Timbul Banyak Persoalan Kes Cerai Kebelakangan Ini Peguam Syarie Kongsi Jenis Cerai Yang Ramai Tak Faham


Penceraian rumah tangga merupakan satu keputusan yang dibuat oleh pasangan suami isteri apabila hubungan mereka sudah tidak sehaluan dan sering timbul pelbagai masalah seperti perselisihan pendapat.
Walaupun agama Islam tidak menggalakkan penceraian, namun perkara ini dilihat semakin menjadi-jadi dalam masyarakat pada hari ini. Menerusi perkongsian oleh seorang peguam syarie, Fahmi Ramli, penceraian mempunyai pelbagai jenis yang boleh dituntut terutamanya bagi seorang isteri.
Jenis Cerai Yang Anda Kena Tahu
Ada permintaan daripada follower. Katanya ramai wanita tak tahu apa yang perlu dibuat dan apa jenis perceraian yang ada di dalam undang-undang Keluarga Islam untuk dituntut. Ada beberapa jenis, namun, setiap daripadanya mungkin ada perbezaan dan ada yang tidak dipraktikkan di Mahkamah dan sebilangan Mahkamah. Jadi, saya akan senaraikan untuk memudahkan anda faham dan tahu jenis-jenis perceraian ini secara mudah dan terperinci bagi membantu golongan wanita khasnya bagi memahami tentang perceraian.
Perceraian Dengan Talaq
Ini adalah perceraian yang kita sebut perceraian secara biasa. Maksudnya, jika pihak-pihak hendak bercerai, suami perlu melafazkan cerai tersebut di dalam Mahkamah. Ini proses yang betul, bukan bercerai di rumah, restoran, masjid atau mana-mana tempat yang lain. Di dalam undang-undang Keluarga Islam Negeri selalunya terletak di bawah Seksyen 47. Tiada masalah untuk mana-mana pihak memfailkan perceraian ini. Sama ada suami atau isteri berhak untuk failkan.
Jika, suami yang failkan, maka Mahkamah tidak perlukan kebenaran isteri untuk melafazkan cerai. Kerana kuasa talaq sememangnya terletak pada tangan suami. Cuma, Mahkamah bimbang jika sekiranya isteri itu tidak hadir, cerai tersebut berlaku pada ketika isteri dalam keadaan haid. Ini kerana hokum bercerai di dalam keadaan haid tersebut adalah talaq bid’ie (ditegah).
Jika sekiranya, isteri yang failkan perceraian, maka, sememangnya perlukan kepada kehadiran suami. Mahkamah amat memerlukan kepada kehadiran suami bagi meneruskan kes ini. Jika, suami tidak hadir atau enggan menceraikan isterinya, pihak Mahkamah akan melantik Jawatankuasa Pendamai di bawah seksyen 47(5) dan disusuli dengan proses Hakam jika sekiranya kes pihak-pihak ini gagal.
Proses ini memerlukan kerjasama daripada pihak-pihak dan mengambil tempoh tertentu. Peguam tidak boleh terlibat dengan proses ini dan peguam juga jarang dilantik untuk kes perceraian ini melainkan pihak-pihak yang berkeinginan sahaja untuk melantik.
Perceraian Ta’liq
Cerai ini adalah terletak di bawah Seksyen 50(1) Enakmen Keluarga Islam iaitu berdasarkan kepada perakuan Ta’liq selepas akad nikah yang terletak di belakang sijil nikah misalnya. Kebanyakan negeri ada lafaz ta’liq ini tetapi tidak bagi mereka yang berkahwin di Negeri Perlis khususnya.
Jangan salah faham dengan lafaz ta’liq yang suami lafaz macam ni “Kalau hang keluar dari rumah ni jatuh talak”. Ini bukan maksud sebenar kes perceraian ta’liq. Ia akan jadi kes pengesahan lafaz cerai (akan diterangkan). Ta’liq ini bermaksud janji. Jadi, suami yang melafazkan ta’liq selepas akad nikah itu adalah dikira sebagai lafaz janji.
Jika, sekiranya suami telah melanggari apa-apa ta’liq yang telah dinyatakan di dalam lafaz ta’liq nikah, maka, isteri mesti membuat tuntutan perceraian ta’liq dan mestikan buktikan dakwaan yang jelas kepada Mahkamah. Kes ini akan melalui proses bicara dihadapan hakim. Selalunya Mahkamah akan arahkan untuk pihak-pihak yang menuntut ini melantik peguam untuk membuktikan tuntutan mengikut proses dan prosedur Mahkamah dan kehendak Hukum Syarak.

