Ibu Bayi Yang Dipangku Maut Nahas Kereta Dinaiki 5 Sekeluarga
Tiga sekeluarga termasuk ibu bersama bayi berusia 10 bulan maut, manakala dua lagi ahli keluarga mangsa parah dalam nahas tiga kenderaan di Kilometer 12 Jalan Tagasan, Semporna-Tawau.
Kemalangan kira-kira jam 4.20 petang itu membabitkan sebuah kereta Perodua Kancil, kenderaan pacuan empat roda jenis Ford dan sebuah lori 20 tan membawa muatan kelapa sawit.
Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata tiga mangsa terkorban itu disahkan adalah penumpang Perodua Kancil yang dinaiki lima sekeluarga.
“Mangsa yang maut ialah isteri kepada pemandu Perodua Kancil berumur 30 tahun dan duduk di kerusi penumpang hadapan bersama bayi mereka yang sedang dipangkunya. Seorang lagi mangsa, remaja lelaki berusia 13 tahun (anak saudara) mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Semporna.
“Pemandu kereta itu yang berumur 30 tahun bersama seorang lagi penumpang wanita (adik) berusia 27 tahun pula masing-masing cedera di kepala dan patah tangan kiri,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, malam tadi.
Mohd Farhan berkata, insiden berlaku ketika kereta Perodua Kancil berkenaan sedang dalam perjalanan dari arah Kampung Lihak menuju ke Kampung Salimbangun, manakala kenderaan pacuan empat yang dipandu pemuda berusia 21 tahun dalam laluan sama.
Setiba di tempat kejadian, beliau berkata, pemandu Perodua Kancil dikata memperlahankan kenderaannya sebelum secara tiba-tiba dilanggar dari arah belakang oleh kenderaan pacuan empat roda terbabit.
Beliau berkata, perlanggaran itu menyebabkan Perodua Kancil berkenaan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah lori 20 tan.
“Akibat rempuhan itu, dua penumpang maut di lokasi kejadian, manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia di Hospital Semporna. Bagaimanapun, pemandu kenderaan pacuan empat roda dan pemandu lori dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Susulan itu, beliau berkata, pemandu Ford terbabit ditahan bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung nahas berkenaan pada jam 4.29 petang.
“Terdapat lima mangsa tersepit di dalam sebuah Perodua Kancil sebelum berjaya dikeluarkan pasukan bomba menggunakan peralatan khas. Dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian, dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Tiga lagi mangsa pula mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Semporna,” katanya sambil memaklumkan operasi ditamatkan pada jam 5.14 petang.
Kredit: BH
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Ibu & Bayi Yang Dipangku Maut, Nahas Kereta Dinaiki 5 Sekeluarga appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/ibu-bayi-yang-dipangku-maut-nahas-kereta-dinaiki-5-sekeluarga/