Tidak Jatuh Hukum Munafik Tinggalkan Jumaat 3 Kali Ketika Darurat


Dakwaan hadis yang menyebut bahawa meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali dengan sengaja termasuk dalam golongan munafik perlu difahami secara menyeluruh supaya ia tidak disalah fahami.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, sudah masuk kali ketiga umat Islam di negara ini tidak dapat menunaikan solat Jumaat sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut beliau, pihaknya bimbang apabila diberitahu oleh pihak keselamatan bahawa ada segelintir pihak berkeras mahu menunaikan solat Jumaat.

"Alasan mereka kerana ada hadis menyebut bahawa sesiapa tidak menunaikan solat Jumaat sebanyak tiga kali, maka ia termasuk dalam golongan munafik.

"Kami ingin tegaskan, bahawa apa yang didakwa ini adalah suatu salah faham yang jelas," katanya.

Zulkifli berkata, benar terdapat hadis sedemikian tetapi ia perlu dibaca secara menyeluruh.

"Golongan yang dicap sebagai munafik itu adalah mereka yang meninggalkan tiga kali solat Jumaat dengan sengaja tanpa sebarang keuzuran.

"Sedangkan situasi yang berlaku sekarang adalah umat Islam berada dalam keadaan darurat kesihatan disebabkan penularan wabak penyakit berjangkit koronavirus baharu (Covid-19)," katanya.

Beliau berkata, dengan rendah diri, pihaknya merayu seluruh umat Islam di negara ini kekal meletakkan kepatuhan tinggi terhadap arahan kerajaan dan fatwa pihak berkuasa agama.

"Sesungguhnya, kita semua mahu segera keluar daripada kemelut pandemik ini, namun ia memerlukan komitmen dan kerjasama semua pihak terutama diri kita sendiri."

JADILAH ISLAM YANG BERAKAL

Lelaki beragama Islam mukallaf yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut di masjid dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak akan dikunci pintu hatinya dan tidak berdosa kerana hukumnya adalah harus bagi mengelak penularan wabak pandemik Covid-19 itu.

Timbalan Mufti Terengganu, Sahibul Fadilah Ahadi Othman berkata, solat Jumaat yang ditinggalkan itu wajib digantikan dengan solat Zuhur di kediaman masing-masing.

Menurutnya, harus hukumnya untuk meninggalkan solat Jumaat di masjid walaupun tiga kali berturut-turut dalam tempoh PKP ini, namun wajib digantikan dengan solat Zuhur di rumah masing-masing.

"Ketetapan hukum ini adalah berdasarkan kepada kaedah fiqh iaitu yang bermaksud keadaan yang sempit membolehkan perkara-perkara yang dilarang.

"Ketetapan hukum ini juga bersandarkan kepada hadis Nabi Muhamad SAW yang bermaksud, sesiapa yang mendengar seruan azan kemudian tidak mendatanginya (pergi ke masjid) maka tidak sempurna solatnya, melainkan disebabkan keuzuran.

"Mereka (para sahabat) bertanya kepada Rasulullah, apakah keuzuran itu? Baginda menjawab, ketakutan dan kebimbangan atau penyakit." (Hadis Riwayat Abu Daud).

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:
Jangan Berbohong Kerana Itu Sifat MunafikSeorang Munafik Banyak Berbicara, Namun Sedikit Bekerja
sumber: hmetro



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/04/tidak-jatuh-hukum-munafik-ketika-darurat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Tidak Sholat Jum At 3 Kali Berturut Turut Saat Ada Wabah Ini Penjelasan Mui

Hukum Tidak Sholat Jum At 3 Kali Berturut Turut Saat Ada Wabah Ini Penjelasan Mui

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 228 hits
Majelis Ulama Indonesia Jawa Tengah meminta kepada pengelola masjid dan segenap umat Islam untuk tidak menyelenggarakan Salat Jumat sementara waktu Jemaah bisa menggantikannya dengan Salat Zuhur di kediaman masing masing terhitung mulai Jum...
Jatuh Semasa Berehat Ketika Op Covid 19 Anggota Polis Meninggal Dunia

Jatuh Semasa Berehat Ketika Op Covid 19 Anggota Polis Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 335 hits
Dukacita dimaklumkan salah seorang anggota polis yang terlibat Op Covid 19 telah meninggal dunia Hal ini disahkan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar sebentar tadi Menurut laman rasmi Polis Kota Setar Allahyarham Koperal Mohd Masri Maguni d...
Sudah 3 Kali Jumaat Tanpa Solat Kerana Pkp Covid 19

