Melayu Perlu Bangkit Bersatu Mantan Hakim Mahkamah Persekutuan Peguam Negara




MINGGUAN: Bagaimana Tan Sri melihat kedudukan orang Melayu ketika ini?
APANDI : Orang Melayu berpecah kerana wujudnya pelbagai parti yang mewakili orang Melayu. Dulu sebelum merdeka hanya ada UMNO manakala Pas pula sebuah kumpulan serpihan daripada UMNO. Sebab itu, kita bersatu menuntut kemerdekaan dan lain-lain, semangat itu jiwanya satu. Orang kampung pada waktu itu bawa keluar (gadai) gelang emas dan sebagainya, untuk perbelanjaan Tunku Abdul Rahman pergi ke London (menuntut kemerdekaan), itu semangatnya.
Sekarang kita berpecah, UMNO berpecah. Pas juga berpecah. Inilah adalah parti yang asasnya Melayu, tetapi berpecah. Sepatutnya kita tidak berpecah begitu. Ia macam lidi, bila banyak ia kuat, tapi bila pecah-pecahkan ia lemah. Kalau tanya saya, Melayu dipecahkan oleh ahli-ahli politik, sama ada pecahan itu dibuat secara sistematik oleh orang yang ingin memecahkan perpaduan Melayu, wallahualam.
Mengapa susah sangat orang Melayu untuk bersatu?
APANDI : Melayu ini orangnya emosi. Sebab itu, datangnya perkataan amuk. Itu psikologi Melayu. Mengamuk ini orangnya beremosi. Jadi, kita berpecah inipun kerana kita beremosi. Itu dalam jiwa orang Melayu. Orang Melayu juga ada perasaan hasad dengki sesama sendiri, tidak boleh tengok orang lain naik, mahu tarik orang lain turun, ini perangai hodoh Melayu, kenapa mahu dengki sesama kita? Kalau orang kita berjaya sebagai peguam kita patut bantu dia naik. Perangai dengki ini harus dikikis dan dibuang ke laut oleh orang Melayu.
Apabila bercakap tentang orang Melayu, kita dituduh rasis malah dalam kalangan orang Melayu sendiri ada yang sudah tidak mahu bercakap tentang kepentingan orang Melayu, apa pandangan Tan Sri?
APANDI : Ada orang Melayu sendiri bercakap kita ini rasis. Ada Cina antara mereka kata Cina rasis? Tiada. Apa masalahnya dengan rasis? Tiada masalah sebab itu sebahagian daripada kita. Bagi saya, kita ada sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah kebangsaan, Malaysia satu-satunya sistem pendidikan yang ada di dunia mempunyai tiga aliran, Melayu, Cina dan India, ia memang tidak menggalakkan perpaduan.
Alhamdulillah sekarang saya nampak titik ke arah perpaduan umat Melayu. Kerjasama antara Pas dan UMNO dengan piagamnya akan ditandatangani. Saya ini dulu orang UMNO sebelum jadi hakim. Apabila jadi hakim, saya buang semua tak boleh jadi ahli, tapi jiwa saya masih jiwa UMNO. Tak salah, sebab itu perjuangan. Apa yang nak saya sarankan, walaupun saya ini UMNO semasa saya jadi peguam dahulu, saya berkawan dengan semua orang termasuk orang Pas. Sebagai contoh, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan ialah kawan rapat saya. Kami seperti adik beradik, beliau kekal dalam Pas dan saya dalam UMNO tapi kami bercakap sebagai adik beradik. Sehingga sekarang dan Alhamdulillah semangat kekitaan antara beliau dan saya itulah juga membuahkan hasil ke arah kerjasama Pas dan UMNO.
Ada pemikiran dalam parti politik Melayu, kalau tidak dapat sokongan bukan Melayu, mereka tidak boleh memerintah, sejauh mana Tan Sri percaya teori itu?
APANDI : Memerintah atau tidak ia bergantung kepada angka, ia pula dilihat kepada jumlah Parlimen, kita lihat pula pecahannya demografik kaum, Melayu, Cina dan India. Berapa banyak. Sesetengah Parlimen itu tiada undi Cina dan India pun boleh menang kalau Melayu bersatu. Tidak semestinya semua, tapi Malaysia ini adalah kerajaan majmuk.
