Timbalan Presiden Sahkan Umno Tidak Akan Bersama Pn Dan Bersatu Dalam Pilihanraya Ke 15 Akan Datang




Ong Kian Ming, dalam artikelnya yang diterbitkan oleh Malaysiakini pada 24 April 2020 menulis tentang dilema UMNO dalam Perikatan Nasional dan kemungkinan UMNO akan meninggalkan PN dalam pilihanraya akan datang.Saya berhasrat untuk mengulas tentang hanya satu perkara iaitu kedudukan UMNO dalam Perikatan Nasional. Agar semua pihak memahami dengan jelas kedudukan UMNO dan haluan politiknya.UMNO tidak pernah menyertai Perikatan Nasional kerana Perikatan Nasional bukan satu entiti politik yang berdaftar seperti Barisan Nasional. Hubungan UMNO dengan PN ialah hanya satu persefahaman untuk menyelamatkan Malaysia kerana kemelut politik yang dicetuskan sendiri oleh kelompok tertentu dalam Pakatan Harapan.Secara mudahnya, ia adalah persefahaman untuk membentuk Kerajaan dan mentadbir Malaysia kerana kegagalan PH dan tidak lebih dari itu.Persefahaman ini berbeza dengan kerjasama politik UMNO dengan Pas yang dikenali sebagai Muafakat Nasional. Kerjasama ini diurus secara rasmi melalui Piagam Muafakat Nasional dan telah melalui pelbagai proses sumbangsaran, termasuk dibincangkan di Perhimpunan Agung sebelum Piagam tersebut dimeterai.UMNO juga mempunyai kerjasama politik yang megikat antara MCA, MIC serta PBRS melalui Barisan Nasional. BN pula adalah sebuah entiti politik yang terdaftar.Maknanya UMNO dan Pas serta UMNO dan BN mempunyai perjanjian kerjasama politik yang teratur, kemas dan terikat. Matlamatnya ialah untuk membentuk kerjasama politik dan memenangi pilihanraya sebagai sebuah ‘coalition’. Tetapi jika tidak berjaya sekalipun, kerjsama politik itu akan tetap kekal dan berfungsi.Kerjasama ini telah diterjemahkan melalui pelbagai aktiviti, projek dan program politik bersama di pelbagai peringkat agar MN dan BN semakin mengukuh.Justeru, UMNO tidak akan menghadapi apa jua dilema tentang kedudukannya dalam Perikatan Nasional. Ia tidak mempunyai apa-apa perjanjian dalam bentuk apa jua dengan PN apatah lagi PPBM dan GPS. Ia hanya menyertai Kerajaan atas dasar mendukung Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri untuk menyelesaikan kemelut politik Malaysia.Sebagai parti politik, tugas dan fokus UMNO waktu ini ialah untuk menyediakan parti bagi memenangi pilihanraya akan datang bersama rakannya dalam Muafakat Nasional dan Barisan Nasional.UMNO akan terus menjadi parti politik Melayu terbesar dinegara ini dan insyallah, parti yang akan memenangi paling banyak kerusi dalam pilihanraya umum seperti lazimnya.Bagaimana UMNO ingin melakukannya, itu adalah urusan dan strategi dalaman UMNO dengan sekutunya iaitu PAS dan BN.Sebagai parti politik Melayu terbesar, UMNO mesti bertanding di semua kerusi tradisional nya dan kerusi yang ia sangat berpotensi untuk memang. Kekuatan UMNO adalah di kawasan ‘the Malay heartland’ dan ia akan menguatkan pengaruh, keterlihatan dan khidmatnya di semua kawasan tersebut.Insyallah dengan dukungan jutaan ahli parti, orang Melayu serta seluruh rakyat Malaysia, UMNO akan bekerja keras untuk memenangi sebanyak mungkin kerusi. Hanya dengan cara inilah, UMNO boleh menjadi parti dengan majoriti terbesar di Parlimen dan memimpin Kerajaan seperti sebelumnya.Sesiapa yang ingin bekerjasama dengan UMNO sangatlah dialu-alukan, tetapi mestilah dengan keikhlasan dan kesediaan mereka untuk menyertai MN ataupun BN. UMNO sangat menghargai setiakawan rakan-rakannya dalam MN dan BN.Sesuatu selain dari MN dan BN, adalah tidak strategik kepada kelangsungan UMNO.Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji HasanTimbalan Presiden UMNO25 April 2020.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/timbalan-presiden-sahkan-umno-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masalah Dengan Umno Johor Boleh Tular Ke Negeri Lain Kata Pemimpin Bersatu

Masalah Dengan Umno Johor Boleh Tular Ke Negeri Lain Kata Pemimpin Bersatu

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 547 hits
Mohd Farhan Darwis PERTELINGKAHAN dengan Umno di Johor perlu diselesaikan segera untuk mengelakkan masalah itu merebak ke negeri lain kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Wan Saiful Wan Jan Katanya masalah itu boleh menular memandang...
Muafakat Nasional Tidak Seindah Dibayangkan Umno Bersatu Pula Menunggu Belah

