Dr Sheikh Muszaphar Guna Flashcard Untuk Memori Si Kembar 3 Kali Sehari Seminit Setiap Sesi
Datuk Dr Sheikh Muszaphar Al-Masrie telah berkongsi tentang bagaimana beliau menggunakan teknik flashcard untuk anak kembarnya.
Beliau yang sering berkongsi tentang tip keibubapaan menggunakan teknik flashcard untuk anak kembarnya, Sheikh Adam & Sheikh Noah. Kata beliau, ia baik untuk memori dan sebaik-baiknya dilakukan 3 kali sehari, seminit setiap kali bagi setiap topik.

Terdapat beberapa tema yang digunakan seperti warna, bendera negara, haiwan, perkataan dan lain-lain. Ia adalah untuk memahatkan perkataan di dalam memori. Ia sudah dilakukan beliau kepada dua anak perempuannya, Bella & Tasha.

Dari lahir sehingga usia 3 bulan, kad imbasan hitam putih pilihan yang baik untuk penglihatan. Bagi usia 2 tahun ke bawah, lakukan dengan cepat kerana daya tumpu anak singkat. Lakukan 3 kali sehari, seminit setiap kali bagi setiap topik selama seminggu.

Dalam masa yang sama ibu bapa perlu memastikan anak selesa, dalam keadaan yang tidak lapar & mood yang baik. Tak perlu soal mereka, hanya bacakan kerana tujuannya ialah mengingati perkataan itu.

Untuk perkataan, abjad & bahasa asing, bacakan dengan kuat dengan nada yang melucukan. Berhenti bila anak kelihatan bosan.

Keputusannya akan dilihat pada masa akan datang. Ia akan meningkatkan daya tumpu, fokus dan stimulasi otak.

Dr Sheikh Muszaphar menunjukkan kad imbasan kepada Adam & Noah. Tajuk yang dipilih ialah anatomi.
View this post on Instagram
Video – Flashcards with the twins . We started Flashcards with the kids since birth – from Colours , Flags , Animals , Words … etc The idea is to imprint them into their memories … And we did see great results with Bella & Tasha … How to do it ? Birth to 3 months – use black and white flashcards only since they have yet to develop colour vision . Below 2 years – in a fast manner since their attention span is short. Do the same topics 3 times a day lasting for a minute for a week . Do them when they are most comfortable – upon waking up , after a feed or in a good mood . Do not ask questions or test them – Imprint memory is the key . For words , alphabets or Foreign language – read them aloud and in a fun manner . Stop when they are restless and try them again later … Good Morning Everyone … Just sharing … Video Courtesy by Dr Halina PS – The results are seen much later in life . It increases their attention span , focus better and stimulates their brain … PSS – The topic for this week is Anatomy …

Love As Always …
A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on Mar 18, 2019 at 4:17pm PDT
Ibu bapa memberikan feedback yang baik kepada teknik yang digunakan angkasawan negara pertama ini.
BERKESAN UNTUK ANAK

OPSYEN SELAIN GAJET

MULA UMUR ANAK 3-4 BULAN, 7 TAHUN DAN KENAL BANYAK PERKARA

Sumber: drsheikhmuszaphar
The post Dr Sheikh Muszaphar Guna Flashcard Untuk Memori Si Kembar. 3 Kali Sehari, Seminit Setiap Sesi appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/dr-sheikh-muszaphar-guna-flashcard-untuk-memori-si-kembar-3-kali-sehari-seminit-setiap-sesi/