Kebanyakan kawasan Parlimen di bandar-bandar besar, populasinya adalah berpecah yang mana setengah itu bangsa lain menjadi majoriti daripada segi populasi dan pengundi dan sesetengah memang Melayu jadi minoriti, kalau di tempat itu kita memang perlu sokongan daripada kaum lain untuk menangkan kawasan.
Sebab kita bercakap tentang memerintah kerajaan, kita kena menang kawasan Parlimen. Hendak menang kena dapatkan keyakinan pengundi-pengundi bangsa lain, itu betul. Jika kita bergantung sahaja dengan undi Melayu, bukanlah tidak boleh perintah tapi kalau betul bersatu, boleh, sebab pecahan Melayu, Cina dan India ini saya rasa kita masih majoriti walaupun sangat nipis tapi sama ada kita solid atau tidak. Tetapi itulah Melayu sekarang kita berpecah, sampai lima atau enam parti, tidak lagi sebagai satu keluarga.
Orang Melayu sukar untuk bersatu dalam isu yang ada kepentingan bersama tidak seperti kaum lain, apa pandangan Tan Sri?
APANDI : Semangat kemelayuan itu kalau nak dibandingkan dengan orang lain memang mereka lebih kuat, tapi kita kena ubahlah kerana kalau kita tidak ubah ia akan menjurus ke arah melepaskan kuasa Melayu di Malaysia. Apa juga yang berlaku kita kena kekalkan kuasa politik. Kita tidak cakap kuasa ekonomi, itu masih dikuasai bangsa lain, tapi kalau nak ambil alih kuasa ekonomi, kena ambil alih kuasa politik dulu.
Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU ke-14), kita selalu memperingatkan kuasa politik orang Melayu tidak boleh lemah, tetapi selepas PRU, kita lihat kuasa politik Melayu terlampau lemah?
APANDI : PRU Ke-14 lalu, orang Melayu kena tipu. Mereka termakan kempen. Kempen ini macam orang jual ubat tepi jalan, mujarab atau tidak, jadi atau tidak, tapi cara berkempen itu buat kita terpilih. Tetapi nampak sekarang, saya rasa banyak penyesalan wujud. Sekiranya buat PRU Ke-15 hari ini atau esok, kerajaan sekarang boleh tewas. Rakyat rasa tertipu, banyak manifesto dan janji-janji manis dahulu yang dibuat tidak ditunaikan.
Kita orang Melayu jangan dengar sangat kempen-kempen ini. Kalau kita mahu kekalkan kuasa Melayu, siapa yang patut kita undi? Kalau kekalkan masa depan anak cucu kita di tanah Melayu ini siapa kita kena undi? Pilihlah kerajaan yang boleh membantu kita.
Bagaimana Tan Sri melihat kedudukan orang Melayu dalam soal-soal lain terutama sekali selepas ada pihak-pihak tertentu telah mula membuat pelbagai tuntutan?
APANDI : Orang Melayu hari ini terumbang-ambing tidak ada orang yang boleh menunjuk hala tuju yang betul. Pucuk pimpinan UMNO juga tiada pemimpin yang cukup kuat boleh bercakap tentang apa yang boleh dan tidak boleh, hanya mengikut apa yang orang bawah mahu. Itu tidak boleh. Sebagai seorang pemimpin kena jadi ketua. Tidak boleh ikut apa yang orang di bawah hendak, tetapi kena ada visinya sendiri selepas itu baharulah mengikut formula dan buat.
Apabila rakyat bising, ikutkan. Pemimpin ialah kamu memimpin, memang rakyat di bawah suka bising, itu semula jadi tapi di dalam bising-bising itu, janganlah melemahkan kuasa Melayu. Jangan hilang punca, kena ada pemimpin yang kuat. UMNO tiada sekarang ini, semua kawan saya, tapi saya kata mereka lemahlah, banyak pusingan-U juga.
Dalam isu pelaksanaan khat dan juga tulisan Jawi di sekolah, banyak pihak menolak, dari satu sudut adakah ia merugikan orang Melayu pula?
