Wakil Pimpinan Amanah Dan Keadilan Antara Lima Adun Lantikan Di Pahang



KUANTAN: Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang hari ini, mengumumkan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan.
Mereka adalah pengasas Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Afzan Pekan, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qadri; Ketua MCA Bahagian Temerloh, Datuk Wong Tat Chee; Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Haris Salleh Hamzah; Pengerusi AMANAH Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly dan Timbalan Pengerusi PKR Pahang, Rizal Jamin.
Pelantikan itu mendapat sokongan majoriti mudah selepas usul berkenaan dicadangkan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan disokong tujuh ADUN Pahang.
Tujuh ADUN yang menyokong ialah Datuk Seri Mohd Johari Hussain dari Tioman, Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif (Inderapura), Datuk Abd Aziz Mat Kiram (Batu Talam), Mohd Shahrim Md Zain (Chini), Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (Tras), Su Keong Siong (Ketari) dan Ho Chi Yang (Tanah Rata).
Terdahulu, Wan Rosdy, berkata pelantikan ADUN lantikan itu mengambil kira latar belakang keluarga, pendidikan dan pencapaian serta komitmen dalam khidmat bakti kepada masyarakat.
Katanya, mereka yang dilantik adalah dalam kalangan berkaliber dan berkemahiran tertentu serta berganding bahu bersama ADUN lain untuk menyumbangkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
"Saya percaya dengan pelantikan ini, ahli-ahli yang dilantik dapat membantu dalam mencapai misi dan visi kerajaan negeri dalam memberikan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan," katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua DUN Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, berkata lima ADUN lantikan itu akan mengangkat sumpah pada Sidang DUN Pahang, Ogos depan.
Katanya, tiada kawasan yang diberikan kepada lima ADUN lantikan itu dan mereka berkhidmat dalam usaha membantu kerajaan negeri.
"Pelantikan lima ADUN lantikan ini memerlukan tujuh penyokong dan pencadang serta majoriti mudah.
"Mereka sudah menjadi ADUN lantikan, tetapi mereka belum mengangkat sumpah dan akan berbuat demikian pada Sidang DUN Pahang pada Ogos depan," katanya pada sidang media selepas penangguhan DUN Pahang. #sumber

http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/05/wakil-pimpinan-amanah-dan-keadilan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Patut Lantik Profesional Wakil Orang Asli Kata Penganalisis Berkait Adun Lantikan Pahang

Patut Lantik Profesional Wakil Orang Asli Kata Penganalisis Berkait Adun Lantikan Pahang

papar berkaitan - pada 14/5/2024 - jumlah : 199 hits
DUN Pahang semalam pelantikan lima individu sebagai Adun dilantik yang diusulkan Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail PETALING JAYA Pelantikan lima Adun dilantik diluluskan DUN Pahang semalam sepatutnya dibuat di kalangan kumpulan profesional...
Wan Rosdy Status Lima Adun Lantikan Pahang Pada Tahap Pre Kaunsel Masih Dalam Perbincangan

Wan Rosdy Status Lima Adun Lantikan Pahang Pada Tahap Pre Kaunsel Masih Dalam Perbincangan

papar berkaitan - pada 7/5/2024 - jumlah : 158 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang masih membuat perbincangan lanjut berhubung status lima Ahli Dewan Undangan Negeri Lantikan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata perbincangan mengenainya kini pada tahap pre kaunsel dan akan m...
Pahang Sasar 40 Pingat Emas Jadi Lima Terbaik Pada Sukan Malaysia Sarawak 2024

Pahang Sasar 40 Pingat Emas Jadi Lima Terbaik Pada Sukan Malaysia Sarawak 2024

papar berkaitan - pada 15/5/2024 - jumlah : 378 hits
KUANTAN Pahang menyasar menjadi pasukan lima terbaik pada Sukan Malaysia Sarawak 2024 yang akan berlansung di Sarawak dengan meraih sekurang kurangnya 40 pingat emas Exco Komunikasi dan Multimedia Belia Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Pahang...
Sultan Pahang Ingatkan Semua Adun Berbahas Secara Rasional Dahulukan Kepentingan Rakyat

