Perisikan Malaysia Dapat Markah Sifar Sejak Campurtangan Kerajaan Ph


PUTRAJAYA: Kelemahan Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (MEIO) yang ‘habis diubah’ oleh pentadbiran terdahulu kini menempatkan negara ini dalam ancaman risiko bahaya besar.

Kedudukan teruk perisikan Malaysia itu difahamkan ada kaitan ‘campur tangan’ ketara ke atas MEIO ketika era kerajaan Pakatan Harapan selepas menang Pilihan Raya Umum pada 2018.

Ini terbukti apabila Indeks Integriti Pertahanan Kerajaan (GDI) meletakkan angka sifar iaitu kritikal yang paling teruk dalam penilaian risiko perkhidmatan perisikan untuk Malaysia.

Indeks bagi tahun lalu itu diterbitkan badan penyelidikan ketelusan antarabangsa, Transparency International (TI) baru-baru ini jelas mendedahkan aspek perisikan Malaysia amat lemah.

Ia sekali gus menjadikan negara ini hanya memperoleh markah keseluruhan 45 atau D yang bermaksud risiko tinggi dalam GDI bersama-sama dengan sejumlah 16 negara lain di dunia.

Perkara itu diakui Presiden TI-Malaysia, Dr. Muhammad Mohan menerusi kenyataan sambil menggesa kerajaan agar melihat serius penarafan buruk tersebut.

Penilaian Malaysia itu setaraf dengan Albania, Argentina, Armenia, Botswana, Chile, Greece, Hungary, Indonesia, Kenya, Kosovo, Portugal, Rusia, Serbia, Tunisia, Uganda dan Ukraine.

Di peringkat rantau Asia Tenggara, hanya Filipina dan Singapura meraih C manakala lapan negara dalam kelompok B dan New Zealand muncul negara tunggal menerima penarafan A.

Agensi itu yang merupakan Bahagian Penyelidikan di Jabatan Perdana Menteri, diwujudkan sejak 1960-an lalu berdasarkan gaya model Pejabat Penyelidikan Kabinet Jepun atau Naicho.

Dianggap setaraf Agensi Perisikan Pusat (CIA) di Amerika Syarikat (AS), MEIO seperti Naicho yang ditubuhkan pada 1952 lalu, turut menghantar laporannya terus kepada Perdana Menteri.

Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (MEIO), antara badan risikan penting dengan misi sulit bagi melindungi keselamatan negara, dianggotai individu dari pelbagai latar belakang dan kepakaran.

Antaranya pakar dalam bidang teknologi maklumat, keselamatan dan bencana serta urusan berkaitan diplomasi atau rundingan.

Seorang individu yang pernah bertugas bersama organisasi berkenaan, berkata keanggotaan MEIO kini dianggar lebih 1,000 orang dengan tempat tugasan bukan hanya di Putrajaya, tetapi juga semua negeri dan di luar negara termasuk Eropah dan Asia Barat.

Misi berjaya yang dikaitkan dengan Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (MEIO) ketika sebelum 2018:
-Kes penculikan rakyat Malaysia di luar negara
-Rundingan damai antara Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan Kerajaan Filipina
-Isu keselamatan di selatan Thailand
-Misi bantuan kemanusiaan ke Bosnia, Yaman, Syiria
-Insiden MH17 ditembak jatuh di Donetsk, Ukraine

UTUSAN/TunCarlos

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/11/perisikan-malaysia-dapat-markah-sifar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Timbalan Presiden Umno Kata Dunia Tak Iktiraf Kerajaan Malaysia

Timbalan Presiden Umno Kata Dunia Tak Iktiraf Kerajaan Malaysia

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 271 hits
AGENDA DAILY Pejabat pentadbiran kerajaan Malaysia di Putrajaya Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan membayangkan Kerajaan Malaysia yang ada sekarang ini tidak diiktiraf seluruh dunia kerana ianya bukan sebuah kerajaan yang menda...
Spyware Da Vinci Kerajaan Malaysia Hacking Team Da Vinci

Spyware Da Vinci Kerajaan Malaysia Hacking Team Da Vinci

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 149 hits
Kontroversi Isu Kerajaan Malaysia Mencuri Maklumat menggunakan Perisian Pengintip Da Vinci Spyware Sistem Mencuri Maklumat Peribadi tersebut dikenali dengan De Vinci iaitu Perisian dibeli dari Hacking Team iaitu syarikat teknologi maklumat ...
Kerajaan Cakna Keluhan Pengguna 5g Berkualiti Untuk Penggunaan Mampan Pakej Keluarga Malaysia

