Tiga Sekeluarga Maut Kereta Mereka Terbabit Kemalangan Dengan Sebuah Van Di Rompin


 


ROMPIN - Tiga sekeluarga meninggal dunia selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 128 Jalan Kuantan- Johor Bahru, dekat sini, petang tadi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata mangsa disahkan maut di lokasi kejadian akibat tersepit di dalam kereta jenis Perodua Kancil dinaiki mereka.
"Kemalangan dilaporkan berlaku jam 1.30 petang dan membabitkan tiga kenderaan, termasuk kereta dinaiki mangsa yang maut.
"Berdasarkan siasatan awal, punca kejadian dipercayai akibat kecuaian pemandu van penghantaran barangan yang terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung kereta Kancil dinaiki mangsa dan sebuah lori dari arah bertentangan," katanya ketika dihubungi di Kuantan hari ini.
Dia berkata mangsa yang maut ialah Nur Rawiyah Abu Samah, 25 tahun yang juga pemandu kereta Kancil; bapa dan ibu Nur Rawiyah, Abu Samah Mohamed berusia 74 tahun dan Saripah Ab Malek, 59 tahun.
Berdasarkan maklumat pada kad pengenalan, semua mangsa yang maut itu menetap Kampung Gading, Jalan Muadzam Shah dekat Rompin.
Katanya, seorang kanak-kanak berusia sekitar setahun yang turut berada di dalam kereta Kancil berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Kanak-kanak itu dikenali Muhammad Harraz Mikhael Shafiq Hayqal dan kita percaya dia adalah ahli keluarga kepada mangsa yang meninggal dunia," katanya.
Pemandu van berusia 24 tahun berasal dari Kuantan, mengalami kecederaan patah bahu kanan dan cedera kedua bahagian kaki.
Manakala seorang lagi pemandu van berumur 49 tahun yang turut terbabit dalam kemalangan itu hanya mengalami kecederaan ringan.
Kamarulzaman berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Rompin untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Penolong Pengarah (Operasi) Bomba Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, dua pegawai dan lapan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Rompin terbabit dalam operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta Kancil berkenaan.
Katanya, peralatan khas digunakan dalam operasi itu memandangkan mangsa berada dalam kenderaan yang remuk kesan rempuhan kuat dari hadapan. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/04/tiga-sekeluarga-meninggal-dunia-kereta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Bayi Yang Dipangku Maut Nahas Kereta Dinaiki 5 Sekeluarga

Ibu Bayi Yang Dipangku Maut Nahas Kereta Dinaiki 5 Sekeluarga

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 203 hits
Tiga sekeluarga termasuk ibu bersama bayi berusia 10 bulan maut manakala dua lagi ahli keluarga mangsa parah dalam nahas tiga kenderaan di Kilometer 12 Jalan Tagasan Semporna Tawau Kemalangan kira kira jam 4 20 petang itu membabitkan sebuah...
Kereta Terbabas Warga Emas Maut Kemalangan Dua Kenderaan

Kereta Terbabas Warga Emas Maut Kemalangan Dua Kenderaan

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 345 hits
Seorang warga emas maut dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Kilometer 72 Kampung Apek Jalan Kota Bharu Kuala Terengganu Ketua Polis Daerah Setiu DSP Affandi Hussin berkata dalam kejadian kira kira jam 5 56 petang mangsa Abdull...
Kepalanya Dalam Longkang Bertakung Air Budak Perempuan Maut Tercampak Keluar Dari Kereta

Kepalanya Dalam Longkang Bertakung Air Budak Perempuan Maut Tercampak Keluar Dari Kereta

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 245 hits
The ReporterFoto ihsan netizen8 April seorang kanak kanak perempuan dilaporkan maut dalam kemalangan selepas kereta yang dipandu ibunya terbabas di Kilometer 79 Jalan Gua Musang Lojing Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Sik Choon F...
Anggota Polis Maut Terlibat Kemalangan Di Banting

