Tinggalkan Apa Yang Meragukan Dan Tidak Bermanfaat Kepadamu


TINGGALKAN APA YANG MERAGUKAN DAN TIDAK BERMANFAAT KEPADAMU
Cikgu iEta tak suka buat kerja laghaPenulisan ini panjang. Jika tiada masa usah baca ya

Pada yang belum kenal Cikgu iEta ni siapa? Cikgu iEta merupakan Mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di JAWI dari 2007 sehingga 2017. Resign akibat sakit kronik Slipped Disc. Alhamdulillah sudah sembuh pada tahun 2017

Cikgu iEta bermula sebagai Blogger pada tahun  2006. Tetapi mula aktif pada tahun 2013. 2009 baru wujudkan facebook untuk event dan job Blogger. 2013 bergerak di Instagram dan belajar di Instagram. Kini Freelance Blogger. Freelance Speaker program-program Keusahawanan anjuran Cikgu iEta sendiri. [Klik sini baca selanjutnya SIAPA CIKGU iEta ni?]
Berkaitan Group yang sedang viral, ramai sudah menegur sebenarnya di Blog dan laman sosial mereka. Cikgu IEta kenal salah seorang admin group yang sedang viral ini. Kami pernah berada dalam satu group whatsapp sebuah Kelab yang dipelopori individu terkenal. Saya left group Kelab itu atas arahan Tuan Suami saya

"Ayang, jangan jadi bodoh biarkan diri diperguna dia sedangkan sebelum ni Ayang dah memang bergerak sendiri dah ada follower Ayang sendiri. Jangan buang masa dengan Kelab tu... Ada dia promote Ayang dan kawan-kawan Ayang? Abang tak nampak pun... Naikkan diri dia sahaja ada, lah." Benar kata-kata Tuan Suami Cikgu iEta ni

Dalam Kelab ni, sesiapa yang membangkang akan dipulau dan dikick dari group individu terkenal pengasas Kelab itu. Ramai ahli datang mengadu kepada saya. Saya hanya nasihatkan supaya mereka bersabar. Bukan Ketua Kelab dan Kelab itu yang beri kalian rezeki. Rezeki Allah untuk job ada di mana-mana sahaja bukan setakat dalam Kelab itu sahaja. Alhamdulillah ramai yang dikick sudah pun berjaya dalam bidang masing-masing

Admin-Admin Kelab terkenal ini sejenis batu api dan kuat kipas individu pengasas Kelab yang terkenal tu. Saya bukan jenis begini. Jadi ini juga sebab kenapa saya tinggalkan Kelab itu. Ada perkara lain sebenarnya lagi tetapi berkaitan perkara yang ramai kurang faham dan percaya tidak perlu saya tulis di sini. 
Paling melucukan, group berkaitan Zakat untuk kemaslahatan awam juga saya dikick sedangkan sebelum ni saya dijemput dirai oleh Individu Kelab terkenal ni dan kami memang agak rapat selalu juga bertukar fikiran melalui whatsapp. Di Instagram saya telah diblock oleh pengasas ni begitu juga di Facebook. Saya sudah tidak kisah sebab dunia saya sudah berbeza dengannya. Bukan zaman mengejar glamour dan job sudah sekarang ini. 
Selepas left, pernah saya termasuk ke dalam Group mereka di Telegram. Keesokannya, saya dikick oleh admin Pengasas Kelab. Masuk nak baca entri Blog bukan nak bersembang. Punyalah assobiyyahnya mereka. Lot Of Laugh sangat. Sebenarnya apa entah digeruni sangat dengan Cikgu ieta nama sebenar Marsitah Mat Sa'ad entahlahkan? Tak kisah lah tu. Sudah sangat lama. Masa tu saya pun masih naif lagi tentang Telegram. 
Di Facebook, jika saya tahu satu-satu group itu pemiliknya individu terkenal Kelab atau saya tahu group itu ahli Kelab berkaitan, saya memang tidak akan join. Jika saya tahu individu yang ingin join job Blog saya, memang saya tidak terima. Sebab saya tahu pemilik Kelab sudah beri amaran kepada semua ahli tidak boleh ambil job lain dan mesti kekalkan hastag Kelab beliau. Saya sendiri memang sudah tidak berminat wujud Hashtag dan apa sahaja berkaitan kelab itu di dalam ruang SocMed saya

Untuk apa perlu kita membuang masa dengan perkara tidak mendatangkan faedah pun kepada diri kitakan