Kerajaan Cakna Keluhan Pengguna 5g Berkualiti Untuk Penggunaan Mampan Pakej Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 268 hits
Susulan laporan media baru baru ini mengenai kekeliruan pengguna dengan kepelbagaian Pakej Keluarga Malaysia pihak kerajaan telah bertindak pantas untuk lebih memperincikan pakej ini dan segera mendapatkan maklum balas dari pengguna Forum P...
Perisikan Malaysia Lemah Siasat Jika Ada Kebocoran

Perisikan Malaysia Lemah Siasat Jika Ada Kebocoran

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 142 hits
Pandang serius kerana babitkan isu keselamatan BANGI Laporan mengenai kelemahan Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia baru baru ini menimbulkan rasa resah dalam kalangan rakyat Kedudukan teruk perisikan Malaysia itu didakwa ada kaitan campur t...
Tahap Rasuah Pemimpin Melayu Islam Dan Pegawai Kerajaan Bangsa Melayu Islam Di Malaysia Salin Dan Tampal

Tahap Rasuah Pemimpin Melayu Islam Dan Pegawai Kerajaan Bangsa Melayu Islam Di Malaysia Salin Dan Tampal

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 233 hits
oleh Cikgu Azmi10 Sept 2021Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia mereka mendapati sector yang kuat rasuah dapat disenaraikansebagai berikut Pegawai polis Pemungut Hasil Ahli Majlis Tempatan Pejawat Awam Pen...
6040 Kerajaan Didesak Selesai Isu Industri Pengangkutan Darat Utusan Malaysia 21 11 2021

6040 Kerajaan Didesak Selesai Isu Industri Pengangkutan Darat Utusan Malaysia 21 11 2021

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 309 hits
SHAH ALAM Persatuan pengangkutan awam darat terdiri daripada bas lori e hailing p hailing dan teksi mendesak kerajaan menyelesaikan pelbagai isu berkaitan industri terbabit yang berlarutan sejak sekian lama Persatuan terbabit antaranya mahu...
Kkccci Bantu Kerajaan Kukuh Hubungan Malaysia Dan China

Kkccci Bantu Kerajaan Kukuh Hubungan Malaysia Dan China

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 269 hits
KOTA KINABALU Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tionghua Kota Kinabalu berhasrat untuk membantu Kerajaan memperkukuhkan lagi hubungan diplomatik antara Malaysia dan China dengan pelbagai aktiviti dan program Presidennya Datuk Michael Lui b...
Serba Dinamik Takes Legal Action Against Bursa Malaysia

Serba Dinamik Takes Legal Action Against Bursa Malaysia

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 249 hits
Serba Dinamik Holdings Bhd filed an originating summons at the Kuala Lumpur High Court against Bursa Malaysia on Nov 3 in which it said the stock exchange regulator acted in excess of power with regard to directives given to the company con...
Hari Osteoporosis Sedunia 9 Daripada 10 Warga Pertengahan Usia Malaysia Berasa Bimbang Akan Kesihatan Tulang Mereka

Hari Osteoporosis Sedunia 9 Daripada 10 Warga Pertengahan Usia Malaysia Berasa Bimbang Akan Kesihatan Tulang Mereka

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 238 hits
Bagaimana ia mungkin mempengaruhi kekuatan dan pergerakan ketika usia emas merekaAnlene menyeru warga Malaysia agar mengambil langkah proaktif dalam penjagaan tulang sempena Hari Osteoporosis SeduniaDalam tinjauan terbaru yang dijalankan di...
Kisah Wanita Cina Besarkan Anak Angkat Muslim Terbitan Rtm Antara Telemovie Menarik Tahun Baharu Cina Ini

Cara Mohon Cash Loan Tng Dan Touch N Go Loan Interest Rate

Polis Awasi Peserta Himpunan Anti Rasuah Berarak Ke Dataran Merdeka

Biodata Jefri Nichol Karier Kontroversi

Teknik Grounding Yang Berkesan Langkah Demi Langkah

Rakyat Korea Utara Sanggup Bergaduh Kerana Najis

Home Minister Saifuddin Warns Of Fake Clinics As Malaysia S Medical Tourism Grows

Sarapan Di Pasar Larkin


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Fail Rpm2025 Fail Rekod Persediaan Mengajar Sesi 2025 2026

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Tambahan Hari Rehat Perkukuh Profesionalisme Warga Bomba

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Student Rally A Wake Up Call For The Madani Regime But Is Anwar Listening

Belajar Bahasa Utara Status Dalam Keluarga