Tiga Tugas Berat Menanti Nurul Izzah


 




24 May 2025

Saya telah menulis sebelum ini bahawa pertembungan antara Rafizi Ramli dengan Nurul Izzah Anwar bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR kali ini adalah peluang terbuka untuk kedua-dua pemimpin itu melakar sejarah.

Dalam sejarah yang terlakar sejak PKR ditubuhkan, tidak pernah mana-mana pemimpin yang memegang jawatan Timbalan Presiden dapat lepas ke kerusi Presiden.

Semuanya tersadai di tengah jalan – sama ada meletak jawatan dan kemudian keluar parti, berundur  atau dipecat.

Artikel berkenaan boleh dibaca di sini – https://shahbudindotcom.net/2025/05/rafizi-dan-nurul-izzah-peluang-melakar-sejarah/

Tetapi, disebabkan Anwar Ibrahim tidak dibenarkan lagi meletakkan dirinya memegang jawatan Presiden pada pemilihan 2028 akan datang, maka siapa yang menang Timbalan Presiden pada 2025 ini akan berpeluang cerah untuk melangkah selesa duduk di kerusi kepresidenan parti.

Oleh sebab Rafizi tewas kepada Nurul Izzah, bererti beliau hanya mampu menuruti sejarah pendahulu-pendahulu Timbalan Presiden PKR sebelum ini yang juga tersungkur di tengah jalan.

Malah, Rafizi juga mencipta sejarah kerana satu-satunya Timbalan Presiden yang dikalahkan dalam pertandingan dan sebab itu beliau dilaporkan membuat keputusan membawa diri tidak hadir di hari terakhir Kongres PKR di Johor Bahru hari ini.

Bagi Nurul Izzah, dengan kemenangannya ini, laluannya untuk beliau mengambil tempat duduk di kerusi Presiden yang sebelum ini diduduki bapanya ternampak tiada masalah lagi.

Cuma, ada halangan besar yang perlu dilalui dengan kerja berat terlebih dahulu oleh Puteri Reformasi itu.

Sebagai Timbalan Presiden yang baru, perkara paling dekat yang mesti dilakukan oleh Nurul Izzah sebaik berkahirnya Kongres PKR ini bagaimana beliau harus berusaha untuk menyatukan kembali penyokong-penyokong Rafizi yang ketika fasa kempen begitu agresif menolak, mengecam dan tidak meyakininya.

Nurul Izzah tiada pilihan lain melainkan perlu menunjukkan kewibawaannya dan meyakinkan mereka untuk kembali bersama-sama parti, khususnya bagi mendepani PRU16 akan datang.

Sekarang ini, penyokong Rafizi memang diketahui lebih “mendonia” di media sosial dan kini mereka terbahagi kepada dua kelompok – satu memilih untuk berehat daripada kerja-kerja sukarela membantu parti, manakala satu kelompok lagi ternampak terus mempertikai kemampuan anak sulung Anwar itu, termasuk terus bercakap isu nepotisme yang dikaitkan dengannya.

Gagal membawa mereka ini kembali bersama parti bererti PKR akan terus berpecah dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Kelompok ini, jika tidak didekati kembali juga, bererti PKR sengaja mengundang bahaya pada PRU16 akan datang.

Perkara kedua yang perlu didepani oleh Nurul Izzah ialah segera melakukan siri “engagement” atau libat urus dengan pelbagai kelompok masyarakat yang berada di luar parti.

Ketika ini, mereka juga secara umumnya lebih meyakini Rafizi berbanding Nurul Izzah sebagai pemimpin yang berkemampuan dan ada menarik sokongan selepas Anwar.

Dengan itu, Nurul Izzah harus segera turun padang bertemu, bersemuka dan berdialog dengan mereka bagi menimbulkan keyakinan itu.

Tanpa sokongan atau penerimaan daripada masyarakat luar, Nurul Izzah akan kelihatan tempang dan tidak cukup “ummphhh” untuk mengambil alih jawatan Presiden PKR.

Perkara ketiga yang akan menentukan sama Nurul Izzah mampu mengambil alih jawatan Presiden PKR pada 2028 nanti banyak sekali bergantung kepada keputusan PRU16 yang dimesti diadakan sebelum 2027.

Jika beliau berjaya membantu PKR dan membantu Presiden mengecapi keputusan lebih baik atau sekurang-kurangnya sama seperti keputusan PRU15 lalu dan PH kekal lagi sebagai kerajaan, memang permaidani merah lagi tebal akan disediakan di laluannya.

Ketika itu, beliau bukan saja sangat dialu-alukan untuk menjadi Presiden PKR, malah juga sebagai Perdana Menteri selepas Anwar.

