Tiket Mahal Hasrat Pulang Beraya Terbantut



Tiket mahal, hasrat pulang beraya terbantut
Kenaikan tambang penerbangan ke Sabah dan Sarawak semasa musim perayaan bukanlah kejutan bagi rakyat Malaysia, tetapi ia adalah senario yang dijangkakan setiap tahun.
Dengan pembukaan semula sempadan negara dan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, individu yang dua tahun tidak bertemu keluarga disebabkan sekatan Covid-19 sudah pasti teruja untuk pulang ke kampung halaman.
Syarikat penerbangan komersial tempatan yang menyediakan laluan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan Kuching menawarkan tiket antara RM300 untuk penerbangan pergi balik semasa musim bukan perayaan.
Bagaimanapun, pemantauan Bernama di laman web syarikat penerbangan komersial baru-baru ini menyaksikan tambang penerbangan melonjak sehingga RM2,000 (penerbangan pergi balik), iaitu peningkatan sekitar 566% menjelang tempoh perayaan Hari Raya Aidilfitri (29 April-8 Mei).
Lily Surianti Suardi, 23, pelajar dari Sabah yang sedang mengikuti program ijazah di Universiti Selangor (UniSEL), berpendapat syarikat penerbangan harus mempertimbangkan untuk menetap kadar berasingan bagi pelajar yang melanjutkan pengajian di Semenanjung.
Ini kerana, katanya, bukan semua pelajar dari keluarga berkemampuan, oleh itu syarikat penerbangan tidak boleh menetapkan harga melebihi kemampuan bagi semua pihak, terutama golongan pelajar.
“Jika harga tiket (kira-kira) RM1,000 hanya untuk harga tiket penerbangan, banyak pihak yang tidak mampu, lebih-lebih lagi ditambah dengan pendapatan keluarga ekonomi rendah.
“Ada yang datang daripada kalangan B40 ingin balik raya, namun disebabkan harga tiket melonjak naik, pelajar macam saya membatalkan hasrat untuk pulang beraya di kampung halaman,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Fatin Afiqah Yamin, 25, pula membeli tiket AirAsia ke Kuching pada awal Mac lalu dan dijangka berlepas pada 23 April nanti.
Eksekutif itu berkata, tiket itu dibeli awal untuk mengelakkan permintaan tinggi tiket pada musim perayaan kerana tempat duduk terhad.
“Sebagai perbandingan, tiket yang dibeli untuk tarikh tersebut adalah RM198, tetapi sekarang meningkat kepada RM318 apabila saya menyemak semula harga tiket hari ini.
“Jadi, (RM318) masih mahal dan perbezaannya besar daripada RM198 yang dibeli untuk penerbangan pergi balik,” katanya.
Sebelum itu, seorang pengguna Facebook dengan nama Fandyi Sanizan pada 6 April lalu membuat hantaran merayu syarikat penerbangan tempatan mengurangkan harga tiket penerbangan antara Kuala Lumpur dan Sandakan.
Melalui syot kilat yang dihantar, ia menunjukkan tiket sehala AirAsia dari Kuala Lumpur ke Sandakan yang dijadualkan berlepas pada 30 April ini berharga RM1,049, manakala harga tiket pergi balik FireFly bagi laluan dan tarikh sama berharga RM1,400.
Pemerhatian Bernama berdasarkan komen pengguna kumpulan Facebook awam, AirAsia Flight Share Information pada 26 Mac lepas, yang bertanyakan ahlinya mengenai tiket penerbangan untuk perjalanan pulang beraya di Sabah, menunjukkan rata-rata membeli tiket itu seawal tahun lepas.
Seorang daripada pengguna itu yang menggunakan nama GJ Musang berkata: “Beli tahun lepas pergi balik untuk tiga orang RM1,682.”
Seorang lagi pengguna, Jue Dalilah berkata, keluarganya membeli tiket dua hala dari Kuala Lumpur ke Tawau untuk semua 18 ahli keluarga pada Disember lalu pada harga RM258 seorang (sehala RM129).
“Satu family balik beraya, dah berapa tahun tak dapat balik…time beli tu berbelah bahagi juga, takutlah ada apa-apa lagi musim pandemik ni kan…nasiblah beli saja hari itu. Telah beberapa tahun kami tidak pulang (ke Tawau) untuk sambutan Hari Raya,” katanya.
Pada 27 Nov lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, syarikat penerbangan perlu mencari jalan tengah bagi menyelesaikan isu kenaikan harga tiket ke Sabah dan Sarawak, khasnya menjelang cuti akhir tahun dan musim perayaan.
Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan sememangnya memahami kekangan perniagaan dihadapi syarikat penerbangan disebabkan Covid-19 yang menjejaskan operasi serta pendapatan syarikat, dan tidak akan campur tangan dalam urusan syarikat penerbangan dengan menetapkan harga siling tertentu. FMT
Tiket mahal, hasrat pulang beraya terbantut
Baca Artikel Menarik:
Pandu 130km cari line internet, belajar dalam bonet kereta (Video) GOpinjam macam lintah darat, pengguna persoal kadar faedah setinggi 36% Aizat, Elyssa Bahagia Jalin Cinta, ‘Dia Ajak Saya Solat Bersama, Terus Jatuh Hati’ – Elyssa Kes saman: Saya tak pernah rayu sokongan mana-mana parti – Ismail Ceti Haram Salah Alamat Syamsul Debat, Dusuki dilarang ceramah di Selangor? Wanita Rusia adakan kempen gunting beg Chanel Nelayan Rusia temui anak naga Zamani Slam goyang jadi juri Pemandu Kurier Lesap Hantar Beg Louis Vuitton Harga RM6.5k Geng YakYakYeh, dulu plastik hitam kini beg hitam! Pekerja dikenakan tindakan kerana diskriminasi kaum – Mr DIY Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/04/10/tiket-mahal-hasrat-pulang-beraya-terbantut/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiket Kapal Terbang Mahal Ngo Hantar Surat Pada Pm Utusan Malaysia 16 04 2022

