Tinggal Bersama Keluarga Bukan Islam



Soalan:Saya baru berkahwin dengan seorang wanita yang baru memeluk agama Islam. Saya kini tinggal bersama dengan keluarga isteri saya yang masih belum memeluk agama Islam. Mohon pandangan berkenaan status saya yang tinggal bersama dengan keluarga isteri saya.
Jawapan:Ibu bapa merupakan dua insan yang wajib ditaati oleh anak-anak selagi mana mereka tidak menyeru kepada perkara-perkara maksiat. Anak-anak wajib berbuat baik terhadap kedua ibu bapa mereka walaupun mereka tidak beriman dan menyeru kepada kekufuran. Hubungan ibu bapa dan anak-anak akan kekal walaupun berlainan agama. Allah SWT telah berfirman:
وَإِن جَاهَدَاكَ عَلَىٰ أَن تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا ۖ وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا“Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan-Ku atas sesuatu yang engkau tidak mengetahuinya, maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik.” [Surah Luqman: 15]
Imam Ibn Kathir Rahimahullah telah berkata: “Jika kedua orang tuamu memaksa kamu kepada agama mereka, maka janganlah kamu mengikutnya dan dalam pada masa yang sama ia tidaklah menjadi penghalang bagimu untuk berbakti kepada keduanya di dunia dengan cara yang baik. Ambillah iktibar daripada kisah Sa’ad bin Abi Waqqas yang berbakti kepada ibunya dan bagaimana cara penyelesaian yang dilakukan oleh Sa’ad yang penuh berhikmah sehingga akhirnya ia telah menyebabkan ibunya dapat menerimanya.” [Lihat Tafsir al-Qur’an al-‘Azim (6/402).]
عن أَسْمَاءُ بِنْتُ أَبِي بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَتْ أَتَتْنِي أُمِّي رَاغِبَةً فِي عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ آصِلُهَا قَالَ نَعَمْ. قَالَ ابْنُ عُيَيْنَةَ فَأَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى فِيهَا: لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَDaripada Asma’ binti Abu Bakar RA, dia telah berkata: “Ibuku telah datang kepadaku pada zaman Nabi SAW, dan aku telah bertanya Nabi SAW, adakah aku boleh menyambung silaturrahim dengan ibuku?” Nabi SAW menjawab: “Ya”.  Telah berkata ibn Uyainah: Maka Allah telah menurunkan ayat kepadanya: “Allah SWT tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” [Riwayat al-Bukhari (5978)]
Hukum Bekas Yang Digunakan oleh Orang Bukan Islam
Majoriti ulama’ berpendapat bahawa hukum bekas yang digunakan oleh orang bukan Islam adalah sama seperti hukum bekas yang digunakan oleh ahli kitab. [Rujuk Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyah (1/124)]
Dalam mazhab asy-Syafi’e, harus untuk menggunakan bekas yang digunakan oleh orang bukan Islam jika diyakini kesuciannya. Jika tidak diyakini kesuciannya, maka hukumnya adalah makruh menggunakannya sehinggalah dibasuh bekas tersebut. Ini adalah berdasarkan hadith Nabi SAW:
عن أَبُو ثَعْلَبَةَ الْخُشَنِيُّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَال: قُلْتُ: يَا رَسُول اللَّهِ، إِنَّا بِأَرْضِ أَهْل كِتَابٍ، أَنَأْكُل فِي آنِيَتِهِمْ؟ فَقَال: لاَ تَأْكُلُوا فِي آنِيَتِهِمْ إِلاَّ إِنْ لَمْ تَجِدُوا عَنْهَا بُدًّا، فَاغْسِلُوهَا بِالْمَاءِ، ثُمَّ كُلُوا فِيهَاDaripada Abu Tha’labah al-Khusyaniy RA, aku telah berkata: “Ya Rasulullah, sesungguhnya kami tinggal di negeri ahli Kitab, adakah boleh bagi kami untuk makan menggunakan bekas-bekas mereka?” Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kamu makan menggunakan bekas-bekas mereka kecuali jika tiada pilihan bagimu, maka basuhlah bekas-bekas tersebut dengan air, kemudian kamu makanlah menggunakan bekas tersebut.” [Riwayat al-Bukhari (5496)]