Namun begitu, jika keputusan PRU16 nanti lebih buruk hasilnya, ketika itu tidak mustahil Rafizi akan dicari kembali. – ShahbudinHusin 24Mei2025.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/05/tiga-tugas-berat-menanti-nurul-izzah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Retak Menanti Belah 5 Tahun Lagi Pkr Hilang Dari Peta Politik Nurul Izzah

Retak Menanti Belah 5 Tahun Lagi Pkr Hilang Dari Peta Politik Nurul Izzah

papar berkaitan - pada 20/5/2025 - jumlah : 186 hits
Calon Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar beri peringatan keras kepada ahli ahli parti kalau pergaduhan dalaman tak dihentikan PKR mungkin hilang dari peta politik dalam masa lima ke sepuluh tahun akan datang Dalam program Jelajah Temu ...
Nurul Izzah Anwar Biodata Pendidikan Kerjaya

Nurul Izzah Anwar Biodata Pendidikan Kerjaya

papar berkaitan - pada 19/5/2025 - jumlah : 131 hits
Nurul Izzah Anwar merupakan antara figura politik yang tidak asing di Malaysia kerana beliau merupakan salah seorang anak kepada Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim Nama beliau kini hangat kerana bertanding sebagai calon ...
Anwar And Nurul Izzah Inspire Me In Equal Measure

Anwar And Nurul Izzah Inspire Me In Equal Measure

papar berkaitan - pada 20/5/2025 - jumlah : 176 hits
In 2023 when I joined the Prime Minister s Office I made a deliberate decision to engage with Nurul Izzah Anwar As part of the prime minister s mission to uplift and develop the Indian community I chose to focus on progress in education and...
Rafizi Vs Nurul Izzah Siapa Yang Bakal Menjadi Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat

Rafizi Vs Nurul Izzah Siapa Yang Bakal Menjadi Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat

papar berkaitan - pada 22/5/2025 - jumlah : 241 hits
Berikut ialah analisis perbandingan antara Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar sebagai calon berpotensi untuk jawatan Timbalan Presiden PKR berdasarkan kekuatan cabaran serta peluang dan risiko masing masing Berikut ialah analisis perbanding...
Saya Pernah Dilabel Pemberontak Lawan Ayah Dalam Pkr Nurul Izzah Bongkar Kisah Lama

Saya Pernah Dilabel Pemberontak Lawan Ayah Dalam Pkr Nurul Izzah Bongkar Kisah Lama

papar berkaitan - pada 19/5/2025 - jumlah : 247 hits
Tinggal beberapa hari saja lagi sebelum pemilihan PKR tapi satu perkara dah jelas Nurul Izzah Anwar tak akan berdebat dengan pesaingnya Datuk Seri Rafizi Ramli Ramai yang tunggu tunggu debat ni tapi Izzah tetap dengan pendirian Katanya lebi...
Pkr Cannot Be Minor Player In Ph Govt Says Nurul Izzah

Pkr Cannot Be Minor Player In Ph Govt Says Nurul Izzah

papar berkaitan - pada 17/5/2025 - jumlah : 176 hits
The PKR deputy president candidate wants to shake up its talks with allies Nurul Izzah Anwar said PKR s loss of several important seats to PN in GE15 was a clear sign that the party s strategies needed to be reevaluated PETALING JAYA Nurul ...
Rafizi Aligned Pkr Women Challenger Wants Debate Invites Nurul Izzah

Rafizi Aligned Pkr Women Challenger Wants Debate Invites Nurul Izzah

papar berkaitan - pada 17/5/2025 - jumlah : 236 hits
Rodziah Ismail who is contesting the position of PKR Women s chief has expressed her readiness to debate the incumbent Fadhlina Sidek The Ampang MP aligned with PKR deputy president Rafizi Ramli also extended an invitation to Nurul Izzah An...
Nurul Izzah Risau Orang Muda Lebih Percaya Influencer Dan Pemimpin Masyarakat Setempat Berbanding Ahli Politik

Nurul Izzah Risau Orang Muda Lebih Percaya Influencer Dan Pemimpin Masyarakat Setempat Berbanding Ahli Politik

papar berkaitan - pada 18/5/2025 - jumlah : 123 hits
KUANTAN Cabaran utama untuk pemimpin dan parti politik negara ketika ini kata Nurul Izzah Anwar ialah memenangi kembali kepercayaan rakyat Menurut Naib Presiden PKR yang kini bertanding bagi jawatan nombor dua parti itu kebanyakan rakyat te...
Much Anticipated Pmx S Trust Deficit Pill Must Not Be Lobsided By Favouring Only Civil Servants

Aliff Syukri Minta Rakyat Malaysia Bersabar Isu Jet Peribadi Video

Saat Dunia Bergelap Lebih Enam Minit

Anak Kak Km Nafi Gagal Latihan Pramugari Letak Jawatan Demi Keluarga Tercinta

User Generated Content For Marketing

15 September Hari Kelepasan Am Tambahan L 23 Julai 2025 Sinar Harian

Resipi Orang Dulu Dulu Lempeng Pisang Nostalgia Yang Sedap Mudah

First Round Exit For Defending Champs Sze Fei Izzuddin At China Open


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rare Jumpa Orang Gaji Tinggi Tapi Pakai Axia

Lelaki Asal Tambunan Hilang Di Hutan Simpan Tekal Tembeling Jerantut Pahang

Ikan Baung Sebesar Budak Darjah Enam

Sanah Helwah Abang Sayang

How Being Shy Is Hurting You

Moments You Missed At G Dragon S Bermensch World Tour In Malaysia Without The Huawei Pura 80 Ultra