Tindakan Boikot Di Antara Ilmu Dan Emosi




Abu Mishkat


Khutbah Jumaat di negeri Perak dikeluarkan berdasarkan asas ilmu dan pertimbangan maslahah rakyat Malaysia yang mencari rezeki di syarikat-syarikat yang dikempen boikot. Mereka adalah pekerja yang bekerja untuk menyara diri dan keluarga. 


Kesan positif langsung bagi umat Islam dalam membela saudara yang tertindas di Timur Tengah seperti pemberhentian serangan oleh tentera kejam itu hampir tiada. 


Sebaliknya kesan negatif langsung kepada syarikat-syarikat yang memberi peluang pekerjaan kepada pekerja rakyat Malaysia secara khusus dan ekonomi negara secara umum adalah jelas. 


Hadis sahih yang dijadikan kaedah fiqhiyyah: لا ضرر ولا ضرار (Tidak -diizinkan dalam agama- mudarat dan tindakan memudaratkan) 


Khutbah disampaikan untuk memberi kesedaran agar tindakan memudaratkan orang lain dihentikan, kerana ia bercanggah dengan ajaran agama. 


Kerugian syarikat yang diboikot memudaratkan puluhan ribu orang pekerja negara ini secara langsung. Sedangkan negara kejam itu tidak menanggung akibat yang signifikan. 


Jalan yang terbaik ialah kempen supaya para pekerja di syarikat terbabit bekerja bersungguh-sungguh dan menyumbang untuk organisasi yang membantu umat Islam yang tertindas - sebagai imbalan jika mereka dianggap berdosa kerana bekerja dengan syarikat yang induknya memberi sumbangan kepada negara yang menyokong negara kejam itu. 


Tindakan beremosi kempen boikot semberono hanya memudaratkan banyak pihak dalam negara ini sendiri. 


Kempen yang keterlaluan pula menyebabkan tindakan ganas dan zalim ke atas pihak yang tidak bersalah, sedangkan al-Quran menegaskan sebanyak lima kali ayat : لا تزر وازرة وزر أخرى  (Tiada suatu jiwa pun menanggung dosa orang lain). 


Pernah terjadi seorang ibu mengandung dibaling batu hingga cedera oleh seorang murid sekolah menengah agama di Terengganu kerana wanita itu dilihat berjalan menuju restoran makanan segera yang dikempen boikot. Beberapa kedai serbaneka pula cuba diletupkan dengan bom molotov atau dibakar akibat kebencian yang terhasil oleh kempen boikot. 


Oleh kerana kempen bokot itu telah menghasilkan tindakan-tindakan ganas luar kawalan berdasarkan emosi, maka sangat wajar mimbar Jumaat memberi peringatan agar umat Islam kembali ke jalan sederhana berdasarkan pertimbangan ilmu. 


Sesiapa yang tidak mahu membelanjakan wangnya kepada syarikat atau kedai berkaitan, itu adalah haknya. Tetapi kempen boikot secara semberono tidak harus diteruskan kerana terbukti ia membawa mudarat langsung kepada keharmonian dan perekonomian rakyat Malaysia sendiri. 


Allahu a'lam.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/05/tindakan-boikot-di-antara-ilmu-dan-emosi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khutbah Jumaat Di Perak Didakwa Minta Orang Ramai Berhenti Budaya Boikot Pihak Polis Ambil Tindakan

Khutbah Jumaat Di Perak Didakwa Minta Orang Ramai Berhenti Budaya Boikot Pihak Polis Ambil Tindakan

papar berkaitan - pada 27/5/2024 - jumlah : 176 hits
Baru baru ini tular di media sosial berkenaan khutbah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Perak yang didakwa meminta tindakan boikot oleh segelintir pihak diberhentikan Perbuatan boikot berlawanan dengan keadilan Islam Hal tersebut te...
Asp Antara 5 Polis Didakwa Rompak Perempuan China Rm140 000

Asp Antara 5 Polis Didakwa Rompak Perempuan China Rm140 000

papar berkaitan - pada 16/5/2024 - jumlah : 249 hits
Ahmad Johari Mohd Aliajohari bh com myKUALA LUMPUR Lima anggota polis termasuk seorang pegawai berpangkat Asisten Superintendan dihadapkan di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan merompak seorang perempuan warga China membabitkan wang tuna...
Budak 1 Tahun Antara 55 Pati Ditahan Di Seremban Nilai