Daripada hadith ini, asal kepada larangan Nabi SAW adalah haram dan dapat difahami bahawa larangan menggunakan bekas orang bukan Islam adalah ketika mana terdapat bekas lain yang boleh digunakan sebagai alternatif.
Namun di sana terdapat hadith sahih yang mana Nabi SAW pernah makan menggunakan bekas ahli kitab dan ayat Quran dalam surah al-Maidah (وَطَعَامُ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ حِلٌّ لَكُمْ) yang mana dapat difahami bahawa makanan ahli kitab dihasilkan oleh tangan-tangan mereka dan menggunakan bekas-bekas mereka. Oleh itu, larangan dalam hadith tersebut bukanlah membawa kepada haram, tetapi ia membawa kepada makruh. [Rujuk Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyah (1/123), Nihayah al-Muhtaj (1/127), al-Majmu’ (1/263)]
Kesimpulan
Kami berpandangan bahawa tidak menjadi masalah untuk tinggal bersama dengan ahli keluarga yang masih belum memeluk Islam, bahkan ia boleh dijadikan satu peluang dakwah yang terbuka luas untuk dimanfaatkan dengan menunjukkan contoh dan akhlak yang baik serta dapat memberi penerangan secara lansung mengenai Islam kepada ahli keluarga yang masih belum memeluk agama Islam. Allah SWT telah berfirman:
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ“Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik.” [Surah an-Nahl: 125]
Marilah kita mengambil pengajaran daripada sirah Nabi SAW yang terus berusaha menyampaikan dakwah kepada bapa saudara Baginda, Abu Talib sehingga ke saat-saat akhir usianya. Baginda tidak jemu berdakwah walaupun akhirnya Allah SWT mentakdirkan bapa saudara Baginda tidak mati di dalam Islam.
Mengenai makanan dan minuman, kami menasihatkan agar tidak mengambil makanan yang dilarang dalam Islam seperti daging khinzir, arak dan sembelihan yang tidak syar’ie, namun ia bukanlah bermakna kita tidak boleh duduk makan bersama dengan ahli keluarga kita lain yang bukan Islam. Carilah alternatif yang sesuai untuk kita mampu kekal duduk bersama mereka tanpa sebarang rasa kekok.
Mengenai bekas yang digunakan oleh ahli keluarga yang bukan Islam, harus digunakan bekas tersebut jika diyakini bersih. Jika tidak mendatangkan fitnah dan syak wasangka di kalangan ahli keluarga lain, adalah lebih baik untuk membasuh bekas-bekas tersebut terlebih dahulu sebelum menggunakannya.
Namun begitu, kami ingin menasihatkan agar diusahakan untuk berpindah ke tempat lain jika berpeluang berbuat demikian di samping berterusan menjaga silaturrahim dengan ahli keluarga yang masih belum memeluk Islam. Ini lebih memberi ketenangan dan keselesaan dalam mengamalkan seluruh ajaran Islam tanpa sebarang halangan.
Semoga Allah SWT memberikan kita kebaikan dan kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya seterusnya memberikan kekuatan kepada kita untuk mengamalkannya. Amiin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/04/tinggal-bersama-keluarga-bukan-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kami Hanya Penuhi Hasrat Keluarga Kebumi Wanita Cara Islam Kata Mufti

