Anwar Dan Pkr Akan Tinggalkan Ph Untuk Ke Putrajaya Dr Mahathir Sudah Atur Langkah
Portal ini pernah menulis mengenai pertemuan antara Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin (BACA DI SINI).
Dalam tulisan tersebut, admin cuma mengulas alasan-alasan yang diberikan Anwar mengapa beliau meminta untuk berjumpa Muhyiddin.
Persoalannya, apakah benar alasan-alasan itu sebenarnya yang dibincangkan oleh Anwar ketika berjumpa Muhyiddin atau ianya sekadar alasan yang Anwar cipta untuk sembunyikan tujuan sebenar beliau mengadap Muhyiddin Yassin?
Ketika kerajaan baharu ditubuhkan selepas tumbangnya Pakatan Harapan, pemimpin Pakatan Harapan cuba menghasut rakyat supaya menolak kewujudan kerajaan baharu dengan alasan kononnya ia adalah sebuah kerajaan yang tidak sah (BACA DI SINI).
Semua pemimpin Pakatan Harapan melaungkan nada yang sama dengan harapan, rakyat akan menolak kerajaan baharu.
Agak mengejutkan, bila Pakatan Harapan dakwa kerajaan baharu adalah kerajaan yang tidak sah tetapi dalam masa yang sama, Anwar Ibrahim yang kini menjadi Pengerusi Pakatan Harapan telah bertindak untuk bertemu Perdana Menteri yang Pakatan Harapan dakwa pengkhianat dan tidak sah itu!!!
Timbul persoalan kepada kita, apakah dengan pertemuan Anwar dan Muhyiddin bermakna Pakatan Harapan telah mengiktiraf kerajaan baharu yang mereka dakwa tidak sah itu? (BACA DI SINI).
7 April 2020 yang lalu, Anwar sendiri pernah failkan semakan keputusan majoriti terhadap Muhyiddin di mahkamah (BACA DI SINI).
Dan apakah Anwar telah membelakangi Pakatan Harapan dengan bertindak sendirian untuk bertemu dan mengiktiraf Muhyiddin sebagai Perdana Menteri? (BACA DI SINI) dan (DI SINI).
Sekiranya Anwar bertindak membelakangi Pakatan Harapan, apakah sebabnya?
Admin berpendapat, tidak mungkin Anwar membelakangi Pakatan Harapan, akan admin jelaskan di bawah nanti.
Dari sumber yang dipercayai, tujuan Anwar berjumpa Muhyiddin bukanlah untuk bincang tentang masaalah Covid-19 atau untuk nyatakan penghargaan kepada kerajaan atas usaha yang telah kerajaan lakukan dalam menangani Covid-19.
Tetapi Anwar mempunyai agenda peribadi untuk dibincangkan bersama Muhyiddin.
Ugut dan beri tawaran.
Dipercayai, iulah sebenarnya yang dibincangkan oleh Anwar dalam pertemuan beliau dengan Muhyiddin.
Pakatan Harapan mahu sidang Parlimen diadakan segera supaya mereka dapat menunbangkan kerajaan baharu di bawah pimpinan Muhyiddin.
Mereka seolah-olah yakin, akan berjaya dalam undi tidak percaya terhadap Muhyiddin nanti.
Inilah senjata ugutan Anwar kepada Muhyiddin.
Anwar menawarkan sokongan PKR untuk menolak undi tidak percaya itu dengan syarat beliau akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Modus operandi Anwar, yakinkan Muhyiddin, sekiranya undi tidak percaya di Parlimen berjaya, Muhyiddin akan jatuh malah akan menjadi penamat karier politik beliau kerana ianya berkemungkinan besar akan membuatkan Muhyiddin akan kalah di tangan Mukhriz yang mencabar jawatan Presiden PPBM.
Berikan jaminan tawaran sokongan PKR untuk tidak menyokong undi tidak percaya di Parlimen nanti dengan syarat lantik beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Apa akan jadi selepas itu?
Muhyiddin akan ditekan supaya letak jawatan atas alasan kesihatan dan impian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri akan tercapai.
Tidak mustahil selepas itu, Anwar akan kembali bergabung dengan DAP dan PAN, maka Kerajaan Pakatan Harapan 2.0 akan memerintah kembali.
Di satu pihak yang lain, kem Dr. Mahathir pula dikatakan sedang giat melobi Ketua-Ketua Bahagian PPBM supaya singkirkan Muhyiddin dari Presiden PPBM ketika pemilihan parti diadakan nanti.
Motif utamanya ialah untuk menobatkan Mukhriz sebagai Perdana Menteri yang ke 9.
Dr. Mahathir sedar, selagi Anwar menerajui Pakatan Harapan, selagi itulah sangat mustahil untuk beliau kembali menjadi Perdana Menteri.
Malah dikatakan, Dr. Mahathir pernah tawar diri untuk kembali menjadi Pengerusi Pakatan Harapan tetapi telah ditolak (BACA DI SINI).
Maka Dr. Mahathir terpaksa gunakan plan B.
Singkir Muhyiddin dan angkat anak beliau, Mukhriz sebagai Perdana Menteri!!! (BACA DI SINI).
Apa pun kesudahannya kepada perancangan Dr. Mahathir mahu pun Anwar, pendokong Muafakat Nasional jangan turut melatah dengan permainan mereka.
Ingat pesan DS Najib, sokongan kita kepada kerajaan yang ada sekarang adalah terhad sehingga PRU 15 sahaja.
Jangan kita ikut menari dengan rentak politik sumbang mereka yang sentiasa mengutamakan kepentingan peribadi daripada kepentingan agama, bangsa dan tanah air.
Matlamat perjuangan Muafakat Nasional berbeza dengan Pakatan Harapan dan juga ex Pakatan Harapan, walau pun ketika ini kita berada dalam satu kumpulan.
Selepas masaalah Covid-19 dapat diselesaikan, Muafakat Nasional mesti bergerak cergas sehingga ke akar umbi untuk menghadapi sebarang kemungkinan, terutamanya PRU 15
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://malayjaya.blogspot.com/2020/04/anwar-dan-pkr-akan-tinggalkan-ph-untuk.html