Perceraian Fasakh
Fasakh adalah satu bentuk perceraian yang satu-satunya di dalam undang-undang keluarga Islam yang ada peruntukannya atas beberapa alasan yang boleh isteri memfailkan tuntutan ini. Ada sesetengah orang bertanya, kalau suami tak setuju untuk fasakh macam mana?
Jawapannya, fasakh tidak perlukan persetujuan suami. Fasakh ini perlu dituntut, didakwa dan dibuktikan oleh pihak yang menuntut tanpa perlu persetujuan suami.
Ada banyak dakwaan yang boleh dituntut untuk membolehkan fasakh ini disabitkan. Mahkamah berkuasa penuh untuk membubarkan suatu perkahwinan jika sekiranya Mahkamah merasakan bahawa suami atau isteri perlu dipisahkan. Contoh yang selalu digunakan untuk alasan fasakh adalah tidak dapat nafkah lebih daripada 3 bulan, suami pukul, suami terlibat dengan dadah, suami tak beri nafkah batin selama 1 tahun dan lebih dan lain-lain lagi.
Semua alasan fasakh ini adalah tertakluk di bawah Seksyen 53(1) Enakmen Keluarga Islam Kedah 2008. Bukan isteri sahaja boleh tuntut fasakh, suami juga boleh buat tuntutan fasakh. Cuma, jarang la berlaku sebab lafaz talaq ada pada suami.
Fasakh banyak difailkan kerana ia merangkumi skop perbicaraan yang lebih luas Cuma ia berat untuk dibuktikan.
Khususnya, bila isteri tidak ada sebab yang khas untuk berpisah seperti hati tidak boleh terima suami dan melibatkan dengan perasaan dalaman. Maka, tuntutan fasakh adalah bersesuaian namun ia mestilah dibuktikan dengan bukti yang kuat dan jelas untuk menunjukkan bahawa rumahtangga pihak-pihak sudah tiada mawaddah wa rahmah.
Cerai Khulu’/ Tebus Talak
Tebus talak adalah isteri membayar sejumlah wang atau apa-apa yang bernilai kepada suami sebagai bayaran untuk suami menceraikannya. Seperti yang saya pernah jelaskan sebelum ini, tidak ada garis panduan yang tepat untuk menuntut perceraian secara tebus talak. Pada asasnya ia adalah tertakluk di bawah Seksyen 49 Enakmen Keluarga Islam Kedah 2008.
Sebaiknya, cerai secara tebus talak ini perlu mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak tentang jumlahnya. Jika pihak-pihak tidak bersetuju dengan jumlah, maka, Mahkamah boleh mentaksirkan jumlah yang bersesuaian mengikut hokum syarak kepada isteri untuk membayar. Namun, Mahkamah tidak boleh memaksa isteri untuk membayar dan suami untuk terima.
Jika tiada penyelesaian, kes ini akan dipanjangkan macam kes seksyen 47, iaitu, ia akan dibawa kepada Jawatankuasa Pendamai dan begitulah seterusnya. Jadi, sebaiknya perlu ada persetujuan. Ada keadaan tebus talak ini boleh juga jadi ketika suami dan isteri setuju nak cerai tetapi isteri dalam keadaan haid. Jadi, Mahkamah boleh benarkan perceraian tersebut sekiranya dilakukan dengan tebus talak dengan apa-apa bayaran bagi menyelesaikan kes tersebut atas persetujuan pihak-pihak.
Cerai Li’an
Jika seorang suami menuduh isterinya berzina, dia akan dikenakan hukuman Qazaf, jika ia tidak dapat membuktikan tuduhan dengan membawa 4 orang saksi. Dalam keadaan ini, suami boleh menggunakan cara li’an untuk mengelakkan hukuman ke atasnya.
Jika pihak-pihak kepada suatu perkahwinan telah bersumpah secara li’an mengikut Hukum Syarak di hadapan Hakim Syarie, Hakim Syarie itu akan memerintahkan mereka farak dan dipisahkan dan tinggal berasingan selama-lamanya. Ini adalah terletak di bawah seksyen 51 (1) Enakmen Keluarga Islam.
Kes ini jarang berlaku dan mungkin tidak dipraktikkan oleh Mahkamah kerana ia akan melibatkan dengan kes pendakwaan jenayah Islam. Tambahan, ia akan memberikan kesan yang buruk kepada suami yang menuduh isterinya berzina tapi tak boleh buktikan di Mahkamah akan dikenakan hukuman berat pula kepada suami tersebut.
Jadi, ini antara yang ada di dalam undang-undang. Dan pada kebiasaan, isteri yang akan menjadi penuntut pada majoriti keadaan. Dan ada banyak situasi, perkahwinan yang telah masuk ke dalam Mahkamah ini akan mengalami perceraian. Ini bukan kehendak peguam dan bukan juga kehendak Mahkamah. Peguam dan Mahkamah hanya membantu pihak-pihak menuntut, membuktikan dan membuat keputusan atas tuntutan dan apa fakta yang telah berlaku di dalam rumahtangga pihak-pihak.
Jika sekiranya perpisahan itu adalah jalan yang terbaik, maka, bertawakal lah kepada Allah. Insya allah, semua ketentuan hidup, mati, jodoh terletak di tangan Allah. Share untuk kongsi manfaat.
Bercerai Itu Makruh, Tapi Kalau Jodoh Takat Tu Nak Buat Lagumana
Fahmi Ramli
Sumber: Fahmi Ramli