Kami Hanya Penuhi Hasrat Keluarga Kebumi Wanita Cara Islam Kata Mufti

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 556 hits
Predeep Nambiar GEORGE TOWN Mufti Pulau Pinang berkata pihak berkuasa agama hanya memenuhi hasrat keluarga dan tiada niat jahat dalam keputusan mereka membenarkan pengebumian cara Islam bagi seorang wanita Sikh selepas beberapa pemimpin Sik...
Surinder Telah Peluk Islam Dan Disahkan Keluarga Mufti Pulau Pinang

Surinder Telah Peluk Islam Dan Disahkan Keluarga Mufti Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 638 hits
Gambar Lobak MerahGEORGETOWN Seorang wanita Sikh yang meninggal dunia selepas dipukul teman lelakinya Ahad lalu telah memeluk agama Islam dan dikebumikan mengikut cara Islam di Tanah Perkuburan Islam Jelutong kelmarin Mufti Pulau Pinang Dat...
Netizen Lancar Gerakan Boikot Keluarga Normah Damanhuri Memalukan Orang Islam

Netizen Lancar Gerakan Boikot Keluarga Normah Damanhuri Memalukan Orang Islam

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 563 hits
Netizen Lancar Gerakan Boikot Keluarga Normah Damanhuri Memalukan Orang Islam Netizen Lancar Gerakan Boikot Keluarga Normah Damanhuri Memalukan Orang Islam
Isu Ceo Spv Tabung Haji Bukan Islam Berbangsa Cina

Isu Ceo Spv Tabung Haji Bukan Islam Berbangsa Cina

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 442 hits
Oleh Dr Zaharuddin Abd RahmanIni adalah isu terbaru yang dipolitikkan dan dimanipulasi dalam bentuk yang tidak bertanggungjawab sebenarnya Lebih teruk lagi ada yang mengatakan CEO Tabung Haji itu sendiri adalah bukan Islam padahal CEO atau ...
Salam Isra Mikraj 1440h Buat Seluruh Umat Islam

Salam Isra Mikraj 1440h Buat Seluruh Umat Islam

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 457 hits
Israk Mikraj 1440HApakah Peristiwa Isra Mi raj Jom kita refresh balik ilmu kita Nukilan Rasa
4871 Galak Pertumbuhan Ekonomi Islam Utusan Malaysia 2 4 19

4871 Galak Pertumbuhan Ekonomi Islam Utusan Malaysia 2 4 19

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 275 hits
KUALA LUMPUR 2 April Persatuan Pengguna Islam Malaysia komited untuk menggalakan pertumbuhan ekonomi Islam dengan mengadakan Kempen Beli Produk Muslim di negara ini Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata kempen hasil kerjasama dengan...
Masjid Muhammadi Kota Bharu Mercu Tanda Islam Di Kelantan

Masjid Muhammadi Kota Bharu Mercu Tanda Islam Di Kelantan

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 969 hits
Tak sah kalau anda bercuti di Kelantan lebih lebih lagi andai hotel atau homestay penginapan anda berada sekitar Kota Bharu untuk tidak singgah atau menziarah Masjid Muhammadi Kota Bharu Ia merupakan masjid yang terkenal dan ada sejarah yan...
Biarkan Anak Saya Bersemadi Sebagai Orang Islam Rayu Ibu

Biarkan Anak Saya Bersemadi Sebagai Orang Islam Rayu Ibu

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 472 hits
Predeep Nambiar GEORGE TOWN Ibu kepada K Surinder Kaur hari ini merayu supaya jenazah anaknya dibiarkan bersemadi bersama bapa dan abangnya yang beragama Islam Nazirah Bibi 68 berkata anak perempuan bongsu itu baru baru ini memberitahu seor...
Apps Verify Halal Bantu Pelancong Islam Kenali Produk Halal

Apps Verify Halal Bantu Pelancong Islam Kenali Produk Halal

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 405 hits
Apps Verify Halal Bantu Pelancong Islam Kenali Produk Halal ok Keperluan umat Islam terutamanya pelancong dalam mencari produk halal kini lebih mudah dengan pengenalan Aplikasi Verify Halal Menerusi aps tersebut pengguna boleh membuat semak...
Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Gleneagles Follow Up

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan