam pada itu, mengulas mengenai silibus berat yang membebankan pelajar, Dr Anuar berkata, kebanyakan yang menganggap ia susah kerana gagal kemahiran 3M (membaca, menulis, mengira) masih lemah

"Sebab itu, mereka berasa silibus berkenaan berat kerana murid yang menguasai 3M bagi mereka walaupun mencabar, disebabkan kemahiran mereka baik, ia jadi tidak terlalu sukar

"Selepas pandemik COVID-19, kebanyakan murid yang kini di Tahun Empat, namun dari segi usia pembelajaran mereka  masih di Tahun Dua. Ini kerana ketika sekolah ditutup lama, mereka berada di tahun satu atau dua, kemudian bila masuk sekolah mereka sudah di Tahun Empat

"Dua tahun sesi pembelajaran sudah dibazirkan ketika pandemik. Itu yang berlaku kerana kemahiran 3M rendah dan silibus yang ada sangat tinggi. 
"Sepatutnya, kita perlu meningkatkan dan memulihkan kemahiran 3M murid-murid. Kena ada projek khas, program lonjakan serta tingkatkan kemahiran murid terutama yang berada pada Tahun Satu hingga Lima," katanya

Disebabkan itu, Dr Anuar berkata, perlu ada program lonjakan 3M di negara ini serta mengesan keciciran murid dalam pembelajaran, mengupayakan murid serta meningkatkan kecekapan murid dalam menguasai pembelajaran lebih baik

"Jika tidak, isu silibus berat ini akan berterusan sebab murid ini tidak mahir. Bayangkan mereka masuk Tingkatan Satu dan lemah 3M. Apa akan jadi ialah mereka kata silibus Tingkatan Satu dan Dua berat. Isu ini perlu diselesaikan kerana ini isu serius," katanya

Peluang beri pandangan  
Sementara itu, orang ramai berpeluang menyampaikan pandangan mengenai kurikulum persekolahan dengan menyertai Tinjauan Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 yang sedang dilaksanakan Kementerian Pendidikan (KPM) secara dalam talian

Tinjauan yang dilaksanakan Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM itu membabitkan kurikulum peringkat prasekolah, rendah dan menengah

Terdapat enam bahagian da lam tinjauan itu yang perlu diisi oleh responden membabitkan soalan secara objektif ataupun subjektif

Melalui Bahagian A, responden diminta untuk memaklumkan mengenai maklumat seperti usia, pekerjaan, tahap pendidikan, jantina, tempat dan pekerjaan

Responden kemudiannya ditanya mengenai soalan bersifat objektif sama ada mereka bersetuju atau tidak bilangan mata pelajaran mencukupi dan kandungan setiap mata pelajaran mencukupi

Selain itu, masa bagi setiap mata pelajaran mencukupi dan kandungan setiap mata pelakaran berada pada aras bersesuaian melalui Bahagian B

Bahagian C pula, responden akan ditanya mengenai harapan terhadap kurikulum masa hadapan, kandungan kurikulum masa hadapan (Bahagian D) dan kurikulum masa hadapan (Bahagian E)

Melalui bahagian terakhir, responden diberi peluang menyata- kan cadangan tambahan terha- dap kurikulum masa depan

Tinjauan itu dilaksanakan bermula sejak Jumaat lalu hingga 15 September ini dan sehingga semalam sudah ada 11,360 responden mengambil bahagian

Borang tinjauan itu boleh dilayari pada pautan https://bit.ly/ KurikulumKita2027

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/08/tingkatkan-kemahiran-berfikir-secara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Satukan Pendidikan Islam Dan Kafa Untuk Kebaikan Murid Kata Pensyarah

Satukan Pendidikan Islam Dan Kafa Untuk Kebaikan Murid Kata Pensyarah

papar berkaitan - pada 26/8/2023 - jumlah : 206 hits
PETALING JAYA Seorang ahli akademik mengesyorkan sistem pendidikan Islam disatukan bagi memudahkan pengurusan pembelajaran dan menjimatkan masa murid Anuar Ahmad dari Universiti Kebangsaan Malaysia percaya menyatukan pendidikan Islam yang d...
Modul Hadis Hanya Untuk Murid Islam Kata Kpm

