Guru Tidak Perlu Taasub Bina Soalan Kbat Nutp


Imej hiasan
Adakah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang diperkenalkan sejak 2013 berada di landasan yang tepat? Hal itu disebabkan kebelakangan ini terlalu banyak rungutan dalam kalangan ibu bapa mengenai keberkesanannya selain ia dianggap tidak logik

Bukan sekali dua ibu bapa malah guru mempersoalkan kredibiliti KBAT dan tular di media sosial. Tindakan itu sedikit sebanyak memberikan imej kurang baik kepada sistem pendidikan negara

Mengulas hal ini, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Fouzi Singon, berkata pengenalan KBAT dianggap baik dan positif kerana ia bertujuan membentuk pemikiran pelajar berada di luar kotak terutama dalam aspek penyelesaian dan tindakan

Justeru, beliau berharap guru-guru dapat membina soalan yang jelas dan tepat berdasarkan prosedur serta peraturan seperti mana dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM)

"Rungutan yang ditimbulkan umumnya mengenai soalan KBAT yang dianggap tidak logik dan mengelirukan

"Ada kala ketaasuban sesetengah guru mengajukan soalan sebegitu membebankan fikiran murid

"Guru perlu lebih prihatin, hindarkan soalan yang terlebih-lebih, terkeluar daripada landasan hingga menyebabkan gangguan dan kesan psikologi kepada murid

"Misalnya, sebelum ini tular mengenai soalan berkaitan 'perigi buta' yang mengelirukan, tidak logik dan membebankan pemikiran murid," katanya

Ikut skema
Tegas Fouzi, apa yang lebih utama soalan mestilah berdasarkan skema yang ditetapkan selain mampu diselesaikan berdasarkan pemikiran kritis mengikut peringkat dan usia murid

Ia juga katanya jangan terlalu jauh daripada jangkauan murid kerana apa yang utama ialah mendidik murid menyelesaikan persoalan yang diberikan

Sementara itu, kata Fouzi dalam aspek pemarkahan pula terutama membabitkan pemberian markah yang rendah ada kala boleh menjejaskan emosi pelajar dan mengurangkan semangat mereka untuk mengikuti pembelajaran

Namun beliau tidak menolak ada murid yang mampu menerima markah rendah dengan baik dan menjadi batu loncatan untuk mereka lebih berusaha

Justeru, Fouzi berkata NUTP bersedia mendengar sebarang permasalahan atau cadangan penambahbaikan daripada mana-mana pihak berkaitan KBAT. Ia termasuklah isu berkaitan sistem peperiksaan yang perlu ditambah baik dari masa ke semasa sesuai dengan perubahan zaman digital masa kini

"Guru-guru pun boleh mengemukakan cadangan mahupun keluhan kepada NUTP untuk diselesaikan kerana NUTP adalah jambatan antara guru dan KPM," katanya

Sementara itu, Yang Dipertua (YDP), Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Seri Bandar Melaka, Razak Abu Hassan, berkata KBAT mendidik murid untuk berfikir di luar kotak

Menerusi KBAT katanya, kemahiran itu dibuat secara profesional dengan bimbingan dan sokongan ibu bapa

"Namun, kita tidak nafikan, meskipun sudah diperkenalkan hampir 10 tahun lalu, masih ada murid gagal memahami konsep soalan untuk bertindak kritis

"Hal ini mungkin disebabkan tiada silibus pembelajaran khusus, namun sebenarnya ia terletak juga kepada kemahiran guru. Ini tentu saja disebabkan kebolehan dan penerimaan setiap murid itu amat berbeza

"Jadi, latih tubi soalan KBAT perlu diberi penekanan

"Latih tubi membantu murid mengenal pasti masalah, jalan penyelesaian dan menganalisa. Malah, boleh mendorong mereka memahami kehendak soalan yang akhirnya boleh dipraktikkan ketika mereka berada di tahap pembelajaran yang berbeza," katanya

Bukan hafal semata-mata
Sementara itu YDP, PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist, Datuk Khairi Anuar Ahmad, berpendapat pelaksanaan KBAT dalam sistem pendidikan negara mewujudkan generasi pelajar yang tidak hanya menghafal dan bersiap-sedia semata-mata untuk menduduki peperiksaan sahaja

Katanya, KBAT turut menekankan konsep murid perlu faham dan tahu apa yang mereka pelajari seterusnya menggunakan idea, kreativiti serta akal fikiran pada tahap tertinggi menerusi pemahaman juga penilaian mereka

"Pendekatan KBAT dapat menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat dan membantu pelajar menjadi lebih kreatif juga inovatif menyelesaikan masalah secara tuntas

"Kita sentiasa mahu memastikan kaedah pembelajaran mampu melahirkan generasi yang mahir menghadapi cabaran hidup dan kerjaya, bijak berinteraksi, berkomunikasi dan bermaklumat selain tidak bermasalah bekerja secara berpasukan

"Paling penting komited melaksanakan tanggungjawab kepada keluarga, bangsa, agama dan negara," katanya