Sudah 3 Kali Jumaat Tanpa Solat Kerana Pkp Covid 19

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 528 hits
Semalam Jumaat ke tiga bagi kaum lelaki di Selangor ni khasnya tidak dapat keluar menunaikan solat Jumaat Allahu makin hari makin terasa gerunnya dengan apa yang sedang kita lalui kini Pada pandangan peribadi ana sebagai hambaNya yang naif ...
Meninggalkan Shalat Jumat Tiga Kali Tanda Munafik Bagaimana Kalau Ada Wabah

Meninggalkan Shalat Jumat Tiga Kali Tanda Munafik Bagaimana Kalau Ada Wabah

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 277 hits
Benarkah meninggalkan shalat Jumat sebanyak tiga kali semasa wabah ini menyebar termasuk tanda munafik Posting ditampilkan lebih awal di
Kerana Mulut Badan Binasa Cari Penyakit Laa Kau Dik Jatuh Hukum Dah Nursahira Didenda Rm10 000 Penjara 3 Bulan

Kerana Mulut Badan Binasa Cari Penyakit Laa Kau Dik Jatuh Hukum Dah Nursahira Didenda Rm10 000 Penjara 3 Bulan

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 825 hits
Murtazadi mengarahkan hukuman ke atas Nursahira bermula pada tarikh dia ditahan dan sekiranya gagal membayar denda tertuduh akan dihukum penjara dua bulan Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Aqharie Durranie Aziz manakala tertuduh t...
Duduk Rumah Sambil Hafal Surah Aktiviti Peminat Kecil Liverpool Ni Ketika Pkp Di Puji Menteri Agama

Duduk Rumah Sambil Hafal Surah Aktiviti Peminat Kecil Liverpool Ni Ketika Pkp Di Puji Menteri Agama

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 400 hits
Tempoh PKP yang disambung sehingga 14 April ini pastinya membuatkan ramai diantara kita mula tercari cari pelbagai aktiviti yang berfaedah bagi mengelakkan rasa bosan Aktiviti bersama anak anak pastinya dapat menjalinkan hubungan yang lebih...
I Miss My Son Raja Permaisuri Agong Luah Rasa Rindu Ketika Lalui Tempoh Kuarantin Covid 19

I Miss My Son Raja Permaisuri Agong Luah Rasa Rindu Ketika Lalui Tempoh Kuarantin Covid 19

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 1601 hits
I miss my son Raja Permaisuri Agong luah rasa rindu ketika lalui tempoh kuarantin COVID 19KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ketika bergambar bersama Anakanda anakanda Baginda YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah A...
Amalan Baik Oleh Suami Ketika Isteri Hamil

Amalan Baik Oleh Suami Ketika Isteri Hamil

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 305 hits
Semasa isteri hamil suami juga memainkan peranan penting dalam amalan seharian Antara amalan yang digalakkan dilakukan oleh suami adalah seperti berikut Amalan Baik Dilakukan Oleh
Nuzul Quran Sejarah Hikmah Dan Amalan Yang Digalakkan

Game On Elevate Your Gameplay Across Mobile And Pc

Hukum Penukaran Uang Baru Menjelang Lebaran Apakah Ada Unsur Riba

Even If Politician Saravanan Beats A Retreat Preacher Zamri Vinoth Must Still Face The Music

Small Space Decor Ideas How To Make A Tiny Home Look Bigger With Simple Tricks

Dua Hari Berbuka Puasa Dengan Gula Gula Eclipse

Penemuan Patung Kuno Unik Dan Luar Biasa

Pukul Budak Sekolah Tak Ada Lesen Memandu Lelaki Ditahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Tum Tum Raya Shiha Zikir Ieda Zikir

Black Hanifah Feat Adira Suhaimi Syawal Rindu Chord

Rayuan Haji 2025 Mungkin Hanya 2844 Kekosongan Untuk Diisi 84000 Orang

Senarai Ubat Tonsil Yang Mujarab

Skuad Tok Gajah Tidak Akan Beraksi Dalam Liga M Kenapa Orang Lain Buat Kenyataan Untuk Sri Pahang

Pemilik Kapal Buat Laporan Polis Terhadap Ngo Semboyan Malaysia