Tak Ada Baka Kembar Tetap Boleh Dapat Anak Kembar Dr Hamid Arshat Kongsi Tip
Pasti ada terdetik di hati pasangan suami isteri nak memiliki anak kembar. Bagaimanapun, masih ramai yang tidak tahu cara merancang serta mencuba rezeki untuk memilikinya.
Jika kita berusaha dan ikut apa yang dinasihatkan doktor, pasti ada hasil yang boleh mengembirakan kita. Tak semestinya yang ada baka kembar sahaja boleh hamil anak kembar.
Pakar Sakit Puan, Dr Hamid Arshat telah kongsikan 8 tip buat pasangan suami isteri yang inginkan anak kembar sebagai panduan di facebook miliknya.
BOLEHKAH RANCANG DAPAT ANAK KEMBAR?
SERONOK DAPAT ANAK KEMBAR
Tahniah kepada Puteri yg sedang hamil kembar 10 minggu. Kelihatan kembar ini jenis dichorionic/ dizygotic atau non identical. Ertinya ia berasal dari dua telur/ovum yang telah disenyawakan oleh benih suami secara berasingan.
Jenis kembar ini lebih selamat kerana masing-masing janin punya uri sendiri.
Kembar identical atau mono zygotic berasal dari satu telur dan selepas bercantum dengan benih lelaki , embrio yang dihasilkan pecah dua. Kembar ini berkongsi uri dan lebih berisiko gugur, satu janin mati dan lain-lain masalah.
Orang Asia 1-2 %
Pada keseluruhan peluang hamil kembar secara spontan ialah antara 1 hingga 4 %.
Orang Afrika punya kadar kembar tertinggi 4 %
Orang Putih Amerika dan Eropah kadarnya 3 %.
Orang Asia termasuk orang Malaysia terendah 1 – 2 % sahaja.
Kembar sebelah ibu
Dalam keluarga ada kembar khusus dari keluarga ibu, peluang hamil kembar meningkat 4 kali ganda
Hamil umur 40 tahun ke atas
Mereka yang telah melahirkan 4 anak atau lebih, peluang melahirkan kembar lebih tinggi. Begitu juga mereka yang hamil pada umur 40 tahun keatas.
Pemakanan berkhasiat, suplemen dan asid folik
Mereka yang tahap kesihatan terbaik dan makan yang berzat serta berkhasiat. Mengamalkan makan suplemen vitamin dan asid folik lebih berpeluang hamil kembar.
Minum susu dan makan produk tenusu
Ada yang mengatakan mereka yang sering minum susu dan makan produk tenusu lebih berpeluang hamil kembar. Mungkin ‘insulin like growth factor’ (IGF) yang dikeluarkan oleh hati lembu jadi penyebab hamil kembar.
Makan keladi atau ubi
Orang-orang Asli Africa yang makanan mereka terdiri keladi dan ubi didapati punya peluang melahirkan kembar 4 kali ganda dari orang lain.
Hormon subur
Hormon subur sama ada pil atau suntikan meningkatkan peluang melahirkan kembar.
Wanita yang makan pil subur clomid punya peluang hamil kembar antara 5 – 10 %.
Manakala mereka yang disuntik hormon gonadotrophin punya peluang kembar dalam linkungan 30%. Malangnya kadang-kadang berlaku kembar 4 atau lebih dan punya risiko gugur tinggi.
Rawatan IVF / IUI
Mereka yang menjalani rawatan suntik benih suami (IUI) dan mereka yang menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) juga berpeluang lebih untuk hamil kembar.
Sumber: Dr Hamid Arshat
The post Tak Ada Baka Kembar Tetap Boleh Dapat Anak Kembar. Dr Hamid Arshat Kongsi Tip appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/tak-ada-baka-kembar-tetap-boleh-dapat-anak-kembar-dr-hamid-arshat-kongsi-tip/