Salah seorang Admin group Kelab terkenal pernah buat fitnah dan ajak gang beliau mengumpat saya beramai-ramai di timelinenya. Ada orang screenshot posting tu kepada saya. Otai-otai pun turut terlibat sama. Mereka ini tidak berani pun hendak whatsapp saya terus atau berhadapan dengan saya. Sekadar beraninya itu di SocMed sahaja. LOL. 😪
Sebarang fitnah, saya memang tidak layan. Sebab melayan fitnah ni serupa orang tidak cukup akal. Saya tidak mahu menjadi manusia tidak cukup akal. Allahyarhamah emak saya berpesan,
"Long, biar orang buat kita, jangan kita buat orang Long. Orang jadi gila dan bodoh takkan hang nak jadi gila dan bodoh sama Long? Biarkan anjing menyalak bukit tapi bukit tak akan runtuh" saya ingat pesanan Allahyarhamah emak saya ini sampai bila-bila

Saya tidak pasti adakah admin group yang sedang viral sekarang ini masih di bawah satu group Kelab yang dipelopori insan terkenal yang memang pada saya tidak professional tidak ada stand sendiri asyik mengikut sahaja hasutan Admin-adminnya yang kaki ampu dan kaki kipas itu. Jangan tanya. Sebab saya pun sudah tidak hairan dengan Kelab yang tidak mendatangkan faedah langsung pun kepada saya. Hanya banyak membuang masa dengan peraturan-peraturan yang sangat melucukan

Tuan Puan, lagha (sia-sia) pekerjaan ni sangat banyak. Antaranya buang masa bersembang merapu dalam group whatsapp, menghina dan buat kelakar bahan ciptaan setiap anugerah Allah apa jua pun. Pekerjaan yang sia-sia dan mengundang dosa adalah dilarang oleh Allah walaupun menaikkan rating dan popularkan diri masing-masing. Pesanan ini saya peringatkan kepada diri saya sama

LARANGAN MENCELA MAKANAN===========================
SUATU hari, Rasulullah SAW mengajak Khalid ibn Walid mengunjungi isteri Baginda, Maimunah, yang juga makcik sebelah ibu Khalid yang baru dinikahinya. Melihat kedatangan sang suami tercinta berserta anak saudaranya, Maimunah menghidangkan daging dab (binatang padang pasir, seakan-akan biawak kecil)

Ketika Baginda Rasulullah menghulurkan tangan untuk mengambil daging yang dihidangkan, seorang perempuan yang berada di dalam bilik Maimunah berkata: “Maklumkan kepada Rasulullah tentang daging yang kalian hidangkan kepada Baginda itu.”
“Wahai Rasulullah! Ini daging dab,” ucap salah seorang tetamu yang hadir

Sejurus mengetahui tentang daging tersebut, Rasulullah menarik kembali tangannya. Melihat hal itu, Khalid bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah daging dab ini haram?”
“Tidak.” Jawab Baginda

“Hanya kerana daging dab ini tidak terdapat di daerah kaumku. Kerana itu, aku berasa kurang berselera memakannya,” jawab Baginda dengan lembut agar tidak melukai hati isterinya yang telah menyiapkan hidangan daging panggang tersebut

Menurut Abu Hurairah RA, Baginda Rasulullah tidak sesekali mencela makanan. Jika menyenanginya, Baginda akan memakannya.  Namun jika tidak, Baginda akan meninggalkannya. (HR Bukhari & Muslim)

Sumber Larangan Mencela Makanan : MAJALAH DAKWAH.

Maaf pada yang invite Cikgu IEta ke dalam group itu dan mana-mana juga group berkaitan, saya memang tidak join group begitu. Baca tulisan saya di atas ni. Sebab itu saya tulis siap dah pada posting saya, saya memang tidak approve group begitu. Banyak buang masa. Lagha jadinya bertambahlah dosa tidak mendatangkan pahala tiada faedah jadinya. Harap maklum na. Muktamad. Terima kasih. 😊
APA ADA PADA WAJAH NAN RUPAWAN?



