Tiket Pergi Sahaja Tiket Balik Belum Tentu Heliza Tanam Hasrat Mahu Sy4hid Setiap Kali Mlsi Kemanusiaan
SETIAP misi yang disertai meninggalkan kenangan dan memahatkan memori yang cukup terkesan dan dekat di hatinya. Heliza selusuri detik mula dirinya menyertai mlsi ini dan betapa pentingnya kita perlu ada sifat syukur atas nikmat yang diberi-Nya hari ini.
Pengalaman menyertai mlsi kemanusian memang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata apabila berhadapan dengan pelbagai rislko terutama melibatkan ny4wa.
Itu yang terjadi kepada penyanyi dan pengacara, Nur Heliza Helmi ketika berkongsi pengalaman sebagai sukarelawan menerusi satu program bual bicara di sebuah televisyen baru-baru ini.
ONE WAY TICKET ( SHARE KAN )
PERGI MUNGKIN TAK KEMBALI
Menurut penyanyi berusia 33 tahun itu, dia mengakui peluang untuk kembali ke tanah air dalam keadaan berny4wa adalah sangat tipis apabila setiap kali pergi membantu m4ngsa-mangs4 di sana.
“Setiap kali pergi mlsi bantuan kemanusiaan, pasti Allah akan bagi pengalaman yang di mana kami berhadapan dengan nyawa di hujung tanduk.
“Tiket pergi ada, tiket kembali mungkin tidak ada. Terdapat satu pengalaman, kami diberitahu yang kawasan ini tidak selamat tetapi kami kami tiada pilihan. Kami hanya berselawat ketika ingin keluar,” katanya.
Bukan itu sahaja, dia yang aktif melibatkan diri membantu man gsa per4ng di Syria itu juga pernah berhadapan situasi cem4s apabila selaras sen4pang berada di bawah dagu.
Heliza merupakan salah seorang rakyat Malaysia yang terlibat secara aktif membantu mangsa perang di Syria menerusi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia.
“Setiap kali berada di sana, saya mengimpikan sy4hid malah saya pernah berhadapan dengan selaras senap4ng yang berada di bawah dagu.
“Saya berdoa ya Allah ambillah ny4waku. Wahai jiwa-jiwa yang tenang, pergilah mengadap Tuhanmu dalam keadaan kau reda dan diredai,” ujarnya.
Mlsi kemanusiaan ke Yaman bersama Muslim Care, saya berjumpa dengan seorang lelaki tua, salah seorang daripada pelarian. Dia seorang OKU, kerana cacat penglihatan. Ketika itu, dia baru pulang dari masjid dengan menggunakan tali.
Memandangkan dia buta, hanya tali yang digunakan untuk membantunya berjalan pulang dan pergi ke masjid dan rumahnya. Rumah pelarian-pelarian Yaman sebenarnya dibina daripada pelepah-pelepah tamar dan berbumbungkan sampah-sarap. Dan pak cik ini duduk di bawahnya.
Kami bertanya, lazimnya jam berapa dia pergi ke masjid? Jawabnya dia tidak tahu tetapi dia akan bangun awal pagi. Mungkin juga dalam perkiraan saya waktu itu sekitar jam tiga ke empat pagi, dia akan bangun dan berjalan ke masjid. Dan apabila dia terdengar azan berkumandang dari kawasan lain maknanya sudah masuk waktu Subuh.
Itu menjadi rutinnya kerana dia seorang bilal. Menjadi tanggungjawabnya untuk mengalunkan azan biar dalam apa jua keadaan sekalipun. Betapa besar tanggungjawabnya, cukup menginsafkan saya dan ahli mlsi yang lain.
Biarpun dalam keadaan serba kekurangan, dia tetap menunaikan kewajipannya. Masya-Allah, cukup hebat dan benar-benar menginsafkan saya.
Apa yang membuatkan Heliza terlintas atau terfikir untuk turut sama dalam sesebuah mlsi?
Terdapat sepotong hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, “Tidak sempurna iman seseorang itu kalau kita tidak mengasihi saudara kita seperti mana kita kasih kepada diri sendiri.”
Dan ada sebuah hadis menyebut, “Sebaik-baik manusia adalah manusia yang bermanfaat kepada orang lain.” Apabila kita ingin berbicara soal iman, kita mahu ke syurga, kita mahu mencari dan mendapatkan reda Allah, tetapi tanpa kita sedari sebenarnya kita banyak memikirkan soal diri sendiri.
Kita tidak mempedulikan perihal saudara-saudara kita di sana. Sehinggakan ada yang tidak makan, tidak minum, tidak tidur, hilang tempat perlindungan, ramai yang terbunuh, kehilangan ahli keluarga dan lain-lain. Dan manusia yang bermanfaat kepada orang lain itulah yang sebaik-baiknya Nabi Muhammad SAW ajarkan juga ingatkan kita.
Jadi apabila Allah letakkan saya dalam industri seni, pasti ada sebab yang Allah mahu saya laksanakan. Pasti ada tanggungjawab yang Allah mahu saya galas. Dan apabila berada dalam industri ini, ia bukanlah soal saja-saja, bukan suka-suka dan glamor semata-mata.
Ia umpama ketentuan Allah yang mahu kita tanamkan di dunia dan kita tuai semula di akhirat kelak. Malah Nabi Muhammad SAW juga ada berpesan, jika kita membantu orang, pasti Allah SWT akan membantu kita di dunia dan di akhirat.
Kita mahukan syurga Allah SWT namun dalam masa sama, kita juga khuatir apakah amalan-amalan kita ini mencukupi dan dapat membantu kita untuk masuk ke pintu syurga nanti bukan?
Secara tidak langsung, apabila kita membantu orang, kita juga mengharapkan doa daripada orang yang kita bantu agar kita semua bisa mendapat rahmat, perlindungan, kasih sayang dan semoga amal ibadat kita bisa menjadi saksi dan mungkin satu ‘tiket’ untuk kita melangkah ke syurga Allah.
Bukan kita sahaja yang mahu ke sana tetapi kita mahukan semua orang, baik ibu bapa, ahli keluarga dan sesiapa sahaja yang disayangi ke syurga Allah.
Dan apabila pergi ke tempat atau kawasan peperangan, sebenarnya ia umpama peringatan daripada Allah SWT untuk kita mensyukuri, lebih banyakkan bersabar dan menghargai pemberian-Nya. Kerana di dalam Al-Quran ada menyebut, jika kita bersyukur pasti Allah akan gandakan dan tambahkan nikmat-Nya untuk kita rasai.
Sumber dari Astro Awani
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
The post “Tiket pergi sahaja, tiket balik belum tentu” – Heliza tanam hasrat mahu sy4hid setiap kali mlsi kemanusiaan appeared first on MFADHLY.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mfadhly.net/2019/03/29/tiket-pergi-sahaja-tiket-balik-belum-tentu-heliza-tanam-hasrat-mahu-sy4hid-setiap-kali-mlsi-kemanusiaan/