Penasihat Sprm Pandang Serius Isu Tarik Balik Kes Bekas Pengarah Felda


AGENDA DAILY
Bekas Ahli Lembaga Pengarah Felda, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid yang didakwa atas tuduhan rasuah pada 2019 dibebaskan setelah SPRM menarik balik kesnya.
Lembaga Penasihat Pencegah Rasuah (LPPR) berpendapat Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menjalankan siasatan terperinci sebelum membuat pendakwaan terhadap mana-mana pihak bagi mengelak kes ditarik balik.
Pada masa sama LPPR menggesa prinsip semak dan imbang yang diamalkan sekarang hendaklah dilaksanakan dengan bijak, telus dan bertanggungjawa bagi menjaga integriti SPRM, kata Pengerusi LPPR, Tan Sri Abu Zahar Ujang.
Mengulas tindakan menarik balik kes terhadap bekas Ahli Lembaga Pengarah Felda, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid,  beliau berkata tujuh anggota lembaga penasihat telah mengadakan perbincangan dan sebulat suara memandang serius terhadap isu seperti itu.
“Saya selaku Pengerusi LPPR bersama enam lagi ahli-ahli lain telah mengadakan perbincangan dan sebulat suara menyatakan pendirian LPPR yang memandang serius berhubung isu penarikan balik kes-kes melibatkan individu tertentu semasa perbicaraan sedang berlangsung,” katanya dalam kenyataan hari ini.
LPPR adalah satu daripada lima badan pemantau bebas SPRM yang diwujudkan mengikut Seksyen 13 Akta SPRM 2009, dan ahli-ahlinya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
“Dalam hal ini, LPPR tidak bertolak ansur demi menjaga imej, kredibiliti dan integriti SPRM,” katanya.
Mengenai kes Noor Ehsanuddin, Abu Zahar berkata LPPR telah mendapatkan pandangan daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM.
“LPPR mengambil maklum bahawa penarikan balik kes berkenaan adalah berasaskan fakta baharu daripada siasatan lanjut setelah tertuduh mengemukakan representasi dan pernyataan pembelaannya di bawah Seksyen 62 Akta SPRM 2009 ketika perbicaraan,” katanya.
Beliau bagaimanapun berkata, LPPR berpendapat terdapat elemen-elemen kekurangan dalam siasatan serta keputusan pendakwaan pada awal Februari 2019 oleh Peguam Negara serta pengurusan dan pentadbiran SPRM ketika itu dibuat tanpa pertimbangan yang menyeluruh.
“Oleh kerana sesuatu kes diambil tindakan ketika itu tidak telus serta tidak profesional dan lebih menjurus kepada kepentingan politik telah menyebabkan pengurusan SPRM yang ada sekarang terpaksa menanggung implikasinya,” katanya.
Menurutnya LPPR tidak mahu SPRM dipolitikkan oleh mana-mana pihak dan berharap kesilapan serta kelemahan yang berlaku sebelum ini tidak akan berulang.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/penasihat-sprm-pandang-serius-isu-tarik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sprm Beri Penjelasan Kes Bekas Ahli Lembaga Pengarah Felda

Sprm Beri Penjelasan Kes Bekas Ahli Lembaga Pengarah Felda

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 144 hits
AGENDA DAILY Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memberi penjelasan berhubung keputusan menarik balik 29 pertuduhan rasuah terhadap bekas Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemaj...
Tindakan Tarik Balik Kes Jejas Persepsi Terhadap Sprm

Tindakan Tarik Balik Kes Jejas Persepsi Terhadap Sprm

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 147 hits
Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah bimbang dan memandang serius isu penarikan balik kes melibatkan individu tertentu semasa perbicaraan sedang berlangsung Lembaga berkenaan dalam satu perbincangannya sebulat suara menyatakan pendirian tida...
Penarikan Balik Kes Sprm Perlu Diletak Bawah Pemantauan Parlimen

Penarikan Balik Kes Sprm Perlu Diletak Bawah Pemantauan Parlimen

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 154 hits
Asyraf Wajdi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu diletakkan terus di bawah pemantauan Parlimen Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut bersetuju dengan padangan bahawa Ketua Pengarah SPRM dipilih oleh Jawata...
Sprm Perlu Lebih Telus Dalam Kes Libat Ahli Politik Kata C4

Sprm Perlu Lebih Telus Dalam Kes Libat Ahli Politik Kata C4

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 233 hits
Parlimen dimaklumkan bahawa siasatan SPRM terhadap Rina Harun mendapati tiada elemen rasuah dalam penyelesaian hutangnya yang bernilai jutaan ringgit PETALING JAYA Sebuah NGO antirasuah menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia supaya...
Lonjakan Kes Covid 19 Di Sabah Kerajaan Negeri Harus Dipersalahkan Kata Bekas Menteri Kesihatannya

Lonjakan Kes Covid 19 Di Sabah Kerajaan Negeri Harus Dipersalahkan Kata Bekas Menteri Kesihatannya

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 202 hits
Keadaan orang ramai yang bersesak di PPV di Sandakan Sabah KOTA KINABALU Bekas menteri kesihatan Sabah Frankie Poon mahu kerajaan negeri bertanggungjawab atas lonjakan kes Covid 19 pada bulan lalu yang turut menyebabkan rekod kematian yang ...
Sprm Terkejut Mahkamah Gugurkan Kes Lim Guan Eng

Sprm Terkejut Mahkamah Gugurkan Kes Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 217 hits
Lim dituduh menyalahgunakan kedudukannya sebagai ketua menteri Pulau Pinang ketika meluluskan satu urus niaga tanah dan membeli sebuah banglo di bawah harga pasaran GEORGE TOWN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkata ia amat terkejut...
Niat Ziyad Mahu Raih Emas Pada Hari Kebangsaan Tak Kesampaian Bila Kemenangan Di Tarik Balik

Niat Ziyad Mahu Raih Emas Pada Hari Kebangsaan Tak Kesampaian Bila Kemenangan Di Tarik Balik

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 196 hits
Jaguh lontar peluru negara Ziyad Zolkefli berhasrat untuk mempertahankan pingat emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 hari ini bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan
Gempar Pemimpin Umno Dedah Budak Jahat Akan Tarik Balik Sokongan Kepada Pm

Gempar Pemimpin Umno Dedah Budak Jahat Akan Tarik Balik Sokongan Kepada Pm

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 149 hits
Pemimpin Umno dedah budak jahat akan tarik balik sokongan kepada PM Perdana Menteri tidak perlu takut dengan ugutan tarik sokongan berhubung isu pelantikan timbalan perdana menteri Ini kerana pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilant...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Berebut Kasih

Reaching Out

Penuhkan Keseniangan Anda Dengan Kedatangan Terbaru Vivo V30e 5g Di Malaysia

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Cara Guna Baki Gas Dalam Tong Gas Yang Hampir Habis

The Infinite Rise House By Earthscape Studio In Anaikatti India

Territorial Sea Act Still Valid And Applicable Including In T Ganu Pmo

Bomba Extinguishes Blaze That Razed 40 Of Pasir Gudang Palm Oil Factory

Towards More Comprehensive Pension Reform

Sayur Tauge Masak Lemak Putih Untuk Lunch