Anggota Polis Maut Terlibat Kemalangan Di Banting

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 400 hits
Anggota Polis Maut Terlibat Kemalangan Di Banting SUBANG JAYA Seorang anggota polis berpangkat Koperal maut dalam kemalangan di Jalan Kampung Sri Cheeding Banting semalam Dalam kejadian tersebut mangsa Muhamad Nazri Mohd Nor 31 yang bertuga...
Bayi Maut Dalam Kemalangan Viva Gagal Potong Lori Lalu Bertembung Dengan Alphard

Bayi Maut Dalam Kemalangan Viva Gagal Potong Lori Lalu Bertembung Dengan Alphard

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 261 hits
Seorang bayi perempuan berusia lima bulan dilaporkan maut manakala empat lagi ahli keluarganya yang lain mengalami kecederaan parah selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 51 Jalan Sungai Lerek kelmarin Ketua Polis Daerah Setiu Deput...
Empat Juruteknik Maut Kemalangan Di Kuala Nerus

Empat Juruteknik Maut Kemalangan Di Kuala Nerus

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 224 hits
Anggota bomba sedang mengeluarkan empat mangsa kemalangan di Jalan Kuala Terengganu Kota Bahru berhampiran Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus hari ini KUALA NERUS Empat juruteknik sebuah syarikat penyaman udara maut selepas van dinaiki mereka ...
Dua Maut Termasuk Kanak Kanak Perempuan Kemalangan 3 Kenderaan

Dua Maut Termasuk Kanak Kanak Perempuan Kemalangan 3 Kenderaan

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 287 hits
Kemalangan membabitkan 3 kenderaan di Jalan Tagasan Tawau Semporna Pix Ihsan Bomba Wanita dan bayi perempuan maut dalam kemalangan 3 kereta di Jalan Tagasan Tawau Semporna Semporna 2 maut termasuk kanak kanak perempuan dalam kemalangan memb...
Hiburan Ingatkan Kemalangan Biasa Rupanya Terkorban Empat Maut Satu Jam Sebelum Berbuka Undang Rasa Sebak

Hiburan Ingatkan Kemalangan Biasa Rupanya Terkorban Empat Maut Satu Jam Sebelum Berbuka Undang Rasa Sebak

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 209 hits
Kemalangan yang membabitkan empat kenderaan termasuk sebuah bas ekspres dalam kejadian di Kampung Sungai Ikan Jalan Kuala Terengganu Kota Bharu petang semalam telah meragut empat nyawa manakala dua lagi parah Menurut kejadian itu berlaku ha...
3 Beranak Maut Kemalangan 3 Kenderaan

3 Beranak Maut Kemalangan 3 Kenderaan

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 244 hits
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Kamarulzaman Jusoh berkata dalam kejadian 1 30 tengah hari semua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala KUANTAN Tiga beranak maut selepas Perodua Kancil dinai...
No Promotions For Macc Officers With Bmi Above 27 From Next Year

Tnb S Share Price Falls After Federal Court Decision On Lhdn Case

Bank Rakyat Defends Ex Ybr Ceo S Termination Says Proper Procedures Followed

Nak Tanya Bekas Ketua Polis Negeri Sarawak Apa Manfaat Vape Ni Ye

Ahli Parlimen Temerloh Gesa Kerajaan Agensi Berkaitan Naik Taraf Dan Baik Pulih Bekalan Air Pahang Tanpa Alasan

Zunar Diam Membisu Cukai 1malaysia Vs Cukai Madani Mana Korang Suka

Masak Lemak Udang Dan Bab Dosa Media Social

Oppo Reno14 Drops At Ooo Fest With Ai Cam Freebies


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Roti Tempayan Dalam Kampung

Sakit Ke Rawatan Akar Gigi

Terima Kasih Kakak

Doa Dipermudahkan Urusan

Daripada Stalk Dia Baik Saya Pergi Cari Jodoh Baharu

Monolog Jiwa Hikmah Di Balik Kekurangan