APANDI : Mereka menolak itu pasal apa? Pembelajaran khat ini adalah satu ilmu yang baharu bagi mereka yang tidak tahu menulis Jawi. Ia patut diterima dengan tangan terbuka. Ini ilmu baharu, tidak kira orang Melayu, orang Cina yang belajar Jawi, itu adalah satu ilmu buat mereka. Kenapa mahu tolak? Kalau pandai tulis dan baca jawi, ia boleh baca semua, lebih berpengetahuan.
Bagi orang Melayu pula, kalau tidak tahu baca Jawi, kenapa mahu bantah? Pergilah belajar. Lagi pun Jawi ini adalah asas untuk kita membaca al-Quran. Saya nampak tiada sebab perlu ada tentangan tentang pembelajaran khat, lagipun sudah ditetapkan, ia adalah subjek pilihan. Kalau mahu perkenalkan tulisan karektor Cina pun saya boleh terima. Ia satu ilmu. Kita boleh baca berita dalam Mandarin, kita boleh faham, ia ilmu, nak belajar Cina tiada masalah.
Saya boleh cakap Hokkien, jiran saya Hokkien, saya belajar daripada mereka, tidak ada masalah. Tidak mengurangkan semangat Melayu saya, jadi kalau mereka cakap apa-apa saya faham, itu kelebihannya.
Bagaimana pula Tan Sri melihat persatuan seperti Dong Zhong yang melihat isu Jawi ini dari sudut sebagai mempunyai unsur-unsur Islamilisasi?
APANDI : Mereka ekstremis Cina. Jadi apa-apa yang mereka perjuangkan untuk menegakkan kecinaan sahajalah, skop mereka terhad dan tidak terbuka tapi kita benarkan persatuan-persatuan sebegini. Sepatutnya kalau tidak diharamkan pun mesti ada kawalan kepada mereka.
Bagaimana Tan Sri melihat prestasi menteri-menteri sekarang.
APANDI : Banyak yang mereka kena belajar. Majoriti seperti tiada visi. Mereka buat sesuatu perkara itu tanpa perancangan. Kebanyakannya hanya memberi reaksi secara spontan mengikut reaksi dan kehendak rakyat.
Tiada perancangan masa hadapan, lima tahun lagi apa mahu buat, tiada. Dari segi kaliber untuk menjadi kumpulan yang memerintah ia tidak baik kepada negara, mereka memerintah itu tidak mengapa kerana ia adalah keputusan pilihan raya, tetapi haruslah menjaga negara ini. Apa masa depan kita, kena jaga. Ini tiada nampak visi mereka tetapi hanya berkelahi sesama sendiri secara terbuka. Mahu berkelahi boleh tapi biarlah dalam bilik kita sendiri. Jangan pergi dekat luar. Macam suami isterilah kalau berkelahi biarlah dalam bilik tidur jangan bawa keluar sehingga satu dunia tahu. Ini menunjukkan kelemahan kita.
Apa nasihat Tan Sri kepada orang Melayu?
APANDI : Mereka perlu bersatu, kembali kepada asas perjuangan dan penubuhan UMNO, bukan kerana saya orang UMNO tetapi perjuangan diwujudkan dan ditimbulkan semasa itu perlu diserap kembali semangat tersebut. Di situlah Utusan boleh memainkan peranan sebagaimana ia telah dijalankan berpuluh-puluh tahun dahulu. Teruskan dengan agenda untuk meniup semangat perjuangan Melayu, itu sebab saya simpati dengan Utusan.
KETIKA kami tiba di pejabatnya di Tingkat 38, Menara Dato’ Onn Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, TAN SRI MOHAMED APANDI ALI sedang tekun meneliti beberapa dokumen. Beliau menyambut mesra kehadiran Penolong Pengarang Utusan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR, Wartawan Eksekutif Utusan Malaysia, BADRUL HAFIZAN MAT ISA, Jurufoto MOHD.NAJIB MOHD.NOOR dan Juruvideo AZMAN AHMAD.
Apandi yang juga bekas Peguam Negara memulakan wawancara hampir sejam itu dengan bercakap mengenai perjuangan Utusan Melayu. Bagi beliau, Utusan Melayu adalah institusi perjuangan orang Melayu yang harus dipertahankan.