Sultan Pahang Ingatkan Semua Adun Berbahas Secara Rasional Dahulukan Kepentingan Rakyat

papar berkaitan - pada 7/5/2024 - jumlah : 370 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah mengingatkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri supaya berbahas secara rasional dan berpegang kepada prinsip mendahulukan kepentingan rakyat serta kemakmuran negeri ...
Adun Pembangkang Gesa Kerajaan Pahang Terus Terang Isu Hutang Kepada Kerajaan Persekutuan

Adun Pembangkang Gesa Kerajaan Pahang Terus Terang Isu Hutang Kepada Kerajaan Persekutuan

papar berkaitan - pada 10/5/2024 - jumlah : 393 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang perlu berterus terang kepada rakyat berkaitan jumlah sebenar hutang yang sudah dibayar kerajaan negeri kepada kerajaan Persekutuan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Andansura Rabu berkata sejak 2021 hingga tahun ini Me...
Utamakan Minoriti Bukan Ahli Politik Tuan Ibrahim Perjelas Bantah Adun Lantikan

Utamakan Minoriti Bukan Ahli Politik Tuan Ibrahim Perjelas Bantah Adun Lantikan

papar berkaitan - pada 14/5/2024 - jumlah : 219 hits
Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Adun lantikan mestilah untuk kepentingan rakyat PETALING JAYA Seorang pemimpin kanan PAS mengkritik pelantikan ahli politik sebagai Adun selepas Dewan Undangan Negeri Pahang meluluskan usul Menteri Besar Wan Ro...
Kkb Bukan Sekadar Transit Penduduk Harap Bakal Adun Tingkat Sektor Pelancongan

Kkb Bukan Sekadar Transit Penduduk Harap Bakal Adun Tingkat Sektor Pelancongan

papar berkaitan - pada 8/5/2024 - jumlah : 351 hits
Penduduk mahu potensi Kuala Kubu Bharu yang kaya dengan sejarah warisan dan semula jadi dimanfaatkan sepenuhnya HULU SELANGOR Tingkatkan promosi pelancongan Kuala Kubu Bharu perbaiki kemudahan dan kurangkan birokrasi bagi kelulusan dalam se...
Jelas Kenapa Keahlian Adun Selat Klang Terhenti Tegas Muhyiddin

Jelas Kenapa Keahlian Adun Selat Klang Terhenti Tegas Muhyiddin

papar berkaitan - pada 10/5/2024 - jumlah : 128 hits
Muhyiddin Yassin menepis komen Abdul Rashid Asari yang bertegas beliau masih ahli Bersatu selepas dikatakan menyertai kempen parti lawan HULU SELANGOR Berada di atas pentas pihak lawan dengan ucapan yang menentang parti sudah memadai untuk ...
Maulidur Rasul Jom Throwback Sirah Nabi Dalam Hidup Kita

Khairul Aming Dedikasikan Anugerah Maulidur Rasul Kepada Peniaga Kecil

Misi Membeli Perfume Luggage Dan Hadiah Encik Suami Gagal

Kenangan Bercuti Di Pulau Pangkor

Sambutan Birthday Malam Ambang Merdeka 2025

Filem Badak

Ideas Beef Asado Recipe Slow Cooker

Salam Maulidur Rasul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Menulis Dengan Hati Kerana Tulisan Hidup Lebih Lama

Kotak Packaging Produk Travel Set Solusi Branding Mudah Untuk Usahawan Baru Dengan Design Premium

666 Apa Yang Ditulis Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis

Karipap Daging

Menyeramkan Darah Menitis Dari Siling Hospital

Mayat Lelaki Dijumpai Di Dalam Kereta Di Sungai Petani