Nurul Izzah Anwar Biodata Pendidikan Kerjaya


Nurul Izzah Anwar merupakan antara figura politik yang tidak asing di Malaysia kerana beliau merupakan salah seorang anak kepada Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim.
Nama beliau kini hangat kerana bertanding sebagai calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat menentang Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
Namun, apakah latar belakang, pendidikan dan kerja beliau?
Siapakah Nurul Izzah Anwar? Nurul Izzah Anwar merupakan seorang ahli politik Malaysia yang dilahirkan pada 19 November 1980 dan anak kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.
Nurul Izzah merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat dan merupakan mantan Ahli Parlimen (MP) kawasan Permatang Pauh.
Beliau memulakan kerjaya politiknya pada 1999 yang memainkan peranan penting dalam penubuhan Parti Keadilan Rakyat.
Selain itu juga, pada awal karier politiknya, beliau merupakan antara individu utama dalam menuntut pembebasan ayahnya ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan bermula pada tahun 1998.
Kemudiannya, beliau menjadi Ahli Parlimen selama tiga penggal di Lembah Pantai dan Permatang Pauh serta aktif dengan parti sehingga hari ini.
Biodata Nurul Izzah Nama PenuhNurul Izzah AnwarTarikh Lahir 19 November 1980Tempat LahirWilayah Persekutuan Kuala LumpurPendidikan– Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur
– Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Hartamas, Kuala Lumpur dan Sekolah Menengah Kebangsaan Assunta, Petaling Jaya.
-Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
– Ijazah Sarjana School of Advanced International Studies Universiti Johns Hopkins dalam bidang Perhubungan AntarabangsaKerjaya– Ahli Parlimen Lembah Pantai (2008-2013) (2013-2018)
– Ahli Parlimen Permatang Pauh (2018-2022)
– Pengerusi Bersama Sekretariat Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan (ACFIN)
– Penasihat Kanan kepada Perdana Menteri dalam Hal Ehwal Ekonomi dan KewanganJawatan Politik– Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) (2014-2018) (2022-kini)
– Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pulau Pinang, Kedah & Perlis (2022)
– Ketua Cabang Permatang Pauh (2018-kini)Media Sosial– Facebook : Nurul Izzah Anwar
– Instagram : n_izzah
– Tik Tok: n_izzah_anwar Kehidupan Peribadi & Keluarga Beliau merupakan anak sulung kepada pasangan suami isteri iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Nurul Izzah telah berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Raja Nur Safiyah dan Raja Ahmad Harith namun telah bercerai pada Januari 2015.
Beliau kemudiannya berkahwin semula dengan Yin Shao Loong dan mempunyai seorang anak tiri daripada perkahwinan terdahulu iaitu Yin Yu Zhou.
Latar Pendidikan Beliau memulakan pendidikan di peringkat rendah di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Kemudiannya, di peringkat menengah, beliau telah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Hartamas, Kuala Lumpur dan juga di Sekolah Menengah Kebangsaan Assunta, Petaling Jaya.
Kemudiannya, sebelum terlibat dalam politik, beliau telah menyambung pelajaran di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik pada tahun 2003.
Beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat dan memperoleh Ijazah Sarjana dari School of Advanced International Studies di Universiti Johns Hopkins dalam bidang Perhubungan Antarabangsa.
Pengalaman Kerjaya Kerjaya politik Nurul Izzah bermula dengan penubuhan Parti Keadilan Rakyat pada tahun 1999 yang mana beliau memainkan peranan penting dalam penubuhan parti tersebut.
Kemudian, setelah beliau menamatkan pengajian di peringkat tinggi, beliau telah bertanding di Parlimen Lembah Pantai pada tahun 2008 menentang bekas Menteri Wanita, Keluarga, dan Masyarakat Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Penyertaan kali pertama beliau untuk bertanding dalam pilihan raya berjaya membuahkan hasil apabila berjaya memenangi kerusi ini dengan majoriti 2,895.
Beliau kemudiannya berjaya mempertahankan kerusi ini untuk penggal kedua pada tahun 2013 dengan majoriti 1,847 undi dengan mengalahkan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Utama Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Kemudiannya, beliau teah berpindah untuk bertanding di Permatang Pauh pada tahun 2018 dan berjaya memenangi kerusi ini dengan majoriti 15,668 undi.
Namun, beliau gagal mempertahankan kerusi ini pada 2022 apabila tewas dengan majoriti 5,272 undi kepada calon Perikatan Nasional, Ustaz Fawwaz Md Jan.
Dalam parti pula, beliau mula memegang jawatan di dalam parti pada 2014 apabila dipilih sebagai Naib Presiden parti tersebut.
Walau bagaimanapun, Nurul Izzah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Naib Presiden pada 2018 sebelum kembali ke jawatan tersebut pada 2022.
Kini, beliau menawarkan diri untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden bagi penggal kepimpinan seterusnya.
Dalam kerajaan, beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi Bersama Sekretariat Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan (ACFIN) bersama Tan Sri Hassan Marican sejak Februari 2023 serta dilantik sebagai Penasihat Kanan kepada Perdana Menteri dalam hal ehwal Ekonomi dan Kewangan namun telah meletakkan jawatan.
Isu Tumpuan Nurul Izzah dikenali dalam usahanya membasmi kemiskinan menerusi penerbitan laporan baharu mengenai Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (MPI) yang dilaksanakan bersama Prof Dr. Fatimah Kari.
Indeks tersebut melangkaui faktor ekonomi dan mempertimbangkan aspek sosial, politik dan alam sekitar dalam memberikan penilaian yang menyeluruh dengan memasukkan dimensi seperti pemerkasaan wanita dan kelestarian alam sekitar.
Ini sebagai pendekatan menyeluruh bagi membina semula kehidupan selepas konflik, mengutamakan kesejahteraan semua individu, terutamanya wanita.
Indeks ini kemudiannya diserahkan kepada Menteri Ekonomi pada ketika itu iaitu Dato’Sri Mustapa Mohamed dan bersetuju untuk merombak metodologi MPI kebangsaan sebagai tindak balas kepada kajian itu.
Selain itu, beliau juga merupakan antara figura yang lantang dalam isu-isu melibatkan Palestin dan konsisten menyatakan solidariti dengan perjuangan Palestin menuntut kebebasan.
Beliau bersama The Malaysian Parliament Caucus for Palestine menyerahkan nota bantahan berhubung konflik di Gaza kepada Kedutaan Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia di ibu negara yang mengandungi tandatangan daripada 38 Ahli Parlimen, 30 NGO, dan aktivis politik.
Penutup Nurul Izzah merupakan antara figura politik yang popular dan sering menjadi perhatian masyarakat umum.
Selain beliau dikenali sebagai anak Perdana Menteri, beliau juga dikenali dalam perjuangan nasib rakyat Palestin dan juga membasmi kemiskinan.
Sumber:
https://www.nurulizzah.com/site/ Baca juga: Azizan Osman – Biodata, Kelulusan & Isu Richworks