Beliau juga memperkatakan berhubung soal kedudukan orang Melayu dan betapa pentingnya mereka kembali bersatu demi memperkukuhkan kuasa politik golongan itu. Apandi memberi pendapatnya secara ikhlas dan terbuka tanpa memihak kepada mana-mana kelompok Melayu kerana apa yang penting bagi beliau adalah orang Melayu perlu kembali bersatu.
Apa yang mendorong Tan Sri begitu lantang mempertahankan kebenaran?
APANDI : Saya belajar undang-undang di United Kingdom. Saya pergi ke sana pada 1969, sebelum itu saya sempat ke Universiti Malaya (UM) terlebih dahulu sementara tunggu biasiswa dan sebagainya. Sebelum masuk UM telah berlaku peristiwa 13 Mei, saya ada di Kuala Lumpur. Jadi kalau sesiapa bercakap mengenai 13 Mei 1969, bulu roma saya naik.
Itulah semangat saya, 13 Mei itu banyak mengajar dan beri pengajaran. Di situ orang Melayu bersatu dan masa itu semangat perjuangan, setiakawan nusantara wujud. Pada masa itu, kiai-kiai dan tok guru dari Aceh, Sumatera, Indonesia, datang ke Kampung Baru, untuk mengajar anak muda tentang ilmu persilatan. Saya antaranya yang sempat belajar.
Ia masih ada dalam jiwa saya. Sebab itu, saya tidak takut kepada manusia. Saya takut pada Tuhan sahaja. Tidak kira siapa, kalau tidak betul saya akan kata tidak betul. termasuk semua. Datuk Seri Najib pada masa itupun (ketika menjadi Peguam Negara) ada saya katakan, “ini tidak boleh bos” sebab saya keras dan tegas, itu cara saya.
Dengan Dr. Mahathir (Tun Dr. Mahathir Mohamad) juga, beliau mahu berhentikan saya. Mana boleh, beliau umum tiada Peguam Negara ketika saya masih Peguam Negara. Kabinet juga belum ada, beliau seorang sahaja bercakap. Saya pernah bekerja bersamanya semasa menjadi Penasihat Undang-undang bagi Kementerian Perdagangan, masa itu beliau menteri di situ, pada 1980-1981. Beliau kenal saya dan saya kenal beliau. Tidak tahulah kalau beliau lupa.
HANYA TAKUT ALLAH
Apa pandangan Tan Sri mengenai Utusan?
MOHAMED APANDI: Saya dengan Utusan ini jika mahu diceritakan, saya dibesarkan dalam membaca Utusan kerana arwah ayah saya, surat khabar yang dibeli, Utusan Melayu. Emak saya dulu tidak tahu membaca tetapi pergi sekolah dewasa, dapat membaca Jawi. Kedua-dua mereka baca Utusan Melayu. Hendak tak hendak, saya bangun pagi, saya tengok ada surat khabar ini iaitu Utusan.
Saya membesar dalam suasana beritanya adalah Utusan, daripada kecil, sekolah rendah sehingga 
habis.
Saya juga berterima kasih kerana pada waktu itu Utusan Melayu dalam Jawi dengan itu saya boleh membaca Jawi. Saya tidak pergi sekolah Melayu, saya terus pergi sekolah Inggeris. Jawi pun saya tidak reti pada masa itu. Jawi belajar 
masa belajar al-Quran, tapi Alhamdulillah saya boleh baca Jawi dengan lancar kerana baca surat khabar Utusan.
Apabila Utusan dalam masalah, saya tergerak hati, saya rasa sedih dan simpati dengan kakitangan Utusan. Saya menghayati perjuangan Utusan.
Ia telah bermula sebelum perang, sejak 1939, jadi semangat perjuangan orang Melayu itu adalah melalui penulisan Utusan. Wadah perjuangan itu diuar-uarkan ke seluruh negara, kepada rakyat jelata, kepada orang Melayu khususnya, melalui Utusan.
Inilah medium akhbar yang menjadi perantara untuk menyampaikan perjuangan. Utusan adalah satu institusi yang sinonim dengan perjuangan Melayu dan saya orang Melayu. Saya memang semangat Melayu tebal.
“UTUSAN INSTITUSI PERJUANGAN MELAYU’’
Orang Melayu juga ada perasaan hasad dengki sesama sendiri, tidak boleh tengok orang lain naik, mahu tarik orang lain turun, ini perangai hodoh Melayu, kenapa mahu dengki sesama kita?