InfoKPM mula memberi perhatian serius untuk pelaksanaan KBAT sejak 2013, la adalah kesinambungan pelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) yang diperkenalkan KPM sejak tahun 1994.la sebahagian usaha memperkukuh dan memperkasakan kemahiran berfikir dengan memberi penekanan kepada kemahiran menaakul.Pelaksanaannya menggunakan pendekatan menyeluruh dan sistemik merangkumi tujuh elemen.Tiga elemen utama merangkumi kurikulum, pedagogi dan pentaksiranEmpat elemen sokongan membentuk KBAT adalah kokurikulum, sokongan komuniti dan swasta, sumber dan bina upaya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/09/guru-tidak-perlu-taasub-bina-soalan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nutp Akui Silibus Kbat Tidak Sepadan Usia Tahap Penguasaan

Nutp Akui Silibus Kbat Tidak Sepadan Usia Tahap Penguasaan

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 92 hits
Kuala Lumpur Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia mengakui kandungan mata pelajaran berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi yang dilaksanakan sejak lebih 10 tahun lalu tidak lagi sesuai dengan tahap pemikiran murid Presiden...
Soal Beban Tugas Guru Komitmen Berterusan Kpm Fadlina

Soal Beban Tugas Guru Komitmen Berterusan Kpm Fadlina

papar berkaitan - pada 22/8/2023 - jumlah : 145 hits
LANGKAWI Kementerian Pendidikan akan memberikan perhatian berterusan kepada isu beban tugas guru dan langkah sederhana serta panjang bakal diumumkan bagi membantu tugas barisan pendidik di negara ini Menterinya Fadhlina Sidek berkata sebelu...
Peluang Kerjaya Mara Pengambilan Khas Guru Dg41 Seluruh Negeri Bulan Ogos 2023

Peluang Kerjaya Mara Pengambilan Khas Guru Dg41 Seluruh Negeri Bulan Ogos 2023

papar berkaitan - pada 22/8/2023 - jumlah : 214 hits
Peluang Kerjaya MARA Pengambilan Khas Guru DG41 Seluruh Negeri Bulan Ogos 2023 Gembira untuk admin umukan Kini diumumkan oleh pihak mara mengenai peluang kerjaya guru yang dinanti nantikan oleh para graduan pendidikan Oleh itu diminta untuk...
Kes Guru Ponteng Kerajaan Tak Rayu Keputusan Mahkamah

Kes Guru Ponteng Kerajaan Tak Rayu Keputusan Mahkamah

papar berkaitan - pada 22/8/2023 - jumlah : 206 hits
Kerajaan dan empat lagi pihak tidak akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang pampasan RM150 000 diberikan kepada tiga pelajar dalam kes saman terhadap bekas guru bahasa Inggeris mereka yang tidak hadir menga...
Kpm Siasat Kes Pelajar Oku Dibuli Guru

Kpm Siasat Kes Pelajar Oku Dibuli Guru

papar berkaitan - pada 22/8/2023 - jumlah : 337 hits
KEMENTERIAN Pendidikan sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh berkenaan aduan seorang pelajar Orang Kurang Upaya yang dibuli oleh gurunya di sekolah Menterinya Fadhlina Sidek berkata semua pihak termasuk sekolah yang terlibat sudah d...
Bajet 2024 Kpkt Mohon Rm300 Juta Bina Tandas Bmw Kata Menteri

Bajet 2024 Kpkt Mohon Rm300 Juta Bina Tandas Bmw Kata Menteri

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 215 hits
Nga Kor Ming berkata pihaknya juga memohon RM100 juta untuk menukar lampu berkuasa solar IPOH Cadangan inisiatif kewangan RM300 juta diperuntukkan untuk membina tandas bertaraf Bersih Menawan Wangi atau BMW di seluruh negara adalah antara c...
Jawatan Pembantu Guru Perlu Diwujudkan Dalam Masa Terdekat Pensyarah

Jawatan Pembantu Guru Perlu Diwujudkan Dalam Masa Terdekat Pensyarah

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 261 hits
KUALA LUMPUR Cadangan mewujudkan jawatan pembantu guru perlu dilaksanakan kerajaan dalam masa terdekat bagi mengurangkan beban tugas pendidik di negara ini Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia Anuar Ahmad berp...
Guru Wanita Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Guru Wanita Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

papar berkaitan - pada 25/8/2023 - jumlah : 170 hits
Paya Linda Yahyaam hmetro com myMayat mangsa yang ditemukan dalam keadaan terlentang diruang tamu rumahnya di SMK Panggung Jaya di sini semalam FOTO Ihsan PDRMGUA MUSANG Seorang guru wanita ditemukan meninggal dunia kerana jangkitan kuman d...
Guru Rugi Rm37 750 Terpedaya Jualan Iklan Kucing Munchkin Di Facebook

Guru Rugi Rm37 750 Terpedaya Jualan Iklan Kucing Munchkin Di Facebook

papar berkaitan - pada 28/8/2023 - jumlah : 127 hits
SEORANG guru mengalami kerugian RM37 750 akibat terpedaya dengan penipuan jualan tidak wujud melibatkan seekor kucing baka Munchkin di Facebook Ketua Polis Daerah Alor Gajah Arshad Abu berkata wanita berusia 39 tahun yang tinggal di Alor Ga...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord