Tindakan Gps Rugikan Sabah Sarawak


Pemimpin Gabungan Parti Sarawak dalam satu acara di Kuching pada 2019.


KOTA KINABALU: Tindakan Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak menyokong Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, sebagai calon Perdana Menteri Kesembilan diakui sebagai satu kerugian kepada Sabah dan Sarawak.

Ketua Whip WARISAN, Datuk Rozman Isli, berkata peluang pemimpin dari Sabah dan Sarawak untuk dicalonkan ke jawatan tertinggi kerajaan Pusat itu sangat jarang berlaku.

Katanya, peluang itu baru muncul pertama kali pada pemilihan Perdana Menteri Kesembilan dan Mohd Shafie dilihat berpotensi dilantik ke jawatan Perdana Menteri jika mendapat sokongan daripada GPS.

Katanya, jika GPS menyokong pencalonan Ahli Parlimen Semporna itu, Kerajaan Persekutuan yang baharu akan lebih kukuh memandangkan jumlah sokongan adalah lebih besar hasil gabungan 105 Ahli Parlimen daripada PH dan rakannya bersama 18 Ahli Parlimen GPS menjadikan keseluruhannya 123.

"Betul, sayang peluang yang jarang ada dan peluang ini adalah yang pertama kali sejak tertubuhnya negara Malaysia. Datuk Seri Shafie sudah ada 105 sokongan Ahli Parlimen, jadi memang Sarawak GPS adalah 'king maker'.

'Macam mana GPS nak sokong, PH pun tak calonkan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (kiri)' - Datuk Seri Fadillah Yusof. >"Dengan jumlah 123 sokongan Ahli Parlimen, kita boleh mempunyai kerajaan yang stabil sementara menunggu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Labuan berkata demikian ketika diminta mengulas pandangan yang mengatakan GPS merugikan peluang untuk melantik pemimpin dari Sabah dan Sarawak menjadi Perdana Menteri apabila didakwa menyokong Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri.

Rozman berkata, jika Mohd Shafie mendapat sokongan untuk menduduki jawatan itu, Malaysia akan memulakan satu era baharu yang bakal menyaksikan jiwa dan kesedaran seluruh rakyatnya berubah ke arah lebih sihat.

"Dengan buat pertama kalinya seorang dari Sabah atau Sarawak menjadi Perdana Menteri, Malaysia akan memulakan era baharu, yang mana 'psyche' atau 'consciousness' seluruh warganya akan berubah lebih sihat dan menjadikan Malaysia berada di tahap yang baharu.

"Ia juga adalah peluang besar untuk menyelesaikan isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Tapi, mereka (GPS) lepaskan peluang itu. Mungkin mereka mempunyai alasan mereka sendiri," katanya.

Beliau berkata, walaupun kecewa dengan tindakan diambil GPS, WARISAN tetap menghormati keputusan mereka.

Rozman turut mempertahankan kelayakan Mohd Shafie untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri Kesembilan berdasarkan merit yang dimilikinya.

"Beliau adalah seorang yang cukup pengalaman dan mempunyai keperibadian dan kualiti kepemimpinan yang menjadikan beliau 'a PM material'," katanya.

Sebelum ini, Mohd Shafie menawarkan diri sebagai calon Perdana Menteri mewakili blok pembangkang jika berjaya mendapat sokongan tambahan dari luar Pakatan Harapan (PH), khususnya GPS, sekali gus membolehkan mereka memperoleh majoriti untuk membentuk kerajaan.

Bagaimanapun, Mohd Shafie terpaksa mengalah dan menyatakan sokongan WARISAN kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila gagal mendapat sokongan GPS ketika proses mengemukakan akuan bersumpah (SD) ke Istana Negara, kelmarin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/tindakan-gps-rugikan-sabah-sarawak_21.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gps Mahu Mp Sabah Sarawak Terajui Kementerian Pembangunan Luar Bandar

Gps Mahu Mp Sabah Sarawak Terajui Kementerian Pembangunan Luar Bandar

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 247 hits
Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak Alexander Nanta Linggi Gabungan Parti Sarawak menggesa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk mempertimbang agar Kementerian Pembangunan Luar Bandar diterajui ahli parlimen dari Sabah atau Sarawak ...
Sabah Sarawak Mere Spectators In Political Drama Laments Kitingan