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/09/20/timbul-banyak-persoalan-kes-cerai-kebelakangan-ini-peguam-syarie-kongsi-jenis-cerai-yang-ramai-tak-faham/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Artis Je Bercerai Berai Orang Bukan Artis Lagi Banyak Cerai Fasha Sandha

Bukan Artis Je Bercerai Berai Orang Bukan Artis Lagi Banyak Cerai Fasha Sandha

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 287 hits
Sejak awal tahun sehingga sekarang sudah beberapa kes perceraian selebriti mendapat perhatian ramai Apa yang berlaku adalah ketentuan takdir sudah tertulis jodoh mereka tidak panjang Bagaimanapun ada sesetengah netizen yang label sudah menj...
Kes Cerai Libatkan Pasangan Islam Di Selangor Membimbangkan

Kes Cerai Libatkan Pasangan Islam Di Selangor Membimbangkan

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 267 hits
Shah Alam Kes penceraian melibatkan pasangan Islam di Selangor agak membimbangkan dengan jumlah pendaftaran permohonan cerai sebanyak 24 063 kes bagi tahun 2017 dan 2018 Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata lebih 20 peratus daripad...
Kes Remaja Mati Hisap Vape Trump Pertimbang Haramkan Ribuan Jenis Perisa Rokok Elektronik

Kes Remaja Mati Hisap Vape Trump Pertimbang Haramkan Ribuan Jenis Perisa Rokok Elektronik

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 243 hits
Donald Trump pada rabu menyatakan bahawa pentadbirannya akan mencadang untuk mengharamkan ribuan cecair perisa yang digunakan dalam rokok elektronik untuk melawan gejala menghisap rokok elektronik ini dalam kalangan remaja Pentadbiran Makan...
Banyak Pasal Multitafsir Di Rkuhp Berpotensi Jadi Persoalan Di Masyarakat

Banyak Pasal Multitafsir Di Rkuhp Berpotensi Jadi Persoalan Di Masyarakat

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 231 hits
Ketua Yayasan Lembaga Bantuan Hukum Indonesia Asfinawati menilai masih banyak pasal yang multitafsir dalam Rancangan Kitab Undang Undang Hukum Pidana atau RKUHP Menurut dia pasal pasal yang bermasalah tersebut berpotensi menjadi persoalan a...
Tak Ada Baka Kembar Tetap Boleh Dapat Anak Kembar Dr Hamid Arshat Kongsi Tip

Tak Ada Baka Kembar Tetap Boleh Dapat Anak Kembar Dr Hamid Arshat Kongsi Tip

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 536 hits
Pasti ada terdetik di hati pasangan suami isteri nak memiliki anak kembar Bagaimanapun masih ramai yang tidak tahu cara merancang serta mencuba rezeki untuk memilikinya Jika kita berusaha dan ikut apa yang dinasihatkan doktor pasti ada hasi...
Amy Search Kongsi Foto Throwback Kenangan Bersama Yazit Undang Sebak

Amy Search Kongsi Foto Throwback Kenangan Bersama Yazit Undang Sebak

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 350 hits
Bermula dengan lima orang anggota Amy Hillary Ang Nasir Daud Hamzah termasuk Yazit kumpuan nbsp Search telah mencipta sejarah dalam industri hiburan tanah air Namun hari ini dimaklumkan bahawa salah seorang daripada mereka Yazit iaitu bekas...
Murah Dan Berkesan Lelaki Ini Kongsi Rahsia Penjagaan Kulit Muka Yang Sihat Dan Cantik

Murah Dan Berkesan Lelaki Ini Kongsi Rahsia Penjagaan Kulit Muka Yang Sihat Dan Cantik

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 656 hits
Penjagaan kulit muka yang cantik dan sihat bukan lagi hanya untuk wanita tetapi kini kaum lelaki harus menjaga penampilan diri dan kesihatan kulit untuk menjaga kulit muka cantik dan sihat tidak semestinya memerlukan produk berjenama mahal ...
Hakim Syarie Direman Kerana Rasuah Polis Khalwat

Hakim Syarie Direman Kerana Rasuah Polis Khalwat

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 400 hits
Hakim Syarie kena remanSEORANG hakim syarie di Ipoh direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes menerima rasuah bagi membebaskan seorang Inspektor polis yang ditahan kerana berkhalwat Turut direman seorang anggota p...
Melayu Perlu Bangkit Bersatu Mantan Hakim Mahkamah Persekutuan Peguam Negara

Melayu Perlu Bangkit Bersatu Mantan Hakim Mahkamah Persekutuan Peguam Negara

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 243 hits
MINGGUAN Bagaimana Tan Sri melihat kedudukan orang Melayu ketika ini APANDI Orang Melayu berpecah kerana wujudnya pelbagai parti yang mewakili orang Melayu Dulu sebelum merdeka hanya ada UMNO manakala Pas pula sebuah kumpulan serpihan darip...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash