Kes Anak Mualaf




Che Ibrahim


 Ambo pernah nasihatkan Riduan supaya serah anak tersebut sebagaimana perintah mahkamah. 


InsyaAllah dalam situasi anak itu kini hampir mencecah 18 tahun, ambo yakin anak itu mampu menjaga aqidahnya. Ianya adalah lebih baik drp Riduan hidup sebagai "pelarian". 


Jika anak tersebut tidak mampu menjaga aqidahnya sendiri jika hidup bersama ibunya, maka ada sesuatu yang tidak kena sepanjang tempoh pengislamannya hampir 18 tahun itu. Lagi pun bila genap 18 tahun, dia bebas untuk memilih agamanya sendiri, maknanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi.









KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 3 NOVEMBER 2025


Ketua Polis Negara dan KDN Diseru Bertindak Segera Mencari dan Memulangkan Anak Perempuan M. Indira Gandhi Yang Dilarikan Oleh Bekas Suami
==========================================


Isu pelarian anak perempuan Puan M. Indira Gandhi oleh bekas suaminya, Muhammad Riduan Abdullah (nama asal: K. Pathmanathan), timbul semula apabila terdapat bukti bahawa bekas suaminya masih berada di Malaysia, menggunakan kad pengenalan negara ini, dan malah menerima bantuan daripada Kerajaan.


Bukti bahawa bekas suami Puan M. Indira Gandhi masih berada dalam negara menimbulkan persoalan serius daripada masyarakat umum: Apakah tindakan yang telah dan akan diambil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung penemuan baharu ini?


Keputusan Mahkamah Persekutuan pada tahun 2014 telah memberikan hak penjagaan anak perempuan secara penuh kepada Indira Gandhi. Walau bagaimanapun, bekas suaminya terus menghilangkan diri dan enggan mematuhi perintah mahkamah untuk memulangkan anak perempuannya kepada Indira Gandhi sehingga ke hari ini.


Saya menyeru Ketua Polis Negara (KPN), Dato’ Sri Mohd Khalid bin Ismail, yang berpengalaman luas dalam PDRM, untuk menggunakan kuasanya bagi mengesan dan memulangkan anak perempuan Indira Gandhi, Prasana Diksa, kepada ibunya. Prasana Diksa telah dilarikan oleh bekas bapanya sejak tahun 2009.


Kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador pada tahun 11 September 2020 (https://www.sinarharian.com.my/article/100672/BERITA/Nasional/PDRM-beri-jaminan-selesai-isu-keluarga-Indira-Gandhi)  — bahawa pasukannya sentiasa berunding untuk memujuk beliau walaupun tidak dapat bersemuka antara kedua-dua pihak memang memberi harapan kepada ibunya bahawa anaknya akan dapat dikesan.


Saya percaya dengan teknologi yang canggih dan bukti-bukti baru yang menunjukkan Riduan Abdullah berada di Malaysia, pihak PDRM pasti akan dapat menemui lokasi persembunyian Riduan Abdullah dan anaknya dalam masa terdekat.


Puan Indira Gandhi sebelum ini pernah menyatakan bahawa beliau tidak berhasrat untuk mengembalikan agama anak perempuannya kepada agama Hindu. Beliau sedia menerima hakikat bahawa anak perempuannya kini seorang penganut agama Islam.


Kes ini bukan soal agama atau kaum — sebaliknya, ini adalah soal kemanusiaan dan kedaulatan undang-undang. Seperti yang diungkapkan oleh Indira Gandhi sendiri:
“Saya tidak pernah menjadikan ini isu agama. Saya hanya mahu melihat anak saya.”


Keadilan tidak boleh dilayan secara terpilih mengikut latar belakang agama atau kaum. 


Jika keputusan mahkamah tertinggi negara pun boleh diabaikan tanpa sebarang tindakan, maka kepercayaan rakyat terhadap sistem keadilan negara akan terus terhakis.


Sudah terlalu lama seorang ibu menanggung penderitaan yang tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah negara yang menjunjung prinsip keadilan dan kedaulatan undang-undang.


Saya menyeru PDRM dan pihak Kerajaan mengambil pendirian yang tegas, berlandaskan prinsip dan jiwa MADANI, untuk mengembalikan keadilan kepada Puan Indira Gandhi dan anak perempuannya dengan secepat mungkin. 


Teresa Kok
Ahli Parlimen Seputeh








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/11/kes-anak-mualaf.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Rayuan Benarkan Rosmah Simpan Pasport Selama Tiga Bulan Membolehkannya Melawat Anak Di Singapura

Mahkamah Rayuan Benarkan Rosmah Simpan Pasport Selama Tiga Bulan Membolehkannya Melawat Anak Di Singapura

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 174 hits
PUTRAJAYA Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk melanjutkan tempoh pelepasan pasportnya selama tiga bulan bagi membolehkannya melawat anak perempuannya di Singapura Panel tiga hakim yang diketuai Hak...
Self Care Weekend Untuk Mak Mak Bukan Anak Je Perlukan Healing

Self Care Weekend Untuk Mak Mak Bukan Anak Je Perlukan Healing

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 235 hits
Pernah tak korang rasa Ya Allah penatnya jadi mak Bangun awal pagi untuk masak berkemas rumah layan anak kerja tak habis habis Weekend pun bukan dapat rehat kadang lagi sibuk daripada hari kerja Tapi tahu tak bila kita nie mak mak asyik ber...
Anak Ketagih Tengok Tiktok Ibu Bapa Perlu Waspada Risiko Ini

Anak Ketagih Tengok Tiktok Ibu Bapa Perlu Waspada Risiko Ini

papar berkaitan - pada 1/11/2025 - jumlah : 209 hits
Anak Ketagih Tengok TikTok Ibu Bapa Perlu Waspada Risiko Ini Dalam era yang serba moden ini internet banyak mengambil alih kehidupan seharian kita Jika dahulu ada yang sanggup mempelajari sesuatu benda dengan orang yang lebih mahir berguru ...
Elak Anak Ketagih Gajet Ini 6 Tip Untuk Kawal Penggunaan

Elak Anak Ketagih Gajet Ini 6 Tip Untuk Kawal Penggunaan

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 192 hits
Elak Anak Ketagih Gajet Ini 6 Tip Untuk Kawal Penggunaan Dalam era yang serba canggih ini teknologi memainkan peranan yang sangat penting bagi kehidupan setiap individu Tambahan lagi dengan revolusi telefon pintar yang semakin canggih saban...
Polis Tahan Lelaki Tetak Isteri Anak Perempuan Guna Parang

Polis Tahan Lelaki Tetak Isteri Anak Perempuan Guna Parang

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 178 hits
BernamaSIBU Polis berjaya menahan seorang lelaki kerana disyaki menetak isteri dan anak perempuannya menggunakan sebilah parang hingga menyebabkan kedua duanya cedera parah di kediaman mereka di Permai Jaya di sini awal pagi tadi Ketua Poli...
Ibu Zayn Rayyan Didapati Bersalah Abaikan Anak Hukuman Ditangguhkan Untuk Rayuan

Ibu Zayn Rayyan Didapati Bersalah Abaikan Anak Hukuman Ditangguhkan Untuk Rayuan

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 283 hits
KUALA LUMPUR Ibu kepada kanak kanak Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mengabaikan anaknya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal Hakim Putuskan Bersalah Keputusan it...
Abah Anak Menangis Hiba Saat Doktor Beritahu Cpr Bapa Terpaksa Dihentikan

Abah Anak Menangis Hiba Saat Doktor Beritahu Cpr Bapa Terpaksa Dihentikan

papar berkaitan - pada 3/11/2025 - jumlah : 165 hits
Abah Anak Menangis Hiba Saat Doktor Beritahu CPR Bapa Terpaksa Dihentikan Kehilangan orang tersayang merupakan antara pengalaman paling berat dalam hidup seseorang Lebih lebih lagi apabila yang pergi itu ialah seorang bapa insan yang menjad...
Erra Fazira Sah Bergelar Isteri Ezwan Zain Majlis Penuh Syahdu Di Rinjani Majestic

Confirm Tak Lemau Ini Cara Kekalkan Kerangupan Ikan Bilis Goreng

Writing Love Letters That Feel Honest Not Overwritten Or Fake

Hujan Lebat Pusat Beli Belah Trx Bocor Lagi

Lazada S Christmas Promotion

Reinstate Ptptn Loan Waiver For Top Scorers From Private Varsities Govt Urged

How Virtual Tours Shape The Future Of Architecture In The Metaverse

Thailand Kemboja Setuju Hentikan Semua Tembakan Berkuat Kuasa Petang Jumaat Trump


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Sabrina Carpenter S Legs And Feet In Tights 40

Resepi Puding Roti Karamel Confirm Jadi Untuk Pemula

Ruqyah 3 Surah Perlindungan

Menanti Kebijaksanaan Anwar Kemaskinikan Kabinet

Bagaimana Huawei Melindungi Anda Di Jaringan Wi Fi Publik

Cepat Habis Jika Begini