Budak 1 Tahun Antara 55 Pati Ditahan Di Seremban Nilai

papar berkaitan - pada 15/5/2024 - jumlah : 398 hits
Sebanyak 12 borang saman saksi juga dikeluarkan kepada majikan atau penjaga premis untuk hadir ke Jabatan Imigresen Negeri Sembilan bagi membantu siasatan SEREMBAN Seorang kanak kanak antara 55 pendatang tanpa izin yang ditahan dalam serbua...
Tuan Ibrahim Antara Punca Kekalahan Pn Di Kkb

Tuan Ibrahim Antara Punca Kekalahan Pn Di Kkb

papar berkaitan - pada 13/5/2024 - jumlah : 392 hits
Oleh Adam Malik Tuan Ibrahim Antara punca kekalahan PN di KKB Fatwa ikut cuaca Tuan Ibrahim tidak menjadi di KKBKeputusan Pilihanraya Kecil Kuala Kubu Baru siudah diketahui Perikatan Nasional dalam kesungguhan mencuba yang luarbiasa tetap t...
2ne1 Bakal Kembali Pertemuan Rahsia Antara Cl Yang Hyunsuk Jadi Bualan Ramai

2ne1 Bakal Kembali Pertemuan Rahsia Antara Cl Yang Hyunsuk Jadi Bualan Ramai

papar berkaitan - pada 17/5/2024 - jumlah : 422 hits
Pertemuan diantara CL dan Yang Hyun suk telah menimbulkan pelbagai spekulasi Artikel Berkaitan Menurut laporan media CL dan Yang Hyun suk telah dilapor berjumpa secara senyap buat kali pertama selepas beberapa tahun berlalu Malah kedua dua ...
Wakil Pimpinan Amanah Dan Keadilan Antara Lima Adun Lantikan Di Pahang

Wakil Pimpinan Amanah Dan Keadilan Antara Lima Adun Lantikan Di Pahang

papar berkaitan - pada 14/5/2024 - jumlah : 228 hits
KUANTAN Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Pahang hari ini mengumumkan lima Ahli Dewan Undangan Negeri lantikan Mereka adalah pengasas Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Afzan Pekan Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al Qadri Ketua M...
Infinix Gt 20 Pro Antara Golongan Pertama Telefon Pintar Di Seluruh Dunia Yang Menyokong Pubg Mobile Dalam 120fps

Infinix Gt 20 Pro Antara Golongan Pertama Telefon Pintar Di Seluruh Dunia Yang Menyokong Pubg Mobile Dalam 120fps

papar berkaitan - pada 18/5/2024 - jumlah : 674 hits
Infinix jenama teknologi bergaya yang direka untuk pengguna muda baru baru ini telah melancarkan telefon pintar permainan peringkat esport utamanya Infinix GT 20 Pro Mengatasi yang lain dalam permainan mudah alih Infinix telah menjalin perk...
Jarak Antara Dua Pintu Syurga

Jarak Antara Dua Pintu Syurga

papar berkaitan - pada 21/5/2024 - jumlah : 285 hits
Berapakah jarak antara dua pintu syurga Rasulullah SAW ada menjelaskan tentangnya dalam sabda yang bermaksud Demi Tuhan yang diri Muhammad dalam kekuasaan Nya sesungguhnya jarak di antara dua daun pintu syurga adalah seperti jarak antara Me...
Menyamar Polis Samun Warga Asing Penjawat Awam Antara 4 Ditahan

Menyamar Polis Samun Warga Asing Penjawat Awam Antara 4 Ditahan

papar berkaitan - pada 20/5/2024 - jumlah : 515 hits
Empat suspek berusia 29 hingga 43 tahun yang disyaki terbabit kes samun berkumpulan itu ditahan di tepi jalan Kampung Kubang Tin Melor Kelantan PETALING JAYA Seorang penjawat awam antara empat lelaki ditahan menyamar anggota polis dan menya...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee

Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Raja Charles Uk Menghormati Anggota Tentera Yang Terkorban Di Negara Ini

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

We Give Sabah Rm17b Anwar Defends Federal Funding In Viral Gaya Street Exchange

Police To Seek Remand Extension For Namewee Over Death Of Taiwanese Influencer Nurse Goddess