Modul Hadis Hanya Untuk Murid Islam Kata Kpm

papar berkaitan - pada 25/8/2023 - jumlah : 277 hits
Program perintis itu akan melibatkan guru dan murid beragama Islam di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan di seluruh negara Pelaksanaan modul baru yang berasaskan hadis hanya disasarkan kepada guru da...
Benarkan Murid Terus Pakai Baju Sukan Ke Sekolah Pibgn

Benarkan Murid Terus Pakai Baju Sukan Ke Sekolah Pibgn

papar berkaitan - pada 21/8/2023 - jumlah : 159 hits
KUALA LUMPUR Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional memohon Kementerian Pendidikan untuk terus memberi kelonggaran membenarkan pelajar dan murid memakai pakaian sukan ke sekolah Presidennya Prof Madya Dr Mohamad Ali Hassa...
Saling Tuduh Menuduh Di Group Whatsapp Ibu Bapa Murid Tak Nak Kalah Tunjuk Anak Siapa Yang Kena Buli

Saling Tuduh Menuduh Di Group Whatsapp Ibu Bapa Murid Tak Nak Kalah Tunjuk Anak Siapa Yang Kena Buli

papar berkaitan - pada 26/8/2023 - jumlah : 287 hits
Seorang ibu meluahkan rasa sedih apabila anak perempuannya didakwa telah menjadi mangsa buli di sekolah
40 Hadis Libatkan Murid Islam Gerakan Mengelupur Kenapa

40 Hadis Libatkan Murid Islam Gerakan Mengelupur Kenapa

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 212 hits
Tindakan gebabah parti Gerakan mahu mengambil tindakan undang undang terhadap Kerajaan Perpaduan yang memperkenalkan pengajaran 40 hadis Imam Nawawi di sekolah awam menimbulkan tanya tanya banyak pihak Bagi Timbalan Ketua Penerangan KEADILA...
Anak Murid Cop Cikgu Sendiri Ajak Kahwin Selepas Habis Sekolah

Anak Murid Cop Cikgu Sendiri Ajak Kahwin Selepas Habis Sekolah

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 178 hits
JAKARTA nbsp Seorang guru wanita di Indonesia berkongsi nbsp mesej nbsp seorang pelajarnya dalam aplikasi WhatsApp nbsp yang meluahkan rasa cinta dan mengajak dia berkahwin lapor portal berita Wolipop semalam Guru dikenali sebagai Rindy Yan...
Guru Labur Duit Sendiri Beli Peranti Internet Starlink Demi Murid

Guru Labur Duit Sendiri Beli Peranti Internet Starlink Demi Murid

papar berkaitan - pada 17/8/2023 - jumlah : 371 hits
Guru di pedalaman Sarawak membeli peranti internet Starlink untuk meningkatkan kebolehcapaian internet di situ Foto TikTok amoimorniKUALA LUMPUR Seorang guru yang mengajar di pedalaman Sarawak puas dapat membeli peranti internet Starlink un...
Guru Tidak Perlu Taasub Bina Soalan Kbat Nutp

Guru Tidak Perlu Taasub Bina Soalan Kbat Nutp

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 151 hits
Imej hiasanAdakah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi yang diperkenalkan sejak 2013 berada di landasan yang tepat Hal itu disebabkan kebelakangan ini terlalu banyak rungutan dalam kalangan ibu bapa mengenai keberkesanannya selain ia dianggap tid...
Jawatan Pembantu Guru Perlu Diwujudkan Dalam Masa Terdekat Pensyarah

Jawatan Pembantu Guru Perlu Diwujudkan Dalam Masa Terdekat Pensyarah

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 265 hits
KUALA LUMPUR Cadangan mewujudkan jawatan pembantu guru perlu dilaksanakan kerajaan dalam masa terdekat bagi mengurangkan beban tugas pendidik di negara ini Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia Anuar Ahmad berp...
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Resepi Bbq Kambing

Drama Gadis Masa Lakonan Mira Filzah Syafiq Kyle

Sarapan Capati Di Warong Tujuh Pagi


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Pm Malay Dignity Strength Built On Foundation Of Islamic Values

Halal Certification Is A Non Muslim Issue

Why Salads Are Good For You

Ikan Siakap Bakar Kerabu Bunga Betik

Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues