Susu Mahal Bukan Penentu Anak Pandai Tak Perlu Bandingkan Dengan Susu Murah
Sememangnya sebagai mak ayah kita punya hak untuk memilih susu apa yang terbaik untuk anak kita. Namun susu bukan penentu anak jadi pandai. Biar mahal atau murah, hakikatnya adakah ia serasi dengan anak kita? Jadi jangan dibuat perbandingan.
Malah menurut Dietition, Pn Fizah Sobri, setiap susu yang dipasarkan mempunyai guideline zat susu tersendiri tanpa terkurang zat kandungannnya. Samada ia susu mahal atau murah, semuanya mempunyai zat yang sama.
Jadi mak ayah tak perlulah membuat perbandingan atau merasa ‘down’ bila anak lebih serasi minum susu murah. Ikuti perkongsian dari pakar dietetik ini.
ANAK PANDAI BUKAN SEBAB SUSU.
Hmmmm lagi nak bandingkan susu ‘mahal’ dan susu ‘murah’. Meh nak habaq sikit.
Pertama:
Untuk susu formula dipasarkan perlu ikut satu guideline yang dinamakan CODEX ALIMENTARIUS yang menyatakan berapa dan apa jenis zat yang boleh diletak dalam susu formula. Kalau langgar guideline ni TIDAK BOLEH DIPASARKAN.
Maka kandungan dari segi kalori, makronutrien (karbohidrat, protin, lemak) dan mikronutrien tertentu (contoh zat besi, kalsium, sodium dan lain lain) ADALAH SAMA untuk hampir semua produk formula baby di pasaran. Yang membezakan adalah bahan extra seperti prebiotic, probiotic etc yang dimasukkan dalam formula.
Setiap baby penerimaan berbeza. Walaupun mampu beli mahal tapi kalau dah tak sesuai terutamanya dengan bahan extra yang diletak, tetap susu mahal tersebut tak boleh diterima.
Kedua
Tahu guideline ni berdasarkan apa? SUSU IBU dan dengan semua teknologi yang ada masih tak mampu kita nak samakan kebaikan yang ada dalam susu ibu.
So sebenarnya kepada saya, tak kisah kaya, miskin, bandar atau luar bandar jika anda mampu untuk susukan anak dengan susu ibu itu adalah istilah kaya yang sebenar.
Jika ada masalah/kesukaran jumpalah kaunselor laktasi ataupun support group laktasi. Dekat klinik kesihatan kerajaan pun ada.
Susu ibu tetap terbaik.
Ketiga
Kalau susu mahal sampai 1000 hinggit pun tapi kalau tak dak stimulasi dari persekitaran (asyik bagi tengok gadget, lepas mula makan bagi makanan merapu) anak anak susah nak berkembang.
Susu mahal bukan indikator anak sihat dan bijak. Berhenti bandingkan kemampuan diri dan orang lain setiap orang ditakdirkan rezeki yang berlainan.
Menarik: Sebak Gembira Ragam 5 Anak Selebriti Ke Sekolah, Semua Comel-Comel Belaka!
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Susu Mahal Bukan Penentu Anak Pandai, Tak Perlu Bandingkan Dengan Susu Murah! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/susu-mahal-bukan-penentu-anak-pandai-tak-perlu-bandingkan-dengan-susu-murah/