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/09/10/melayu-perlu-bangkit-bersatu-mantan-hakim-mahkamah-persekutuan-peguam-negara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bapa Adib Peroleh Kebenaran Prosiding Hina Mahkamah Ke Atas Peguam Negara

Bapa Adib Peroleh Kebenaran Prosiding Hina Mahkamah Ke Atas Peguam Negara

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 171 hits
Tommy ThomasKeluarga Muhammad Adib Mohd Kassim memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Koroner untuk memulakan prosiding komital terhadap Peguam Negara Tommy Thomas berhubung punca kematian anggota bomba dan penyelamat Malaysia itu Memetik l...
Keluarga Adib Dibenarkan Heret Peguam Negara Ke Mahkamah Kerana Menyebabkan Prosiding Inkues Kematian Adib Tertangguh

Keluarga Adib Dibenarkan Heret Peguam Negara Ke Mahkamah Kerana Menyebabkan Prosiding Inkues Kematian Adib Tertangguh

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 182 hits
Keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Koroner untuk memulakan prosiding komital terhadap Peguam Negara Tommy Thomas berhubung punca kematian anggota bomba dan penyelamat Malaysia Koroner Rofiah Mohamad me...
Keluarga Adib Dibenar Mula Prosiding Hina Mahkamah Terhadap Peguam Negara

Keluarga Adib Dibenar Mula Prosiding Hina Mahkamah Terhadap Peguam Negara

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 343 hits
Oleh MAHKAMAH BENAR PERMOHONAN KOMITAL TERHADAP AG1 Mahkamah Koroner sebentar tadi membenarkan permohonan komital keluarga arwah Adib terhadap Peguam Negara Tommy Thomas kerana menghina mahkamah berkaitan prosiding inkues bagi mencari punca...
Currang Saat Perkahwinan Bekas Suami Sengaja Mohon Mahkamah Keluarkan Perintah Sekatan Luar Negara

Currang Saat Perkahwinan Bekas Suami Sengaja Mohon Mahkamah Keluarkan Perintah Sekatan Luar Negara

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 334 hits
Luahan hati seorang Jandda yang buntu dengan tindakan bekas suami kerana cemburu dengan kejayaan hidup Currang Saat Perkahwinan Bekas Suami Sengaja Mohon Mahkamah Keluarkan Perintah Sekatan Luar Negara
1949 Lihat 3 Rekabentuk Akhir Bendera Persekutuan Tanah Melayu

1949 Lihat 3 Rekabentuk Akhir Bendera Persekutuan Tanah Melayu

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 1384 hits
Permulaan asal Jalur Gemilang bermula apabila pada tahun 1949 dengan persetujuan Majlis Raja Raja sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu ya...
Saya Tak Tanya Dia Melayu Cina Atau Islam Jika Beli Barang Di Negara China

Saya Tak Tanya Dia Melayu Cina Atau Islam Jika Beli Barang Di Negara China

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 606 hits
Islam tidak mengajar umatnya memilih produk berdasarkan bangsa dan kaum tertentu sebaliknya menekankan kepentingan membeli barangan halal serta bersih Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof berkata pendirian itu tiada k...
Melayu Bukan Tuan Tapi Hamba Di Negara Sendiri

Melayu Bukan Tuan Tapi Hamba Di Negara Sendiri

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 306 hits
The New Economic Policy or NEP which was supposed to be the cure for the Malay disease that Mahathir and Anwar are talking about officially ended in 1991 Mahathir was the Prime Minister then while Anwar became Finance Minister in 1991 and D...
Pulihkan Politik Melayu Jika Mahu Negara Kembali Gemilang

Pulihkan Politik Melayu Jika Mahu Negara Kembali Gemilang

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 288 hits
Jangan biarkan kaum barbaric yang gersang peradaban kuasai negara31 08 2019 Amir Isma Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman BANGI 30 Zulhijjah 1440H Sabtu Kelemahan kepimpinan dan politik orang Melayu telah menyebabkan negara mengalami kepincang...
Peguam Berbeza Pendapat Berhubung Keputusan Mahkamah Ke Atas Sis

Peguam Berbeza Pendapat Berhubung Keputusan Mahkamah Ke Atas Sis

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 309 hits
Peguam berbeza pendapat berhubung dakwaan bahawa keputusan terbaru mahkamah menolak bantahan Sisters in Islam terhadap fatwa ke atas kumpulan aktivis hak wanita Islam itu bakal mempunyai kesan luas dari segi liputan undang undang Islam Keti...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Wee Barking Up The Wrong Tree

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls

Zus Coffee Ice Green Tea Latte



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


K Speed Strikes Again With A Menacing Honda Dax Caf Racer

Onsen Tamago

Panas Tikam Belakang Cubaan Bekas Pemimpin Ph Hati Hitam

Rebus Ubi Kayu Kena Air Bersih

Cadangan Tambah Baik Gaji Penjawat Awam Diumum 1 Mei Pm

Bupati Sidoarjo Muhdlor Mangkir Dari Pemeriksaan Kpk Ini Alasannya