Muafakat Nasional Tidak Seindah Dibayangkan Umno Bersatu Pula Menunggu Belah

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 359 hits
AHMAD LUTFI OTHMAN Asalnya Muafakat Nasional gabungan longgar tapi mesra Umno Pas lebih cenderung kepada pilihan membubarkan Parlimen berbanding kerajaan tebuk atap sejurus selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan perdana menteri ...
A Merger Of Bersatu Umno

A Merger Of Bersatu Umno

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 483 hits
Dr M s Proxy Din Has Started Creating A New Kleptocracy Order People who think politicians would not or should not play politics during the Coronavirus pandemic are a bunch of fools They thought corrupt politicians would give a damn about a...
Sikap Dan Tindak Tanduk Muhyiddin Ke Atas Pengerusi Bersatu Dan Calon Presiden Yang Menentangnya Sedang Diperhatikan

Sikap Dan Tindak Tanduk Muhyiddin Ke Atas Pengerusi Bersatu Dan Calon Presiden Yang Menentangnya Sedang Diperhatikan

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 324 hits
Politik busuk Politik wang Politik beli Politik ugut Sedang diperhatikan Langkah terbaik ialah Mukhriz tarik diri dan ditawarkan jawatan TPM sebagai langkah penyelesaian politik dalaman dan survival parti BERSATU Yang nak meroyan pun ada la...
Kemelut Umno Bersatu Di Johor Dan Perak Sedang Ancam Kedudukan Muhyiddin

Kemelut Umno Bersatu Di Johor Dan Perak Sedang Ancam Kedudukan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 392 hits
Dua negeri yang mengikut arus perkongsian kuasa di peringkat Pusat antara Bersatu pro Muhyiddin Yassin dengan UMNO kini sedang dilanda badai yang menunjukkan ia boleh runtuh pada bila bila masa Di Johor di mana perkongsian kuasa itu menyeba...
Pilihan Raya Negeri Johor Jika Umno Bersatu Terus Berbalah

Pilihan Raya Negeri Johor Jika Umno Bersatu Terus Berbalah

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 420 hits
BERITAPerbalahan antara Umno dan Bersatu yang tidak berkesudahan mungkin menyaksikan pilihan raya negeri Johor bakal diadakan tidak lama lagi kata sumber Umno negeri itu Bercakap kepada Malaysiakini petang ini beliau berkata ini akan menjad...
Gabungan Tidak Selesa Umno Bersatu Berakhir Pru 15

Gabungan Tidak Selesa Umno Bersatu Berakhir Pru 15

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 389 hits
Meskipun dilihat kukuh namun kerajaan Melayu Perikatan Nasional bergolak dengan parti parti utama Umno dan Bersatu berebut untuk menguasai kerajaan Menurut Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming Umno yang pernah memerintah selama 61 tahun tidak ...
Pertembungan Tajam Bersatu Umno Di Konstituensi Melayu Geng Azmin Sah Ditolak Pengundi

Pertembungan Tajam Bersatu Umno Di Konstituensi Melayu Geng Azmin Sah Ditolak Pengundi

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 445 hits
ZAKARIA MUSA Timbalan Presiden Umno Mohamed Hassan bukanlah pemimpin pertama yang menegaskan parti itu tidak pernah menyertai Perikatan Nasional atas alasan ia bukan satu entiti politik yang berdaftar seperti Barisan Nasional Umno juga meng...
Pendirian Umno Tidak Bersama Bersatu Umpama Sokongan Terhadap Mahathir

Pendirian Umno Tidak Bersama Bersatu Umpama Sokongan Terhadap Mahathir

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 301 hits
Kenyataan Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan yang mengesahkan parti itu akan meninggalkan Perikatan Nasional sebaik Parlimen dibubarkan dan hanya akan bersama Pas dalam Muafakat Nasional untuk menghadapi PRU15 akan datang tidak ubah umpam...
Deputy Minister Defends Jalur Gemilang Badge Amid Criticism

Last Day Bekerja Di Bulan Ramadhan

Bergambar Dengan Dekorasi Meriah Raya Jalinan Tradisi Di Kl East Mall

Dr Mahathir Urges Compassion For Cancer Stricken Jamal Yunos Says Past Grievances Should Be Set Aside

Lokasi Kami Di Sini Segera Daftar Sebagai Agent Mobile Stokis

Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri

Pelancaran Vending Machine Itik Ke Ayam X Chef Dato Fazley Yaakob

Ayat Al Quran Mengubat Hati


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Turning Clutter Into Cash How An Estate Sale Can Be Your Best Financial Decision This Year

Gempa Di Myanmar 144 Terbunuh 732 Cedera Dalam Gempa Bumi 7 7 Magnitud

Lari Jangan Jalan 2 Terbaru Dari Brooks White Mountaineering X Reebok

Scam Kononnya Pmx Sediakan Pelaburan Ia Adalah Palsu Dan Fitnah Tak Pasti Jang

Zamri Vinoth Akan Terus Lawan Demi Kebenaran 13 Peguam Hadir Wakili Saya

Lina Nak Dengar Sangat Suara Abah Anak Oku Ini Cuba Berkomunikasi Dengan Ayahnya Bikin Sebak