Tindakan Tarik Balik Kes Jejas Persepsi Terhadap Sprm



Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) bimbang dan memandang serius isu penarikan balik kes melibatkan individu tertentu semasa perbicaraan sedang berlangsung.
(Updates Malaysia) – Lembaga berkenaan dalam satu perbincangannya sebulat suara menyatakan pendirian tidak bertolak ansur demi menjaga imej, kredibiliti dan integriti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pengerusinya Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata LPPR dengan segera telah mendapatkan pandangan Ketua Pesuruhjaya SPRM serta Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM berkaitan penarikan balik kes terhadap bekas Ahli Lembaga Pengarah Felda Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Norrassid.
“LPPR mengambil maklum bahawa penarikan balik kes berkenaan adalah berasas fakta baharu daripada siasatan lanjut setelah tertuduh mengemukakan representasi dan pernyataan pembelaannya di bawah Seksyen 62 Akta SPRM 2009 ketika perbicaraan,” katanya dalam kenyataan.
Pada 1 Sept lepas Noor Ehsanuddin dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah atas 29 pertuduhan rasuah selepas pihak pendakwaan menarik balik kesemua pertuduhan itu.
Peguamnya Datuk Hasnal Rezua Merican dilaporkan berkata pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah berhubung penarikan balik kesemua 29 pertuduhan itu, semasa prosiding perbicaraan kes di hadapan Hakim Suzana Hussin pada 21 Mei lepas.
Mengulas lanjut, Abu Zahar berkata namun begitu pihaknya berpandangan terdapat elemen-elemen kekurangan dalam siasatan serta keputusan pendakwaan pada awal Februari 2019 oleh Peguam Negara serta pengurusan dan pentadbiran SPRM ketika itu dibuat tanpa pertimbangan yang menyeluruh.
Menurutnya oleh kerana sesuatu kes diambil tindakan ketika itu tidak telus serta tidak profesional dan lebih menjurus kepada kepentingan politik telah menyebabkan pengurusan SPRM yang ada sekarang terpaksa menanggung implikasinya.
Beliau dan kesemua ahli jawatankuasa LPPR SPRM tidak mahu SPRM dipolitikkan oleh mana-mana pihak serta tidak mahu segala kesilapan dan kelemahan yang berlaku dahulu terus berulang.
“Prinsip ‘check and balance’ (semak dan imbang) yang diamalkan sekarang hendaklah dilaksanakan dengan bijak, telus dan bertanggungjawab serta penuh integriti,” tegasnya dalam kenyataan itu.
Beliau berkata pihaknya turut menggesa SPRM supaya mengkaji semula tindakan menarik balik kes-kes yang sedang dalam perbicaraan.
Ketika dihubungi Bernama, Abu Zahar berkata SPRM perlu melaksanakan tindakan sewajarnya jika diarahkan berbuat demikian oleh badan itu selain kes-kes tersebut perlu diurus dengan telus dan profesional demi menjaga integriti dan persepsi terhadap agensi itu.
“Saya tidak mahu persepsi seperti laporan terhadap kes Felda mengatakan dia dah bayar balik dah boleh lepas. Mana boleh macam itu…itu persepsi masyarakat di luar sekarang dan perlu dibetulkan,” katanya.
LPPR merupakan satu daripada lima badan pemantau bebas SPRM yang diwujudkan mengikut Seksyen 13 Akta SPRM 2009 (Akta 694) dan ahli-ahlinya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/09/10/tindakan-tarik-balik-kes-jejas-persepsi-terhadap-sprm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penasihat Sprm Pandang Serius Isu Tarik Balik Kes Bekas Pengarah Felda

Penasihat Sprm Pandang Serius Isu Tarik Balik Kes Bekas Pengarah Felda

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 250 hits
AGENDA DAILY Bekas Ahli Lembaga Pengarah Felda Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid yang didakwa atas tuduhan rasuah pada 2019 dibebaskan setelah SPRM menarik balik kesnya Lembaga Penasihat Pencegah Rasuah berpendapat Peguam Negara da...
Penarikan Balik Kes Sprm Perlu Diletak Bawah Pemantauan Parlimen