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/nurul-izzah-anwar/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=nurul-izzah-anwar

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nurul Izzah To Raise Azam S Retention With Anwar If Elected Pkr No 2

Nurul Izzah To Raise Azam S Retention With Anwar If Elected Pkr No 2

papar berkaitan - pada 16/5/2025 - jumlah : 161 hits
PKR deputy president aspirant Nurul Izzah Anwar reiterated her disagreement with the government s decision to extend MACC chief commissioner Azam Baki s contract for the third time She vowed to confront her father Prime Minister and PKR pre...
Jangan Hukum Satu Sama Lain Anwar Mohon Nurul Izzah Dan Rafizi Berbaik Semula

Jangan Hukum Satu Sama Lain Anwar Mohon Nurul Izzah Dan Rafizi Berbaik Semula

papar berkaitan - pada 24/5/2025 - jumlah : 112 hits
Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar tidak sepatutnya menghukum antara satu sama lain biarpun berdepan dengan kempen yang agak keterlaluan antara kedua dua pihak ...
Anwar And Nurul Izzah Inspire Me In Equal Measure

Anwar And Nurul Izzah Inspire Me In Equal Measure

papar berkaitan - pada 20/5/2025 - jumlah : 129 hits
In 2023 when I joined the Prime Minister s Office I made a deliberate decision to engage with Nurul Izzah Anwar As part of the prime minister s mission to uplift and develop the Indian community I chose to focus on progress in education and...
No Reflection On Anwar If Nurul Izzah Loses Bid For Pkr No 2 Says Saifuddin

No Reflection On Anwar If Nurul Izzah Loses Bid For Pkr No 2 Says Saifuddin

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 189 hits
Nurul Izzah Anwar losing the contest for the PKR deputy presidency later this month would not indicate a rejection of her father and party president Datuk Seri Anwar Ibrahim says Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail The former party secreta...
Nurul Tak Mampu Tak Layak Ganti Rafizi Pkr Hancus Anwar Pm Sepeng

Nurul Tak Mampu Tak Layak Ganti Rafizi Pkr Hancus Anwar Pm Sepeng

papar berkaitan - pada 12/5/2025 - jumlah : 143 hits
Jawatan Timbalan Presiden datang dengan tugas besar Mengemudi parti dan gabungan PH dalam menghadapi PRU16 Rafizi sudah buktikan pada 2018 dan 2022 Nurul Izzah Gagal di tiga buah negeri utara pada 2022 Kerusi sendiri pun tumbang di Permatan...
Sekiranya Nurul Dipilih Nama Pm Anwar Pasti Akan Tercemar Dan Pkr Akan Di Anggap Sebagai Parti Nepotisme

Sekiranya Nurul Dipilih Nama Pm Anwar Pasti Akan Tercemar Dan Pkr Akan Di Anggap Sebagai Parti Nepotisme

papar berkaitan - pada 12/5/2025 - jumlah : 141 hits
Mat Jenin Mengapa ramai ahli politik senior baik yang dalam kerajaan pembangkang mahupun yang pencen berpihak atau nyatakan sokongan kepada Nurul Izzah Boleh kita rungkaikan antara sebabnya 1 Rafizi Ramli telah mencipta sejarah dalam politi...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jangan Risau Kalau Terlambat Bertemu Jodoh Mungkin Jodohmu Masih Belum Lahir

Buasir Otak Tv Bila Cikgu Rindu Murid Murid Lepas Habis Cuti Sekolah Be Like

Pengajaran Daripada Tragedi Kemalangan Bas Pelajar Upsi

F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

Kegagalan Enjin Semasa Berlepas Punca Utama Kemalangan Pesawat

Topeng Simpati Wasapa Pada Lembut Yang Beracun