Gps Sokong Ismail Sabri Sebagai Pm Kata Pemimpin Sarawak


GPS sokong Ismail, kata pemimpin SarawakPemimpin Gabungan Parti Sarawak dalam satu acara di Kuching pada 2019.


KUALA LUMPUR: Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menyokong Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob yang dinamakan sebagai calon perdana menteri oleh Barisan Nasional (BN), kata salah seorang Ahli Parlimennya.

GPS mempunyai 18 Ahli Parlimen dan menjadi rakan kerjasama utama dalam kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) yang tumbang pada Isnin lalu apabila Muhyiddin Yassin menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai perdana menteri selepas hilang sokongan majoriti.

“Kita telah bersetuju secara prinsipnya untuk menyokong Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri tetapi akuan berkanun (SD) kami hanya akan dihantar selepas mesyuarat GPS tengah hari ini,” kata Ahli Parlimen Santubong Wan Junaidi Tuanku Jaafar, seorang anggota Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

PBB adalah komponen utama dalam GPS.

“Ismail Sabri adalah veteran dan pemimpin berpengalaman yang disukai ramai serta mempunyai banyak pengalaman dalam menguruskan Covid-19 sejak 17 bulan lalu,” kata bekas menteri pembangunan usahawan dan koperasi itu.

Beliau berkata, walaupun terdapat banyak pendapat mengenai cara negara menguruskan krisis Covid-19, namun semua pandangan itu adalah daripada orang luar “tanpa mempunyai pengetahuan sebenar terhadap percanggahan mengenai permintaan dari dalam”.

“Ismail Sabri, seperti juga yang lain dalam Kabinet PN telah melihatnya dan menghargai (kesulitan),” katanya.

Semalam, Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun meminta semua Ahli Parlimen membuat SD untuk mengisytiharkan sokongan mereka kepada calon perdana menteri dan perlu dihantar menjelang 4 petang ini.

Malam tadi, Ahli Parlimen daripada BN sebulat suara menamakan Ismail sebagai calon perdana menteri.

Perkara itu disahkan oleh Ahli Parlimen Pasir Salak daripada Umno, Tajuddin Abdul Rahman.

Ditanya sama ada Ismail memperolehi majoriti, Tajuddin berkata, sokongan yang diterima telah melepasi angka 111.

“Ini dengan sokongan PAS dan Bersatu,” katanya. – FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/gps-sokong-ismail-sabri-sebagai-pm-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Tandatangan Sd Sokong Ismail Sabri Sebagai Pm

Muhyiddin Tandatangan Sd Sokong Ismail Sabri Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 177 hits
Sokong Ismail Sabri sebagai PM Muhyiddin ajak MP lain tandatangan SD KUALA LUMPUR Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan antara 100 orang ahli Parlimen yang menandatangani akuan berkanun menyokong ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaak...
Ku Li Ahli Parlimen Tunggal Dari Umno Tak Sokong Ismail Sabri Sebagai Pm

Ku Li Ahli Parlimen Tunggal Dari Umno Tak Sokong Ismail Sabri Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 289 hits
MALAYSIA NOW 114 ahli Parlimen sedia mengadap Yang di Pertuan Agong hari ini dalam lima kumpulan bagi mengesahkan pilihan calon perdana menteri mereka Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleig...
Gps Sokong Ismail Sabri

Gps Sokong Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 168 hits
Gabungan Parti Sarawak dijangka akan menyokong calon perdana menteri yang dikemukakan Perikatan Nasional Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Menurut Felo Majlis Profesor Negara Dr Jeniri Amir ia susulan kepercayaan terhadap kepimpinan PN yang me...
Umno Sebulat Suara Sokong Ismail Sabri Calon Pm Kata Sumber

Umno Sebulat Suara Sokong Ismail Sabri Calon Pm Kata Sumber

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 180 hits
Umno dikatakan mencapai kata sepakat untuk menyokong Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri bagi menggantikan Muhyiddin Yassin Menurut sumber Umno persetujuan itu dicapai hasil pertemuan ahli ahli parlimen parti itu di Kuala Lump...
Bersatu Sokong Ismail Sabri Sebagai Pm Hamzah Jadi Tpm

Bersatu Sokong Ismail Sabri Sebagai Pm Hamzah Jadi Tpm

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 229 hits
Kow Gah ChieSemua 35 ahli parlimen Bersatu telah diarahkan oleh presiden parti Muhyiddin Yassin untuk menyokong Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri baru Bercakap kepada Malaysiakini anggota Majlis Tertinggi Bersat...
Umno Bera Sebulat Suara Sokong Ismail Sabri Untuk Kekal Dalam Kerajaan Pn Sebagai Tpm

Umno Bera Sebulat Suara Sokong Ismail Sabri Untuk Kekal Dalam Kerajaan Pn Sebagai Tpm

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 236 hits
BERA UMNO Bahagian Bera sebulat suara menyokong keputusan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk kekal dalam kerajaan sebagai Timbalan Perdana Menteri bagi meneruskan usaha menangani pandemik Covid 19 Dalam kenyataannya UMNO Bahagian Bera ber...
Pas Sahkan Semua 18 Ahli Parlimennya Sokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Sebagai Calon Perdana Menteri

Pas Sahkan Semua 18 Ahli Parlimennya Sokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Sebagai Calon Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 452 hits
Timbalan Presiden Parti Islam Se Malaysia iaitu Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengesahkan bahawa kesemua 18 Ahli Parlimennya menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon tunggal untuk jawatan Perdana Menteri Malaysia yang...
Ahli Parlimen Parit Pula Nafi Beliau Sokong Pn Muhyiddin Seperti Di Dakwa Ismail Sabri

Ahli Parlimen Parit Pula Nafi Beliau Sokong Pn Muhyiddin Seperti Di Dakwa Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 385 hits
KUALA LUMPUR Selepas dua ahli parlimen Umno menafikan dakwaan mereka termasuk dalam kalangan 31 ahli parlimen BN yang menyokong Perikatan Nasional hari ini seorang lagi membuat penafian yang sama Kali ini Ahli Parlimen Parit Datuk Nizar Zak...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Berebut Kasih

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Reaching Out



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Makanan Perlis Paling Popular

Tafsir Mimpi Gajah

Panduan Produk Kesihatan

Grab Nanyang Siang Pau 27 04 2024

Selamat Hari Gawai Maksud Dan Contoh Ucapan

Piala Thomas 2024 Senarai Pemain Malaysia Jadual Live