Semalam sepupu Cikgu iEta dari Penang call. Kami berbual tentang keluarga dan kesihatan Abah. Rindu katanya, katanya lagi, "Kaklong muka manis macam baby face." erk, terkedu mendengarnya.
Teringat masa walimatul'urus dulu Tuan Suami pernah beritahu, "Muka Ayang ada iras macam Kajol lah." Memang tergelak nak tersembur air sirap Cikgu iEta mendengarnya

Sekarang anak sudah lima (5). Semasa sakit kronik Slipped disc dulu, setiap kali sakit ke klinik atau hospital memang disuntik Steroid atau Voltron. Maka kesan dari itu, terkembang setamanlah dah jadinya. 🙈
Namun demikian, Cikgu iEta tidak kisah sebenarnya apa pun pandangan orang. Janji cukup sifat ada hidung yang mancung, ada mata, ada mulut, ada seketul lesung pipit dan gigi yang tersusun ni cukup bersyukur dah. Alhamdulillah tidak cacat masih cukup sifat

Di sinilah pentingnya ilmu dan paling penting TAHU memasak untuk Tuan Suami dan anak-anak makan

"Perempuan ni Long, tinggi melangit pun kita belajar, dapur perlu kita utamakan. Batang kayu kalau disolek pun boleh jadi cantik. Tapi apa gunanya cantik kalau tidak beradab dan tidak tahu ke dapur. Jaga imej sakan tapi suami tidak prihatinkan." Pesan Allahyarhamah emak Cikgu iEta memang Cikgu guna pakai sehingga ke hari ini

Tak pandai memasak? Boleh sahaja tanya pakcik google. Tengok you tube pun bagus. Tetapi usahlah terlalu ditonjolkan kebodohan sehingga mengaibkan pasangan atau diri sendiri walau sekadar gurauan. Lagi-lagi bahan makanan. Allah dan Rasulullah S.A.W junjungan mulia kita amat melarang perbuatan mencela fizikal, mencela makanan dan minuman


Apa pun, jagalah kesihatan. Jangan sudah sakit nanti barulah mencari ubat-ubatan. Sayang sangat-sangat Allahyarhamah emak Cikgu iEta, Sabariah binti Hassan. ❤
Sebenarnya saya lebih suka menegur secara personal. Nanti lapang saya kongsikan juga beberapa kejadian influencer terkenal yang block saya hanya sebab takut pada bayang-bayang dan ya mungkin kesilapan saya sendiri sebab saya terlalu berani menegur mereka secara terus terang. Boleh jadikan sebagai pengajaran untuk kalian terus gah berada di laman sosial

Semoga kalian semua menegur Cikgu iEta terus DM jika Cikgu iEta berbuat silap. Makan daging mentah memang sedap jika dibuat secara berjemaah. Kesannya itu akan kekal lama dan memburukkan diri sendiri.

Semoga Artikel Tinggalkan Apa Yang Meragukan Dan Tidak Bermanfaat Kepadamu ini memberi manfaat untuk semua pembaca BlogiEta.com.

Salam sayang
❤ Cikgu iEta.
Mohon maaf ya. 🤝

BOLEH JOIN GROUP INFO DAN ILMIAH PERCUMA BERIKUT YA :
MINDA NIAGA.HIMPUNAN EBOOK BEST.RAHSIA CARIAN GOOGLE.RAHSIA TERAPI SIHAT DAN HEBAT.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.blogieta.com/2020/04/tinggalkan-apa-yang-meragukan-dan-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tinggalkan Ratu Cantik Kembali Berperang Lawan Covid 19

Tinggalkan Ratu Cantik Kembali Berperang Lawan Covid 19

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 353 hits
Mukherjee buat keputusan kembali berbakti selepas melihat situasi negara berdepan pandemik yang semakin buruk Gambar Instagram bhasha05 SAYA rasa bersalah memegang gelaran Ratu Cantik England ketika dunia berperang melawan pandemik COVID 19...
Tidak Jatuh Hukum Munafik Tinggalkan Jumaat 3 Kali Ketika Darurat

Tidak Jatuh Hukum Munafik Tinggalkan Jumaat 3 Kali Ketika Darurat

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 460 hits
Dakwaan hadis yang menyebut bahawa meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali dengan sengaja termasuk dalam golongan munafik perlu difahami secara menyeluruh supaya ia tidak disalah fahami Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Zulki...
Kandungan Jamur Shitake Yang Bermanfaat

Kandungan Jamur Shitake Yang Bermanfaat

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 229 hits
Kandungan Jamur Shitake Yang Bermanfaat Jamur shitake kaya akan protein yang tentunya berperan baik untuk menunjang kesehatan tubuh selain protein jamur shitake juga mengandung asam amino yang di butuhkan tubuh seperti thiamin riboflavin da...
Kopi Yang Bermanfaat Banyak