Penarikan Balik Kes Sprm Perlu Diletak Bawah Pemantauan Parlimen

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 154 hits
Asyraf Wajdi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu diletakkan terus di bawah pemantauan Parlimen Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut bersetuju dengan padangan bahawa Ketua Pengarah SPRM dipilih oleh Jawata...
Sprm Terkejut Mahkamah Gugurkan Kes Lim Guan Eng

Sprm Terkejut Mahkamah Gugurkan Kes Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 217 hits
Lim dituduh menyalahgunakan kedudukannya sebagai ketua menteri Pulau Pinang ketika meluluskan satu urus niaga tanah dan membeli sebuah banglo di bawah harga pasaran GEORGE TOWN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkata ia amat terkejut...
Apa Hasil Penangkapan Warga Asing Terhadap Kes Covid 19 Di Sabah

Apa Hasil Penangkapan Warga Asing Terhadap Kes Covid 19 Di Sabah

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 138 hits
Layanan pihak berkuasa di Malaysia terhadap pekerja warga asing di Sabah ketika pandemik Covid 19 mendapat perhatian antarabangsa dan menjadi topik perbincangan dalam persidangan maya yang merangkumi wakil suruhanjaya hak asasi manusia Mala...
Ngo Lapor Sprm Terhadap Mb Kedah Berhubung Projek Lapangan Terbang Kulim

Ngo Lapor Sprm Terhadap Mb Kedah Berhubung Projek Lapangan Terbang Kulim

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 135 hits
NGO lapor SPRM terhadap MB Kedah berhubung projek lapangan terbang Kulim Sebuah badan bukan kerajaan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berhubung pemberian proje...
Pahang Tarik Balik Dan Batal Gelaran Datuk R Sri Sanjeevan Berkuatkuasa Serta Merta

Pahang Tarik Balik Dan Batal Gelaran Datuk R Sri Sanjeevan Berkuatkuasa Serta Merta

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 333 hits
KUANTAN Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang kepada Pengerusi Badan Bertindak Pemerhati Jenayah Datuk R Sri Sanjeevan ditarik balik dan dibatalkan serta merta Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata kepu...
Kes Saman Rm2 5 Juta Siti Nordiana Terhadap 5 Individu Dibicara 29 September

Kes Saman Rm2 5 Juta Siti Nordiana Terhadap 5 Individu Dibicara 29 September

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 192 hits
Oleh MAHKAMAH Sesyen Kuala Lumpur hari ini menetapkan 29 September ini untuk perbicaraan kes saman fitnah penyanyi Siti Nordiana Alias terhadap lima individu termasuk penyanyi Lan Solo dan Syura Menurut peguam Abang Azlan Abang Ariffin yang...
Sprm Beri Penjelasan Kes Bekas Ahli Lembaga Pengarah Felda

Sprm Beri Penjelasan Kes Bekas Ahli Lembaga Pengarah Felda

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 144 hits
AGENDA DAILY Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memberi penjelasan berhubung keputusan menarik balik 29 pertuduhan rasuah terhadap bekas Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemaj...
Tindakan Tatatertib Terhadap Guru Enggan Divaksin

Tindakan Tatatertib Terhadap Guru Enggan Divaksin

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 152 hits
Oleh KHAIRUL MOHD ALI NORMALA SUDIRMAN JOHOR BAHRU Tindakan tatatertib sewajarnya diambil terhadap seramai kira kira 2 500 guru di negara ini yang masih enggan divaksin tanpa mengemukakan sebab atau alasan munasabah Presiden Pertubuhan Keba...
Towards More Comprehensive Pension Reform

3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Makanan Perlis Paling Popular

Panduan Produk Kesihatan

Tafsir Mimpi Gajah

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


5 Rekomendasi Laptop Untuk Mahasiswa Akuntansi Terbaru

Amang Seksual Inspektor Polis Ditahan Kerja

Lyodra Tak Selalu Memiliki Chord

No Campaign Elements In Kkb Hari Raya Open House Selangor Mb Tells Bersih

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Essential Guide To Safe Well Water Maintenance