Sabah Sarawak Mere Spectators In Political Drama Laments Kitingan

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 272 hits
Perikatan Nasional deputy chairman Jeffrey Kitingan said Muhyiddin Yassin has been the most accommodating prime minister when it came to Sabah and Sarawak rights KOTA KINABALU Sabah deputy chief minister Jeffrey Kitingan says that whenever ...
Star Hopes New Pm Will Prioritise Sabah Sarawak S Constitutional Rights

Star Hopes New Pm Will Prioritise Sabah Sarawak S Constitutional Rights

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 273 hits
Parti Solidariti Tanah Airku president Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan says the party is hopeful that the new prime minister will follow in the footsteps of his predecessor Tan Sri Muhyiddin Yassin NSTP file picKOTA KINABALU Parti Solidariti...
Star Kecewa Isu Politik Dibincang Tanpa Pendapat Sabah Sarawak

Star Kecewa Isu Politik Dibincang Tanpa Pendapat Sabah Sarawak

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 370 hits
Presiden STAR Jeffrey Kitingan KOTA KINABALU Presiden Parti Solidariti Tanah Airku Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan menyatakan kekecewaannya berhubung isu kestabilan politik banyak dibincangkan di Semenanjung Beliau yang juga Timbala...
Maximus Komited Kendali Hal Ehwal Sabah Sarawak

Maximus Komited Kendali Hal Ehwal Sabah Sarawak

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 246 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Maximus Ongkili Foto fail NSTP KOTA KINABALU Ahli Parlimen Kota Marudu Datuk Seri Dr Maximus Ongkili akan terus komitedp mengendalikan perkara berkaitan Sabah dan Sarawak di peringkat Perseku...
Sudah Tiba Masanya Jawatan Tpm Diberi Kepada Pemimpin Sabah Sarawak Penganalisis

Sudah Tiba Masanya Jawatan Tpm Diberi Kepada Pemimpin Sabah Sarawak Penganalisis

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 323 hits
Sekiranya berjaya dilaksanakan ia dilihat sebagai peluang baik untuk kedua dua negeri ini membawa agenda pembangunan negeri Kepimpinan negara yang baharu diharap dapat melakukan pembaharuan dalam kepimpinan tertinggi dengan mempertimbangkan...
Harga Roadtax Jpj 2021 Semakan Cukai Jalan Semenanjung Sabah Sarawak

Harga Roadtax Jpj 2021 Semakan Cukai Jalan Semenanjung Sabah Sarawak

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 1211 hits
HARGA ROADTAX JPJ 2021 SEMAKAN CUKAI JALAN SEMENANJUNG SABAH SARAWAK Setelah memperbaharui insurans kenderaan sudah tentu anda ingin mengetahui kadar cukai jalan yang perlu di bayar Disini kami kongsikan harga Roadtax 2021 untuk rujukan and...
Gps Sokong Ismail Sabri Sebagai Pm Kata Pemimpin Sarawak

Gps Sokong Ismail Sabri Sebagai Pm Kata Pemimpin Sarawak

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 241 hits
GPS sokong Ismail kata pemimpin SarawakPemimpin Gabungan Parti Sarawak dalam satu acara di Kuching pada 2019 KUALA LUMPUR Gabungan Parti Sarawak akan menyokong Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob yang dinamakan sebagai calon perdana ment...
Psb Kritik Gps Kerana Gagal Dapatkan Jawatan Tpm Ii Untuk Sarawak

Psb Kritik Gps Kerana Gagal Dapatkan Jawatan Tpm Ii Untuk Sarawak

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 571 hits
PSB kritik GPS kerana gagal dapatkan jawatan TPM II untuk sarawak Kegagalan Gabungan Parti Sarawak untuk mendapatkan jawatan timbalan perdana menteri II untuk Sarawak menunjukkan ketidakupayaan gabungan itu mempertahankan hak hak negeri Bor...
World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Kashmir Killings Not Just Attack On India But Humanity

Dap And Pkr S Missing Indian Leaders In Ayer Kuning By Election A Cause For Concern

Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Kiranya Ameno Pejuang Kesamarataan Bukan Melayu Lagi

Dua Pemimpin Pas Campur Tangan Pru2025 Singapura


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perlukah Tukar Domain Blog Tips Penting Untuk Blogger

Kafe 28 Studio Kl Taman Setapak Indah

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector

Navigating The Mortgage Zone Understanding The Factors That Impact Mortgage Eligibility

Dua Konsert Mega Gegarkan Miri Mei Ini

Paul Rudd Kembali Bersama Nintendo Dalam Iklan Switch 2 Terbaru