Kopi Yang Bermanfaat Banyak

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 269 hits
kemungkinan besar dapat memberikan sumbangsihnya bagi kesehatan lebih besar dari pada mengkonsumsi buah buahan dan sayuran demikian menurut hasil penelitian ilmiah oleh para pakar Amerika Serikat Para ilmuwan menghitung jumlah kandungan ant...
Tenanglah Di Sana Glenn Fredly Meninggal Dunia Tinggalkan Isteri Anak Usia Dua Bulan

Tenanglah Di Sana Glenn Fredly Meninggal Dunia Tinggalkan Isteri Anak Usia Dua Bulan

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 255 hits
Industri seni hiburan Indonesia semalam sekali lagi dikejutkan dengan perkhabaran duka apabila pelantun lagu Januari Glenn Fredly dimaklumkan telah menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah hospital di Jakarta selatan petang semalam Berita ...
Hotel Di Malaysia Tinggalkan Nota Pada Setiap Malam Sebagai Tanda Terima Kasih Kepada Frontliners

Hotel Di Malaysia Tinggalkan Nota Pada Setiap Malam Sebagai Tanda Terima Kasih Kepada Frontliners

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 414 hits
Sepertimana yang kita tahu ramai orang sedang terjejas dari segi kewangan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Memang tidak dinafikan apabila banyak sektor terkesan terutamanya industri perhotelan yang kemerosotan jumlah pelanggan y...
Anwar Dan Pkr Akan Tinggalkan Ph Untuk Ke Putrajaya Dr Mahathir Sudah Atur Langkah

Anwar Dan Pkr Akan Tinggalkan Ph Untuk Ke Putrajaya Dr Mahathir Sudah Atur Langkah

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 506 hits
Portal ini pernah menulis mengenai pertemuan antara Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin Dalam tulisan tersebut admin cuma mengulas alasan alasan yang diberikan Anwar mengapa beliau meminta untuk berjumpa Muhyiddin Persoala...
Pandemi Corona 23 577 Orang Tinggalkan Jakarta Gunakan Bus Akap Sejak 1 April

Pandemi Corona 23 577 Orang Tinggalkan Jakarta Gunakan Bus Akap Sejak 1 April

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 216 hits
Sedangkan untuk data orang yang datang ke Jakarta periode 1 17 April yaitu 18 348 penumpang
Tak Suruh Tinggal Pun Elok Lah Tinggalkan Jika Ada Dulu Pun Ph Akan Kalah Juga Puncanya Sebab Hang La Suka Meracau

Tak Suruh Tinggal Pun Elok Lah Tinggalkan Jika Ada Dulu Pun Ph Akan Kalah Juga Puncanya Sebab Hang La Suka Meracau

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 219 hits
HAMSINA HAMZAHKerana perangai lahanat celaka haram J kerana kamulah din botox kami meluat seluruh BERSATU Kau perangai macam gampang hari hari mengina president kami Ko ingat kami PH hadap sangat nak ikut team atok ko ker Ko ni pejilat kiri...
Pelan Simpanan Jangka Masa Panjang Elite Edge Takaful Etiqa

Estimated Assessments And Penalties On The Way For Non Filers

Head East For A Discrimination Free Life Young Man

Resipi Penuh Loaded Nachos Cheese Yang Viral Sedap Dan Mudah

Tunas Usahawan Belia Bumiputera Syarat Cara Mohon

Tripadvisor We Re Matching Donations To World Central Kitchen

Alga Sebagai Penunjuk Biologi Kesihatan Ekosistem Akuatik

Mursyidul Am Pas Beritahu Bersatu Dalam Pn Pas Yang Paling Kuat Jika Nak Buat Apa Apa Kena Runding Dulu


echo '';
6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam

Biodata Sky Iskandar Pelakon Watak Megat Filem Kahar Kapla High Council


A Guide To Cosmetic Surgery Practice Valuation What You Need To Know

Seorang Warga Asing Suspek Utama Kes Bunuh Pekerja Ladang Sawit Di Mukah Ditahan

Kalau Banjir Dulu Mb Terengganu Ke New Zealand Kali Ini Ke Manchester Uk

Asus Bakal Buat Majlis Pelancaran Maya Untuk Ces 2025

Gelaran Raja Utara Milik Kedah Fans Penang Bengang Tak Boleh Makan Lawan Tak Bergaji Netzkorner

Elisya Sandha Umum Hamil Anak Kedua Bunga Nak Jadi Kakak Dah