Tiket Kapal Terbang Mahal Ngo Hantar Surat Pada Pm Utusan Malaysia 16 04 2022

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 240 hits
KUALA LUMPUR Persatuan pengguna akan menghantar surat rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Isnin ini bagi membantah kenaikan sehingga hampir RM4 000 sehala menjelang Hari Raya Aidilfitri bulan depan Bercakap kepada Ut...
Shuib Lu4h Rasa Syukur Hasrat Bersama Arw4h Siti Sarah Bantu 2 Keluarga M4ngsa Keb4karan Tercapai

Shuib Lu4h Rasa Syukur Hasrat Bersama Arw4h Siti Sarah Bantu 2 Keluarga M4ngsa Keb4karan Tercapai

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 148 hits
Sebelum ini pasangan selebriti Shuib dan arw4h Siti Sarah ada menyatakan hasrat mereka untuk membantu dua buah keluarga yang tinggal sehelai sepinggang selepas rumah didiami di Kampung Alor Bakat Bachok Kelantan hangus terb4kar pada Februar...
33 Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan Boleh Edit Untuk Anda Yang Ada Hasrat Berniaga

33 Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan Boleh Edit Untuk Anda Yang Ada Hasrat Berniaga

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 184 hits
Bagi anda yang belum ada pengalaman jalankan perniagaan adalah baik seandainya mula masuk ke dunia perniagaan dengan menyediakan kertas kerja perniagaan terlebih dahulu Dengan belajar sediakan kertas kerja perniagaan anda boleh belajar bany...
Kerajaan Benarkan Rakyat Pulang Ke Kampung Raikan Perayaan Hari Raya Aidil Fitri Tahun Ini

Kerajaan Benarkan Rakyat Pulang Ke Kampung Raikan Perayaan Hari Raya Aidil Fitri Tahun Ini

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 258 hits
BERA Kerajaan masih berpegang dengan pendiriannya sebelum ini untuk membenarkan rakyat pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Malah kata Perdana Menteri beliau sendiri telah berp...
Mohon Mencadangkan Rasanya Lebih Baik Saifuddin Batal Saja Hasrat Lawan Rafizi

Mohon Mencadangkan Rasanya Lebih Baik Saifuddin Batal Saja Hasrat Lawan Rafizi

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 178 hits
Sudah lebih dua minggu sejak Rafizi Ramli mengesahkan hasrat bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR tetapi sehingga ini belum diketahui lagi siapa yang akan berlawan dengannya Ada dua nama disebut sebut mahu berlawan dengan Rafizi bagi me...
Hiburan Budak Intern Yang Buat Bayar Mahal Untuk Kek Majlis Tunang Yang Dapat Hanyalah

Hiburan Budak Intern Yang Buat Bayar Mahal Untuk Kek Majlis Tunang Yang Dapat Hanyalah

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 222 hits
Lumrah bagi setiap individu untuk memastikan apa yang dirancang pada hari bahagia mereka berjalan dengan lancar tanpa halangan dan juga perkara perkara yang tidak diingini Namun lain pula yang terjadi kepada seorang wanita ini apabila dia a...
Potret Megah Masjid Agung Di Pekanbaru Yang Disebut Taj Mahal Di Indonesia

Potret Megah Masjid Agung Di Pekanbaru Yang Disebut Taj Mahal Di Indonesia

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 167 hits
Ini adalah kumpulan potret megah dari Masjid Agung An Nur di Pekanbaru Memiliki arsitektur menarik rumah ibadah ini sering disebut sebagai Taj Mahal Indonesia Simak ulasannya
Susu Mahal Bukan Penentu Anak Pandai Tak Perlu Bandingkan Dengan Susu Murah

Susu Mahal Bukan Penentu Anak Pandai Tak Perlu Bandingkan Dengan Susu Murah

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 214 hits
Sememangnya sebagai mak ayah kita punya hak untuk memilih susu apa yang terbaik untuk anak kita Namun susu bukan penentu anak jadi pandai Biar mahal atau murah hakikatnya adakah ia serasi dengan anak kita Jadi jangan dibuat perbandingan Mal...
Lirik Pulang Di Hari Raya Beby Acha

Lirik Pulang Di Hari Raya Beby Acha

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 281 hits
oh gembirarasanya hati pengembaradapat pulangbersua dengan yang tersayangbersyukurlahpada tuhan yang maha esadapat kitamerayakan bersama samadi hari mulia inikususun sepuluh jariku kini telah kembalipadamu yang menantiselamat hari rayahari ...
Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Makan Tengah Hari Di Sds Taman Universiti

China Strolling Around Green Lake Park

Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Zakir Naik Speaks English At Perlis Sunnah Convention

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient

Selamat Datang 2025